Tuesday, May 15, 2012

Tempelak Fatwa Ulama, Siapa Nik Ajis??

Apabila Nik Aziz, Graduan Agama Dari India dan Bekas Guru Kemas, Tempelak Mufti

Semalam, Nik Aziz menempelak pandangan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak terhadap PAS dengan menganggap kenyataan beliau bahawa PAS sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam, sebagai pandangan lapuk dari seorang mufti.   Sebelum ini Nik Aziz telah mempertikai fatwa bahawa ‘merusuh untuk menentang kerajaan adalah haram’, yang terhasil dari kajian 24 ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.   Kritikan keras Nik Aziz terhadap para Mufti ini adalah semata-mata untuk menjustifikasikan rusuhan BERSIH 3.0 sebagai sesuatu yang dibenarkan dalam agama Islam. 

Masyarakat secara amnya menerima Nik Aziz sebagai Ulama.   PAS pula menganggap Nik Aziz sebagai jauh mengatasi Ulama-ulama lain iaitu seorang Mursyid.   Nik Aziz dianggap keramat, wali hatta mampu ‘menerima wahyu’ mengampunkan dosa orang lain.   Kononnya, apa yang keluar dari mulut Nik Aziz pasti menjadi kenyataan.  Maka, apabila Nik Aziz mendoakan agar Tun Dr. Mahathir pecah perut dan pengundi hanya nampak bulan di kertas undi, seluruh penganut PAS percaya dan tertunggu-tunggu ‘mukjizat’ itu diperlihatkan kepada seluruh manusia. 

Namun, Tun Dr. Mahathir kekal segak bergaya, tajam fikiran, dihormati dan disanjungi di seluruh dunia dan disambut meriah di mana saja.   BN juga kekal memerintah sehingga kini.  Hanya Nik Aziz yang semakin hari semakin uzur sehinggakan terpaksa disediakan katil di pejabatnya dan tidak lagi dapat naik tangga.  



Nik Aziz juga sudah berkali-kali bersama dengan penganut PAS mengadakan sembahyang hajat agar Anwar Ibrahim terpelihara.  Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.  Satu demi satu skandalnya terbongkar, seorang demi seorang rakannya meninggalkannya dan kini khabarnya beliau bergelut mengawal HIV di dalam darahnya.  Entah benar entah tidak, bukan masalah kita tetapi masalah Anwar jua. 

Maka, pernahkah kita bertanya, siapa yang melantik Nik Aziz sebagai Ulama?  Apakah kelayakannya untuk mempertikai fatwa para mufti dan menghukum pandangan mereka sebagai lapuk?  Tidakkah kita tertanya-tanya kenapa semua doa Nik Aziz tidak diterima tetapi yang terjadi adalah sebaliknya?   Tetapi, kenapa Nik Aziz di’sembah’ sebegitu rupa?   

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa Nik Aziz bukan Ulama. 

Suatu ketika dahulu, beliau hanyalah seorang pemuda yang belajar agama di Deobond, India dan kembali ke Malaysia menjadi guru tadika Kemas sambil mengajar Al-Quran dan memberi tazkirah dan kuliah agama sebelum menjadi pemimpin PAS.   Tetapi ini tidak menjadikan beliau seorang alim-ulama yakni seorang yang berpengetahuan dan berilmu serta bijaksana.  Ini kerana, selama pulangnya dari India sehingga kini Nik Aziz tidak pernah mengkaji apa-apa, jauh sekali menghasilkan buku-buku ilmiah yang boleh dijadikan rujukan seluruh dunia. 

Justeru, kenapa kita meletakkan taraf Ulama dengan sebegitu rendah sekali?  Tahukah kita bahawa Ulama di zaman kegemilangan Islam adalah para saintis, doktor, jurubina, yang menyumbang kepada dunia dan manusia sejagat?   Mereka mencipta, mencari penyelesaian dan jawapan kepada permasalahan cakerawala – langit, tanah, lautan dan udara selain manusia.

