Monday, February 25, 2013

KONFLIK DALAMAN BIKIN PEMBANGKANG SEMAKIN GOYAH

Pakatan pembangkang semakin bergolak menjelang pembubaran Dewan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 pada bila-bila masa sahaja. Kerjasama sesama PKR, Pas dan Dap semakin rapuh dan goyah dengan pemimpin-pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan.



Antara lapisan kepimpinan parti dan ahli-ahli di peringkat akar umbi sudah wujud benteng pemisahan menyebabkan anggota parti menjadi tidak keruan dan terumbang-ambing. Ambil sahaja isu kalimah ALLAH yang dicetuskan oleh parti perkauman Cina Dap.

Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng menjadi juara untuk menjadikan kalimah suci ALLAH sebagai bahan politik untuk menjadi modal politik murahan. Isu ini disokong pula oleh Ketua Umum PKR, seorang liberalis dan mendokong fahaman pluralisme dan gerakan LGBT. Anwar sokong Guan Eng dalam isu ini untuk menarik undi di Sabah dan Sarawak di mana terdapat ramai penganut Kristian daripada kalangan ethnik Iban, Kadazan, Murut dan sebagainya.

Anwar rela berdepan dengan kemarahan umat Islam di Malaysia asalkan beliau mendapat apa yang diidamkan iaitu menjadi Perdana Menteri. Sokongan pengundi Kristian dianggap kritikal baginya sekiranya beliau mahu menawan Putrajaya tapi malangnya strategi tersebut 'backfire' atau memakan diri sendiri.

Walaupun Pas pada mulanya terpaksa tunduk dengan desakan Anwar, Lim Kit Siang, Guan Eng dan Karpal untuk menyetujui pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah ALLAH namun ia berpusing 180 darjah tidak lama kemudian. Ini kerana Pas melihat sokongan terhadap parti itu sudah mula luntur dan terjejas teruk berikutan majoriti ahlinya tidak bersetuju dengan dasar tersebut.

Isu siapa mendapat jawatan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi PRU13 juga semakin merenggangkan hubungan PKR, Pas serta Dap. Karpal sebagai Pengerusi Kebangsaan Dap bertegas mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri walhal pada masa yang sama beliau mendakwa Anwar terlibat dalam aktiviti seks songsang liwat.

Melihat kepada keadaan ini, sokongan lisan yang disuarakan oleh Karpal hanyalah satu taktik politik yang tidak mempunyai makna. Ini kerana Dap mahu menunggang atas pengaruh Anwar untuk mendapat lebih kerusi parlimen atas undi penyokong PKR dan Pas.

Pas pula mahu presidennya Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan ini telah dinyatakan beberapa kali. Malah terkini Majlis Syura Ulama parti itu dikatakan telah menolak Anwar sebagai calon jawatan itu atas alasan moral yang rendah serta sikapnya yang pro-Kristian. Rundingan Pakatan Rakyat dengan Parti Maju Sabah (SAPP) juga sudah terbengkalai.

 Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyatakan pintu rundingan dengan SAPP sudah ditutup kerana sikap keras kepala dan individualistik Yong Teck Lee. Anwar pula menyanggah kenyataan anak emasnya itu dengan mengatakan pintu rundingan sentiasa terbuka untuk meneruskan rundingan dengan SAPP. Pada hakikatnya pembangkang menipu diri mereka sendiri dengan berfikir kedudukan mereka adalah kukuh untuk menjadi kerajaan pusat PRU13 nanti.

Hinggakan Timbalan Pengerusi Dap Perak A. Sivakumar dengan angkuhnya mensasarkan pembangkang mampu merangkul 40 kerusi DUN di negeri itu. Mungkin Sivakumar masih di alam mimpi atau fantasi melampau kerana sejak kerajaan negeri beralih tangan kepada Barisan Nasional pada Mach 2009, banyak perubahan sudah berlaku.

Mungkin pada awal episod pergolakan politik Perak, ramai yang terkeliru lalu marah kepada BN. Ini adalah hasil dakyah dan fitnah pembangkang yang tidak memberi penerangan yang sebenar mengapa Pakatan Rakyat tumbang di Perak setelah hanya sebelas bulan memerintah.

Di bawah pentadbiran BN, banyak perubahan telah dilakukan bukan sahaja dalam skop pembangunan dan kebajikan rakyat tetapi juga dasar keterbukaan yang diamalkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Kadir. Jadi jika pembangkang berfikir mereka boleh menang sebanyak kerusi yang mereka katakan, eloklah sedar daripada mimpi itu dan melihat kepada realiti politik di Perak kini.

Saturday, February 23, 2013

korupsi

bertaubat la wahai saudara2 ku.. aku tahu korang buat kerja terkutuk2 ini... fitnah itu 1 dosa yg besar.. apa pulak kita menjadi org tngh dgn mereka reka cerita dan menyebar agar kuasa terus depegang dgn cara kotor ini.. betapa hina kerja dan duit yg hempa dapat.. politik yg kotor.. xgentlemen langsung

Thursday, February 14, 2013

NAJIB, A TRUE STATESMAN WHO TAKES WHATEVER HAPPENS IN PENANG IN HIS STRIDE


 
Many videos have been put up on You Tube on Prime Minister Najib Tun Razak’s visit to Penang especially the reply ‘YES’ and ‘NO’ to Najib’s question whether the people of Penang is with BN or not.
Edited videos, re-edited videos, original recordings and whatever have been posted to compete in the fight to reveal the supposed truth, aimed at knocking into the minds and hearts of the voters their version of the episode.
THE REALITY is Najib took everything that happened in his stride as a STATESMAN, not as a ‘vindictive politician such as Anwar Ibrahim and Lim Guan Eng’ who are arrogant and ‘dictatorial’ just to achieve their personal ambition of being a head of state or a Prime Minister.


Najib, as a Prime Minister for all Malaysians regardless of race and religion, is a not even concern about the response because he is not a politician who wants popularity, who wants people to like him all along, who want absolute loyalty and so on.
Whether the response is a big ‘YES’ and a small ‘NO’, Najib is actually ready for anything when he went to Penang.
His intention is not to be popular but to see by himself the situation in the state, to view by himself why BN lost and what are the chances of getting back the state.
Going straight into the ‘enemy’s lair’ is not a child’s play and Najib did just that and he did not expect a rousing welcome where every stop people will drop everything they do and greet him like a King.
Najib expected the normal greetings – he is a politician and he knows what to expect – he knows the planting of people to jeer him or the acts of trying to demean and demonise him and all kind of stuffs that would run him down or bring down his image.
Najib knows all these will happen in Penang, because it is held by DAP, a chauvinistic party that wants to see Malay supremacy replaced and the Malay race become ‘second citizens’ or ‘beggars’.
Najib just wants to see by himself what Penangites want and how they perceive him – the real response rather than basing on reports from various agencies and channels.
He just wants to know and he does not care about the reaction because he wants to know the truth, the real truth on the ground, he wants to feel the heartbeat of Penangites by himself.
That was why he went on a real walkabout, ate nasi kandar in the night without any fear for his and his family’s safety because he wanted to know the true situation.
And the REALITY is Najib now knows the truth and the ‘YES’ or ‘NO’ is nothing to him because he now knows the truth.
And of course, the truth is there was a truly BIG ‘YES’ for him to take back Penang, as evident which right now frightens the opposition pact, real scare and not make-believe.

Wednesday, February 13, 2013

Deepak Akhirnya Menceritakan 'Hal Sebenar' Tetapi Masih Kabur

Deepak Jaikishan berjaya menjadi seorang 'selebriti' apabila beliau menuduh Perdana Menteri dan isteri terhadap penglibatan mereka dengan perniagaan Deepak di mana mereka dikatakan tidak membantu Deepak langsung. Jika kita kembali kepada situasi semasa isu ini sedang berlaku, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, sedang memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, nama Deepak dikaitkan sebagai 'orang tengah' dalam kes pembunuhan Altantuya, seorang model warga Mongolia yang dikatakan terlibat dalam skandal kapal selam dan skandal kepada DPM.

Deepak menafikan segala tuduhan tersebut, dan mempersoalkan tentang mengapa beliau perlu berjumpa dengan adik kepada DPM, Nazim, secara langsung untuk memberikan bayaran terhadap pembunuhan tersebut? Deepak menyatakan hubungan antara beliau dan juga PM dan isteri hanyalah untuk perniagaan.

Ketika itu, Deepak ada mengenali Bala. Benar, Bala pernah meminta pertolongan daripada Deepak, namun Deepak tidak memberi sebarang pertolongan kepada Bala kerana Deepak tidak percayakan Bala. Namun, itu dulu, ketika perniagaan Deepak sedang maju. Kini, setelah semuanya mula merudum, Deepak perlukan seorang mangsa untuk dituduh. Siapa lagi yang boleh dituduh jika tidak seseorang yang pernah membantu Deepak dalam perniagaan beliau. Deepak perlu memulihkan kerugian yang ditanggung, siapa lagi yang boleh membantu beliau jika bukan seseorang yang mempunyai kuasa atau seseorang yang mahukan kuasa?

Jadi, Deepak mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Perdana Menteri dan isteri, dan pada masa yang sama membuat 'pelaburan' pada 'kerajaan baru'. Itulah sebab mengapa Deepak tidak takut untuk mendedahkan bahawa PM adalah dalang dalam kes pembunuhan Altantuya. Mengapa Deepak tidak membuat pendedahan yang sama ketika Dato’ Seri Najib sedang memegang jawatan DPM?

Kisah kes pembunuhan ini mula 'dihangatkan' oleh Pembangkang. Versi mereka 'menceritakan' bahawa isteri PM berada di tempat kejadian ketika pembunuhan tersebut berlaku, berdasarkan 'bukti-bukti kukuh' (kasut beliau). Mereka kemudiannya mendakwa bahawa isteri PM sempat melihat Altantuya dibunuh.

Namun, terdapat gambar-gambar isteri PM, termasuk kenyataan akhbar yang melaporkan bahawa beliau sedang menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim pada masa kejadian.

Jadi, cerita tersebut kemudiannya diubah lagi oleh Pembangkang. Selain itu, terdapat gambar yang di'super-imposed' bagi menunjukkan PM duduk semeja bersama Altantuya untuk makan malam yang digunakan oleh pihak Pembangkang sebagai 'bukti'. Namun, apabila gambar super-impose itu dibuktikan sebagai gambar yang direka-reka, pihak pembangkang mula memusingkan cerita dengan menuduh bahawa individu yang mempunyai hubungan bersama model Mongolia itu adalah pembantu PM, Razak Baginda.

Namun, kini, Deepak membuat satu lagi pendedahan dengan menyatakan bahawa Razak tidak mungkin mempunyai sebarang hubungan dengan Altantuya, kerana Razak mempunyai masalah mati pucuk. Bukan Razak, PM yang mempunyai hubungan bersama Altantuya. Deepak juga berkata bahawa SPRM tidak berani, polis tidak berani, Azilah dan Sirul (pesalah) juga tidak berani untuk menyatakan perkara sebenar hinggakan mereka sanggup dipersalahkan atas tuduhan yang dibuat keatas DPM.

