Thursday, April 26, 2012

Tindakan SubversiF BERSIH 3.0 melalui Media Asing


Persiapan hebat sedang dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mengganas dan menghuru-harakan negara dalam ‘Demonstrasi Duduk Bantah’ BERSIH 3.0 atau lebih tepat dipanggil ‘Demonstrasi Berarak Ganas’ kerana mereka dikhabarkan akan berarak, berlari, mengganas dan mencabar pihak berkuasa dari beberapa penjuru KL sebelum duduk. 

Antara persiapan penting puak-puak pengkhianat dan balaci CIA ini ialah memberi taklimat awal kepada wartawan-wartawan asing agar bersedia mengambil gambar mereka dalam keadaan paling teruk untuk menggambarkan penganiayaan polis terhadap mereka.   Ini penting bagi mereka kerana dalam setiap demonstrasi yang dilakukan oleh pihak mereka sama ada atas nama BERSIH, PTPTN, 901, Reformasi, Himpunan Hijau atau apa saja sukar sekali mendapat gambar sehebat demonstrasi-demonstrasi di negara lain di mana polis betul-betul membantai dan membelasah para peserta.  Ini kerana di Malaysia, polis tidak akan berkeras selagi tidak dalam keadaan terpaksa atau terdesak. 
Bersih 2.0 telah membuktikan bagaimana pendemonstrasi dilayan dengan lembut di mana mereka yang ditangkap diberi makan dan ‘tempat berehat’ yang selesa siap dengan kemudahan untuk bersolat. 

Malah, kerana tiada keganasan polislah maka salah seorang peserta demonstrasi BERSIH 2.0 terpaksa berlakon mati dengan kamera sedia merakam lalu disebarkan di internet sebagai usaha memburukkan kerajaan.

Khabarnya, kali ini, pemimpin-pemimpin BERSIH 3.0 akan memastikan keadaan menjadi benar-benar genting.  Malah mereka bersedia mengorbankan peserta iaitu penyokong mereka sendiri dalam demonstrasi ini demi mencapai matlamat untuk menghuru-harakan negara kerana pilihanraya semakin hampir.   Mereka mengharapkan momentum kemarahan rakyat akan terus meningkat selepas itu sehingga pilihanraya menjadi benar-benar panas. 

Antara perancangan mereka ialah menyamar sebagai polis untuk membelasah peserta yang sudah tentunya tidak diberitahu tentang perancangan sebenarnya.   Siapa yang bakal dikorbankan atau terkorban tidaklah diketahui. 

Yang pastinya, mereka akan memastikan sudut terbaik bagi para wartawan asing untuk merakamkan setiap adegan ganas tersebut lalu menyebarkannya kepada dunia.  Apabila ini berlaku, dunia akan mengutuk Malaysia dan membuka ruang bagi barat untuk masuk campur dalam urusan negara atas nama hak asasi manusia. 

Ini adalah taktik biasa CIA di bawah pertubuhan NED yang menjadi dalang menjatuhkan kerajaan yang sah di seluruh dunia.   Buku ‘Inside the Company: CIA Diary’ yang ditulis oleh bekas pegawai CIA Phil Agee menghuraikan modus operandi CIA dalam usaha meletakkan pemimpin boneka di negara-negara di mana Amerika ingin menguasai.   Cara mereka tidak pernah berubah iaitu mewujudkan organisasi-organisasi untuk kononnya memantau pilihanraya negara-negara tersebut di mana di masa yang sama membangkitkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya dan kerajaan. 

Seterusnya, mereka juga meletakkan ‘warna-warna’ tertentu seperti  merah di Thailand, dan kuning di Mlayasia sebagai melambangkan sokongan atau tentangan terhadap kerajaan bagi mewujudkan ‘volume’. Ke semua usaha ini kemudiannya diarahkan kepada satu tujuan semata-mata iaitu demonstrasi jalanan yang membawa kepada huru-hara dan keganasan sehingga akhirnya kerajaan digulingkan. 

Phil Agee mengakui mereka melakukan yang sama di Filipina melalui satu badan yang dipanggil National Association for Free Election (NAMFREL) (menyerupai BERSIH) dengan menggunapakai slogan kuasa rakyat (menyerupai Pakatan Rakyat).  Mereka juga membuat banyak percubaan untuk mengambil alih Panama melalui Civic Crusade tetapi tidak begitu berjaya.  Namun mereka berjaya di semua negara lain antaranya, Bulgaria yang mana juga menggunakan para pelajar universiti agar turun ke jalanan berdemonstrasi, dan Albania, Chile, Brazil serta banyak lagi.
Kita juga tahu bahawa mereka juga berada di belakang kejatuhan Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain. 

