Monday, April 23, 2012

Transformasi Rakyat 1 Malaysia


Menjenamakan Malaysia melalui perubahan bukanlah perkara yang mudah. Matlamat mencapai wawasan 2020sudah semakin suntuk iaitu dalam masa 8 tahun mendatang. Oleh itu rakyat Malaysia memerlukan dasar-dasar kerajaan yang jelas.

Kepimpinan kerajaan dibawah Datuk Seri Najib menjustifikasikan rakyat didahulukan dalam segala sektor adalah perkara yang mesti menjadi keutamaan termasuk kebajikan,taraf hidup,kemahiran modal insan dan masa ; tempoh jangka panjang. Manakala pencapaian diutamakan berorientasikan motivasi dan ransangan daya saing ke arah positif dalam setiap agensi tidak kira swasta dan kerajaan.

Kini sudah 3 tahun berlalu dengan slogan nasional 1 Malaysia dengan kewujudan pelbagai struktur saluran kebajikan untuk rakyat. Rakyat lebih sedar akan kerajaan yang mana membela serta merangka lebih kebaikkan untuk masa depan. Rakyat juga harus rebut peluang dengan adanya dasar-dasar pada pengumuman akan datang.

No comments:

Post a Comment