Rakyat sudah penat atas segala U-turn yang dibuat oleh Bala dan Raja Petra, kini giliran Deepak pula? Mungkin Deepak perlu mengambil ujian alkohol sebelum sesiapa mengambil kenyataan yang dikeluarkan oleh saudagar karpet ini. Penulis pasti bahawa Deepak tidak sedar bahawa jika beliau mengambil U-turn, cerita tersebut perlulah selari dengan cerita dari Bala dan juga Raja Petra, termasuk SUARAM dan Tian Chua juga, jika tidak, segalanya akan hancur.

Buat masa sekarang, semua kisah yang diceritakan tidak membawa makna, termasuklah cerita Deepak. SUARAM kini terpaksa bersembunyi untuk menutup malu mereka apabila kisah mereka dibongkar. Deepak pula hanyalah seorang peniaga yang terpaksa menyambung perjuangan SUARAM yang gagal. Deepak bukan sahaja perlu mencantumkan cerita-cerita dari pihak pembangkang, beliau juga perlu mengambikira penjelasan yang datang dari bahagian pro-kerajaan.

Deepak perlu memperjelaskan bagaimana cerita beliau mempunyai kaitan dengan cerita Dato’ Zulkefli Nordin’s, bekas peguam Anwar yang juga pernah mewakili Azilah dan Sirul? Dato’ Zulkefli Nordin pernah mendedahkan di dalam blog beliau bagaimana beliau bertindak untuk tidak mewakili pesalah-pesalah tersebut. Zulkefli yang kini telah meninggalkan PKR, mengaku bagaimana beliau dipaksa oleh Anwar untuk mereka bukti yang membolehkan Azilah dan Sirul membuat tuduhan kepada Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sebagai dalang yang memberikan arahan untuk membunuh.

Satu perkara yang menghairankan penulis, walaupun cerita Deepak tidak boleh digunapakai, ada yang masih percaya akan cerita tersebut! Lihatlah segala penipuan Bala, Raja Petra, Tian Chua, SUARAM melalui pembangkang yang berjaya dibongkarkan, dan kini Deepak pula, siapa yang masih percayakan cerita mereka?

TIDAR RELA KARPAL CAMPUR TANGAN


KUALA TERENGGANU 13 Feb. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan beliau tidak rela Pengerusi DAP, Karpal Singh campur tangan dalam urusan Majlis Syura Ulama parti itu.
Menurut Harun, Karpal tidak boleh campur tangan dalam urusan Majlis Syura Ulama Pas walaupun Pas dan DAP berada dalam satu pakatan.

''Saya tak suka orang lain ataupun dia campur tangan.

''Saya harap Karpal jangan lagi campur tangan hal dalaman Majlis Syura Ulama. Saya pun malas nak melayan dia," tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal yang menganggap dakwaan Majlis Syura Ulama menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai spekulasi semata-mata.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengenai penolakan Majlis Syura Ulama parti itu berkaitan pelantikan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Karpal juga mahu Majlis Syura Ulama Pas menghormati keputusan bersama yang dicapai oleh pemimpin pakatan pembangkang tentang isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Selain kenyataannya hari ini, pada 3 Februari lalu Harun turut menyanggah tindakan Karpal apabila Pengerusi DAP itu cuba mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.
Harun menegaskan, Karpal tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman parti lain dan dalam masa sama mempertikaikan kelayakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memberikan pandangan dalam isu tersebut.

Harun seterusnya berkata, soal siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang bergantung kepada sokongan serta populariti seseorang calon, tidak kira sama ada Anwar atau Abdul Hadi.
Beliau meminta semua pihak supaya 'bersabar' dan menunggu berlangsungnya pilihan raya umum untuk mengetahui siapa sebenarnya paling layak menjadi pemimpin nombor satu negara nanti.
"Sebenarnya saya tak boleh jawab sekarang. Kita tunggu pilihan raya nanti. Yang pasti, calon yang menjadi Perdana Menteri adalah berdasarkan populariti.
"Siapa yang dapat sokongan ramai atau paling popular, tak kira Anwar atau Abdul Hadi, dialah yang akan menjadi Perdana Menteri," katanya.


Skandal Tanah: Sampai Bila Rakyat Kelantan Mahu Bersabar?


Dikira dari usia pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1959 - 1978 (19 tahun) diikuti dengan pusingan kedua bermula 1990 - 2013 (23 tahun), bermakna sudah 42 tahun negeri Serambi Mekah ini berada dalam genggaman PAS.

Suka atau tidak, rakyat Kelantan perlu akui selama tempoh lebih empat dekad ini sudah sekian banyak skandal tanah melibatkan keluasan puluhan ribu ekar tanah dan hasil bumi negeri ini telah dipajak gadai dan terjual kepada orang luar.

Dulu dalam tahun 1964 hingga pertengahan 1975, rakyat Kelantan pernah tercabar maruahnya apabila Kerajaan PAS Kelantan telah menyerahkan hak milik tanah seluas lebih 300,000 ekar secara pajakan kepada sebuah syarikat dari Singapura.

Ramai pemimpin PAS negeri tika itu yang kaya raya hasil dari tindakan tersebut, sementara rakyat bawahan pula hanya mampu menangis tak berlagu mengenangkan maruah diri dan negeri tumpah darah bagaikan telah menjadi milik orang lain.

Kini di abad millenium, peristiwa hampir serupa berulang kembali apabila Kerajaan PAS Kelantan dengan berselindung di sebalik projek Ladang Rakyat telah 'bermurah hati' memajakkan tanah seluas lebih 80,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat-syarikat luar.

Kononnya melalui projek Ladang Rakyat ini akan membantu membasmi masalah kemiskinan di mana lebih 4,000 orang penduduk di Hulu Kelantan bakal beroleh manfaatnya. Mereka dijanjikan dengan habuan hak milik tanah dan tapak rumah, namun sampai sekarang hanya debu-debu tanah sahaja yang kelihatan.

Sebaliknya yang berlaku tauke-tauke syarikat yang sudah sedia kaya semakin kaya raya, manakala ramai pemimpin PAS yang dulunya hanya memiliki rumah kayu kini bertukar menjadi rumah batu bertingkat, dari satu motokar kecil sekarang berbuah-buah kenderaan tersusun di depan rumah.

Pemimpin PAS yang dulunya setia pada isteri nan satu kini memasang cawangan baru, tidak cukup dua ditambah menjadi tiga. Puas melabuh sauh dalam negara ada yang merantau hingga ke Kemboja untuk mendapatkan selera baru yang berkenan di mata.

Di masa yang sama berbelas orang pemimpin PAS negeri menikmati laba keuntungan apabila bertuah memperoleh hak milik tanah di kawasan tersebut. Anak dan isteri pemimpin PAS tidak ketinggalan menikmatinya tapi rakyat yang menanti terus kempunan.

Rakyat terus termangu-mangu menantikan janji bulan jatuh ke riba dan terus hiba hatinya lebih-lebih lagi melihatkan tanah yang dulunya diteroka kini sesuka hati dirodok dan dinikmati hasil mahsulnya oleh tauke-tauke Cina yang begitu akrab dengan pemimpin PAS negeri.

Dalam tempoh beberapa ketika berlalu, juga bertempat di Hulu Kelantan lebih 10,000 ekar tanah yang kaya dengan kayu kayan balak bernilai tinggi kini pula telah menjadi milik pemimpin Cina DAP dari Perak untuk selama lebih setengah abad mendatang.

Sekali lagi rakyat termangu sendirian mengenangkan apa malangnya nasib mereka sering kali di anak tirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Entah sampai bila mahu bersabar, lagi lama ditahan entah-entah lebih banyak tanah tergadai dan maruah negeri diinjak-injak oleh orang luar dan hasil buminya mengalir tanpa memberi manfaat pada rakyat pribumi sendiri.

Tidak cukup apa yang berlaku di Hulu Kelantan, di pusat bandar Kota Bharu yang khabarnya gah dilabelkan sebagai bandaraya Islam contoh oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih 300 ekar tanah sudah sah dipajak hak miliknya kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.

Katanya mahu mengindahkan tebing sungai Kelantan melalui projek yang dikenali sebagai Lembah Sireh. Maka para petani yang dulu mendapat rezeki lumayan hasil tanaman di tebing sungai itu dipindahkan dan hanya mendapat sedikit pampasan wang ringgit antara RM100 hingga RM900 sebulan selama 3 tahun.

Hasil projek itu maka berdiri megahlah sebuah pasaraya besar Tesco yang dianggap oleh MB Kelantan sebagai simbol kemajuan negeri ini, sedangkan projek utama yang sepatutnya diutamakan seperti sebuah masjid, dua buah jambatan, sebuah stadium dan gerai jualan yang mempunyai kepentingan umum hingga sekarang gagal dibina.

Mujur ada Kerajaan Pusat yang prihatin menyegerakan pembinaan salah satu jambatan tersebut iaitu Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang kini sudah boleh digunakan, jika ditunggu-tunggu syarikat kepercayaan Kerajaan PAS Kelantan membinanya, tujuh keturunan pun belum tentu siap sebatang tiang konkrit pun.

Namun di sebalik kegagalan syarikat swasta itu mematuhi perjanjian sumbangan projek sebagai galang ganti pemindahan hak milik tanah, Kerajaan PAS Kelantan terus berlembut tanpa sebarang tindakan tegas, sedangkan hampir sebahagian tanah ini telah pun dipajak pula kepada institusi kewangan bagi membolehkan syarikat tersebut beroleh pinjaman berpuluh juta ringgit.

Entah apa malang nasib rakyat Kelantan, dalam kesukaran mereka mendapatkan hak milik tanah walaupun wang deposit sudah dibayar, mudah pula bagi syarikat-syarikat luar dan pemimpin-pemimpin politik yang berkepentingan dengan Kerajaan PAS Kelantan memperoleh tanah yang berekar-ekar luasnya.

Sampai bila agaknya rakyat pribumi sanggup bersabar membiarkan tanah negeri dan hasil bumi terus mengalir ke tangan orang lain? PRU 13 yang sudah tidak berapa lama lagi adalah satu-satunya peluang besar untuk rakyat Kelantan mengubah senario yang berlaku. 

Jika tidak sekarang, sanggupkah kita menunggu 5 tahun lagi yang mungkin tika itu sudah terlambat apabila hampir setiap inci tanah negeri ini dipajak kepada pihak lain, barulah tika itu terdetik kesedaran untuk kita bangkit memprotes demi mempertahankan hak anak negeri? Tepuk kepala tanya akal yang waras!!! 

Tuesday, February 12, 2013

Gesaan Guan Eng Gagal

PULAU PINANG 11 Feb. - Gesaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya pengunjung ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) negeri hari ini beramai-ramai memakai baju merah, kuning dan hijau propembangkang ternyata tidak mendapat sambutan.Gesaan tersebut ternyata tidak diendahkan dan pengunjung pelbagai kaum kelihatan cukup gembira menyambut perayaan tersebut di padang Kolej Han Chiang di sini.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Sherlyn, 33, berkata, dia bersama enam ahli keluarganya sanggup menempuh kesesakan lalu lintas semata-mata mahu meraikan Tahun Baharu Cina bersama pemimpin nombor satu negara.Menurutnya, tahun ular pada kali ini lebih bermakna kerana dapat meraikannya bersama Perdana Menteri.