Kesemua ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa bantuan media.  Dan tidak hairanlah BERSIH di Malaysia ini juga berusaha memastikan media asing memainkan peranan yang sama untuk membantu  memusnahkan negara ini. 

Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menilai maklumat yang terbentang di hadapan mata.   Rakyat boleh membantu kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan menjauhkan diri dari BERSIH.  Kuasa rakyat itu benar, kerana itu gunakanlah kuasa minda kita untuk memilih yang terbaik untuk diri, bangsa, agama dan negara.  Jangan sekali-kali terpengaruh dengan mainan politik musuh-musuh Islam. 

Wednesday, April 25, 2012

Anwar Juburi kepada Anwar Idiot


Cikgu Adibah sudah pesan jangan makan sebut bebanyak. Kan dah jadi pelupa. Anak ikan sendiri bergelumang dengan mahasiswi di Dataran Merdeka.....godfather pulak meroyan mengenai UNISEL?

UNISEL ialah universiti yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk melahirkan modal insan yang perlu pelajari kepakaran dalam perindustrian. Ingat perkara ini,universiti dibawah pentadbiran negeri Selangor! Bagamana pula Punaisehat Selangor boleh mengatakan  universiti berkenaan adalah dibawah penyeliaan pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Banyak semut dimakan sampai negeri orang nak dinasihat pentadbiran kewangan negeri dan pengurusan ekonomi langsung melupakan universiti negeri tersebut. Harap perkara malang ini tak berterusan dan Barisan Nasional segera rampas Selangor kerana Anwar Idiot bakal bela busut semut untuk beri rakyat Selangor makan dan dijadikan mata wang untuk pelajar UNISEL bayar yuran.

Monday, April 23, 2012

Transformasi Rakyat 1 Malaysia


Menjenamakan Malaysia melalui perubahan bukanlah perkara yang mudah. Matlamat mencapai wawasan 2020sudah semakin suntuk iaitu dalam masa 8 tahun mendatang. Oleh itu rakyat Malaysia memerlukan dasar-dasar kerajaan yang jelas.

Kepimpinan kerajaan dibawah Datuk Seri Najib menjustifikasikan rakyat didahulukan dalam segala sektor adalah perkara yang mesti menjadi keutamaan termasuk kebajikan,taraf hidup,kemahiran modal insan dan masa ; tempoh jangka panjang. Manakala pencapaian diutamakan berorientasikan motivasi dan ransangan daya saing ke arah positif dalam setiap agensi tidak kira swasta dan kerajaan.

Kini sudah 3 tahun berlalu dengan slogan nasional 1 Malaysia dengan kewujudan pelbagai struktur saluran kebajikan untuk rakyat. Rakyat lebih sedar akan kerajaan yang mana membela serta merangka lebih kebaikkan untuk masa depan. Rakyat juga harus rebut peluang dengan adanya dasar-dasar pada pengumuman akan datang.

Sunday, April 22, 2012

Hati Bengkak,Konon Generasi Prihatin


Ada sesuatu kekurangan malam ini berikutan Cikgu Adibah mengikuti mesyuarat persidangan cawangan. Sayap Puteri UMNO terutamanya. Sebagai generasi muda dalam apa jua perkara perlu bersemangat dan bersungguh menunjuk keteladanan yang baik dan murni.

Katakanlah Cikgu sebagai wakil kepada sesebuah organisasi hadir mendengar laporan,melihat notis dan berkenalan dengan ahli-ahli dalam organisasi. Dari perspektif dan harapan tentunya Cikgu Adibah ingin melihat kesungguhan jawatankuasa mengendalikan mesyuarat dan memperkenalkan ahli-ahli. Sekalipun ada ahli yang sakit namun bersemangat menghadiri mesyuarat,ianya satu yang positif.

Namun apa yang Cikgu Adibah lihat malam ini,sedemikian rupa Cikgu Adibah dilayan dan ketidaksediaan sayap Puteri berkenaan dalam mengendali sesuatu mesyuarat....amat mengecewakan kerna Cikgu Adibah tiadalah tertib sangat dan mengharapkan layanan istimewa. Sekadar cukup ada bertanya khabar dan rasa bersalah jika kelewatan dalam kendalian mesyuarat serta meminta maaf atas kesilapan mahu pun kecil atau pun besar.