Kenapakah hari ini, Ulama hanya dihadkan kepada seorang yang belajar agama, tanpa mengira sumbangannya?  Dan kenapakah sumbangan mereka hanya dinilai dari segi ceramah, dan bukannya hasil penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia keseluruhan?   Kenapakah agama hanya dihadkan kepada persediaan untuk mati dan bukannya tentang keajaiban kehidupan?   

Dalam kita mentafsirkan kembali kedudukan Nik Aziz dalam masyarakat, kita juga perlu mentafsirkan kembali siapa Ulama agar tidak mudah disesatkan oleh Ulama-ulama jahat yang berkeliaran di seluruh pelusuk dunia, memecahbelahkan dan menyesatkan manusia agar percaya yang batil itu haq dan yang haq itu batil. 

Hari ini diri Nik Aziz semakin terhina.  Beliau digelar dengan berbagai panggilan buruk.   Tiada lagi cakap berlapik jika ingin mengkritik Nik Aziz.   Tiada lagi rasa hormat walaupun sekadar sebagai seorang yang lebih tua.  Jika Tun Dr. Mahathir dirujuk sebagai Ayahanda, Nik Aziz pula dirujuk sebagai wali selipar atau barua Cina.   

Walaupun begitu, Nik Aziz masih berada di alam khayalan kononnya beliau adalah Ulama besar yang dihormati.   Ternyata ketaksuban pengikut-pengikutnya telah menyebabkan beliau tidak lagi berpijak di bumi nyata.  Sikap takbur dan riak telah menghindarkannya dari melihat kebenaran. 

Artikel ini bukan berniat untuk memperlekeh Nik Aziz, tetapi untuk menarik Nik Aziz agar kembali ke bumi nyata melihat siapa dirinya.   Nik Aziz dan Tan Sri Harussani umpama langit dengan bumi dari segi pengetahuan, pemikiran dan segala-galanya.  Adalah tidak wajar jika ada di antara kita yang meletakkan pendapat Nik Aziz mengatasi pendapat Tan Sri Harussani dan mufti-mufti lain.  

Sesungguhnya, Nik Aziz adalah lebih mulia ketika beliau hanya menjadi

Monday, May 14, 2012

Duduk & Jilat 2.0


Setelah keberhasilan Duduk & Jilat 1.0 berjalan dengan jayanya,menyusul siri kedua di DUN Bukit Antarabangsa. Pada pandangan Cikgu Adibah, ianya hanya setakat makn aiskrim lagi halal dan menyegarkan. Bukan seperti wakil rakyat yang sanggup hidang aiskrim panas miliknya kepada yang bukan berhak. Berhak yang bagaimana?! Tentunya hanya untuk si isteri yang dinikahi.

Oleh itu,masakan untuk berdosa untuk makan aiskrim sejuk nan nyaman tambahan makan di kawasan berbukit seperti Bukit Antarabangsa. Percuma pula tu dan tentu halal untuk dimakan. Bukan seperti perlakuan sogok aiskrim panas dalam jamban dan disertakan tingkah tak senonoh dengan adegan singkap-menyingkap.

Muahahahahahahahaha..........

Sunday, May 13, 2012

Terkucil Pakatanista.#UMNO66



Cikgu cakap betul ni,meremang bila masuk Stadium Nasional Bukit Jalil. Rakan yang turut sama menyertai kata manusia duduk di seating macam semut!!!

Semboyan bergema hasil kenakalan anak muda memeriahkan lagi himpunan sempenan Ulang Tahun UMNO ke 66. Bingit bagai menyampaikan isyarat kepada Pakatanista,supaya sedari kehadiran Gelombang Merah UMNO kali ini.

Memang terbaiklah!!!!

Saturday, May 5, 2012

Puas Terkinja,Sial...Tak Aman Malaysia



Berjaya tau tidak itu belakang kira,matlamat menghalalkan cara saja modal mereka. Sekarang siapa nak tanggung kerugian? Kalau bayak sangat makan semut,meh aku ingatkan. Ambabiga balaci yahudi yang sangat menyokong kemurtadan Lina Joy dan lebih rela Malaysia jadi republik. Nak sangat negara republik pergi balik tempat asal usul kau balaci Zionis!!!

Jumlah 49 orang beruk unggul balaci Pakatanista tu tunggu pembalasan sahaja. Heret bagaimana sekali. Perangai Bunohan punya simptom belaka. Kalau tidak kerana mereka yang beruniform yang jaga keselamatan persekitaran komuniti di penempatan masing-masing,mana nak aman.

Apatah lagi keselamatan awam sebahagian daripada NKRA dalan transformasi kerajaan yang sangat giat menuju ke arah positif. Namun Ambabiga dan Anuwar Idiot ni menjalankan regim petaka kepada keselamatan awam serta negara. Dakwa SECEPAT mungkin!!!!!

Thursday, April 26, 2012

Tindakan SubversiF BERSIH 3.0 melalui Media Asing


Persiapan hebat sedang dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mengganas dan menghuru-harakan negara dalam ‘Demonstrasi Duduk Bantah’ BERSIH 3.0 atau lebih tepat dipanggil ‘Demonstrasi Berarak Ganas’ kerana mereka dikhabarkan akan berarak, berlari, mengganas dan mencabar pihak berkuasa dari beberapa penjuru KL sebelum duduk. 

Antara persiapan penting puak-puak pengkhianat dan balaci CIA ini ialah memberi taklimat awal kepada wartawan-wartawan asing agar bersedia mengambil gambar mereka dalam keadaan paling teruk untuk menggambarkan penganiayaan polis terhadap mereka.   Ini penting bagi mereka kerana dalam setiap demonstrasi yang dilakukan oleh pihak mereka sama ada atas nama BERSIH, PTPTN, 901, Reformasi, Himpunan Hijau atau apa saja sukar sekali mendapat gambar sehebat demonstrasi-demonstrasi di negara lain di mana polis betul-betul membantai dan membelasah para peserta.  Ini kerana di Malaysia, polis tidak akan berkeras selagi tidak dalam keadaan terpaksa atau terdesak. 
Bersih 2.0 telah membuktikan bagaimana pendemonstrasi dilayan dengan lembut di mana mereka yang ditangkap diberi makan dan ‘tempat berehat’ yang selesa siap dengan kemudahan untuk bersolat. 

Malah, kerana tiada keganasan polislah maka salah seorang peserta demonstrasi BERSIH 2.0 terpaksa berlakon mati dengan kamera sedia merakam lalu disebarkan di internet sebagai usaha memburukkan kerajaan.

Khabarnya, kali ini, pemimpin-pemimpin BERSIH 3.0 akan memastikan keadaan menjadi benar-benar genting.  Malah mereka bersedia mengorbankan peserta iaitu penyokong mereka sendiri dalam demonstrasi ini demi mencapai matlamat untuk menghuru-harakan negara kerana pilihanraya semakin hampir.   Mereka mengharapkan momentum kemarahan rakyat akan terus meningkat selepas itu sehingga pilihanraya menjadi benar-benar panas. 

Antara perancangan mereka ialah menyamar sebagai polis untuk membelasah peserta yang sudah tentunya tidak diberitahu tentang perancangan sebenarnya.   Siapa yang bakal dikorbankan atau terkorban tidaklah diketahui. 

Yang pastinya, mereka akan memastikan sudut terbaik bagi para wartawan asing untuk merakamkan setiap adegan ganas tersebut lalu menyebarkannya kepada dunia.  Apabila ini berlaku, dunia akan mengutuk Malaysia dan membuka ruang bagi barat untuk masuk campur dalam urusan negara atas nama hak asasi manusia. 

Ini adalah taktik biasa CIA di bawah pertubuhan NED yang menjadi dalang menjatuhkan kerajaan yang sah di seluruh dunia.   Buku ‘Inside the Company: CIA Diary’ yang ditulis oleh bekas pegawai CIA Phil Agee menghuraikan modus operandi CIA dalam usaha meletakkan pemimpin boneka di negara-negara di mana Amerika ingin menguasai.   Cara mereka tidak pernah berubah iaitu mewujudkan organisasi-organisasi untuk kononnya memantau pilihanraya negara-negara tersebut di mana di masa yang sama membangkitkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya dan kerajaan. 