"Kami sekeluarga berada di sini sejak pukul 9.30 pagi bagi mendapat tempat di bahagian paling hadapan walaupun Perdana Menteri dijadualkan tiba pukul 11 pagi," katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang remaja, Goh Tian Yong, 16, memberitahu, dia bersama keluarganya sanggup berjalan kaki sejauh kira-kira 10 kilometer dari rumah mereka untuk ke situ."Sebagai seorang warganegara, saya begitu teruja untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama kaum lain," ujarnya.Adiknya, Goh Sin Ni, 13, pula menjelaskan, dia tidak menyangka dapat melihat Perdana Menteri secara dekat.Apatah lagi tambah beliau, Najib merupakan idola dalam hidupnya.

"Saya kagum dengan Najib kerana beliau merupakan pemimpin yang tidak meminggirkan mana-mana kaum berdasarkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan," ujarnya.

Kira-kira 80,000 orang menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional negeri itu.Majlis diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba pada kira-kira pukul 10.45 pagi.

Yang hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen serta pemimpin-pemimpin komponen BN lain.

Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu Oppa Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah.

Guan Eng sebelum ini menyeru orang ramai yang mahu hadir ke majlis berkenaan memakai baju kuning sebagai tanda sokongan kepada himpunan Bersih anjuran pembangkang, hijau untuk alam sekitar dan merah bagi Pulau Pinang

Monday, February 11, 2013

Krisis Air: Beku Peruntukan Adalah Penyelesaian??!

Tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membekukan perbelanjaan modal (capex) kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dari tahun 2008 sehingga sekarang satu penganiayaan kepada rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Beliau berkata, Syabas juga dianiaya kerana kerajaan negeri bukan sahaja bersikap lepas tangan ketika Selangor diancam krisis bekalan air tetapi juga menafikan kelulusan untuk syarikat itu mencari pembiayaan sama ada daripada sumber dalaman atau luar seperti bank komersial.

Namun, katanya, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM120 juta untuk memperbaiki sistem pembekalan air di Selangor baru-baru ini, ia ditohmah pula sebagai usaha menyelamatkan syarikat kroni.

"Kenapa kerajaan negeri tidak mengeluarkan apa-apa pun bantuan dalam menangani krisis air di Selangor? Mereka hanya bercakap, mengkritik, melemparkan tuduhan sama ada kepada Kerajaan Persekutuan ataupun Syabas tetapi tidak menghulurkan apa juga bentuk bantuan," katanya kepada Bernama.

Beliau mempersoal kenapa kerajaan Selangor sehingga hari ini bersikap lepas tangan dan menyalahkan Syabas sepenuhnya sedangkan tanggungjawab menyediakan air bersih jelas terletak pada kerajaan negeri bukan Syabas sepenuhnya.

Sulaiman menjelaskan, Syabas hanyalah syarikat yang mengedarkan air terawat yang dibeli daripada syarikat-syarikat yang memproses air mentah dan adalah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor untuk memastikan air yang diproses dan kemudiannya dibekalkan kepada rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah mencukupi.

"Jadi saya tak nampak kenapa peruntukan RM120 juta ini nak dijadikan isu sedangkan dalam waktu yang sama mereka tidak menyumbang apa-apa pun bagi mengatasi masalah air yang sedang berlaku di Selangor.

"Inilah persoalan yang saya nak beritahu kepada Menteri Besar dan rakyat negeri Selangor. Kita kena tengok dalam keadaan ini, kerajaan negeri hanya nak mempolitikkan isu air ini, dengan harapan dapat membina satu persepsi yang buruk kepada kerajaan Persekutuan, kepada Syabas," katanya.

Beliau menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar bersama-sama bertanggungjawab dalam soal krisis air di negeri ini dengan menarik balik arahan pembekuan perbelanjaan modal untuk membolehkan Syabas beroperasi tanpa gangguan politik.

Ditanya mengenai contoh penganiayaan yang dimaksudkan, Sulaiman berkata, Syabas sepatutnya sudah dapat menggantikan 2,000km paip-paip lama dalam usaha mengurangkan air yang tidak mendatangkan hasil (NRW) seperti yang dikehendaki dalam perjanjian konsesi namun hanya berupaya menggantikan 800 km paip ekoran pembekuan itu.

"Akhirnya, banyak air yang hilang sewaktu penghantaran, sama ada paip bocor atau melalui kecurian. Dalam isu NRW ini, kalau betul kerajaan negeri tak nak jadikan isu politik, sepatutnya mereka dah tarik balik pembekuan capex ini.

"Rakyat pada keseluruhannya amat dukacita kerajaan Selangor nampaknya melepas tangan dan meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada Syabas. Itu sahaja yang mereka mampu buat dalam keadaan krisis air," katanya.

Beliau juga berkata, Abdul Khalid sepatutnya turun padang sendiri bagi merasai kesengsaraan rakyat yang menghadapi masalah bekalan air seperti yang melanda banyak kawasan di Ampang dan Pandan bulan lepas terutama mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa dan pangsapuri. - BERNAMA

Saturday, February 9, 2013

Hangitttt!!! Parlimen Tetap Bersidang Mac Ini

KUCHING 9 Feb. - Dewan Rakyat tetap akan bersidang seperti biasa sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran dalam masa terdekat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Abdullah berkata, persidangan tersebut yang merupakan sesi pertama bagi tahun ini dijadual berlangsung hujung Mac depan.

"Sehubungan itu, kata beliau, notis mengenai persidangan akan dihantar seperti biasa kepada ahli-ahli Parlimen selewat-lewatnya hujung bulan "

Namun mengikut Perlembagaan, Dewan Rakyat ini bebas. Kita akan bertindak mengikut sistem Parlimen sendiri dan tidak akan terpengaruh dengan kisah politik di luar.

“Jadi para pegawai kita tetap bekerja seperti biasa berdasarkan jadual mesyuarat dan mereka akan menghantar notis kepada ahli-ahli Parlimen sebagaimana peraturan yang ditetapkan, iaitu 28 hari sebelum sesuatu persidangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan cek bantuan kecemasan Parlimen Santubong kepada 14 penerima yang berjumlah RM11,400, di sini hari ini. - UTUSAN

Penangites Bakal Minum Air Longkang

Isu bekalan air antara Kedah dengan Pulau Pinang nampaknya masih tiada perkembangan baru. Sejak ia pertama kali timbul dalam pembentangan Bajet 2013 Kedah tahun lepas, hanya satu surat yang dihantar oleh kerajaan Kedah kepada Pulau Pinang untuk menyatakan perkara tersebut. Itupun surat tersebut hanya dihantar selepas menerima respon melalui media dari Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa yang menolak untuk membayar air yang diambil dari Sungai Muda, Kedah atas sebab yang termaktub dalam Riparian Right iaitu Kedah tidak ada hak untuk mendapatkan sebarang bayaran air kerana kaedah saluran air yang digunakan adalah semula jadi.

Beliau memberi contoh Sungai Mekong yang membekalkan air kepada begitu banyak negara di sepanjang alirannya, namun tidak ada satu pun dari negara terbabit membayar kepada China.

Jelasnya lagi, walaupun memang ada negeri yang membayar jualan air seperti Melaka kepada Johor dan Pahang kepada Selangor, tetapi ia adalah kerana bekalan itu bukan melalui kaedah semula jadi, tetapi sebaliknya melalui saliran paip atau terowong. Bertitik tolak dari itu, tiada diberitakan jawapan atau hujah balas dari Kedah terhadap kenyataan PBAPP itu selain dari beberapa kenyataan media oleh Exco Kedah, Phahrolrazi yang menegaskan untuk tetap meneruskan rancangan menuntut bayaran terhadap bekalan air kepada Pulau Pinang.

Dan perkembangan terbaru pada dua hari lepas juga serupa di mana Phahrolrazi sekali lagi membuat kenyataan media ‘merungut’ kerana kerajaan Pulau Pinang masih belum memberi respon kepada cadangan Kedah untuk mengenakan harga 3 sen/m3 ke atas bekalan air mentah ke negeri itu.

Katanya, keengganan Pulau Pinang untuk memberi respon menyebabkan perkara ini menjadi bertambah sukar. Malah, seolah-olah mengugut, beliau turut membayangkan ‘akibat yang serius’ sekiranya cadangan Kedah terus diabaikan oleh Pulau Pinang. Pulau Pinang bagaimanapun, terus mengambil sikap ‘pekak-badak’ dan ‘diam membisu’, enggan melayan apa-apa perbincangan dengan Kedah.

Sekiranya Phahrolrazi atau Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah sedikit bijak, mereka pasti menyedari yang DAP Pulau Pinang sedang menunjukkan kepada PAS di manakah kedudukan PAS di mata DAP, walaupun setelah menjadi kerajaan sebuah negeri.

Lebih dari itu, tindakan PAS meletakkan anggaran hasil dari sesuatu yang belum pun dibincangkan dengan pihak yang terlibat, dengan sendirinya menjustifikasikan pandangan DAP terhadap PAS yang jauh terlalu rendah dan hina kerana tidak tahu cara bekerja mahupun membentangkan bajet negeri. Namun, seperti juga Guan Eng, Azizan tidak kurang juga angkuhnya.

Secara umum, kedua-dua mereka adalah sama saja iaitu, BODOH SOMBONG.

Bezanya, Guan Eng mengambil tahu apa yang terjadi di dalam negerinya tetapi Azizan langsung tidak ambil tahu apa-apa. Justeru, Guan Eng mempunyai kawalan ke atas setiap projek dan berpeluang menutup segala kelemahan dengan lebih kemas tetapi Azizan tidak mampu langsung menutup apa-apa. Dari sejarah dan perkembangan semasa, kita percaya yang Azizan akan tetap kalah dengan Guan Eng sepertimana PAS sentiasa kalah dengan DAP.

Jika Azizan bertegas sekali pun, PAS Pusat pasti akan mengarahkannya beralah juga. Walaubagaimanapun, isu air ini mungkin tidak akan berakhir seperti kelaziman itu kerana Azizan berhadapan dengan kedudukan kewangan negeri yang benar-benar parah. Lebih parah lagi apabila beliau sendiri tidak memahami tahap ‘keparahan’ tersebut kerana hilang kawalan atas pentadbiran negeri dan semua projek-projek yang telah, sedang, termasuk yang akan dilaksanakan oleh orang-orang kelilingnya.

Azizan mungkin punya sedikit gambaran bahawa negeri Kedah berada dalam keadaan tenat tetapi beliau juga tahu yang beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana beliau tidak tahu apa-apa.

Egonya yang terlalu besar pula membuatkan beliau tidak sanggup turun menyiasat dan melihat sendiri kerana bimbang tidak dapat menerima kenyataan akan kesilapan dan kesalahannya selama ini.