Sikap inilah yang kadang-kadang bukan sahaja orang yang lebih tua kecewa dengan sikap orang muda malah Cikgu Adibah yang juga mewakili suara orang muda berganda-ganda kecewa mungkin. Sayap ini bukan sahaja kecil malah penglibatan antara ahli juga turut terhad. Jadi setiap masa yang diperuntukkan sangat berharga....nasihat Cikgu Adibah,jangan selalu melakukan fiil berulangkali. Kelak membawa padah kepada diri sendiri.

Friday, April 20, 2012

Silap undang Tulah!!!

Tindakan Kerajaan Negeri yang enggan menerima pelantikan Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim sebagai Yang Dipertua Majlis (YDP) Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dianggap membelakangkan dan mempersendakan titah Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, alasan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang mengakui Kerajaan Negeri telah melakukan kesilapan dalam pelantikan jawatan penting itu juga tidak boleh diterima kerana ia bukan perkara yang boleh dipermainkan.Zainal berkata, pelantikan Abdul Malik untuk jawatan itu adalah atas permintaan Kerajaan Negeri sendiri, namun apabila ia telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 10 Februari lalu tetapi titah berkenaan tidak dilaksanakan.

Katanya, tindakan Kerajaan Negeri membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man pula dilantik untuk jawatan berkenaan jelas memperlihatkan mereka cuba mencabar institusi raja.

“Alasan kesilapan Kerajaan Negeri dalam isu pelantikan ini sukar diterima. Bagaimana mereka (Kerajaan Negeri) nak mentadbir hal ehwal agama Islam kalau hal-hal semudah pelantikan YDP ini pun boleh tersilap,” katanya pada sidang media di sini semalam. - SH

Senang cerita Cikgu Adibah nak cakap....Yang Dipertuan Agong sekarang ni daulat tau. Kena tulah,padan muka ko setan!!!!

Thursday, April 19, 2012

Apa Celop?! Punaisehat Serah Khazanah????