Seterusnya, mereka juga meletakkan ‘warna-warna’ tertentu seperti  merah di Thailand, dan kuning di Mlayasia sebagai melambangkan sokongan atau tentangan terhadap kerajaan bagi mewujudkan ‘volume’. Ke semua usaha ini kemudiannya diarahkan kepada satu tujuan semata-mata iaitu demonstrasi jalanan yang membawa kepada huru-hara dan keganasan sehingga akhirnya kerajaan digulingkan. 

Phil Agee mengakui mereka melakukan yang sama di Filipina melalui satu badan yang dipanggil National Association for Free Election (NAMFREL) (menyerupai BERSIH) dengan menggunapakai slogan kuasa rakyat (menyerupai Pakatan Rakyat).  Mereka juga membuat banyak percubaan untuk mengambil alih Panama melalui Civic Crusade tetapi tidak begitu berjaya.  Namun mereka berjaya di semua negara lain antaranya, Bulgaria yang mana juga menggunakan para pelajar universiti agar turun ke jalanan berdemonstrasi, dan Albania, Chile, Brazil serta banyak lagi.
Kita juga tahu bahawa mereka juga berada di belakang kejatuhan Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain. 

Kesemua ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa bantuan media.  Dan tidak hairanlah BERSIH di Malaysia ini juga berusaha memastikan media asing memainkan peranan yang sama untuk membantu  memusnahkan negara ini. 

Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menilai maklumat yang terbentang di hadapan mata.   Rakyat boleh membantu kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan menjauhkan diri dari BERSIH.  Kuasa rakyat itu benar, kerana itu gunakanlah kuasa minda kita untuk memilih yang terbaik untuk diri, bangsa, agama dan negara.  Jangan sekali-kali terpengaruh dengan mainan politik musuh-musuh Islam. 

Wednesday, April 25, 2012

Anwar Juburi kepada Anwar Idiot


Cikgu Adibah sudah pesan jangan makan sebut bebanyak. Kan dah jadi pelupa. Anak ikan sendiri bergelumang dengan mahasiswi di Dataran Merdeka.....godfather pulak meroyan mengenai UNISEL?

UNISEL ialah universiti yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk melahirkan modal insan yang perlu pelajari kepakaran dalam perindustrian. Ingat perkara ini,universiti dibawah pentadbiran negeri Selangor! Bagamana pula Punaisehat Selangor boleh mengatakan  universiti berkenaan adalah dibawah penyeliaan pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Banyak semut dimakan sampai negeri orang nak dinasihat pentadbiran kewangan negeri dan pengurusan ekonomi langsung melupakan universiti negeri tersebut. Harap perkara malang ini tak berterusan dan Barisan Nasional segera rampas Selangor kerana Anwar Idiot bakal bela busut semut untuk beri rakyat Selangor makan dan dijadikan mata wang untuk pelajar UNISEL bayar yuran.

Monday, April 23, 2012

Transformasi Rakyat 1 Malaysia


Menjenamakan Malaysia melalui perubahan bukanlah perkara yang mudah. Matlamat mencapai wawasan 2020sudah semakin suntuk iaitu dalam masa 8 tahun mendatang. Oleh itu rakyat Malaysia memerlukan dasar-dasar kerajaan yang jelas.

Kepimpinan kerajaan dibawah Datuk Seri Najib menjustifikasikan rakyat didahulukan dalam segala sektor adalah perkara yang mesti menjadi keutamaan termasuk kebajikan,taraf hidup,kemahiran modal insan dan masa ; tempoh jangka panjang. Manakala pencapaian diutamakan berorientasikan motivasi dan ransangan daya saing ke arah positif dalam setiap agensi tidak kira swasta dan kerajaan.

Kini sudah 3 tahun berlalu dengan slogan nasional 1 Malaysia dengan kewujudan pelbagai struktur saluran kebajikan untuk rakyat. Rakyat lebih sedar akan kerajaan yang mana membela serta merangka lebih kebaikkan untuk masa depan. Rakyat juga harus rebut peluang dengan adanya dasar-dasar pada pengumuman akan datang.