Memandangkan Azizan terdesak dari segi menepati bajet yang dibentangkan, serta terdesak untuk menjaga air mukanya, maka tidak mustahil yang beliau akan mengambil tindakan drastik sepertimana ‘ugutan’ yang dibayangkan oleh Phahrolrazi. Tidak mustahil Kedah akan mencari jalan untuk menghentikan aliran air mentah ke Pulau Pinang melalui Sungai Muda.

Azizan sebelum ini telah membuktikan yang beliau sedia mengambil risiko bencana banjir lumpur dan rakyat sengsara semata-mata untuk meneruskan pembalakan di kawasan tadahan dan kawasan-kawasan sensitif. Beliau telah mendabik dada megah untuk meneruskan aktiviti berisiko itu dengan alasan untuk mencari wang untuk negeri. Jika ini bukan kenyataan orang terdesak, maka apakah ia? Justeru, ingatlah bahawa orang yang terdesak sanggup melakukan apa saja. Jika nasib dan nyawa rakyat negeri sendiri juga sanggup diperjudikan, apatah lagi rakyat di negeri orang? Oleh itu, jangan terkejut jika Azizan menyekat bekalan air ke Pulau Pinang sekiranya Guan Eng enggan membayar caj sepertimana yang dituntut.

Dan sekiranya PAS terus berkuasa di Kedah selepas PRU ini, mungkin rakyat Pulau Pinang perlu bersedia untuk minum air longkang.

‘Malaysia Spring’: Ancaman Anwar untuk ‘Membunuh’ Demokrasi

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau ‘Arab Spring’ dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan. Apatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi ‘hobi’nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974.

Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya.

Sehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam. Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya. Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan ‘contoh teladan’ yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim.

Justeru, pada Februari 24, 2012 wawancara Anwar dengan Inter Press Service http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/, sekali gus mengesahkan peringatan Tun Mahathir di mana Anwar berkali-kali menegaskan akan keperluan kepada satu pemberontakan ala ‘Arab Spring’ di Malaysia.

Antara kata-katanya ialah “Malaysia tidak boleh dipisahkan dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam,” dan “…polisi kami (PR) adalah untuk Malaysia menjadi negara demokrasi yang matang. Apa yang mereka di ‘Arab Spring’ dan ‘Occupy Wall Street Movement’ katakan ialah mengenai keadilan dan tekanan yang dihadapi dalam dunia kapitalis yang tidak terkawal yang hanya memberi kelebihan kepada segolongan kecil yang telah sedia mewah sahaja.”

Beliau juga berkata, “…bagi menghormati institusi demokrasi, hak untuk menentang dan hak kebebasan, ‘Arab Spring’ adalah amat perlu bagi dunia Islam kerana ia mempunyai impak dalam pengertian demokrasi.”

Maka tidak hairanlah, setiap kali puak pembangkang berdemonstrasi, tidak kira apa jua bentuk penyamaran yang mereka gunakan, seperti BERSIH, Himpunan Demokrasi, Reformasi, Kumpulan Hijau, dan sebagainya, laungan untuk menjatuhkan kerajaan sering kedengaran. Malah, pemimpin-pemimpin pembangkang juga telah beberapa kali dirakamkan menyuarakan secara langsung dan tidak langsung, berkenaan usaha mereka untuk mencetus ‘Dataran Tahrir’ di Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa peristiwa berdarah Dataran Tahrir ini tidak mustahil akan berjaya dicetuskan mereka sekiranya ‘hobi’ memberontak yang dimiliki oleh Anwar digabung dengan kebebalan PAS dan kebencian DAP yang membuak-buak terhadap kerajaan Melayu Islam. Apatah lagi, dengan terdapatnya dana asing yang tiada had untuk mengupah para pemberontak dan menyogok pengkhianat.

Adalah penting bagi setiap seorang dari rakyat Malaysia untuk benar-benar memahami apa itu ‘Arab Spring’ atau ‘Dataran Tahrir’ atau ‘Occupy Wall Street’ yang menjadi obsesi Anwar ini. Ini bukan masanya untuk kita sekadar mendengar cakap-cakap rakan mengenainya atau percaya bulat-bulat atas apa yang disampaikan oleh ahli-ahli politik mahupun media massa.

Jika benar kita inginkan demokrasi yang matang maka, kita, iaitu rakyat Malaysia harus mematangkan diri terlebih dahulu. Kita tidak layak untuk menganggap diri kita matang selagi kita tidak benar-benar mengkaji mengenai apa yang kita sokong. Sesungguhnya, keadaan negara-negara pasca ‘Arab Spring’ adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya.

Jika sebelum ini rakyat Mesir menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dianggap sebagai korup, zalim dan tidak memberi kebebasan bersuara tetapi hari ini, kerajaan Morsi Mohamed adalah lebih teruk di mana sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan ditangkap. Menjatuhkan sesebuah kerajaan melalui pemberontakan bermakna menjatuhkan atau memusnahkan negara dan diri sendiri.

Ertinya, ekonomi menjadi lumpuh apabila pejabat, kedai, bank, sekolah dan segala-galanya musnah atau tidak mampu beroperasi kerana kekacauan. Ini kerana, dalam keadaan kekacauan, bukan hanya kerajaan yang ditentang yang akan terjejas, tetapi yang jauh lebih teruk terjejas adalah rakyat sendiri. Apabila sistem pentadbiran lumpuh, maka jenayah secara automatik berleluasa dan ini menambah lagi penderitaan rakyat. Pertabalan kerajaan baru bukan bermakna keadaan pulih secara automatik.

Pejabat, kedai, kilang, bank, sekolah yang musnah perlu diperbaiki tetapi ia pastinya memerlukan dana yang banyak. Tetapi dana tidak ada kerana pelabur, pelancong telah melarikan diri, manakala pasaran saham pula menjunam dan bank-bank juga kerugian. Maka, penganggur yang memberontak kerana marahkan kerajaan sebelum ini atas alasan tidak menyediakan peluang pekerjaan untuknya, kini mendapati bahawa semakin mustahil bagi dirinya untuk mendapat pekerjaan.

Kalau dulu memberontak konon kerana kerajaan tidak mampu memberi kesenangan, kini hidup semakin tidak senang apabila harga barangan asas menjulang tinggi akibat pemberontakan. Setahun selepas pemberontakan, peniaga-peniaga Mesir melaporkan perniagaan mereka terus merosot sehingga 40% berbanding sebelum pemberontakan.

Pelancongan juga masih belum pulih iaitu merosot 75% dari sebelumnya. Lalu Mesir terpaksa membuat pinjaman asing yang berkali ganda, yang mana tidak perlu dibuat oleh kerajaan lalu. Rakyat yang tidak mampu memahami apa yang telah mereka lakukan terhadap diri sendiri, mula menyalahkan kerajaan baru pula dan memberontak sekali lagi.

Dan sehingga kini, kekacauan dan ancaman pemberontakan masih berterusan di Mesir. Hari ini, ramai rakyat mereka meluahkan kekesalan kerana telah melakukan pemberontakan. Selain Mesir, rasamnya, kita tidak perlu berbincang mengenai Syria pasca pemberontakan kerana apa yang berlaku pada rakyatnya dapat dilihat sendiri melalui laman-laman sosial yang dikongsi oleh mereka-mereka yang prihatin. Apa yang pasti, kesemua negara-negara ‘Arab Spring’ ini berada dalam keadaan ‘gelap-gulita’, sehinggakan bukan sahaja tiada cahaya di hujung terowong, tetapi terowong itu sendiri tidak tahu di mana letaknya.

Sekiranya, ‘Arab Spring’ perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah mereka dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan. Jika Anwar ingin sangat menjadi Perdana Menteri, beliau perlu melalui cara demokrasi sebenar, iaitu pilihanraya.

Tidak ada seorang pun dari rakyat Malaysia yang wajar kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita, atau bergadai nyawa untuk memastikan Anwar mencapai cita-citanya. Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam Arab Spring pasti memberitahu kita bahawa apa yang kita nikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya.

ANWAR KENA 'MAIN' DI SABAH SEBAB TAMAK KERUSI

Kenyataan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang bertegas negeri Sabah mesti bertanding di majoriti kerusi dalam dewan undangan negeri adalah sesuatu yang menarik dalam konteks Negeri Di Bawah Bayu itu. Teck Lee memberi alasan parti-parti yang ditubuhkan di Semenanjung perlu memberi laluan kepada parti seperti SAPP untuk menerajui kerajaan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Katanya ini adalah penting demi untuk melindungi autonomi negeri tersebut mengikut perjanjian gagasan Malaysia 1963.

Mesej sebenarnya dituju kepada tiga parti pembangkang Semenanjung iaitu PKR, Pas dan Dap yang beria-iya untuk merampas negeri yang menjadi 'deposit undi' bagi Barisan Nasional untuk sekian lama. Walaupun SAPP terkenal dengan slogan parochial 'Sabah Untuk Sabah' yang agak keterlaluan, namun ia membayangkan hasrat serta pandangan yang terpendam dalam sanubari pemimpin-pemimpin parti tempatan terhadap parti-parti pembangkang dari Semenanjung.

Ini berbeza dengan UMNO yang bertapak di Sabah secara semulajadi dan terhormat dengan menyerap parti USNO yang diasaskan oleh Tun Datu Mustapha. Oleh itu rakyat Sabah tidak rasa janggal menerima kehadiran UMNO di bumi mereka kerana 100 peratus UMNO adalah juga warisan USNO yang banyak berjasa dalam perjuangan kemerdekaan negeri itu serta peranan besarnya dalam penyertaan dalam Persekutuan Malaysia. Bagi rakyat Sabah, USNO adalah UMNO dan UMNO adalah USNO.

Ini berlainan pula dengan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat yang berlagak sombong dan angkuh apabila mula datang ke negeri itu. Parti-parti ini berfikiran status dan kedudukan mereka yang dianggap sudah popular di Semenanjung membolehkan mereka juga diterima dengan tangan terbuka dan senang hati di Sabah.

Tangapan mereke meleset sama sekali kerana PKR, Pas dan Dap gagal menyelami perasaan dan memahami sanubari rakyat Sabah. Rakyat Sabah tinggi semangat patriotisme mereka dan oleh kerana itu perjanjian 20 perkara ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sebelum bersetuju kekal bersama-sama dalam Malaysia. BN amat memahami senario politik Sabah dan oleh kerana itu ia berjaya membangunkan ekonomi negeri itu dengan baik sekali melalui jaringan bijak dengan pemimpin-pemimpin tempatan.

Rakyat Sabah menyokong BN dengan penuh keikhlasan sementara negeri itu pula dibangunkan secara adil setaraf dengan negeri-negeri lain di dalam persekutuan. Ketua Pembangkang berfikiran Pakatan Rakyat akan mendapat laluan mudah di Sabah tetapi kenyataan Teck Lee mencerminkan sebaliknya. Sejak empat tahun lalu pembangkang dari Semenanjung masih terus gagal meyakini parti-parti politik Sabah seperti SAPP terutamnnya dalam isu pembahagian kerusi pada PRU13 nanti.

Sehingga kini isu tersebut masih dalam terawang-awang tanpa keputusan yang muktamad. Persoalan parti pembangkang mana yang bakal bertanding di 60 kerusi dewan undangan negeri dan 25 kerusi parlimen terus menjadi teka teki dan igauan kepada Anwar Ibrahim. Beliau berharap perkara ini telah dapat diselesaikan sejak lama dahulu tetapi nampaknya parti-parti Sabah tidak mudah digula-gulakan oleh Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Wilfred Mojilip Bumburing yang meninggalkan BN untuk menyertai blok pembangkang bersama-sama bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Lajim Ukin pada Julai tahun lalu, kini bertelagah secara terbuka dengan Teck Lee berkaitan isu tersebut. Bumburing yang bertindak sebagai orang tengah bagi Pakatan Rakyat di Sabah telah mengumumkan rundingan isu pengagihan kerusi telah digantung, menandakan perpecahan sedang melanda pakatan pembangkang di negeri itu.

Impian Anwar untuk menyatukan semua parti pembangkang di Sabah menjelang PRU13 sudah berkecai dan tinggal harapan sahaja. Tidak mustahil sepertimana Anwar melepaskan impian untun menawan Sarawak pada pilihan raya negeri 2011, beliau juga akan berbuat demikian apabila melihat keadaan di Sabah sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Hakikatnya Anwat telah 'dimain' oleh SAPP serta parti lain seperti Parti Pembaharuan Negeri (STAR), pimpinan Dr Jeffrey Kitingan yang turut berkongsi citarasa politik yang sama dengan Teck Lee. Kedua-duanya tidak mahu Anwar mendominasi politik Sabah dan sudah tentunya tidak mahu PKR, Pas dan Dap menjadi 'abang long' kepada parti-parti tempatan. Anwar tamak kerana mahu memiliki majoriti kerusi yang bakal ditandingi dengan mengenepikan sentimen dan hak parti-parti Sabah.

Akhirnya sifat tamak Anwar dan hanya mementingkan diri kini memakan diri sendiri dan Pakatan Rakyat bakal kecundang di Sabah sebelum pun masuk gelanggang PRU13. ends

DAP Bertanggungjawab ke Atas Peningkatan Kadar Jenayah?

Menyorot sejarah kemasukan kaum Cina ketika era perlombongan bijih timah di Perak, turut membawa kita kepada sejarah kongsi gelap atau jenayah tersusun. Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819).

Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka).

Antara objektif kongsi-kongsi gelap ini adalah menguasai lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran. Keadaan menjadi begitu buruk kerana pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan kakitangan kehakiman juga tidak mencukupi bagi menyelesaikan kes-kes jenayah. Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina.

Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman. Selepas tahun 1867, beberapa langkah telah diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap ini antaranya:

a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867 Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan. Melalui akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan. Hukuman dera (Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan.

b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869 Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka.

c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877 Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina.

d. Kelulusan Undang-undang Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889 Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain.

Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini. Di bawah ordinan darurat 5/69 sebelum ini, pesalah jenayah dan kongsi gelap boleh ditangkap dan ditahan selama 60 hari.

Berikutnya dibawah sek. 4 (1) pula boleh dihukum oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang selama 2 tahun Atau Dibawah sek. 4A (1) Ordinan yang sama boleh diperintahkan kediaman terhad disesebuah tempat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk selama 2 tahun.

Mereka yang tertangkap pula akan berakhir di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Muar dan Machang. Memahami sejarah pesalah tertangkap di bawah Akta yang disebut di atas, maka kita merasa cukup musykil akan kesungguhan Pembangkang yang memperjuangkan agar Akta-akta ini dihapuskan. Malah, pembangkang juga seolah-olah ‘meraikan’ pembebasan tahanan Simpang Renggam setelah Akta tersebut dihapuskan dan digantikan dengan Rang Undang-Undang Baru Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

2,664 pesalah dibawah akta itu telah mula dibebaskan secara berperingkat sejak tahun 2010 yang kebanyakannya ialah kaum Cina dan India. Pembebasan ini diterima oleh rakyat dengan rasa gelisah dan bimbang. Ternyata kebimbangan orang ramai adalah berasas sekali gus, menunjukkan yang kemusykilan terhadap motif pembangkang juga tepat apabila hanya sebulan kemudian, kita mula membaca berita bagaimana seorang bekas tahanan Simpang Renggam dibunuh, bermotifkan dendam jenayah lama.

Tiga bulan kemudian dilaporkann lima bekas tahanan melakukan tiga lagi kes samun. Di masa yang sama, kes-kes samun, ragut, rompak, bunuh yang berkaitan Along juga terus meningkat sejajar dengan peningkatan rumah urut dan pusat-pusat maksiat di sekitar Selangor dan Pulau Pinang. Kesemua jenayah ini adalah berkaitan dan berangkai antara satu sama lain serta bergerak secara tersusun yang menjadikan ia sukar untuk dibuktikan atau dibendung.

Sememangnya kaum Cina sendiri tidak dapat menafikan bahawa kongsi gelap sudah menjadi ‘budaya’ masyarakat mereka. Kerana itu, kita melihat akhir-akhir ini sudah ada protes secara terang-terangan dari kaum itu yang menuduh DAP sebagai dalang kongsi gelap, pelacuran, along dan sebagainya. Jelas bahawa sudah semakin ramai kaum Cina sendiri yang mula gusar sekiranya DAP berjaya mengambil alih negara melalui Pakatan Rakyat, dan menyebabkan samseng dan kongsi gelap semakin bermaharajalela.

Kegusaran mereka difahamkan ada kena mengena dengan 5 kes pembunuhan yang berlaku dalam jangka masa hanya dua hari sahaja sejak 6 Februari lalu. Hakikatnya, hubungan DAP dengan kongsi gelap sudah menjadi rahsia umum, di mana semua orang mengesyakinya tetapi tidak dapat mengesahkannya.

Namun, malangnya, terdapat juga di kalangan kita yang memandang remeh hubungan ini atau yang dengan sengaja memejamkan mata kerana pentingkan diri atau mungkin juga kerana bebal atau jahil. Hari ini, PR / DAP telah ‘berjaya membebaskan’ tahanan Simpang Renggam, dan kadar jenayah pun meningkat serta-merta. Bayangkan, entah siapa lagi yang akan mereka bebaskan jika mereka ditakdirkan berkuasa, dan kadar jenayah juga pastinya akan meningkat berkali ganda.

Thursday, February 7, 2013

Kerajaan Kedah Sengaja Bankrapkan KUIN

15 Januari lalu,. Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman mengumumkan dalam satu sesi Taklimat Perpindahan ke Kampus Kuala Ketil yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, bahawa staf dan pelajar KUIN dari kampus Mergong, Stargate dan Sungai Petani akan mula dipindahkan ke kampus tetap KUIN Kuala Ketil secara berperingkat. Bagaimanapun, ia hanya melibatkan Kulliyyah Muamalat, Hospitaliti & Perkhidmatan Halal dan Multimedia & Kreativiti.

Beliau turut menyatakan bahawa KUIN kini dalam usaha menyediakan asrama pasang siap yang dapat menempatkan sekurang-kurangnya 1600 pelajar. Daripada kenyataan berikut, tampak seolah-olah KUIN tidak mengalami sebarang masalah. Sedangkan, hakikatnya, KUIN sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan pentadbiran yang meruncing.

Pada 31 Oktober 2012, KUIN telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd. Syarikat tersebut bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kediaman dan pengangkutan kepada 300 pelajar Insaniah di cawangan Insaniah Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.

Walaubagaimanapun, KUIN telah gagal memenuhi terma perjanjian dengan sempurna sehingga menyebabkan syarikat tersebut kerugian apabila terpaksa menanggung kos sewa rumah, pembelian barang-barang dan lain-lain kos berkaitan. Oleh itu, pada Mac 2012, Pengarah Urusan Shake Cuisine telah membuat tuntutan di mahkamah terhadap KUIN untuk baki bayaran dalam kontrak, RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief yang semuanya membawa kepada jumlah RM1.599 juta.

Dengan masalah yang sebegini besar, kita hairan bagaimana Rektor KUIN dan kerajaan negeri masih boleh bertenang dan bersikap seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Masalah KUIN bukannya kecil, dan telah pun didedahkan secara besar-besaran, termasuk tunjuk perasaan oleh kakitangan KUIN sendiri.

Masalah kewangan yang disebutkan di atas hanyalah ‘lanjutan’ dari masalah pentadbiran yang amat parah berikutan amalan kronisme dan korupsi terang-terangan di kalangan pemimpin atasan. Kronisme berlaku dalam bentuk rangkaian di mana kroni tersebut juga turut melakukan nepotisme dengan melantik rakan dan ahli keluarga termasuk isteri dan abang serta menantu, kakak dan lain-lain lagi yang tidak punya kelayakan, pengalaman, pengetahuan malah masalah pendengaran juga, yang mana menyebabkan pentadbiran tidak dapat dijalankan dengan baik dan kelam kabut.

Semua masalah ini telah dilaporkan secara bertulis, antaranya, Rektor tidak hadir tanpa cuti sakit melebihi 75 hari tetapi tidak dikenakan tindakan atau potongan gaji sepertimana yang tertakluk dalam kontrak. Rektor juga menubuhkan syarikat Insaniah Holdings kononnya untuk menjana pendapatan bagi mengelak dari terlalu bergantung kepada kerajaan negeri tetapi Rektor kemudiannya melantik kroninya sebagai pegawai-pegawai syarikat ini dengan memberi gaji yang terlalu tinggi iaitu RM4,000 – RM35,000 tidak termasuk kemudahan-kemudahan serta elaun lain sedangkan skop kerja dan prestasi yang ditunjukkan adalah tidak setimpal.

Lebih dahsyat, ada di antara kroni yang dilantik pernah disabitkan kesalahan jenayah kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang membawa akibat penjara 12 bulan, diberi tugas untuk mengurus kewangan. Selain itu, terdapat juga kroni yang terlibat dalam pecah amanah dalam mengendalikan wang yuran kursus perbankkan Islam di Thailand dan juga Kedutaan Nigeria.

Beliau juga turut diberikan tanggungjawab dalam bidang kewangan. Insaniah Holdings tidak pernah menjana kewangan jauh sekali meraih keuntungan tetapi kakitangannya telah menerima bonus dari peruntukan kerajaan negeri. Masalah pentadbiran ini membawa kepada masalah kewangan yang bertimpa-timpa dan berlarutan serta berganda. Semakin lama mereka-mereka yang kotor dan korup ini dibiarkan menerajui KUIN, semakin parahlah kedudukan kewangan KUIN.

Pendek kata, sesiapa sahaja pasti akan terduduk terkejut jika meneliti setiap masalah yang sedang dihadapi oleh KUIN seperti yang dilaporkan secara bertulis oleh kakitangan KUIN kepada Menteri Besar Kedah di dalam surat yang didedahkan oleh beberapa blogger Kedah, di mana surat tersebut mempunyai bukti penerimaan dari Pejabat Menteri Besar pada 12 Jun 2012. Namun, yang menghairankan, Menteri Besar Kedah serta keseluruhan pentadbiran negeri Kedah, telah bertindak memekakkan telinga dan memejamkan mata.