Sebelum ini Menteri Besar Selangor pernah membayangkan yang Selangor tidak akan membubarkan DUN jika pilihanraya diadakan sebelum Jun 2012. Alasan beliau, kerajaan PKR perlu lebih masa untuk menunaikan segala janji dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat ke atas bahu mereka.
Dan semalam, Anwar Ibrahim pula membuat kenyataan bahawa Selangor tidak akan menyertai Pilihanraya ke-13 jika tuntutan Bersih tidak ditunaikan. Tetapi, itu hanyalah apa yang tersurat, yang tersiratnya ialah, Anwar sudah meramalkan yang BN akan menang besar di Selangor. Anwar boleh memberi apa jua alasan untuk Selangor tidak menyertai PRU, tetapi rakyat tetap melihatnya sebagai tanda-tanda yang Pakatan Rakyat sudah ‘kecut perut’ dan langsung tidak punya keyakinan untuk menghadapi pilihanraya kali ini.
Entah ke mana hilangnya segala laungan yang mereka mendapat sokongan padu rakyat. Entah ke mana hilangnya keangkuhan yang ditonjolkan ketika kemenangan dalam PRU 2008 yang lalu. Nampaknya keyakinan, laungan dan keangkuhan PR tenggelam bersama dengan isu pasir, isu air, isu judi, arak, pusat hiburan, rumah urut serta isu murtad.
Tidak ketinggalan juga isu video seks, isu salahguna wang negeri oleh DAP sehingga membawa kepada kematian Teoh Beng Hock. Begitu juga dengan isu lama yang kekal hangat seperti isu Shamsidar dan isu biseksual Anwar Ibrahim. Kemudian, dalam keghairahan Anwar memikat hati tuannya di barat, beliau terlupa yang wawancaranya dengan Wall Street Journal boleh dicapai oleh rakyat Malaysia hanya dengan satu ‘klik’ di komputer.
Maka, pecahlah tembelangnya menyokong zionis dan sehingga kini isu ini tidak dapat ditanganinya dengan baik. Malah, habis kelam kabut dan pening lalat Nik Aziz, Hadi Awang dan semua ustaz-ustaz PAS kerananya. Di celah-celah itu, isu pemecatan Dato’ Dr. Hasan Ali juga memberi impak yang hebat terhadap sokongan Melayu terhadap PR, terutama sekali di Selangor.
Dan kini, isu kebodohan Anwar Ibrahim yang mencadangkan pemansuhan PTPTN pula timbul, sehingga menyaksikan pertengkaran hebat dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan semalam. Jelas, DAP dan PAS benar-benar ‘bengang’ dengan Anwar kerana mencadangkan perkara bodoh yang akhirnya memakan diri dan parti. Sementara itu, BN pula semakin hari semakin mantap dan yakin bergaya.
Tanpa perlu berbuat apa-apa BN hanya tersenyum menyaksikan PR memperbodohkan diri sendiri, berpusing keliling menepis peluru yang mereka tembak sendiri. Tergelak kita melihat mereka terlompat-lompat bila peluru mengenai kaki. Di masa yang sama siri-siri demonstrasi yang digerakkan PR sama ada secara langsung atau dengan menggunakan penyamaran di bawah berbagai-bagai nama NGO untuk menggugat BN dan kepimpinan Dato’ Seri Najib juga langsung tidak memberi kesan.
Sudahnya, rakyat menjadi muak dengan gelagat para pendemonstrasi, sekali gus meluat dengan PR yang menjadi dalangnya. Mungkin kerana itu, maka BN akhir-akhir ini telah mengambil sikap ‘malas melayan’ karenah manusia tidak berguna ini. Jika mereka ingin berdemo, biarkan sajalah, malah pihak berkuasa juga bersedia memberikan tempat untuk mereka berdemo dengan aman asalkan mereka bahagia. Yang pasti, di kala mereka berdemo, BN pula sibuk berkhidmat untuk rakyat. Semua faktor inilah yang membuat Anwar atau PR Selangor cuak untuk menyertai PRU.
Setelah puas mencuba membuat huru-hara dan melingkupkan negara, sedar-sedar sudah hampir Pilihanraya dan mereka belum pun membuktikan apa-apa kepada rakyat. Yang ada hanya janji-janji di dalam Buku Jingga yang bukan saja tiada jaminan tetapi tidak masuk akal sama sekali. Lebih buruk lagi, beberapa soal yang menjadi kontroversi dalam pakatan mereka seperti hudud juga masih belum dapat diselesaikan. Semua yang dipaparkan di atas membuktikan hanya satu perkara, iaitu PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah walaupun sebuah negeri.
Khalid Ibrahim sudah mengakuinya secara tidak langsung apabila membayangkan keengganan membubarkan DUN, dan kini Anwar pula berbuat yang sama. Alasan enggan sertai PRU kerana ‘tuntutan Bersih tidak dipenuhi’ sebenarnya hanyalah untuk menutup malu jika rakyat tahu yang mereka sudah takut. Rupanya tahu juga si Anwar ini merasa malu, walaupun beliau nampaknya tidak malu langsung bila seluruh dunia menyaksikan dirinya ‘beraksi’ tanpa seurat benang dengan ‘china doll’. Pesan Cikgu Adibah, kalau dah takut, buatlah cara takut. Tidak perlulah memberi berbagai-bagai alasan. Bukankah lebih baik dilihat sebagai penakut daripada dilihat sebagai bodoh?

Bersih 3.0 KOTOR!!!

Tahukah Anda Bersih 3.0 Akan Berjalan Serentak Seluruh Dunia . Siapakah mereka di sebalik tabir di belakang penganjuran demonstrasi-demonstrasi ini..apa yang pasti ianya digerakkan oleh orang-orang kuffar Barat daripada kalangan Yahudi dan Nasrani.


Demonstrasi-demonstrasi itu sengaja diatur untuk menimbulkan keresahan dan keraguan rakyat kepada permerintah negara ini. Ini adalah satu strategi mereka untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terhadap pemerintah negara khususnya ketika menjelangnya pilihanraya umum yang akan datang.


Apabila mereka menuntut supaya dipulih sistem pilihan raya, secara tidak langsung mereka mendakwa bahawa pilihan raya negara kita lemah. Ini propaganda mereka kepada masyarakat. Harus kita hati-hati dengan permainan politik mereka ini.

Tuesday, April 17, 2012

Najib Janji, PR Terus Mengelupur




Apabila terdengar cerita bagaimana klinik 1Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji untuk membuka lebih banyak pusat-pusat kesihatan yang murah di seluruh negara.

Perdana Menteri, di lawatan pertama jelajah seluruh negara untuk memberitahu orang ramai mengenai kemajuan Program Transformasi Kerajaan, mengata beliau terutamanya tersentuh oleh laporan bagaimana klinik telah meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah.

Bukan macam PR di Selangor,Khalid Gagap lebih suka rumah urut bergelimpangan dan berharap tiada lagi padang futsal. Keuntungan lebih dan belaian tukang urut janjikan syurga kepada Khalid dan utuskan sengsara :(

Pssst penyamun dalan ini negeri suka karok....lagu "Biarkan Bulan Bicara" ;p

Hot!!!Gaduh Sakan.....Beruk Sungguh PR

Keadaan pentadbiran negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang dikuasai PKR semakin berkecamuk dan kelam kabut.Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi sedang bertelagah kerana bercanggah pendapat.Abdul Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sering bergaduh besar dalam bilik mesyuarat mahu pun pertemuan empat mata.

Malah insiden maki hamun dan jerit menjerit dan tumbuk meja apabila mereka berdua bermesyuarat sudah menjadi perkara lumrah dan diketahui umum.Asas perselisihan faham ialah kerana Menteri Besar tidak mahu mengikut telunjuk Anwar dan mahu mentadbir negeri ikut cara ala korporat yang dipelajarinya semasa menerajui Kumpulan Guthrie dan PNB.

Malah ramai daripada kroni-kroninya yang sudah bersara diambil bekerja dan ditempatkan di jawatan-jawatan besar dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri.Malah dengar khabar 'ex-girlfriend' Khalid pun diambil bekerja dipejabat Menteri Besar walaupun sudah lanjut usia (ini satu lagi cerita menarik!).Khalid tidak mahu mendengar cakap Anwar yang meminta beliau menyalurkan dana untuk membantu aktiviti parti.

Kerajaan lain dan parti lain kata Khalid, tetapi mahu tidak mahu dia terpaksa juga beri peruntukan, umpamanya bagi penubuhan Pikom, satu kumpulan dianggotai aktivis parti yang ditugaskan menyebarkan maklumat mengenai program serta dasar Pakatan Rakyat.Pikom dikawal oleh Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor dan semua petugas kumpulan itu adalah daripada lantikannya.

Berjuta ringgit peruntukan kerajaan negeri telah disalurkan namun Pikom gagal berfungsi seperti diharapkan.Menteri Besar amat marah kepada Azmin apabila mendapat tahu Timbalan Presiden PKR itu menyalahguna dana Pikom untuk tujuan kempennya sesama pemilihan parti dua tahun lalu.Maklumat dalaman seperti ini membuktikan sikap hipokrit dan talam dua muka pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat.

Apabila berceramah kepada rakyat terutamanya kepada masyarakat kampung dan luar bandar, merekalah jaguh melawan rasuah, penyalahgunaan kuasa, telus dan adil, tetapi hakikat adalah sebaliknya.Masing-masing sibuk mengumpul harta dan mengaut kekayaan sebanyak mungkin

.Setelah Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Nazak mengumumkan kejayaan besar program transformasinya, GTP, Pakatan Rakyat Selangor mula gusar dan bimbang.Ini kerana Barisan Nasional telah membuktikan bahawa ia terus mampu membela rakyat dan membawa kemajuan ekonomi kepada negara berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap dan menabur janji.Bermula dari Menteri Besar, Exco, wakil rakyat, ahli majlis termasuk juga pegawai-pegawai di pejabat Menteri Besar dan SUK, semuanya sedang sibuk 'buat duit'.

Mereka tahu nyawa politik mereka hanya tinggal beberapa hari lagi.Sebab itu suasana sana politik Pakatan Rakyat Selangor kini sudah lesu dan tidak bermaya.Unit media dan komunikasi yang ditubuhkan di bawah sebuah anak syarikat bernama CCSB yang mengendalikan TV Selangor dan menerbitkan akhbar mingguan Selangorkini sudah pun tinggal nyawa ikan dan operasi hampir lumpur.Ini bermakna jutaan ringgit dana awam telah dibazirkan begitu sahaja dan malah dengar khabar banyak yang masuk ke dalam poket pemimpin PKR dan pihak pengurusan!

Mereka tidak lagi berminat untuk membela nasib rakyat mahu pun membangunkan negeri, malah tidak lagi berdaya untuk mempertahankan benteng politik dalam menghadapi kekuatan BN.Seperti seorang yang sedang nazak, Pakatan Rakyat Selangor hanya menunggu masa sahaja tamatnya hayat politik mereka menjelang PRU ke-13.