Tidak cukup dengan masalah di dalam KUIN sendiri, perlantikan kontraktor untuk kampus baru juga dilakukan secara tidak telus dan pembinaannya juga terdapat unsur-unsur penipuan atau manipulasi di mana pelan asal yang mempunyai asrama, cafeteria dan dewan kuliah ‘bertukar’ menjadi dewan kuliah dan taman perumahan, iaitu Taman Insaniah untuk disewa oleh para pelajar. Kafeteria dan asrama, telah ditiadakan tanpa alasan munasabah.

Masalah KUIN sahaja sudah cukup untuk menjejaskan kewangan Kedah, dan ini belum lagi termasuk masalah-masalah lain di dalam anak syarikat kerajaan negeri yang membabitkan jutaan ringgit yang dibazirkan atau lesap begitu saja. Oleh itu, kita dapat memahami kenapakah kerajaan negeri langsung tidak menunjukkan prihatin terhadap apa jua yang didedahkan?

Apakah benar Menteri Besar Kedah begitu pekak dan buta? Apakah benar keseluruhan pentadbiran Kedah begitu bodoh dan bebal? Atau apakah mereka sebenarnya sedar dan sengaja membiarkan semua masalah ini berlarutan? Mungkinkah mereka sudah puas memegang jawatan? Atau, mungkinkah mereka sememangnya berniat untuk mengaut sebanyak yang mungkin melalui kroni mereka sebelum melepaskan semula Kedah kepada Barisan Nasional dalam PRU kali ini?

Nampaknya, slogan Kedah Sejahtera sebenarnya hanyalah untuk kroni-kroni pemimpin PAS Kedah sahaja.

Wednesday, February 6, 2013

NIK AZIZ, KARPAL BERLAKON TUTUP KEMELUT DALAMAN

Ramai tertanya-tanya apa muslihat Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat sanggup menyambut harijadinya ke 82 bersama Karpal Singh. Agak ganjil dan janggal melihat seorang yang digelar ulama dilihat menyambut satu perayaan peribadi yang bersifat kebaratan malah mempunyai unsur-unsur kekufuran dan bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW.

Bukankah pada usia yang sudah dikatakan lanjut seorang agamawan seperti Nik Aziz sepatutnya menunjukkan tauladan serta akhlak yang berasaskan kepada moral Islam terutamanya kepada golongan muda dan belia? Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu memilih untuk memotong kek ulangtahun kelahirannya dengan seorang yang bukan Islam.

Lebih molek jika Nik Aziz menganjurkan majlis keagamaan seperti doa selamat kesyukuran atau berzanji dan atas kurnia ALLAH SWT yang telah mengurniakannya umur yang oanjang dan tubuh badan yang sihat. Mungkin pada pandangan Nik Aziz menyambut harijadi dengan seorang kafir seperti Karpal lebih afdal daripada menghidupkan Sunnah Nabi SAW yang membawa agama Islam.

Mengapa Nik Aziz sanggup membelakangkan tradisi Islam dalam menyambut harijadinya yang merupakan satu perkara yang sepatutnya enteng dan tidak mempunyai nilai kerohanian bagi seorang yang digelar Tok Guru oleh pengikut-pengikutnya? Nik Aziz sebenarnya berselindung di sebalik majlis tersebut untuk bertemu Pengerusi Kebangsaan Dap itu atas alasan mengeratkan kerjasama politik di antara Pas dan parti cauvinis Cina itu.

Di permukaan penyokong-penyokong kedua-dua parti seolah-olah melihat wujud perpaduan erta serta kefahaman yang mendalam antara Pas dan Dap. Bagaimanapun jika diteliti dengan lebih dekat apa yang berlaku adalah hanya wayang kulit yyang dimainkan oleh Nik Aziz dan Karpal. Semua yang ada mata dan telinga serta fikiran yang waras sedar bahawa terdapat perbezaan yang kronik dan serius antara mereka.

Perselisihan faham antara Pas dan Dap melebar bukan sahaja setakat perbezaan ideologi tetapi landasan perjuangan yang amat berbeza. Tidak ada persamaan antara kedua-dua buah parti kecuali permusuhan dan kebencian mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional tetapi selain daripada itu, perkahwinan politik mereka adalah seperti gandingan ayam dan itik.

Jadi agak hebat juga lakonan dua orang yang umur gabungan mereka berjumlah lebih 150 tahun atau satu setengah abad! Kerjasama Pas dan Dap pada hakikatnya adalah seperti retak menunggu belah kerana bila-bila masa sahaja lagi apabila Pilihan Raya Umum ke 13 diumumkan Perdana Menteri, imej hipokrit dan bermuka Pas dan Dap sesama sendiri akan terdedah akhirnya kepada rakyat.

Isu yang bakal meranapkan ikatan Pas dan Dap malah kerjasama dengan PKR juga adalah kalimah ALLAH yang sehingga masih tidak selesai dan tidak akan selesai kerana masing-masing memperjuangkan ideologi politik yang berbeza sekali. Pas dengan 'Negara Islam' yang sudah di turun taraf kepada 'Negara Kebajikan' sementara Dap pula dengan agenda anti-Islam dan anti-Melayunya manakala PKR pula hentam apa sahaja termasuk liberalisme, pluralisme dan LBGT.

Jadi Pakatan Rakyat yang digembar gemburkan sebagai pengganti BN sebagai kerajaan persekutuan pada realitinya hanyalah kumpulan parti carca marba yang tidak ada halatuju dan destinasi yang ingin disasarkan. Dalam bahasa Inggeris kerjasama yang tidak secocok dan tidak sepadan ini dipanggil 'marriage of convenience'.

Ini kerana mereka hanya sanggup tidur sebantal walaupun mimpi lain-lain disebabkan berkongsi motif yang sama iaitu untuk berebut kuasa, jawatan dan pangkat. Selalunya mana-mana kerjasama politik yang berteraskan kepada perkahwinan jenis ini tidak akan kekal lama. Mereka diibaratkan sekumpulan perompak atau pencuri yang bergabung tenaga dan kemahiran untuk merampas harta yang banyak.

Sebaik sahaja misi mereka berjaya, maka mulalah masing-masing berkomplot untuk membunuh ahli-ahli geng yang sama-sama berusaha untuk melakukan rompakan itu. Akhirnya ahli-ahli kumpulan perompak itu akan berbunuhan sesama sendiri dan hasil rompakan mereka pun dinikmati pihak lain. Apa pun lakonan yang dipamerkan oleh Nik Aziz dan Karpal ltempoh hari langsung tidak meyakinkan orang ang berakal. Hanya penyokong yang taksiub dan buta hati sahaja yang tersenyum dan riang gembira betapa eratnya kedua pemimpin itu.

Tanpa diketahui Nik Aziz dan Karpal sudahpun mengeluarkan pisau yang terselit di belakang untuk menikam sekutu sendiri.

Tuesday, February 5, 2013

Anugerah Saiyiditina Khadijah Kepada Wan Azizah: ABIM Menghina Isteri Rasulullah SAW

Tidak cukup dengan perbuatan PAS menghina sahabat Rasululullah SAW dengan menyamakan Lim Guan Eng si kafir harbi, manusia rasis, angkuh dan penipu yang digelar ‘Tokong’ oleh bangsanya sendiri dengan Khalifah Umar Al-Aziz, kini ABIM pula menghina isteri Rasulullah SAW dengan menganugerahkan Wan Azizah, isteri peliwat tersohor Asia dengan ‘Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, 2 Februari lalu.

Anugerah yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil kepada Wan Azizah di di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) itu dikatakan sebagai menghargai ‘keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’. Tidak mungkin ABIM, atau nama penuhnya, Angkatan Belia Islam Malaysia, tidak tahu asal-usul, sejarah, sifat dan sikap serta perjuangan Saiyidatina Khadijah yang jauh amat bertentangan dengan Wan Azizah.

Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid RA adalah simbol Wanita Pertama. Saiyiditina Khadijah adalah wanita dengan keperibadian hebat dan punya pemikiran yang bijak, matang, serta tidak bergantung kepada status suami atau keluarga, tetapi mempunyai status sendiri. Beliau lahir dalam keluarga bangsawan yang disegani dan kerana kecerdasannya beliau telah diamanahkan untuk mengurus perniagaan keluarga. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Saiyidatina Khadijah begitu terkenal di kalangan masyarakat Quraisy.

Pekertinya yang mulia, menyebabkan beliau amat disegani sehingga diberi gelaran ath-Thahirah (wanita suci). Pendek kata, beliau memiliki pakej lengkap, iaitu mulia, bijak dan juga kaya yang mana membuatkan ramai yang menaruh hati padanya walaupun setelah bergelar janda. Namun, hatinya tidak terbuka sungguhpun yang menaruh hati padanya itu bukan sahaja pemuda dan pembesar Quraisy, tetapi juga dari raja-raja yang memerintah negara. Allah SWT telah mentakdirkan yang hatinya hanya terbuka kepada Rasulullah SAW yang 25 tahun lebih muda darinya dan beliau mengambil langkah pertama merisik khabar melalui teman dan saudara untuk menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah SAW.

Hanya apabila mengetahui isi hati beliau dan bahawa Rasulullah SAW juga membuka hati kepadanya, barulah pihak keluarga Rasulullah SAW menghantar peminangan. Perkahwinan Saiyidatina Khadijah dengan Rasulullah SAW penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati. Rasulullah SAW senang meminta pandangan dan nasihat isterinya dan begitu juga sebaliknya. Saiyidatina Khadijah adalah pendorong semangat, penenang ketika gusar dan pembantu yang setia kepada Rasulullah SAW.

Allah SWT telah memberikan kekuatan melalui Saiyidatina Khadijah bukan sahaja kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi segala cabaran, tetapi juga kepada pengikut baginda di mana Saiyidatina Khadijah sentiasa bersedia mendermakan hartanya bagi memastikan mereka tidak mudah diperguna atau didera oleh musuh Islam.

Kesimpulannya, Saiyidatina Khadijah bukan sahaja simbol isteri, ibu dan pejuang Islam, tetapi juga simbol wanita Islam yang sebenar, iaitu bijak, terhormat, berani dan punya pemikiran dan status tersendiri. Untuk itu, beliau telah dijanjikan syurga dan Rasulullah SAW sendiri mengiktirafnya dengan sabda “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitulah Maryam binti ‘Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad.”

Berdasarkan hakikat ini, apakah yang melayakkan Wan Azizah menerima anugerah sempena wanita paling mulia ini? Dari segi keturunan, sejarah, sifat, sikap, perjuangan dan keperibadian Wan Azizah, semuanya bagaikan langit dengan bumi berbanding Saiyidatina Khadijah. Wan Azizah bukanlah seorang wanita yang terhormat kerana sanggup kahwin lari di Thailand dengan Anwar apabila hubungan mereka tidak direstui bapa Azizah.

Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980 tanpa majlis yang meriah dan tanpa gambar perkahwinan. Sebelum itu, mereka telah bercinta sakan ketika belajar, di mana Azizah sering membonceng motorsikal Anwar untuk bersiar-siar. Wan Azizah juga bukan lahir dari keturunan bangsawan, sebaliknya biasa-biasa sahaja. Dilahirkan di Singapura, Wan Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura. Wan Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti di Kedah dan Kelantan.

Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan masalah emosi di mana beliau disifatkan sebagai mempunyai simptom kekurangan kasih sayang. Kita juga melihat alasan ABIM bahawa anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf keberanian Azizah ‘menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’ amatlah melucukan kerana kalaupun Azizah punya keberanian, keberanian itu tiada kena mengena dengan keadilan, kebenaran atau Islam dan perubahan. M

alah, ia adalah seratus-peratus bertentangan. Benar Wan Azizah berani, tetapi berani untuk membela peliwat, berani bersubahat untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk diganti dengan pemimpin berfahaman plural, berani menipu, memfitnah dan menuduh pemimpin yang berjasa dan tidak bersalah sebagai zalim, berani bersekongkol dengan sesiapa sahaja termasuk musuh Islam untuk membawa perubahan ke arah liberalisasi. Anak kandung yang dididiknya sendiri juga terang-terangan mengiktiraf pluralisme agama dan turut berjuang bersama bapa peliwatnya dengan Wan Azizah setia membantu, menyokong dan membela mereka pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan.

Walaupun setia kepada suami adalah sesuatu yang mulia, tetapi setia membuta tuli adalah tindakan yang bodoh dan jahil iaitu amat bertentangan dengan ciri-ciri wanita Islam sejati yang diteladankan oleh Saiyidatina Khadijah. Wan Azizah bukan pejuang Islam, tetapi pejuang liberalisasi, pluralisme and LGBT selaras dengan pendirian suaminya.

Oleh itu, walaupun beliau mungkin setia kepada suaminya sepertimana Saiyidatina Khadijah, tetapi beliau tidak wajar menerima sebarang penghargaan apatah lagi dalam bentuk anugerah atas nama tokoh yang mulia tersebut.

Justeru, ABIM wajar menarik balik anugerah tersebut dari Wan Azizah kerana beliau jelas telah memilih untuk taat kepada suami melebihi taat kepada dari ajaran Islam. Kepada ABIM, jangan dihina wanita Islam ke tahap sebegitu rendah, dan jangan dihina Islam sehingga begitu sekali dengan meletakkan sesuatu anugerah yang begitu mulia, kepada wanita yang menjadi talibarut pengkhianat agama, bangsa dan negara. Dan lebih-lebih lagi jangan dihina Saiyidatina Khadijah dengan mengaitkan beliau walaupun dengan hujung rambut atau hujung jari Wan Azizah.

Anwar Sumbang USD700,000 Bina Masjid di Palestine Untuk DiRoboh Oleh Israel

Kata-kata Anwar yang berbunyi “I support all efforts to protect the security of the state of Israel.” (saya menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) masih lagi terngiang-ngiang di telinga seluruh umat Islam, dan pastinya masih menghantui penduduk Palestine. Kata-kata itu begitu jelas, sama ada di ambil dalam keseluruhan ayat, mahupun separuh, ia tetap tidak mengubah maknanya. Justeru, percubaan Anwar untuk menafi dan memutarbelit kenyataannya sendiri bagi mengelak dituduh sebagai talibarut Yahudi, telah tidak berjaya. 

Namun begitu, Anwar mengambil sikap selamba dan seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan serta masih lagi cuba membawa imej Islam, sekali sekala, demi untuk memastikan sokongan Melayu Islam terhadapnya berterusan. Walaupun rangkaian penyamaran yang digunakan Anwar seperti, SUARAM dan BERSIH telah terbukti ada menerima dana dari pertubuhan-pertubuhan asing yang terlibat dengan misi pertukaran rejim yang didalangi Yahudi, tetapi ini tidak menghalang Anwar untuk terus berpura-pura berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam keseluruhan dalam isu Palestine.

Oleh itu, apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak menerima jemputan ke Gaza, bersama Datin Seri Rosmah, berpeluh-peluhlah Anwar cuba menyaingi publisiti tersebut. Sedangkan, lawatan Dato’ Seri Najib adalah bersifat persaudaraan sesama Islam, bukannya politik mahupun publisiti, walaupun publisiti tidak dapat dielakkan kerana beliau adalah ketua negara dan ahli politik. Justeru, Anwar juga tidak mahu kalah dan pantas iaitu dalam sehari dua sahaja telah menyediakan sejumlah RM2.1 juta atau USD700,000 untuk didermakan kepada Hamas, bagi pembinaan sebuah masjid di Palestine pada 1 Februari lalu.

Kelam kabut Anwar memanggil pemberita untuk memastikan berita dan gambarnya menderma kepada Palestine dilihat oleh penyokong-penyokongnya bagi mengaburi publisiti lawatan Dato’ Seri Najib. Entah dari mana dan bagaimana beliau menyediakan wang sebegitu banyak dengan sebegitu cepat tidak dapat dipastikan.

Malah, personaliti wakil Hamas yang menerima cek tersebut juga tidak dapat dipastikan kerana segala-galanya diadakan dengan tergesa-gesa di ibu pejabat PKR di Tropicana. Bagi berlaku adil kepada Anwar, tak apalah kalau tak turun ke medan perang sekali pun, dapat menderma pun kira sudah cukup baik memandangkan Anwar sebenarnya menyokong Israel. Benar, kita tidak dapat mengukur keikhlasan Anwar menderma, tetapi kita masih boleh bertanya dari mana wang itu datang.

Dan rasanya tidak salah juga untuk kita menghukum Anwar sebagai hipokrit serta pengkhianat terhadap rakyat Palestine. Ini kerana, walaupun jumlah RM1.2 juta adalah besar, tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan tandatangan yang diturunkan Anwar dalam Sidang Kemuncak Annapolis 2007 yang menyokong penyelesaian dua negara dengan mengiktiraf negara Israel. Apalah sangat USD700,000 berbanding beribu-ribu ekar tanah Palestine yang telah diceroboh dan rumah rakyatnya yang telah diroboh kerana memberi ‘ruang’ untuk negara Israel yang dipersetujui Anwar itu.

Apalah sangat wang berbanding nyawa rakyat Palestine yang dibunuh kejam sejak berdekad-dekad lalu demi memastikan keselematan negara Israel yang disokong oleh Anwar. Apalah sangat memberi sumbangan untuk pembinaan masjid atau apa jua jika Anwar juga menyokong pihak yang bersedia pada bila-bila masa untuk menceroboh dan merobohkannya?

Kesimpulannya, pembinaan masjid itu baik, namun ia tidak membawa apa-apa signifikan kepada perjuangan Palestine, kerana rakyat Palestine tetap bersolat dan berdoa di mana saja walaupun tanpa sumbangan Anwar. Dalam keadaan darurat seperti Palestine, kos pembinaan sebuah masjid adalah tidak penting tetapi apa yang lebih penting ialah memulihkan keadaan bagi membolehkan mereka hidup dan beribadah dalam keadaan selamat. Justeru, apa yang Dato’ Seri Najib lakukan iaitu untuk mengusahakan perdamaian antara Hamas dan Fatah adalah jauh lebih signifikan lagi.

Apa yang dilakukan oleh pihak lain seperti Aman Malaysia dan lain-lain iaitu membekalkan bahan binaan untuk sekolah, hospital termasuk makanan, pakaian dan ubat-ubatan juga adalah lebih signifikan lagi. Lebih dari itu, sebanyak mana pun wang yang Anwar dermakan dari dalam dewan berhawa dingin di ibu pejabatnya di Tropicana, ia tidak mungkin terbanding dengan kesediaan Dato’ Seri Najib mengambil risiko ke atas keselamatan dan nyawanya serta isteri, untuk ke sana.

Oleh itu, nasihat penulis untuk Anwar, sebelum mencari publisiti, jelaskan dahulu di pihak mana anda berada - Israel atau Palestine? Apapun, setakat ini, penulis masih menunggu berita kalau-kalau Anwar akan mengadakan satu lagi ‘apology tour’ menyembah pemimpin zionis kerana telah terpaksa menderma kepada Hamas. Tetapi, melihat dari sudut lain pula, sudah tentu zionis lebih rela membantu menaikkan nama Anwar dengan membina masjid di Palestine daripada membiarkan ketokohan Dato’ Seri Najib menyerlah dan berjaya mendamaikan Hamas dan Fatah.

Monday, February 4, 2013

Krisis Air: RM120 Juta Sepatutnya Dari Kerajaan Selangor Bukannya Kerajaan Pusat

Kerajaan PKR Selangor yang diketuai Menteri Besar, Khalid Ibrahim dalam kebanyakan kenyataan media seringkali menuding jari menyalahkan kelemahan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai punca berlakunya krisis air di Selangor.

SYABAS dituduh tidak berupaya menambah baik sistem bekalan air termasuk menukar ganti paip air lama yang menyebabkan kadar peratusan air tidak berhasil (NRW) di negeri itu masih berada di paras yang tinggi.

Serentak dengan itu juga Khalid menjadikan alasan tersebut untuk menjustifikasikan pentingnya penstrukturan semula perkhidmatan air di negeri itu. Walhal umum mengetahui sejak Selangor diambil alih oleh PKR, kerajaan negeri telah bertindak membekukan perbelanjaan modal (Capex), akibatnya pemegang konsesi air itu terpaksa menghentikan kerja pembaikan serta menaik taraf paip.

Bila mana naik taraf paip air dihentikan disebabkan Capex disekat, bermakna sasaran 19.98% NRW gagal dicapai. Tanyalah sesiapa pun hatta kanak-kanak yang baru masuk sekolah rendah pun tahu, tanpa modal perbelanjaan tidak mungkin barang lama berganti baru.

Sedangkan ramai yang maklum sekiranya Capex tidak disekat, sasaran tersebut tidak mustahil dicapai. Sebagai contoh, dengan adanya Capex hasilnya pada tahun 2005 NRW yang ketika itu ialah 42.78% telah berjaya dikurangkan kepada 37.65 peratus. Manakala bagi tahun 2008 37.28% NRW berjaya diturunkan kepada 33.17%.

Namun selepas Kerajaan PKR Selangor menyekat SYABAS menggunakan modal perbelanjaan Capex kesannya NRW kekal diparas 33%. Jelas sekali tujuan Kerajaan PKR Selangor menyekat Capex tujuannya tak lain tak bukan untuk mensabotaj SYABAS supaya orang ramai akan memfokuskan kemarahan mereka kepada syarikat konsesi air itu selanjutnya menyokong saranan MB Selangor untuk penstrukturan semula bekalan air.

Menyedari masalah yang dihadapi SYABAS jika gagal ditangani segera kesan tempiasnya akan menyebabkan orang ramai berdepan risiko masalah bekalan air bersih akhirnya Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengambil inisiatif memberi peruntukan tambahan RM120 juta.

Peruntukan itu adalah tambahan kepada dana RM606 juta yang telah diberikan kepada Syabas sebelum ini bertujuan untuk menambah baik bekalan air sekaligus mampu mengurangkan kesan sampingan terhadap kehidupan rakyat Selangor.

Sepatutnya PKR dan rakan sepakatannya dalam PR yang memerintah Selangor tika ini yang sebetul-betulnya perlu memikul tanggungjawab membantu SYABAS apatah lagi Kerajaan Negeri sendiri memiliki kepentingan 30% dalam syarikat konsesi air itu.

Dengan kata lain bantuan kewangan RM120 juta mahupun RM606 juta itu patutnya adalah tanggungjawab Kerajaan PKR Selangor dan bukannya Kerajaan Pusat.

Tapi disebabkan MB yang paling lembap dalam sejarah negeri itu terlampau kemaruk mahu mengambil alih SYABAS demi kepentingan kroni sendiri akhirnya tanggungjawab tersebut gagal dilakukan.

Mujurlah Kerajaan Pusat cepat menyedari denyut nadi kebimbangan khalayak umum, lantaran itu tanpa mengira perbezaan politik maka bantuan kewangan tetap disalurkan demi memastikan keselesaan rakyat disamping mengekang kesan sampingan lain terhadap perkembangan ekonomi negeri.

Jika diharapkan Kerajaan PKR Selangor yang asyik mengutamakan kepentingan politik silap gaya saban minggu ada sahaja masalah bekalan air berlaku sebagaimana yang terjadi baru-baru ini.

Apapun, majoriti rakyat Selangor kini semakin faham permainan politik Kerajaan PKR Selangor yang ternyata mendahulukan perihal politik kepartian mengatasi kepentingan khalayak, bukannya satu model kepimpinan yang baik.

Cukuplah hampir 5 tahun rakyat Selangor dibuai retorik politik dan polemik yang tidak berkesudahan. Justeru itu, eloklah PRU 13 kelak ditalkinkan sahaja Khalid Ibrahim dan kerajaannya itu.

HADI DOLAK DALIH UNTUK SELAMATKAN DIRI

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berdolak dalik dalam isu kalimah ALLAH dalam beberapa perkara. Pertama, untuk menyelamatkan dirinya beliau menuduh UMNO pihak yang bertanggungjawab mewujudkan kekeliruan di kalangan penganut agama di Malaysia. Beliau membuat komen tersebut ketika menjawab dakwaan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas mengeksploitasi agama dan kalimah ALLAH untuk memancing undi. Abdul Hadi perlu ingat bahawa beliau berdiri di atas pentas Pakatan Rakyat bersama-sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang pada 8 Januari untuk membaca kenyataan rasmi pembangkang yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH di dalam kitab Injil.

Lima hari kemudian Majlis Syura Ulama Pas menukar nada pula apabila memutuskan untuk menolak penganut Kristian menterjemahkan istilah 'God' kepada ALLAH di dalam kitab suci mereka. Bagaimanapun Ketua Pembangkang tegas menyatakan beliau tidak bersetuju dengan perubahan pendirian Pas dan tetap berpegang kepada kenyataan asal.

Perubahan pendirian ini merupakan pusingan 180 darjah oleh parti itu yang pada awalnya bersetuju dengan PKR dan Dap tetapi akhirnya merenggangkan pendirian tersebut daripada dua sekutu politiknya itu. Tindakan parti itu membolehkan ia dilabel sebagai parti sesumpah malah lebih hina daripada itu kerana sanggup memperkotak katikkan Islam demi agenda politik sempitnya.

Bagaimana pula UMNO boleh dituduh mempergunakan Islam untuk kepentingan politik sedangkan selama ini Pas lah yang terbukti menyongsang daripada landasan perjuangannya. UMNO konsisten sejak ditubuhkan pada 1946 hinggalah menjadi kerajaan persekutuan lebih 50 tahun untuk mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan dan selaras dengan itu memajukan umat serta meningkatkan syiar Islam di negara ini tanpa henti. Kalau UMNO mempolitikkan agama ia adalah kerana demi mempertahankan kesucian, maruah serta martabat agama dan melindungi kepentingan umat Islam.

Pas pula dilihat menjadi duri dalam daging yang bertindak sebagai kuman merbahaya di dalam tubuh badan umat Islam. 'Amanat Haji Hadi' yang mengkafirkan tiga juta ahli UMNO dan tidak ditarik balik oleh Presiden Pas itu menjadi bukti terbesar bahawa parti itulah yang memecahkan belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Kesatuan umat Islam dan Melayu menjadi lemah adalah angkara Pas bukannya UMNO. Kedua, Abdul Hadi dilihat bermain silap mata sekali lagi dalam isu pengguguran Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa daripada keanggotaan Majlis Syura Ulama parti itu. Abdul Hadi sekali lagi nampaknya ingin menyelamatkan kulitnya apabila meminta Nasharuddin berdoa kepada ALLAH untuk melembutkan hati Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkannya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Umum tahu, Abdul Hadi dan Nasharuddin adalah dua tokoh kuat dalam kumpulan kerajaan perpaduan (UG) yang bertegang leher dengan golongan Anwarinas dalam Pas berhubung isu kerjasama dengan UMNO. Apabila Nasharuddin sudah tersepit, Abdul Hadi melepaskan diri daripada membantu kawannya. Sebaliknya tanpa rasa bersalah beliau menyeret ALLAH pula untuk tujuan politik peribadinya. Apakah beliau sebagai Presiden Pas amat lemah sekali dan tidak berkuasa langsung untuk menentukan siapa yang akan menjadi calon parti itu dalam pilihan raya?

Apakah Abdul Hadi amat takut kepada sikap kuku besi Nik Aziz yang boleh mengatur setiap keputusan dan tiada siapa yang boleh membantah termasuk presiden sendiri? Di manakah maruah Abdul Hadi yang boleh berpelukan dengan pemimpin Dap tetapi menyisihkan sekutunya sendiri apabila politik peribadinya tergugat?

Ketiga, dalam isu kafir mengkafir yang mana beliau terlibat secara langsung 32 tahun lalu, Abdul Hadi juga berdalih dengan menafikan beliau mengeluarkan amanat tersebut. Beliau sanggup menggunakan ALLAH dan Islam untuk menyuntik unsur perpecahan di dalam masyarakat Islam sehingga berlaku porak peranda yang dahsyat sehingga kini.

Malangnya seperti sikap hipokrit pemimpin-pemimpin Pas yang lain, Abdul Hadi memilih untuk meletak kesalahan amanat tersebut ke atas ahli parti itu dan tidak sanggup mengaku kesalahan sendiri. Abdul Hadi rela mempolitikkan ALLAH tetapi tidak sanggup menanggung dosa yang telah beliau lakukan terhadap umat Islam di negara ini. ends

ANWAR PANIK PENGUNDI MUDA PILIH NAJIB

Jika pembangkang sering mendabik dada bahawa mereka mendapat sokongan padu pengundi muda terutama daripada golongan mahasiswa, mungkin fantasi ini perlu dilihat semula berdasarkan realiti semasa dan fakta. Fantasi dan impian adalah sesuatu yang enak dinikmati hanya sewaktu berada dalam alam mimpi sahaja!

Beberapa kajian menunjukkan Barisan Nasional akan kembali dipilih sebagai Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri. Terkini kajian berkaitan pandangan politik mahasiswa di tiga universiti awam meletakkan Datuk Seri Najib lebih popular berbanding Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta pemimpin Pakatan Rakyat lain.

Kajian yang dilakukan oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) ke atas 3,015 responden antara 9 hingga 12 Disember tahun lalu, mendapati 67.4 peratus siswa menyokong Perdana Menteri berbanding 52.2 peratus kepada Anwar. Presiden Pas Abdul Hadi Awang pula mendapat 33.1 peratus, manakala Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang tercorot dengan hanya 15 peratus.

Kajian tersebut membabitkan pelajar dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia. Jika hasil bancian dipecahkan pula antara negeri di bawah BN dan Pakatan Rakyat, nyata sekali Datuk Seri Najib amat popular sekali di kalangan siswa Kelantan dengan 60.8 peratus, diikuti Pulau Pinang (55 peratus), Kedah (68.3 peratus), Selangor (54 peratus), Sabah (54 peratus) dan Sarawak (61.6 peratus).

Angka yang diperolehi memberi bayangan jelas kemungkinan besar BN akan menawan semula Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah sementara Sabah serta Sarawak tetap berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri. Maka unjuran pembangkang bahawa mereka akan berarak ke Putrajaya nampaknya hanya satu mainan fatamorgana yang menipu diri mereka sendiri.

Mahasiswa memilih Datuk Seri Najib disebabkan beliau menepati ciri-ciri seorang pemimpin yang berjaya seperti mana yang digariskan di kajian tersebut. Ini termasuk kualiti kemampuan mentadbir negara, keadilan dan kesaksamaan, bersih dan bebas dari sebarang isu, menepati janji, kebolehupayaan dan mendampingi rakyat.

Perbezaan sifat-sifat ini antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang adalah seperti langit dan bumi. Melihat kepada karektor dan peribadi kedua individu ini pun sudah cukup menyakinkan rakyat siapa sebenarnya pilihan mereka. Datuk Seri Najib adalah seorang yang bersifat lemah lembut sama seperti ayahanda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussein.

Sesiapa sahaja yang pernah bekerja atau bersama Perdana Menteri akan mendapati watak keperibadian beliau yang amat mudah bergaul dengan semua lapisan masyarakat - dari golongan bangsawan hinggalah kumpulan marhaen. Dengan lirik wajah yang sentiasa tersenyum dan merendah diri, Datuk Seri Najib adalah idola di hati rakyat.

Bagaimana pula dengan Anwar? Sesiapa juga yang pernah berdamping atau berkerja dengan beliau akan mendapati dua watak yang berbeza antara kehidupan peribadi dan politik. Di luar dan di depan rakyat, Anwar menonjolkan sifat-sifat Islamik dan warak berlatarbelakangkan sejarahnya sebagai bekas Presiden ABIM.

Ceramah-ceramahnya juga tidak kering dengan selitan ayat-ayat suci Al-Quran dan petikan mutiara hadis. Beliau juga gemar dilihat sebagai intelektual Islam berfikiran liberal yang memetik kata-kata enak pujangga dari karya-karya agung penulis Barat. Namun disisi peribadinya, lain pula ceritanya. Anwar adalah seorang yang bengis, pemarah, suka mengherdik apatah lagi seorang yang pendendam. Lihat bagaimana beliau melayan wartawan dari media arus perdana yang mengajukan soalan-soalan panas dan reaksi Anwar terhadapnya.

Petugas media seringkali dilabel malah dimaki hamun sebagai anjing BN, alat UMNO, budak suruhan kerajaan dan sebagainya - hamburan kata-kata kesat penuh dengan kehinaan yang tidak akan keluar daripada mulut seorang pemimpin yang berjiwa besar dan berakhlak mulia. Peribadi Anwar juga sering dikaitkan dengan pelbagai skandal seks jijik daripada yang melibat pelacur Cina hinggalah kepada lelaki jambu!

Sebab itulah mahasiswa dari kalangan kalangan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti Kelantan dan Pulau Pinang memilih Datuk Seri Najib kerana mereka sedar dan mampu membuat analisis siapa Perdana Menteri dan siapa pula Ketua Pembangkang. Dalam erti kata yang lain pengundi muda sudahpun membuat pilihan mereka antara yang mana satu permata manikam dan yang mana satu kaca murahan.