Biadap Azmin,Bukit Antarabangsa Tolak!!!

Sehingga kini perhatian masyarakat masih lagi tertumpu pada tingkahlaku biadap dan kurang ajar beberapa orang pemimpin pembangkang semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 11 April lepas.Mereka yang dikatakan terbabit mengejek dan memperlekehkan Raja-Raja melayu itu antaranya ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua.
Bagaimanapun mengikut laporan terbaru, kedua-duanya telah menafikan dakwaan tersebut.Dalam kenyataan penafian mereka, dakwaan tersebut dianggap sebagai serangan peribadi dan propaganda yang sengaja dimainkan oleh UMNO.
Pendek kata, tiada apa yang berlaku dan semuanya hanya rekaan semata-mata. Itu kata mereka.Azmin mempersoalkan bagaimana Dr Rahman Kadir yang dikatakan bertugas sebagai pegawai perubatan pada majlis berkenaan boleh duduk di Balairong Seri dan mendakwa melihat sendiri kejadian itu. “Saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat dan ini jelas propaganda UMNO serta Barisan Nasional yang gagal menjawab isu rakyat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan Dr Rahman mendakwa melihat Ahli Parlimen pembangkang mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Sementara itu, Tian Chua, mendakwa penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu seperti yang dicadangkan beberapa pihak tidak berasas kerana ia tuduhan tanpa saksi.
Berita Harian 17 April 2012Samada Azmin mahupun Tian Chua mereka berhak menafikan dan menganggapnya sebagai cerita rekaan & propaganda kerajaan ataupun UMNO.Tapi kenyataan penafian tersebut sebetulnya belum kukuh untuk menafikan segala dakwaan oleh Dr Rahman malah pada 13 April lepas Dr Rahman tetap tegas menyatakan kelakuan biadap membabitkan Azmin Ali, Tian Chua dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain itu sememangnya wujud.
Malah menurutnya, ramai saksi yang turut melihat perbuatan biadap dan kurang ajar beberapa pemimpin pembangkang. Dikalangan khalayak ramai juga sukar untuk menolak kesahihan peristiwa berkenaan apatah lagi dakwaan tersebut bukannya dari ahli politik yang berkepentingan sebaliknya datang dari rakyat biasa yang cintakan tanahair dan rajanya.Sejarah penderhakaan beberapa pemimpin pembangkang dan penyokong mereka misalnya kelakuan biadap mereka dalam isu peralihan kerajaan PR Perak tahun 2009 yang lepas juga masih segar dalam ingatan rakyat.
Demikian juga dengan langkah tidak beradat Karpal Singh yang cuba menyaman Sultan Perak tentu sahaja menjadi perbandingan logik yang sukar sekali untuk khalayak menolak kebenaran dakwaan Dr Rahman.Cara paling mudah untuk menentukan siapa yang betul dan salah ialah mahkamah. Azmin dan Tian Chua wajib mengambil tindakan segera menyaman Dr Rahman Kadir bagi memperbetulkan keadaan jika yakin kebenaran berada dipihak mereka.
Penafian sahaja seumpama melepaskan batuk di tangga dan tidak akan mematikan perhatian umum terhadap isu tersebut.Di pihak Dr Rahman Kadir pasti sahaja beliau tidak bermasalah menghadapi tindakan undang-undang sementelah lagi dakwaannya juga disokong oleh beberapa orang saksi yang pastinya tidak teragak-agak untuk naik turun mahkamah demi membuktikan kebenaran.
Soalnya sekarang, adakah Azmin Ali dan Tian Chua berani mengambil langkah sedemikian sedangkan mentor mereka sendiri, Anwar Ibrahim hanya berani memfailkan sahaja saman terhadap Nallakaruppan namun writ saman hingga kini masih gagal diserahkan untuk menyegerakan proses perundangan.

Berita Baik Bantuan Kesukaan Rakyat-BR1M




Berita Baik Bantuan Kesukaan Rakyat-BR1MBerita baik buat orang ramai. Tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilanjutkan sehingga 30 April ini. Kementerian Kewangan melalui satu kenyataan media memberitahu, kerajaan juga bersetuju menetapkan tarikh sah laku baucar BR1M sehingga 15 Mei 2012.
Ternyata kerajaan dibawah kepimpinan DS Najib sangat mendahulukan kebajikan rakyat dan implementasi program serta dasar-dasar disokong penuh oleh agensi-agensi. Terima Kasih Datuk Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional