Friday, November 30, 2012

Red Warrior Jelmaan UMNO

Baru-baru ini Kerajaan Pusat telah menyumbang sejumlah RM1 juta kepada pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warrior (TRW) sebagai penghargaan di atas kejayaan pasukan itu menjuarai tiga kejohanan pada musim ini. Sumbangan kewangan itu adalah kesinambungan dari tajaan dan sokongan yang pernah Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak lakukan sebelum ini untuk pasukan TRW.

Badan Perhubungan UMNO Kelantan pula turut sama menyerahkan sumbangan RM200,000.00 kepada TRW, kesinambungan dari pelbagai bantuan yang pernah dihulurkan sebelum ini. Bagi KAFA yang menguruskan TRW sejak sekian lama, sumbangan tersebut amat besar maknanya memandangkan hasil jualan tiket tidak berupaya menampung keseluruhan kos pengurusan pasukan termasuklah untuk menyelesaikan pembayaran gaji pemain serta kakitangan.

Berikutan itu Timbalan Ketua Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad semasa membahaskan usul ucapan Presiden menyifatkan UMNO sebagai antara faktor utama yang membawa kepada kebangkitan TRW sehingga kini dikenali sebagai pasukan yang digeruni dan disegani. Kenyataan tersebut nyata mengundang rasa tidak puas hati penyokong PAS, bukan kepalang marahnya mereka apabila UMNO dikaitkan dengan kejayaan TRW.

Pada mereka segala usaha keprihatinan UMNO serta Kerajaan Pusat kepada TRW termasuklah membantu dari segi wang ringgit hanyalah jasa yang sekadar lekat dicelah gigi sahaja.

Hakikatnya, kebangkitan dan kejayaan besar TRW sejak lebih kurang 5 tahun tahun amat sukar sekali untuk dinafikan oleh PAS bahawa ia adalah jelmaan dari usaha dan kerja buat pemimpin UMNO. Semenjak pengurusan KAFA diambil alih oleh pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa selaku Presidennya, kebenaran yang dapat disaksikan semua tampak jelas peningkatan demi peningkatan agak terasa sehinggalah telah dua kali menjuarai piala Malaysia.

Kejayaan-kejayaan ini tidak berlaku melalui retorik atau sekadar cukup dengan ceramah dipentas politik, sebaliknya disebabkan keberkesanan pengurusan yang dibantu dengan sumber kewangan yang kukuh. Tanpa pengurusan yang bijak dan sumber kewangan yang mantap, sukar sekali untuk sesebuah pasukan bangkit menuju kejayaan lebih-lebih lagi jika masalah tunggakan gaji yang sering berlaku 5 tahun sebelum ini berterusan berlaku.

Sememangnya kebenaran agak sukar untuk diterima dan amat pahit untuk diakui, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah terbiasa lena dalam keasyikan retorik tanpa kerja buat bermanfaat sepertimana menjadi amalan pemimpin Kerajaan PAS Kelantan dan penyokongnya.

Isu Air Akan Tenggelamkan Pakatan Rakyat

Antara tanggungjawab utama sesebuah kerajaan ialah menyediakan keperluan asas kepada rakyat. Dan sebagai makhluk Allah SWT yang bernyawa, tiada apa yang lebih ‘asas’ daripada air iaitu elemen utama untuk memastikan kita terus hidup. Tanpa air, semua benda yang bernyawa akan mati. Rakyat Malaysia adalah bertuah kerana bumi kita dianugerahkan dengan cuaca yang ‘seimbang’ iaitu tidak ekstrem. Kita tidak perlu risaukan kemarau berterusan mahupun ancaman sejuk yang keterlaluan.

Hujan dan panas berselang-seli memastikan tanah subur sehinggakan mustahil bagi rakyat Malaysia yang paling miskin sekali pun untuk mati kebuluran. Mengambilkira hakikat ini, maka kegagalan kerajaan sesebuah kerajaan negeri di Malaysia untuk memastikan rakyat dapat menikmati sumber asas kehidupan ini dengan sempurna, membuktikan kelemahan mereka yang ketara.

Bukan satu kebetulan apabila kesemua negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat berhadapan dengan masalah bekalan air: Selangor dengan masalah air tidak cukup kerana kerajaan negeri berdegil enggan menerima penyelesaian yang diputuskan oleh kerajaan pusat iaitu melalui projek Langat 2. Kedah dengan kenaikan tariff air secara mendadak dan melambung sejak diambil-alih PAS walaupun antara janji PR sebelum menang pilihanraya adalah menurunkan tariff air.

Dan mungkin kerana mendapati pendapatan dari kenaikan tariff tersebut masih belum cukup, kerajaan PAS Kedah kini memutuskan untuk mengenakan bayaran ke atas Pulau Pinang atas bekalan air yang disalurkan oleh Kedah ke negeri tersebut. Maka, melentinglah kerajaan Pulau Pinang apabila kerajaan PAS Kedah memasukkan jangkaan pendapatan dari penjualan air itu iaitu RM20 juta, ke dalam pembentangan bajet negeri itu baru-baru ini. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kerajaan PAS Kedah langsung tidak berbincang dengan pihaknya mengenai perkara itu sekali gus menunjukkan yang tindakan kerajaan Kedah memasukkan angka tersebut ke dalam bajet bolehlah dianggap penipuan dalam pembentangan, kalau pun tidak percubaan memperdaya kerajaan Pulau Pinang.

Semua masalah ini tidak pernah timbul ketika atau jika Barisan Nasional masih memerintah negeri-negeri itu. Hanya apabila PR mengambil-alih maka semuanya menjadi kelam kabut, keliru dan buntu. Begitulah halnya dengan Kelantan yang telah 22 tahun diperintah oleh PAS. Selama 22 tahun, kerajaan ‘Islam’ PAS terus-terusan gagal menguruskan keperluan paling asas ini sehingga menyebabkan rakyatnya menderita dan terpaksa mencari berbagai-bagai alternatif untuk mendapatkan jangankan air bersih, tetapi juga air itu sendiri. Jika sepenggal, mungkin kita boleh menerima alasan dari kerajaan negeri, tak kira apa jua alasannya.

Tetapi jika sudah 22 tahun, iaitu lebih 4 penggal masih tiada perubahan, maka sahlah bahawa kerajaan PAS Kelantan tidak tahu atau tidak mahu menyelesaikan masalah tersebut. Menafikan, menepis atau menuding jari ke serata arah atas kegagalan selama 22 tahun hanya menguatkan lagi pengesahan tersebut. Air bukan sahaja elemen asas untuk hidup, tetapi juga ia adalah elemen penting dalam Islam kerana ia membawa bersamanya simbol kebersihan.

Islam adalah agama suci, kerana itu Islam meletakkan kebersihan sebagai perkara paling utama.

Tidak ada maknanya kita bersolat jika kita tidak berada dalam keadaan bersih. Hanya agama Islam yang mengkategorikan kotoran serta menetapkan cara pembersihan. Dalam beberapa hal, pembersihan untuk tujuan penyucian memerlukan lebih dari sekadar tindakan, tetapi juga lafaz niat yang betul. Ini kerana Islam bukan agama luaran atau sekadar di kulit, tetapi dalaman yang letaknya di dalam iman di hati dan pemikiran di minda yang membentuk roh yang tidak dapat dilihat.

Dalam Islam, kita perlu bersih dahulu sebelum dapat mesucikan diri. Justeru, sebagaimana pentingnya air untuk hidup, begitulah juga pentingnya bersih dalam Islam. Mungkin bukan satu kebetulan apabila semua negeri Pakatan Rakyat mengalami masalah dalam isu air. Mungkin ia satu petunjuk kepada rakyat Malaysia tentang betapa kotornya pakatan mereka.

Nampaknya, tidak mustahil PR akan tenggelam dalam isu air agar kita dapat membersihkan kembali negeri-negeri yang diperintah mereka.

Thursday, November 29, 2012

ISU GUNTING RAMBUT: PAS SUJUD KEPADA DAP

Hari ini Pas yang pernah dan masih mengatakan bahawa ia adalah parti Islam yang terhebat dan paling ikhlas memperjuangkan agama yang di bawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kini berada di persimpangan jalan. Ketika Pas masih di usia muda dan baru ditubuhkan mungkin dakwaan tersebut ada kebenarannya, maklumlah semangat masih berkobar-kobar, jiwa masih bersih daripada nodaan syaitan. Kini setelah enam dekad wujud di persada politik kebangsaan, identiti Pas sebagai parti Melayu yang dikatakan bertunjangkan kepada perjuangan untuk menegakkan Negara Islam sudah mula dipertikaikan.

Malah ada juga yang sudah mengatakan parti itu sekarang saling tak tumpah seperti parti-parti lain yang mengamalkan prinsip Machiavellian dalam pendekatan politiknya iaitu matlamat menghalalkan cara. Dilema Pas kini sungguh menekan kepimpinan parti itu pada masa kini, bak kata peribahasa Melayu 'ditelan mati mak, diluah mati bapak'. Bagaikan memilih antara dua kekasih yang sama-sama disayangi dan dicintai, Pas benar-benar berada di dalam keadaan yang tersepit.

Di satu persimpangan masih ada naluri untuk menegakkan Islam sebagai agama yang syumul di mana di dalamnya politik atau siyasah memainkan peranan yang penting dalam mengendali dan mengurus sistem yang melingkungi kehidupan manusia sebagai hamba Allah SWT. Pada pandangan yang lain Pas berbelah bagi sama ada untuk terus agresif mempertahankan prinsip Islamnya atau tunduk kepada pragmatisme politik semasa.

Realitinya, Pas kini dilihat telah tunduk kepada nafsunya untuk terus hidup sebagai sebuah parti politik partisan daripada meniti perjuangan yang menjadi asbabul wujud atau sebab-sebab keberadaannya. Buktinya jelas apabila parti itu menggugurkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam yang selamanya sememangnya sinomin dengan perjuangan parti itu. Sebut sahaja Pas orang akan terus terfikirkan konsep Negara Islam yang ingin dipasak di dalam jiwa pengikut dan penyokongnya.

Berbeza pula dengan parti terbesar Melayu, UMNO yang sejak ditubuhkan pada 11 Mei 1946 sehingga kini tetap tidak berganjak daripada Fasal 3 Perlembagaannya yang mengatakan bahawa ia akan berjuang memartabatkan bangsa Melayu serta mempertahankan kemuliaaan Islam sebagai agama persekutuan. Perubahan zaman dan masa memperlihatkan kaedah dan pendekatan UMNO menghidupkan prinsip tersebut agak sedikit berbeza namun untuk mempelekeh atau terfikir menggugurkannya sebagai salah satu tonggak utama parti adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

Tetapi Pas dengan mudah dan tanpa ragu-ragu mengkhianati prinsip perjuangan Negara Islam demi menjaga hati Dap, sebuah parti cauvinis dan rasis Cina yang terang-terang menunjukkan sikap anti-Islam dan anti-Melayu. Kini Pas hanya berpuas hati untuk menerima pakai dan menyarung Negara Berkebajikan sebagai pakaian baru parti itu yang lebih segak dan tidak jengkel di mata sekutu politiknya di dalam Pakatan Rakyat, Dap dan PKR.

Dalam usaha Pas untuk menangkis segala tohmahan dan telahan parti lawan bahawa ia telah mengorbankan semangat Islam, parti itu telah cuba memperkenalkan beberapa langkah Islamik bagi menyakinkan anggota bahawa ia tidak menyeleweng daripada landasan perjuangan dan tetap relevan sebagai sebuah organisasi politik Muslim.

Di Kelantan, sebuah negeri yang telah ditadbir parti tiu sejak 22 tahun yang lalu, kerajaan negeri tetap bertegas mahu melaksanakan perundangan Islam kepada orang bukan Islam. Contoh terbaru, Majlis Perbandaran Kota Bharu telah memperkenalkan peraturan baru melarang pendandan rambut perempuan untuk memotong rambut pelanggan lelaki bukan Islam. Ini menyebabkan Dap melenting dengan kemarahan yang meluap-luap kerana menuduh kerajaan negeri Pas Kelantan cuba memaksa perundangan Islam ke atas rakyat bukan Islam.

Pas mengemukan alasan yang pelagai demi mempertahankan tindakannya itu tetapi Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh membayangkan saman yang telah dikeluarkan pihak MPKB kepada premis yang melanggar peraturan itu boleh dicabar di mahkamah. Lalu Presisen Pas, Abdul Hadi Awang terpaksa turun padang untuk meredakan ketegangan partinya dengan Dap sebelum ia meledak menjadi konflik yang lebih parah antara kedua musuh tradisi itu.

Abdul Hadi cuba menurunkan suhu pergeserannya dengan Dap apabila beliau mengatakan bukanlah tujuan parti itu untuk melaksanakan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam. Sekali lagi Pas menunjukkan sikap lembiknya melindungi ketinggian syariah Islam pabila berdepan dengan amarah Dap. Jika sekadar peraturan kecil sebuah pihak berkuasa tempatan di sebuah negeri pun tidak boleh dipertahankan agak geli hati apabila perwakilan Pas boleh berpekik di muktamarnya baru-baru ini untuk melantik Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri jika pihak pembangkang memenangi PRU ke 13 nanti.

Pas kini terhimpit di antara dunia fantasi serta angan Mat Jenin pemimpin-pemimpinnya dan dunia realiti yang memperlihatkan parti itu tidak lebih daripada keldai tunggangan dan belasahan Dap dan PKR.

White House Takes Note of PR’s Defeat in Next Malaysian GE

The people of Malaysia can be rest assured of continuous stability and prosperity after the 13th General Election as Dato’ Seri Najib received what we may refer as an advance congratulatory wish from President Barrack Obama as they met at the ASEAN Summit in Phnom Penh last week. At the meeting, President Obama had expressed his confidence in Barisan Nasional’s (BN) winning in the election that is to be held anytime now till June 2013.

The US has been keeping a close monitoring on Malaysian politics as their so-called ‘blue-eyed’ boy, Anwar Ibrahim is to take his next best shot in taking over the government in the election. Ibrahim’s coalition party, the Pakatan Rakyat (PR) has done everything they could to cover the perfect picture of Malaysia under the BN’s ruling.

He had gone as far as trying to tarnish the Prime Minister’s image by fabricating stories of corruption scandals and murder and linking them all to the Premier. He took the people to the streets to mock the tragedy of Tahrir Square hoping that it too, would lead to the fall of the government. Ibrahim has always has high passion and ‘skills’ for street demonstration. This ‘trait’ is then being used in diversity, in the hope of creating an impression of masses, volume and numbers of people against the government.

Therefore, we see people marching down the streets for anything and everything that Ibrahim could think of – for the fair and clean election, for his acquittal from the homosexual-rape charges, for the environment, for a free education for all in all levels… But one thing that is clear is that in any street demonstration organized by him or his stooges of NGOs, they could only gathered as far as 20,000 people tops which is far-fetched from the targeted number in order to make an impact. The same people would be ‘recycled’ in every demonstration.

The government had proved that some Singaporeans were also involved in these demonstrations, meaning too few Malaysians are with Anwar Ibrahim that he needed outsiders to help with the numbers. However, back in 2008’s GE, Ibrahim’s tireless effort had managed to convince quite many Malaysians that their comfortable, harmonious, lavish lives are all fakes and that they are in fact living in hell for being robbed, cheated, suppressed or bribed by the BN government all their lives.

As a result, even though the BN managed to retain its throne, it has lost its 2/3 majority in parliament with 4 states now in the hands of PR. This fact unfortunately, didn’t work in favour for the PR as their cry of unclean and unfair election now sounds outrageously fictitious. After 4 years, the people of Malaysia slowly wakes up from the ‘dream of hell’ that Anwar had led them into. The reality of their heavenly lives under BN is now getting clearer and clearer.

Malaysians finally started to think that it would take the lowest idiot to put his fate in the hands of a coalition that has no idea where they are going to. Islamic-Wahabbi State, Secular State, Liberalist, to uphold Islam or Pluralism in Religion, everything jumbled up and remain a blurr that even the PR leaders including Ibrahim himself can’t figure out and unashamed to admit it.

This, plus the Dato’ Seri Najib’s popularity factor and his evidently successful transformation programs that can directly be seen, felt and ‘touched’ by the people, makes things look worse for PR and Anwar Ibrahim in the next GE. This is the scenario gathered by the US informants. It is an open secret that the US has got their eyes all over Malaysia from the inside and its surroundings.

It is clear now than ever that Anwar Ibrahim is far and further away from Putrajaya than he thinks. Report received from some inside sources has confirmed that the White House has taken this information as valid and accepted. The report concluded that BN is going to win big, at least bigger than 2008 and will definitely stand on a firmer ground after the election to take the country forward for the next term.

Suddenly, Anwar Ibrahim’s eyes aren’t blue anymore.

Wednesday, November 28, 2012

Ujikaji Pilihanraya Merbahaya

Ucapan Dasar Presiden UMNO baru saja selesai, disambut dengan tepukan gemuruh dan semangat waja ahli-ahli melaungkan ikrar mempertahankan Putrajaya, sekaligus agama, bangsa dan negara. Antara isi penting yang perlu diambil iktibar oleh rakyat Malaysia ialah peringatan Presiden bahawa pilihanraya bukan satu ujikaji.

Ironi sekali apabila kita perlu mengaitkan pilihanraya dengan kedaulatan negara, survival bangsa dan akidah. Namun, itulah realitinya di Malaysia apabila kita mempunyai pembangkang yang sanggup dan mampu berbuat apa saja hatta menggadai agama, bangsa dan negara demi kuasa. Hanya pembangkang di Malaysia sahaja yang menyeru rakyat agar ‘bereksperimen’ dengan kepimpinan mereka apabila ditanya mengenai hala tuju atau bentuk pemerintahan yang bakal dilaksanakan.

Ini kerana mereka sendiri belum pasti mengenai hala tuju dan bentuk pemerintahan yang akan mereka laksanakan. Tanpa segan atau malu mereka mengaku bahawa pakatan mereka membawa prinsip, ‘menang dulu, fikir kemudian’ setiap kali persoalan ini dibangkitkan.

Dan yang lebih ironi lagi ialah hanya di Malaysia sahaja, ada segolongan rakyat yang bersedia memperjudikan masa depan mereka di tangan pemimpin yang belum lagi berfikir tentang hala tuju kepimpinannya. Justeru, penulis meletakkan peringatan Presiden mengenai pilihanraya di atas sebagai yang paling penting kerana sekiranya ianya tidak difahami dengan baik, maka keseluruhan ucapan dasar yang begitu jitu, tepat dan bernas tidak akan membawa makna apa-apa.

Perlu diingatkan bahawa kita mempunyai pembangkang yang sanggup ‘menawarkan’ negara ini kepada penjajah, sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dan menyebabkan rakyat menderita semata-mata untuk membangkitkan kemarahan mereka agar memberontak terhadap kerajaan, sekali gus memusnahkan hidup mereka sendiri. Sebelum ada yang sanggup menyambut seruan pembangkang untuk ‘ber-ujikaji’ dengan menukar kerajaan, kita harus terlebih dahulu meneliti kemungkinan dari hasil ujikaji ini.

Yang pasti, hasil yang dijangka adalah ‘unik’ serta ‘kronik’. Hasil ujikaji dijangka ‘unik’ kerana kita mempunyai pembangkang yang ingin merombak segala-galanya tentang Malaysia, menghapuskan Raja-raja dan menjadikannya Negara Sekular. Kita mempunyai pembangkang yang ingin membawa kita ke belakang, ke zaman jahiliah iaitu tanpa peraturan dan adab sopan dalam hubungan sesama manusia.

Kita juga punya pembangkang yang ingin membawa kita ke era gelap di mana yang ekstrem dianggap sebagai terbaik, serta menafikan hak rakyat untuk memilih cara hidup, malah pakaian juga. Setiap rakyat yang rasional pasti sedar bahawa segala apa yang dicita-citakan oleh pembangkang ini adalah tidak sesuai, malah merbahaya untuk negara ini, masyarakat kita dan juga sebagai manusia yang berpegang kepada agama. Yang menjadikannya ‘kronik’ pula ialah kita tidak pasti cita-cita yang mana satu dari kesemua cita-cita yang bertentangan pembangkang itu yang akan tercapai, sekiranya mereka menang pilihanraya.

Jika kita bereksperimen dengan bahan-bahan yang secara berasingannya sahaja sudah cukup merbahaya, apatah lagi jika dicampur bersama sedangkan elemen-elemennya saling menolak satu sama lain. Tidak mustahil ia akan membawa letupan besar yang mampu memusnahkan kesemua yang telah kita bina.

Oleh itu, ingatlah pesan Presiden bahawa keluarga kita terlalu berharga untuk dimusnahkan dengan satu ujikaji pilihanraya.

Tuesday, November 27, 2012

Sanggup Cerai Bini, Syarat Jadi Calon Pakatan Rakyat

Sampai bila-bila pun ada satu perkara yang pemimpin UMNO tidak mampu menandingi kelebihan PAS, yakni membuktikan kesetiaan pada parti dengan mempertaruhkan isteri yang sah dinikahi sebagai barang cagaran bagi menjamin kelangsungan kerjaya politik sang suami. Jangan pula ada yang kata ini fitnah, bukan juga cubaan atau main-main, tapi ini realiti sebenar yang diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri dan hakikat ini sedang membelenggu kehidupan ramai wakil rakyat PAS baik di peringkat DUN ataupun Parlimen.

Tidak berapa lama dulu, beberapa pemimpin kanan PAS termasuklah Ahli Parimen PAS Shah Alam, Khalid Samad sendiri pernah mengakui memang wujud sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri, katanya untuk mengikat kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti. Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya Tinggi PAS Perak, Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya kepada Sinar Harian Online 27 November 2012 telah menyarankan supaya sumpah baiah dilaksanakan kepada semua calon pilihanraya yang mewakili PR terutama sekali di Perak.

Katanya demi menjamin kesetiaan calon dan wakil rakyat kepada parti selanjutnya mengelakkan peristiwa lompat parti berulang kembali sebagaimana kejatuhan yang dialami oleh Kerajaan DAP PAS Perak pada 2009. Bunyinya seperti PAS agak meragui tahap kesetiaan calon dan wakil rakyat dari PKR dan DAP terutama sekali PKR tentunya, maka disebabkan itulah timbul desakan supaya kedua-dua parti tersebut mengikuti kaedah sumpah baiah seperti diamalkan oleh PAS.

Tahukah kalian kenapa bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali tidak keluar dari PAS sekalipun kerapkali difitnah, diperlekeh dan dihina oleh pimpinan PAS yang lain berikutan ketegasan Hasan mempertahankan kepentingan Islam dan umatnya dari asakan DAP? Sebaliknya PAS pula yang terpaksa mengambil langkah drastik dengan memecat bekas Naib Presiden PAS itu tanpa diberi peluang pembelaan diri semata-mata untuk menjaga hubungan politik PAS dengan PKR dan DAP.

Kenapa & mengapa? Jawabnya kerana kewujudan sumpah baiah yang mana sekiranya Hasan secara rela keluar atau berhenti dari PAS, automatik ikatan perkahwinannya dengan isteri akan terputus (talak tiga). Namun apabila Hasan dipecat oleh PAS, sumpah baiah talak tiga ke atas isterinya tidak lagi sah.

Bagi pelayar internet yang pernah mengikut isu sumpah bai'ah sebelum ini tentunya pernah melihat sendiri video ceramah seorang wakil rakyat PAS yang mengakui risiko keluar dari PAS bermakna akan tertalak tigalah hubungannya dengan isteri tersayang. Tak sanggup katanya. Inilah wajah sebenar PAS, parti politik paling celaka atas muka bumi hanya untuk menjaga kepentingan politik kepartian sanggup dipaksa calon-calon pilihanraya dan wakil rakyatnya mencagar ikatan suci suami isteri untuk dipertaruhkan demi kemahuan parti.

Jadinya, apabila wisel PRU 13 ditiupkan kelak, mudah untuk kita mengetahui setiap calon PAS tentunya sudah mengangkat sumpah baiah talak tiga, berkemungkinan ada pemimpin PKR yang beragama Islam pun ada yang sanggup bersetuju dengan syarat menceraikan isteri. Malang benar sekiranya pada PRU 13 nanti masih ada pengundi dari golongan hawa yang tergamak menyokong PR setelah mengetahui hakikat betapa rendahnya maruah mereka diperlakukan oleh pemimpin PR.

Karpal Pengerusi Majlis Fatwa PR

Krisis dalaman di dalam PAS, DAP dan PKR kini dilihat semakin memuncak apabila isu yang dipertelagahkan saling bertindihan dalam pakatan dan secara berasingan dalam setiap parti sekutu. Yang menariknya ialah ‘kemunculan’ Karpal Singh sebagai watak utama dalam setiap isu yang berbangkit. Karpal merupakan ‘bintang’ dalam pertelagahan dengan Nasharudin Mat Isa mengenai hudud.

Beliau begitu garang mengarahkan PAS kembali kepada perjanjian asal iaitu untuk menghentikan terus cakap-cakap mahupun niat untuk melaksanakan hudud dan negara Islam. Walaupun kenyataan Karpal adalah mewakili pendirian DAP tetapi nampaknya hanya Karpal yang ditonjolkan sebagai menuntut PAS meletakkan satu pendirian yang jelas dalam isu ini. Kit Siang, Guan Eng dan lain-lain pemimipin DAP hanya menjadi pelakon tambahan.

PAS juga hanya dilihat hanya menumpukan tembakan terhadap Karpal seorang. Malah, PAS juga yang mengeluarkan kenyataan membela DAP untuk ‘menenangkan’ ahli-ahli PAS, dengan menggambarkan kononnya, kenyataan Karpal adalah kenyataan peribadi dan DAP secara dasarnya tidak ada masalah ‘memahami’ hudud PAS. Dari situ, Karpal terus menjadi bintang utama DAP menghiasi akhbar dengan kenyataan-kenyataan lantang yang mendedahkan konflik partinya dengan PAS.

Semalam, Karpal menempelak kerajaan PAS Kedah kerana memperdagangkan sumber anugerah Tuhan, iaitu air. Karpal tidak puas hati apabila PAS Kedah memutuskan agar Pulau Pinang perlu membayar bekalan air mentah yang disalurkan oleh Kedah ke negeri itu. Alasan kerajaan Kedah ialah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang juga memperniagakan air tersebut.

Lagipun, penjagaan sumber alam itu, termasuk mengekalkan kawasan tadahan juga melibatkan perbelanjaan, dan kos itu perlu turut dikenakan kepada Pulau Pinang yang turut menikmatinya. Kesungguhan Karpal menjaga kepentingan Pulau Pinang dilihat mengatasi Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng, yang kurang menonjol akhir-akhir ini.

Pendek kata, Karpal adalah satu-satunya pemimpin PR yang cukup pantas dan lantang dalam menangani sebarang masalah yang melibatkan perpaduan dalam kerjasama PR. Bagaikan pengerusi Majlis Fatwa bagi PR, Karpal sedaya upaya memastikan kerjasama dalam pakatan rakyat terus berkiblatkan semangat menghormati DAP. Malah, di dalam DAP juga, Karpal membawa sikap yang sama iaitu sebagai ‘penegak hukum’.

Karpal menjadi ‘juara’ memperjuangkan ‘satu calon, satu kerusi’ bagi PRU kali ini atas alasan memastikan wakil rakyat dapat menumpukan sepenuhnya kepada kawasan masing-masing. Walaubagaimanapun, cadangan Karpal diragui oleh berbagai pihak dalam DAP sendiri dan ditempelak Teresa Kok dengan penghinaan bahawa Karpal adalah ‘old story’ atau cerita lama.

Tindakan Teresa Kok menimbulkan kemarahan beberapa pihak kerana dilihat tidak menghormati orang tua dan juga Pengerusi parti yang telah lama berjuang dan banyak pengalaman. Akibatnya, Ahli Parlimen, Kota Alam Shah M. Manoharan telah membangkitkan kegagalan Teresa untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan baik kerana memegang begitu banyak ‘kerusi’ atau jawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri.

Namun, akhir-akhir ini, nampaknya semakin ramai di dalam DAP menyuarakan sokongan terhadap idea Karpal ini, sekali gus, ‘menggilapkan’ lagi namanya. Strategi menonjolkan Karpal seorang serta mensenyapkan pemimpin-pemimpin DAP yang lain secara sengaja atau tidak sengaja dilihat tepat bagi meminimakan kerosakan yang berlaku akibat krisis yang melanda Pakatan Rakyat.

Namun, bagi pihak Karpal, beliau mungkin perlu lebih berhati-hati dalam mengatur langkah seterusnya kerana tindakan ini dilihat mampu meletakkan beliau dalam dua keadaan iaitu jika bukan sebagai ‘bintang’, maka mungkin juga sebagai ‘kambing hitam’. Senarionya, jika PR menang dalam PRU ke-13 ini, maka isu penentangan DAP terhadap hudud perlu diselesaikan bagi mengelak akar umbi PAS ‘mengamuk’.

Sedang pemimpin PAS boleh terus berdolak dalih dengan menggunakan alasan kekurangan majoriti di parlimen dan hakikat masyarakat majmuk, PAS tetap perlu membuktikan yang mereka benar-benar serius dalam menentang sesiapa sahaja yang menentang hudud. Oleh itu, Karpal mungkin perlu dikorbankan sebagai satu-satunya pemimpin DAP yang menentang hudud. Dengan itu, walaupun hudud tetap tidak dilaksanakan, akar umbi PAS akan kembali tenang dan DAP akan kekal selamat.

Karpal sebagai ‘cerita lama’ boleh dibersarakan saja. Malang bagi Karpal jika ini berlaku kerana tidak dapat memakai gelaran Tun Karpal selepas bersara seperti yang dibayangkan oleh Tun Mahathir, kerana Karpal tidak bersara sebagai Perdana Menteri tetapi hanya bersara sebagai si-kambing hitam, Pengerusi parti.

Monday, November 26, 2012

Kenapa Hamas hargai UMNO, Bukan PAS?

Peranan Malaysia sebagai agen pengaman telah diiktiraf dunia. Malaysia dipandang tinggi kerana komitmen dan konsistensi dalam memperjuangkan dan menyokong keamanan dunia. Apabila dikatakan Malaysia, maka ia secara automatik membawa erti kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional yang bertindak mewakili suara rakyat Malaysia keseluruhannya.

Justeru, secara tidak langsung, tidak salah jika dikatakan bahawa penghargaan tersebut juga dituju kepada Barisan Nasional juga. Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di Malaysia, UMNO, sebagai salah satu komponen BN turut memainkan peranan dalam memperjuangkan keamanan di dunia, terutamanya, dunia Islam.

Alhamdulillah, atas segala khidmat bakti itu, hari ini, bukan sahaja Malaysia yang mendapat pengiktirafan, tetapi UMNO juga telah mula dipandang tinggi sebagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keamanan di negara-negara Islam. Ini terbukti apabila Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan, iaitu salah seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan bermula esok, menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

UMNO juga, kata beliau, sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Beliau juga secara khusus menghargai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu Palestine dan mengecam keganasan Israel.

Antaranya, dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara spesifik, meminta Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza. Pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Palestine sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten.

Dalam kenyataan Datuk Seri Najib di Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah, Ogos lalu, beliau menyatakan hal ini secara tuntas. Pendirian ini adalah yang sama yang dipegang oleh kepimpinan UMNO, BN dan Malaysia sejak sekian lama. Di masa yang sama, beliau sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu Palestine sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Antaranya menghantar bantuan makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat Palestine.

Walaubagaimana seluruh dunia cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel, kita dan juga Palestin, harus bersedia menghadapi risiko perubahan dalam pendirian itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti. Bukan rahsia lagi, bahawa bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, iaitu Anwar Ibrahim adalah antara penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel.

Malah, tidak berapa lama dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat kenyataan menyokong untuk melindungi keselamatan Israel. Kenyataan yang disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia, iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Kuwait.

Nasharudin, sebagai pemimpin PAS walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu tersebut. Ini kerana, menyatakan bahawa PAS tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana PAS nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti. Justeru, pendirian Anwar pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia.

Sekali gus pendirian peribadi PAS yang mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa. Malah, pada hari ini juga PAS boleh dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar. Walaupun PAS menuduh UMNO kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan ikhlas memperjuangkan Islam tetapi ‘keIslaman’ PAS nampaknya tidak diiktiraf dunia.

Manakan tidak, PAS bukan sahaja bersekongkol dan berusaha menobatkan talibarut Zionis pembunuh rakyat Palestin sebagai Perdana Menteri, tetapi PAS juga tidak pernah punya apa-apa jasa kepada umat Islam di dalam negara ini, jauh sekali di negara lain. Hakikatnya, PAS, sebuah parti yang hidup dengan wang derma ahli sendiri, serta wang sumbangan Zionis melalui PKR tidak mampu walaupun untuk mendirikan masjid untuk umat Islam beribadah selain dari ‘masjid’ rumahtangga dengan masing-masing punya dua hingga empat orang isteri.

Selama 2 dekad memerintah Kelantan, PAS hanya mampu mendirikan sebuah masjid sahaja. PAS gagal secara total untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Kelantan dan tidak mampu menjana ekonomi negeri sehinggakan negeri yang diperintah mereka mundur dari segala segi. Dari segi Islam pula, ulama-ulama PAS langsung tidak layak untuk duduk sebaris dengan ulama-ulama tersohor dunia. Ini kerana mereka hanya tahu berceramah di tahap kampungan serta tidak pernah membuat kajian atau apa-apa sumbangan akademik mahupun pembangunan kepada dunia Islam.

Justeru, kita tidak hairan apabila Hamas menghargai UMNO dan bukan PAS, dalam menangani isu Palestine yang disifatkan paling ‘genting’ dan palilng dekat di hati umat Islam pada hari ini. Yang kita hairan ialah kenapa PAS masih tidak malu merasakan parti itu lebih Islam dari UMNO?

TIME FOR PUTERI TO WAKE UP

Puteri Umno is a lost movement as it hibernates in its cocoon oblivious to the current political ‘unrest’ where Umno and its leaders being attacked in every corner. The movement seems to be out of touch with the reality and the youngsters who are first time voters in the coming general election, estimated around 3 million.

Under the leadership of Rosnah Shirlin in 2009, the movement has not made much impact or in fact, hardly heard in the country’s vigorous political scenario as its existence is not mentioned much, what more about its activities. The movement was set up to engage with youngsters particularly women who are in college, working and who are politically lost in the wilderness of the country’s politics, whose age is below 40, to be more specific below 35 and who just entered college or left school.

Puteri Umno’s presence is no longer felt since 2008 general election and it does not seem to touch base since then, unlike when it was headed by Azalina Said where it always hold the limelight despite being flanked by its sister movement Wanita Umno. The movement’s failure in engaging with the youngsters had probably got Umno president Najib Tun Razak himself to reach out to the youngsters through the alternative media such as facebook, twitter and so on.

The movement is also silent when Najib was heavily shelled by the oppositions on make-believed issues which created doubts in the minds of youngsters as to his and the government’s credibility and image. Puteri movement is just not there to help defend nor counter aimed at helping the party president to move forward in his transformation programs without having to look behind or blocking the onslaughts.

The movement also does not seemed to make much use of the new media such as blogs or portals to reach out to the females youngsters and engage intellectually to attract them to Umno and Barisan Nasional (BN). Puteri’s ‘silence and sleeping mode’ has created a void or vacuum where young voters, mainly females began to forget about Umno as they continue being fed with opposition’s accusations in the new media.

Puteri’s failure to engage the youngsters through the new media have given the oppositions the much needed space to do their psy-war without hindrance and competitions. Puteri, whose members comprised intellectuals and computer savvy females have actually lost the chances or opportunities to engage with the youngsters during Umno’ low-period beginning 2008.

The movement just did not have the leadership capability and minds on how to reach out to the youngsters during that period using the new media and such technology such as facebook and so on. The movements failure has somewhat shift the youngsters political inclination towards the opposition in one way or another as the onslaughts on the new media seem effective in attracting them to their side.

The movement is now not seen as a force except just a follower waiting for instruction as it cannot move on its own for reasons best known to them. Given such background, this assembly is the time for the movement to make itself visible and relevant again given the present political scenario is for the young people and the young minds.

The movement should change its ‘inferiority complex’ against its sister the Wanita movement as Puteri is supposed to be the frontline to engage with the youngsters and new media. The movement need to be more aggressive in the current political scenario to enable Umno and BN to withstand the onslaught of the oppositions as Najib cannot fight a lone battle in the fast changing political trend.

He needs help from all the movements in the party and Wanita Umno does not seemt o be of much help with its chief Sharizat Abdul Jalil caught in the NFC controversy. As such, it is up to Puteri to stand up and be seen and counted as a force that can be depended on from now as the general election is just around the corner.

Mahfuz Juga Layak Jadi PM

Mahfuz Juga Layak Jadi PM Isu siapa calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat benar-benar merunsingkan fikiran ramai pemimpin PR, silap langkah ia bakal menjadi api dalam sekam yang membahayakan gabungan parti tidak berdaftar yang baru berusia setahun jagung itu.

Kehangatan isu ini dimulakan oleh Dewan Ulama PAS dan disokong kuat oleh beberapa pemimpin PAS yang sepakat menamakan Hadi Awang sebagai bakal PM. Cadangan itu kemudiannya mendapat reaksi baik dari ahli dan perwakilan parti semasa Muktamar PAS Ke 58 di Kota Bharu baru-baru ini. Jika tidak kerana cadangan tersebut, kekalutan sekarang tidak akan timbul sama sekali memandangkan pimpinan tertinggi PR sudah sepakat bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang diktiraf sebagai calon PM seandainya mereka menang dalam PRU 13.

Apabila polemik ini semakin hangat hari demi hari, mahu tidak mahu ramai pemimpin PR terutama dari PKR dan DAP seboleh mungkin cuba menanam kembali keyakinan penyokong pembangkang supaya hanya fokus pada Anwar sahaja. Menangnya belum tentu, nak kekalkan semua empat negeri yang PR perintah sekarang pun dah tercunggap-cunggap dibuatnya, inikan pula asyik berebut dan bertelagah siapa yang layak jadi calon PM. Kalah angan-angan Mat Jenin. Angka empat bagi masyarakat Cina amat tak digemari, kata mereka suwey.

Jadinya, bukahkah elok daripada PR sibuk nak ke Purtrajaya lebih baik cari jalan macam mana nak kekalkan empat negeri yang sedang mereka kuasai sekarang. Tapi kalau pemimpin PR percaya pepatah "yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat" itu hanyalah peribahasa karut dan tahyul, apa kata namakan sahaja Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sebagai calon PM, habis cerita.

Jangan pandang lekeh pada Mahfuz, walaupun dirinya terkenal sebagai Mr Bean Malaysia yang tersohor dengan kenyataan lawak bodohnya, namun sehingga kini imej peribadinya masih bersih disebabkan belum ada lagi isu skandal seksnya yang terdedah pada umum. Cuba bandingkan dengan Anwar yang terbelit dengan isu cinadoll di atas katil berpijat sampai tergaru-garu badan si amoi dari depan ke belakang, kan ada bezanya dengan imej suci murni Mahfuz Bean, tak gitu?

Hadi pula terbelenggu dengan masalahnya yang terkenal lembap dalam memimpin PAS serta terbukti gagal membawa halatuju parti itu sehingga akibatnya merendahkan kedudukan PAS di mata pemimpin PKR dan DAP. Jadinya, berdasarkan situasi rumit yang sedang membelit dua pemimpin besar PR dari PKR dan PAS itu, logiklah Mahfuz lebih layak untuk diketengahkan. Dengar ura-uranya tinggi juga cita-cita Mahfuz. Dia bukan sahaja pernah berangan nak jadi PM, malah sekarang ini pun sedang menyusun langkah untuk menikmati keempukan kerusi Menteri Besar Kedah dengan mengambil kesempatan dari perbalahan Ustaz Azizan dengan geng Phahrolrazi.

Sekalipun Mahfuz tidak memiliki taraf pendidikan yang tinggi dan hanya sekadar lulus SRP namun beliau berpegang pada mottonya yang tersendiri iaitu pendidikan sepanjang hayat. Tampak memukau keinteklektualannya sesuai dengan tahap pendidikan sehingga lulus SRP. Ini sekaligus melayakkannya tergolong dalam kumpulan professional atas sifatnya sebagai bekas pengangkut beg di lapangan terbang.

Nampak lagi hebat berbanding Anwar dan Hadi. Lagipun dari segi fahaman mazhab Islam, Mahfuz tidakpun tergolong sebagai Syiah mahupun Wahabi, itu satu kelebihan besar berbanding Anwar Ibrahim yang kini masih sebati dengan fahaman pluralisme dan liberalisme yang bercanggah dengan Islam. Berdasarkan beberapa sebab di atas, sukalah dicadangkan supaya pemimpin PR kembali bermanis muka dengan mempertimbangkan kelayakan Mahfuz sebagai calon rasmi PM.

Dua bekas calon PM iaitu Anwar dan Hadi lupakan saja, kedua-duanya hanya menyebabkan penyokong PR makin pening kepala.

Tiada Bonus Untuk Kakitangan Kerajaan Selangor

Musim persekolahan 2013 hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi, bagi kakitangan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri yang diperintah Kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka tidak perlu risau memandangkan bonus sebulan gaji sedang menanti. Namun bagi kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan PKR Selangor, kini mereka tertanya-tanya sesama sendiri kenapa semasa pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim pada 19 November 2012 minggu lepas di Dewan Undangan Negeri tiada sebarang bonus diumumkan?

Jumlah Bajet 2013 yang dibentangkan bukan main punya besar mencecah angka RM1.63 bilion, tanpa perihal bonus sebulan gaji satu ayat pun tak kelihatan. Nak kena tunggu tarikh PRU 13 dulu baru nak bentang bajet tambahan untuk peruntukan bonus agaknya. Biasanya asal sahaja Kerajaan Pusat mengumumkan bonus atau imbuhan kepada kakitangan sebagai penghargaan di atas kerjasama dan pengorbanan mereka, Kerajaan PKR Selangor akan segera mengumumkan imbuhan yang hampir sama atau lebih sedikit bagi menonjolkan kehebatan ekonomi dan kewangan negeri.

Misalnya semasa Kerajaan Pusat memberi bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada kakitangan awam sempena menjelang perayaan Aidilfitri yang lepas, Kerajaan Negeri pimpinan Khalid segera mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji diikuti dengan simpanan RM200. Kali ini bayang pengumuman bonus oleh Khalid Ibrahim satu pun tak kelihatan, sedangkan selama ini Khalid dengan bangganya mengumumkan Kerajaan Negeri memiliki rizab tunai sehingga RM2 bilion.

Takkan atas kertas saja kot? Apakah MB Selangor telah dengan sengaja enggan untuk menghargai jasa pengorbanan kakitangan Kerajaan Negeri atau sememangnya merancang untuk mengurangkan kos perbelanjaan negeri dengan memotong bonus sebulan gaji?

Takkanlah semata-mata mahu membuktikan Kerajaan Negeri pimpinannya mampu menyediakan bajet berimbang maka bonus penghargaan dinafikan dan nasib kakitangan negeri sanggup diketepikan. Sampai hati. Jika Kerajaan PKR Selangor sanggup berhabis RM100 juta untuk mengkaji kebolehlaksanaan kaedah storm water di hiliran sungai sebagai air terawat, kenapa tidak utamakan dulu kepentingan kakitangan awam?

Sementelah lagi selama ini Khalid sering menafikan Selangor menghadapi masalah bekalan air, jadi apa gunanya mempersia-siakan wang rakyat RM100 juta untuk satu projek yang tidak diperlukan, tak begitu? Atau sebenarnya Kerajaan PKR Selangor pimpinan Khalid sedang dicengkam ketidakmampuan kewangan selepas saban bulan terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM24 juta untuk program air percuma.

Sebulan RM24 juta, setahun RM288 juta, dalam masa hampir 5 tahun bermakna sudah lebih RM 1 bilion wang rakyat dibelanjakan untuk program air percuma yang kaedah perlaksanaannya tidakpun merangkumi segenap lapisan masyarakat. Selain persoalan bonus sebulan gaji, kebanyakan PBT di Selangor juga sedang menghadapi kesukaran memperolehi dana perbelanjaan serta pengurusan.

Silap langkah, jika keadaan ini berterusan mahunya banyak program pembangunan serta baikpulih kemudahan orang ramai bakal terjejas. Macam-macam hal dan permasalahan timbul sejak Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor, dahlah menipu dalam kes pembelian bas mewah untuk kegunaan Ketua Umum PKR, manakala UNISEL pula kerugian berpuluh juta ringgit.

Kini PBT pula merungut masalah dana kewangan dan kakitangan awam pula terpaksa terus mengharap tanpa kepastian entah bilalah bonus sebulan gaji dapat dinikmati sebagaimana kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan Pusat. Malang betul ber MB kan yang hanya tahu bercakap gagap tapi gagal total bila masuk bab kerja buat bermanfaat untuk rakyat.

Saman Utusan Bukti Nurul Izzah Tipu Rakyat

Selepas berminggu-minggu fikirannya berkecamuk dengan isu kebebasan bertukar agama bagi orang Melayu Islam yang tercetus akibat keterlanjurannya sendiri, akhirnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengambil keputusan nekad dengan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia. Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menyaman Utusan berhubung isu orang Melayu bebas bertukar agama ini pada pandangan ramai sebenarnya agak pelik dan menimbulkan lebih banyak persoalan yang menuntut jawapan konkrit.

Malah beberapa pemimpin PAS dan PKR yang berlatar belakang agama juga sedikit kurang senang dengan tindakan tersebut yang pada perkiraan mereka ia seumpama satu silap mata untuk mengabui mata rakyat.

Dengan kata lainnya macam nak menipu rakyat dan mengalih isu sebenar.

Saman tersebut yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman milik peguam pro PAS, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 23 November 2012, anak perempuan sulung kepada Ketua Umum PKR itu antaranya menuntut Utusan memohon maaf dalam tempoh 24 jam.

Lain-lain tuntutan termasuklah meminta defendan menarik balik tuduhan fitnah, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau tanpa menyatakan nilai tuntutan yang dikehendaki.

Jika Nurul Izzah merasakan dengan kaedah saman menyaman bakal mengambus isu ini dan menyelamatkannya dari terus dibayangi kesilapan dan keterlanjuran mulutnya sendiri, ternyata andaian itu silap sama sekali. Persoalan besar yang sedang bermain di minda khalayak tika ini ialah kenapa hanya Utusan yang disaman?

Mengapa portal berita yang bias kepada PR iaitu Malaysiakini terkecuali dari tindakan? Sedangkan media pertama yang menerbitkan berita berkenaan kenyataan Nurul Izzah di gereja bersabit isu kebebasan beragama untuk orang Melayu ialah portal Malaysiakini yang pro pembangkang. Malaysiakini, dalam artikelnya bertarikh 3 November 2012 di bawah tajuk "Nurul: There should be no compulsion in choosing faith" menyebut bahawa "rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu".

Perenggan pertama artikel Malaysiakini itu jelas bermaksud bahawa orang Melayu juga wajar diberi hak untuk bebas beragama, dengan kata lainnya orang Melayu seharusnya boleh keluar daripada Islam ataupun dibenarkan murtad.

Dalam konteks negara kita Malaysia, seseorang Melayu itu ditakrifkan wajib beragama Islam.

Bila disebut orang Melayu automatik agamanya Islam, itu hakikat dan itu realiti.

Melayu dan Islam berpisah tiada, ibarat aur dengan tebing.

Jika Utusan disaman atas tuduhan memfitnah, bermakna bila Malaysiakini dikecualikan dari tindakan maksudnya berita yang disiarkan oleh portal itu adalah benar, tidak begitu? Sekiranya isu kebebasan agama yang sedang memeningkan kepala Nurul Izzah tika ini hanyalah fitnah, langkah yang betul ialah menyaman kedua-duanya dan bukannya bertindak double standard.

Kenapa mesti ada pendakwaan terpilih dan perbezaan tindakan, bukankah ini mendedahkan kepada umum betapa kebebasan bersuara ala PR yang sering dilaungkan sebenarnya hanyalah omong kosong sahaja. Terang lagi bersuluh, nawaitu sebenar pemimpin PKR itu dalam samannya terhadap Utusan hakikatnya hanyalah untuk menutup isu disamping cuba menipu rakyat.

Ini sebetulnya satu cubaan untuk mematikan isu dan memutar belitkan kisah sebenar.

Thursday, November 22, 2012

Harakah Kata Hadi Hanya Layak Jadi Nelayan

Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, kita menyaksikan bagaiamana bersemangat sekali ahli-ahli PAS mencadangkan Presiden mereka, Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah. Hadi Awang dilihat tidak menolak terus cadangan tersebut, sebaliknya mengambil sikap ‘terbuka’ terhadap apa jua cadangan dan keputusan. Malah, beliau juga membayangkan rasa ‘syok’ sekiranya ia benar-benar menjadi realiti. Ini menunjukkan yang Hadi ‘teringin’ juga merasa menjadi Perdana Menteri.

Hari ini, Tun Mahathir pula membuat kenyataan bahawa Hadi Awang paling layak di antara semua pemimpin PR untuk memegang jawatan tersebut berdasarkan latarbelakang yang bersih berbanding Anwar Ibrahim. Walaubagaimanapun, cadangan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin PAS. Malah, pendapat bahawa Hadi Awang layak sebagai PM juga telah tidak dipersetujui oleh mereka. Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan jelas bahawa kepimpinan PAS langsung tidak mengambil serius cadangan ahli-ahli PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM.

Mat Sabu sebagai orang no. 2 juga secara terang-terangan menolak cadangan itu kerana akur kepada perjanjian dengan DAP untuk melantik manusia yang digelarnya sebagai Al-juburi, sebagai Perdana Menteri. Dalam kita membayangkan sokongan desakan hebat dari pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain untuk merealisasikan kehendak ahli dalam isu ini, amatlah malang bagi Hadi Awang kerana panglima-panglimanya sendiri tidak yakin dengan kepimpinannya.

Tentulah sesuatu yang amat memalukan bagi Hadi Awang apabila mereka yang sepatutnya menjadi ‘orang-kuatnya’, yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada kepimpinannya, bertindak mengenepikan idea untuk melantik dirinya sebagai PM. Lebih mengejutkan lagi apabila Harakahdaily, lidah rasmi PAS bagaikan ‘segan’ untuk menyentuh soal Hadi sebagai PM.

Sebaliknya media itu menonjolkan imej Hadi sebagai nelayan, meletakkan gambarnya di laut dengan pakaian seorang nelayan serta memetik kata-katanya yang lebih selesa menjadi nelayan dari menjadi Perdana Menteri. Apakah ertinya ini? Apakah bentuk permainan atau motif Harakahdaily berbuat demikian? Untuk menunjukkan ‘kezuhudan’ Hadi Awang?

Atau untuk menunjukkan hakikat kedudukan yang tepat bagi Hadi Awang iaitu hanya sebagai nelayan? ‘Permainan’ Harakahdaily ini agak ganjil jika dilihat dalam konteks politik dalaman PAS. Kita akan tersenyum sinis jika melihat gambar Dato’ Seri Najib atau Tun Mahathir sebagai nelayan kerana imej tersebut pastinya tidak kena atau janggal kerana tidak sesuai dengan keperibadian dan karisma mereka. Sama seperti kita melihat gambar Obama sedang menumbuk padi iaitu tidak sesuai, pelik serta mustahil.

Tetapi, meletakkan gambar Hadi sebagai nelayan membawa impak yang amat bertentangan kerana watak, latarbelakang dan penceritaan begitu sebati, sesuai, tepat dan mudah dihayati. Melihat gambar yang disiarkan oleh Harakahdaily tersebut, menjadikan ianya semakin mustahil untuk kita membayangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri. Mana mungkin seseorang yang begitu menepati imej seorang nelayan juga dapat menepati imej seorang Perdana Menteri?

Maka, persoalannya kembali kepada Harakahdaily iaitu mengenai motifnya atau permainannya. Kita sedia maklum bahawa kepimpinan tertinggi DAP dan PKR sememangnya tidak pernah menghormati Hadi Awang sebagai setaraf dengan mereka. Hadi Awang sendiri nampaknya hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan mereka yang lebih agresif, pantas, licik dan arif tentang selok belok dunia. Jika tidak kerana kelemahan Hadi Awang sudah tentu PAS tidak akan mengaku untuk sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud bagi menepati syarat kerjasama Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi.

Jika Hadi Awang punya karisma dan kredibiliti sebagai pemimpin, tentu PAS tidak akan membisu dalam isu murtad, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya, tetapi sebaliknya akan menyinga dan menyerang DAP dan PKR habis-habisan sebagai kafir sebagaimana PAS menentang UMNO dalam isu yang sama. Hakikatnya, Hadi Awang bukan pemimpin antara kaum, beliau hanya pemimpin bagi satu kaum, iaitu Melayu dan itu pula terhad kepada satu golongan, iaitu golongan yang jumud yang menganggap Ulama sebagai mengetahui segala-galanya.

Justeru, mungkinkah Harakahdaily cuba ‘mengajar’ golongan jumud ini agar lebih terbuka dan menerima kenyataan tentang di manakah kedudukan yang paling layak atau tidak layak bagi Hadi Awang. Oleh itu, Gambaran Hadi Awang sebagai nelayan diharap dapat membantu golongan jumud PAS melihat kebenaran iaitu bahawa selama ini mereka dipimpin oleh pemimpin yang juga dipimpin oleh orang lain.

Apakah Harakahdaily cuba memaksa ahli-ahli PAS agar menerima hakikat bahawa mereka tiada pilihan selain akur kepada DAP dan PKR kerana PAS sendiri tidak punya pemimpin sebenar. Selama ini PAS dipimpin oleh seorang Pak Turut, Budak Suruhan atau Boneka yang tidak tahu apa-apa, yang tidak berdaya melawan atau bersuara. Pemimpin yang dipimpin, tidak mungkin layak menjadi PM, dan tentu sekali lebih sesuai menjadi nelayan menangkap ikan sambil mengikut angin di tengah lautan…

PR IGNORE PAS GRASSROOTS WISH

Anwar Ibrahim, the opposition’s icon and idol is now in trouble. Rejected by the very people he trusted that could help him ‘overthrow Najib’s government’, Anwar faces credibility crisis from within the alliance. PR is ‘battling’ its own problem as PAS grassroots, in the quiet, questioned why its president Abdul Hadi Awang could not be made Prime Minister if PR wins the fereal election.

Although PR leaders including PAS leaders themselves try to downplay the issue, if possible bury it, the grassroots are not one that can follow orders or directive. Being the majority and open in their views, they would not like their honest and plain opinion be suppressed by leaders, more so if those are loeaders from other partis, despite being partners pursuing the same dreams.

After all, the dream they shared is only to topple the BN government but not the Prime Minister post as they feel they have the right to the post after struggling for more than 50 years while Anwar was still a baby. And suddenly Anwar’s plea for Australia to help ensure free and uncorrupted general election has been rejected, PAS grassroots have the more reason to push Hadi as Prime Minister-in-waiting.

Being politically minded grassroots whose minds reach far beyond normal superficial thoughts and cross global political views, they have doubts on Anwar’s credibility with the rejection. To them, Australia’s rejection will be followed by many more developed countries which Anwar had claim that supported him in the bid to topple Najib and BN, as Australia would have referred the matter first to United States, the mother of all democracy before making the decision.

Thus, Anwar faces credibility problem from within and this is no small matter despite the strong support from DAP, a chauvinistic party as far Malays, including PAS grassroots are concerned.

PAS grassroots are not liberals or seculars who will suffice with just the basic fundamentals of Islam while ignoring the deeper rituals just to fill the chair of a Prime Minister. They insist on the Prime Minister that is a practicing Muslims with untarnished image and credible, not just a theologian, and in this case Hadi is the man who fits the criteria. Anwar and DAP are in a thight spot now as PAS, which can be considered as the backbone of PR, is now loosening up on the alliance.

Without PAS, PR may not even get one-third of the 200-odd parliament seats and probably PR may even lose Penang, the risk the opposition alliance have to face if they ignore PAS grassroots.

DAP Sokong Individu Aggresif dan Lantang-Hadi Bukan Antara DiPilih

DAP sudahpun bersuara membantah ura-ura PAS untuk menobatkan Presidennya, Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri ke-7 sekiranya pakatan pembangkang berjaya menguasai PRU 13 dan berpeluang menjadi Kerajaan Pusat. Hadi yang terkenal sebagai Presiden paling lembab dalam sejarah PAS kelihatan berseri seketika wajahnya, namun selepas itu menolaknya secara berkias setelah menyedari tarafnya dikalangan pemimpin PR yang lain hanyalah sekadar balaci suruhan sahaja.

Tanpa berlengah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tampil mengingatkan ahli dan pemimpin PAS supaya taat setia pada persetujuan bersama pimpinan tertinggi PR untuk mengangkat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai PM.

Manakala Lim Kit Siang pula selaku Pengerusi DAP dalam ucapannya di himpunan PR yang diadakan di Kota Bharu juga tanpa segan silu membuat pengisytiharan bahawa Anwar adalah calon rasmi pakatan pembangkang bagi jawatan PM.

Jelas sekali dalam soal ini DAP tidak meletakkan sebarang keyakinan terhadap kemampuan Hadi disebabkan pada perkiraan mereka Presiden PAS itu agak lembap gaya pimpinannya dan langsung tiada kredibiliti.

Ini satu penghinaan besar dan amat pahit untuk PAS telan, lebih-lebih lagi bila ia dinyatakan secara terbuka tanpa mengambil kira maruah dan harga diri ribuan ahli dan penyokong PAS yang berhimpun di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada malam itu.

Kenyataan pemimpin DAP itu pula dungkapkan hanya berselang beberapa ketika sahaja selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu mengetengahkan nama Hadi sebagai pemimpin yang berkelayakan menggalas jawatan tertinggi itu. Satu isyarat jelas betapa DAP tidak akan bertolak ansur dengan PAS sama seperti mereka buktikan dalam menegaskan pendiriannya menentang hasrat PAS untuk melaksanakan negara Islam dan hukum hudud ala PAS. Polemik jawatan PM tidak hanya menonjolkan pendirian keras DAP membantah pencalonan Hadi, ia turut menyebabkan PKR melalui Timbalan Presiden, Azmin Ali bersuara dengan nada yang sama.

Lebih mendukacitakan ramai ahli PAS bila mana reaksi dari kalangan pemimpin PAS seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Sallahudin Ayub juga tidak memihak kepada Hadi Awang. Sepertinya dikalangan pemimpin juga ramai yang meragui kelayakan Hadi sebagai pemimpin parti. Jadi benarlah pandangan ramai selama ini bahawa kepimpinan Hadi sememangnya tidak efisien disebabkan kelembapannya. Maka satu kesimpulan mudahnya, mungkin benarlah salah satu punca sampingan DAP dan PKR menentang saranan melantik Hadi sebagai PM adalah kerana kelembapannya dalam memimpin

Perhimpunan Bogel Depan Parlimen Bantah Lynas

Selepas kegagalan demonstrasi Bersih 2.0, Bersih 3.0 serta Bersih Ambang Malam Merdeka yang berakhir dengan pelbagai aksi ganas dan memalukan, kini kempen berjalan kaki pula dianjurkan oleh pihak pembangkang kononnya demi menyelamatkan alam sekitar dan nyawa manusia.

Kempen perarakan berjalan kaki yang disertai beberapa puluh orang peserta itu kini dalam perjalanan dari Kuantan ke Dataran Merdeka dengan anggaran jarak perjalanan sejauh 300km sempena bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi (rare earth) Lynas Advanced Material Plant (LAMP).

Jangkaan awalnya mereka akan sampai di Dataran Merdeka pada 25 November 2012, sesudah itu keesokan harinya mereka mahu berkonvoi untuk berhimpun pula di Bangunan Parlimen bagi menyampaikan bantahan terhadap Lynas.

Mengikut laporan terkini pula, perancangan berarak ke Bangunan Parlimen telah dibatalkan sebaliknya diganti pula dengan rancangan ala anti PTPTN yakni dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Tika ini bahan nadir bumi banyak diproses oleh negara China yang memonopoli dan menguasai sekitar 90-97% pengeksportan bahan tersebut untuk menampung keperluan industri pembuatan elektronik serta pelbagai lagi bidang lain.

Kira-kira dua minggu lalu, Mahkamah Tinggi dalam keputusannya telah membenarkan kilang Lynas beroperasi selepas menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penyokong PR yang berasal dari Kuantan.

Keputusan tersebut disambut gembira oleh kira-kira 500 orang pekerja dan kakitangan Lynas yang sebahagian besarnya adalah anak tempatan dan terdiri daripada kalangan orang Melayu Islam.

Masing-masing tidak lupa menadah tangan memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Illahi sambil linangan air mata luruh satu persatu membasahi bumi, satu reaksi spontan yang agak menyentuh hati.

Berbeza pula dengan sekumpulan kira-kira 200 orang penyokong PR khususnya daripada Cina DAP dan Cina PKR serta NGO HIJAU Anti Lynas yang turut berhimpun di perkarangan mahkamah yang sama, suasana agak hiruk piruk dengan nada kemarahan dan protes selepas keputusan penghakiman Mahkamah diketahui.

Tidak cukup dengan itu, lima hari kemudiannya NGO HIJAU Anti Lynas yang pro PR mengambil langkah songsang yang dikira satu penghinaan terhadap Mahkamah apabila melancarkan kempen berjalan kaki sejauh 300km sebagai bantahan terhadap Lynas.

Semua peserta perarakan berjalan kaki anti Lynas itu tidak datang sehelai sepinggang. Pelbagai gadget elektronik seperti Iphone, Galaxy Tab, Ipod serta pelbagai SmartPhone dan lain-lain yang komponen dalamannya diperbuat dari bahan nadir bumi dibawa bersama. Bila terluang masa, mereka mengemaskini akaun sosial facebook dan tweeter untuk menghebahkan aktiviti mereka dan menghubungi kaum keluarga dengan menggunakan pelbagai gadget elektronik.

300km berjalan kaki membantah pemprosesan bahan nadir bumi dengan membawa bersama-sama elemen nadir bumi dalam poket dan beg masing-masing. Haru.

Nampak sangat betapa hipokritnya golongan yang membantah kilang pemprosesan nadir bumi Lynas. Pemimpin PR serta penganjur gimik murahan berjalan kaki ini mungkin merasakan tindakan mereka akan menarik perhatian khalayak umum, itu biasalah sebab sudah menjadi resam pembangkang di negara kita ini gemar tenggelam dalam lamunan syok sendiri.

Tanpa mereka sedari, lebih banyak tindakan kebudak-budakan yang mereka lakukan semakin membogelkan diri mereka sendiri.

Malah mengundang perasaan mual dan pandangan jelik dari masyarakat umum terhadap parti pembangkang.

Sama ada perhimpunan di Bangunan Parlimen ataupun perkhemahan di Dataran Merdeka yang mana satu menjadi kenyataan, maknanya tetap sama seperti kita tengok sekumpulan manusia berhimpun atau berkhemah sambil berbogel mendedahkan sikap hipokrit masing-masing.

Bukan begitu?

Wednesday, November 21, 2012

Anwar, No Means No – Bob Carr

We are sickened, disgusted and ashamed by ABC News report on our Opposition’s Leader, Anwar Ibrahim passing a handwritten note to Australia's Foreign Minister Bob Carr asking for help in the next general election. Just months ago, Ambiga Sreevenasen, the Chairman of Bersih, an NGO claimed to be fighting for a fair and clean election did the same.

She went to Australia, begging the country’s senate and government to come and monitor our election. She was dismissed, with a simple factual, irrefutable remarks by Minister Bob Carr: “I understand the Malaysian government has argued that the last election must have been fair—it lost its two-thirds majority in the parliament."

With that, Ambiga had to bring her thick-faced home and told Anwar that the Australian said no, they can’t send people to oversee or monitor Malaysian election just to make Malaysian government look bad. Even though Ambiga keeps insisting that Bersih is independent but then it was Anwar that was giving orders in the last Bersih’s demonstration. And he and other opposition leaders were always there either beside or in front of Ambiga in all other Bersih’s rallies.

But somehow, during Mr. Carr’s visit to Malaysia, Anwar again tries his luck and asked for the same favour. The answer was again, no. Mr. Carr’s said no to Ambiga, said no to Anwar during the visit and said no to the handwritten note sent by Anwar and repeated it in the ABC News report. That is, four times of ‘no’. It looks like Anwar has some trouble understanding the word ‘No’. Maybe that was why he was tried twice for sodomy-rape.

Even if Anwar finally understands the Australian’s ‘no’, it will not stop him from trying harder to tarnish the country’s image and he will continue doing so in his attempt to create instability and chaos. If one doesn’t know Anwar well, one would never be able to comprehend why he would do such thing to his own country. For those who wonder why Anwar is doing what he’s doing, you must first get to know the man’s character rather than just watching him in action in the widely distributed sex-video.

Anwar has an ambition so high and an oversize ego that allow him no turning back. He wants to be the ultimate leader, ‘the man’ that controls everything and ‘the man’ that everybody bows to. And for that, he has to bring down the current government first. He could or should have succeeded, looking at his mysteriously, unlimited funds and tireless effort in demonizing the government in over a decade and throughout the era of three Prime Ministers. But, he has not.

Why? Because, the only thing that makes his ambition seems so far-fetched is that Malaysia is in a good shape and it’s evident in its people’s peaceful, almost heavenly routine. This evident also tallied with our economic report. People from third world countries flock over Malaysia for petty work, but ended up having a good life beyond imagination. There’s a saying among them that says, ‘if you get starved in Malaysia, you must be one very lazy, good for nothing fellow’.

Malaysians themselves are overfed, pampered and being too well cared-for by the government through subsidies and even free-gifts. Peace, comfort, food, cars, laptops, handphones that are considered luxurious in other part of the world are taken for granted in Malaysia. This is what makes Anwar crazy because he can’t beat the government in the election as the government is clearly doing a good job. He may demonize the leaders but the demon is not felt by the people.

For that, the people keep voting the same government over and over. So, Anwar needs to get help from the outside but first he has to convince them that the people of Malaysia are with him and want to change the government but could not do so because the election was not and has never been fair. Still, with four states fell to the hands of Anwar’s party and its allies in the last election, the whole idea of unfair and unclean election seems too fictionalized, ridiculous, or an outright lie.

Anwar may be too arrogant, if not too dumb to see that the Australian’s rejection to his quest means more than just a politically-correct action to be taken, it also means that it is over for him. Anwar is a liar and the world is slowly starting to see that, more vividly now than before.

Hadi & Anwar Berebut Sakan, Karpal Singh Tersengih

Riang Ramai yang tersenyum sendirian bila membaca kenyataan sinis dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyarankan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh dimasukkan dalam senarai sebagai calon Perdana Menteri. Menurut Tun Dr. Mahathir, Karpal sebagai orang yang sudah lama berjuang dalam politik tentunya turut mengharapkan jawatan itu sama saja seperti diangan-angankan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Sindiran pedas ini tentunya mengundang rasa tidak senang ramai pemimpin PR yang sekarang ini sedang kelam kabut bersilat lidah untuk meredakan isu jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini ibarat duri dalam daging kepada kerjasama parti pembangkang dalam gabungan PR.

Isu jawatan PM mula menjadi polemik umum selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu sepakat untuk mengangkat Presiden mereka sebagai PM, dengan alasan ketokohan dan kredibilitinya jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim.

Apa sahaja alasannya, cadangan tersebut jelas bercanggah dengan kesepakatan bersama pemimpin tertinggi PR yang sebelum ini telah menetapkan Anwar sebagai calon PM seandainya pembangkang berjaya menguasai PRU 13.

Namun demikian, ramai juga ahli dan penyokong PAS yang teruja bila saranan itu ditimbulkan, sedikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa rendah diri mereka yang selama ini terkenal dengan jolokan balaci dan keldai tunggangan DAP dan PKR. Bagaimanapun tak semua pemimpin PAS berani mengiakan cadangan melantik Hadi sebagai PM, terutama bagi mereka yang sudah sebati sebagai geng Anwarinas rata-ratanya lebih selesa melihat Anwar terus kekal sebagai satu-satunya calon PM bagi PR.

DAP pula melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tanpa berselindung tegas menolak sebarang usaha untuk menobatkan Presiden PAS sebagai PM, sebaliknya menyeru pemimpin dan penyokong PAS supaya memegang persetujuan bersama untuk merealisasikan impian Anwar untuk merasai keempukan kerusi PM.

Polemik ini tambah menarik lagi apabila kenyataan Guan Eng itu disokong pula oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan turut dipersetujui Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mahu pencalonan Anwar sebagai PM kekal milik Anwar. Namun begitu, disebalik polemik dan kekalutan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk mempertahankan calon pilihan masing-masing, ia sebenarnya memperlihatkan betapa kemaruknya parti pembangkang mahu mengejar kuasa.

Rakyat di serata pelusuk negara tidak buta untuk melihat hakikat ini, belum pun diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat tapi pemimpin pembangkang sudah berebut-rebut jawatan, nampak gayanya kalau betul mendapat kuasa kelak mahunya bercakaran siang dan malam. Silap percaturannya, tatakala PAS dan PKR sibuk bertegang leher berebut sakan untuk menentukan antara Hadi dan Anwar mana satu yang patut menjadi PM, alih-alih Karpal Singh ataupun Lim Kit Siang pula yang tersenyum sumbing sambil hati berbunga riang.

Jual Buah Dapat Hilux, Jual Aiskrim Dapat Ferrari

Sakan betul Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin memborong pelbagai jenis kereta mewah sejak bergelar wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Ampang.

Daripada sekadar memiliki sebuah MyVi tetiba saja bertukar citarasa kepada Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes Benz.

Sebelum ini dalam salah satu kempen PKR, ada pemimpinnya menyeru rakyat memboikot pembelian kereta kononnya selepas PR memerintah nanti, harga kereta akan diturunkan, tika itu barulah rakyat digalakkan membeli dengan harga baru yang jauh lebih rendah.

Rupa-rupanya saranan tersebut tak terjangkau untuk dilaksanakan oleh Zuraidah, itu yang belum pun kereta VOLVO XC90 mencecah usia dua tiga tahun dibelinya pula dua buah Toyota Hilux dan terbaru pula kini Zuraidah sedang selesa memandu Mercedes Benz E240.

Bukan calang-calang orang boleh merasai pelbagai jenis keempukan kereta yang berjenama dan mahal sebegitu. Tapi bak kata rakan kita di Sel13.Com, tuah ayam nampak di kaki, namun tuah manusia sekalipun masam tubuhnya tiada siapa yang tahu.

Memang bertuah betul menjadi pemimpin pembangkang, dalam sibuk-sibuk mereka menuduh pemimpin BN hidup bermewah-mewahan, sempat pula Ketua Wanita PKR sendiri menunjukkan contoh kehidupan tawadduk dan zuhud sehinggakan penyokong PR yang sudah sedia pening jadi mereng akhirnya.

Kata dulang paku serpih, kata kat orang pemimpin PKR pula yang terlebih-lebih. Dan kemewahan hidup gaya zuhud yang dikecapi Zuraidah sekarang, bukanlah satu-satunya yang pernah wujud.

Timbalan Presiden PKR sendiri, walaupun suatu ketika dulu kerap ke hulu hilir bertemu rakyat dengan hanya memandu kereta buruk Wolkswagen untuk memperlihatkan kezuhudannya di mata rakyat, namun ramai yang tahu ada sebuah Ferrari yang bernilai ratusan ribu ringgit menjadi miliknya.

Malah ada khabar menyatakan Azmin telahpun membeli sebuah Lamborghini yang harganya hanya termampu dibayar oleh jutawan dan tauke balak sahaja.

Jika Zuraidah yang sebelum dilantik menjadi YB Parlimen Ampang dulunya cumalah seorang penjual buah-buahan sambil menjual ubat-ubatan tradisonal dan kini mampu bergaya sakan mengalahkan seorang jutawan, apa nak hairannya dengan Azmin, ya tak? Jual buah tepi jalan pun mampu beli Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes.

Takkanlah sebagai orang penjual aiskrim special berperisa jamban tak mampu pula memiliki Ferrari dan Lamborghini, tak begitu?

Tuesday, November 20, 2012

DAP IN BIG PROBLEM IF ANWAR CANNOT BE PM

Pakatan Rakyat now searches for a middle platform among themselves following PAS insistence that the party would pursue its theology state and Hudud laws besides Abdul Hadi Awang as Prime Minister.

PAS considers itself as the backbone of the unregistered opposition alliance and it will not, at any time compromise its goals, throwing the opposition relationship off-balance.

PKR de facto chief Anwar Ibrahim, despite his sweet words that this matter (the PM issue) could be talked over, deep inside his heart, he is pissed off and probably burning with anger and hatred.

Anwar has done everything including selling his soul (he already sold his race) to get to the post that he ‘missed by an inch’ in 1998 and suddenly after careful planning and actions, PAS threw the ‘bomb’ and everything went dark for him.

Anwar’s anger currently cannot be described as probably he is angry and pissed off with his people who he had placed in the party to steer the leadership’s direction but failed.

They could not even get the assembly to raise issue on former deputy president Nasharuddin Mat Isa what more to get him to be expelled like former party vice-president Dr Hassan Ali.

Now Anwar realizes that the fundamentalists in PAS know when to give in and when to pull back the ropes, after all they are articulate politicians who know the real Anwar even when he was in ABIM. G

iven the current scenario, DAP which chauvinistic character is to make use of a Malay like Anwar as the front to further its Chinese agenda, is facing big problem.

Not only the party is against the Islamic agenda and Hudud laws, the party is also against Hadi or any PAS fundamentalists as PM because anybody from PAS who are fundamentalist would not allow himself to be made use of, particularly by DAP.

It is a big problem for DAP because the party do not want to play second fiddle to any other party as doing so would see its objectives flying down the drain.

DAP wants its goal to be achieved through manipulating a Malay PM as the party knows a Chinese from the party could not be a PM.

Anwar is the best person because DAP has all his ‘shits’ and he will be a ‘real donkey’ to DAP if he is the PM but now with PAS insisting Hadi, DAP is in big problem.

Maybe the opposition alliance would dissolve if the three parties cannot find a middle-line to work together for and the time now is very limited.

Kabilah Bani Lim Terima Islam?

Kenyataan Presiden PAS Dato’ Seri Hadi Awang berkenaan kesediaannya untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU kali ini menjadi kontroversi terhangat kerana ia bertentangan dengan persetujuan yang dimeterai dalam Pakatan Rakyat. Sebagai respon, PAS membayangkan bahawa media telah melaporkan kenyataan tersebut secara keterlaluan dan sengaja melaga-lagakan pemimpin PR. Bagi membela diri, kenyataan penuh Hadi Awang pun disiarkan oleh Harakahdaily dan Malaysian Insider bagi menerangkan maksud sebenar.

Apa yang difahamkan dari transkrip yang disiarkan kedua-dua media pro-PR berkenaan kenyataan Hadi Awang itu tidak bercanggah dengan fahaman orang ramai iaitu Hadi Awang bersedia menjadi Perdana Menteri dan merasa ‘syok’ atau seronok juga dengan idea itu. Beliau juga menggambarkan kemenangan PR dalam pilihanraya sebagai membawa makna kemenangan Islam. Katanya, “Saya alu-alukan nak lantik saya jadi Perdana Menteri. Syok juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah.”

Beliau kemudian meminta PAS menghayati peristiwa hijrah di mana bila Nabi SAW berhijrah ke Madinah, baginda berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah, antaranya kabilah Bani Amir lalu menawarkan Islam sebagai jalan kemenangan untuk menegakkan sebuah negara. Walaupun mulanya mereka mempersoalkan siapakah yang akan menjadi Raja tetapi akhirnya akur dengan jawapan Nabi SAW bahawa kemenangan adalah milik Allah SWT dan jawatan tertinggi juga akan ditentukan Allah SWT. Dengan itu, kabilah-kabilah tersebut menerima Islam dan mendapat kemenangan.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Hadi dilaporkan menolak cadangan perlantikannya sebagai PM dan rela kembali menjadi nelayan jika Islam menang. Kita faham yang Hadi tidak mungkin berani menentang apa yang telah disepakati dengan PKR dan DAP berkenaan jawatan PM adalah milik Anwar Ibrahim. Namun, kita juga faham bahawa Hadi perlu menenangkan hati akar umbi yang tidak sanggup menerima Anwar sebagai PM. Justeru, kenyataan Hadi semasa ucapan dasar dan ketika sidang akhbar adalah kenyataan politik semata-mata dan tidak membawa apa-apa makna kepada PAS kerana kita sedia maklum bahawa PAS kekal berada di bawah kelengkang Anwar dan di bawah telapak kaki DAP.

Namun, yang kita tidak faham ialah bagaimana Hadi mengaitkan kemenangan PR dengan kemenangan Islam, mahupun peristiwa hijrah tersebut. Jika menurut sejarah hijrah, kabilah-kabilah yang ditemui Nabi SAW menerima Islam sebelum bersetuju bekerjasama mendirikan sebuah negara.

Tetapi, dalam kisah PAS ingin memenangkan Islam hari ini, kabilah ‘Bani Lim’ dan kabilah ‘Bani Anwar’ belum pun menerima Islam PAS, tetapi PAS tetap bersetuju bekerjasama dengan mereka untuk memerintah negara. Apakah Hadi pekak badak tidak mendengar suara kabilah Bani Lim yang hampir serak menjerit-jerit Negara Sekular yakni menghapuskan klausa ‘Islam sebagai agama rasmi’ serta menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menegakkan undang-undang Islam di negara ini?

Tanpa klausa ‘Islam sebagai agama rasmi’ yang dipertahankan mati-matian oleh UMNO, bermakna Islam akan di sama-ratakan dengan agama lain dan tidak lagi mempunyai hak untuk menguasai medium dakwah dalam negara sekali gus memberi ruang agama lain berdakwah secara meluas serta membuka hak untuk murtad bagi Umat Islam.

Tiada lagi peruntukan khas untuk program-program pembangunan Islam mahupun prasarana untuk menyampaikan syiar Islam. Sebaliknya, peruntukan tersebut akan di sama ratakan bagi semua agama di mana agama Kristian, yang diketahui sebagai paling berkemampuan dari segi kewangan pasti akan mendapat ruang paling luas untuk berkembang.

Justeru, kerjasama PAS dengan kabilah Bani Lim ini jelas akan mengalahkan Islam dan bukan memenangkannya, sekiranya PR memenangi pilihanraya. Kabilah Bani Anwar pula jelas berkiblatkan barat, menganggap undang-undang Islam mengenai homoseksual atau LGBT sebagai lapuk serta meletakkan semua agama sebagai sama di mana Islam bukan satu-satunya agama yang benar. Maka, bagaimana Hadi boleh menjelaskan yang kerjasama PAS dengan kabilah Bani Anwar juga akan memenangkan Islam jika memenangi pilihanraya?

Mungkin kita perlu bertanya, apakah Islam bagi Hadi Awang? Apakah erti kemenangan Islam yang beliau maksudkan? Jelas, Hadi telah keliru dengan putar-belitnya sendiri iaitu bahawa Islam itu PAS dan PAS itu Islam. Hakikatnya, kemenangan PAS tidak bermakna kemenangan Islam kerana PAS bukan Islam. PAS hanya sebuah parti politik biasa yang ditubuhkan oleh manusia biasa yang takbur mengangkat diri sendiri sebagai Ulama.

Tiada pengiktirafan khas dari langit yang mengesahkan PAS sebagai parti paling mulia atau benar menurut Islam. Malah, pemimpin-pemimpin PAS juga penuh dengan skandal - zina, khalwat, rasuah seperti juga pemimpin-pemimpin parti-parti politik di seluruh dunia. Tiada kelebihan dari segi Islam bagi PAS melainkan nama partinya semata-mata. Tidak juga pada pakaian kerana pakaian ala Arab yang dipakai oleh pemimpin mereka bukan bermakna pakaian Islam, tetapi sekadar pakaian Arab.

Jubah dan serban adalah pakaian tradisi tok-tok Arab tidak kira yang alim atau yang jahil, yang Islam atau yang kafir dan ia dipakai mereka di mana saja tak kira ke masjid atau ke pusat hiburan. Selain itu, PAS juga tidak boleh menafikan hakikat yang parti itu bukan lagi berdiri dengan sendirinya. Kaki PAS terikat sebelah dengan kabilah Bani Lim DAP dan sebelah lagi dengan kabilah Bani Anwar PKR. Sehingga kini kedua-dua kabilah tersebut masih belum menerima Islam unjuran PAS, maka ia menjadikan nisbah menolak Islam dan menegakkan Islam dalam kerjasama antara kabilah-kabilah seperti yang diumpamakan oleh Hadi Awang, adalah 2-1.

Dengan Ketua Dewan Ulama PAS sendiri mengaku untuk akur dengan sistem demokrasi, maka ini bermakna PAS atau Islam PAS, telah pun kalah sebelum bertanding lagi. Dalam ertikata lain, andainya PR menang PRU sekalipun, Islam PAS akan tetap kalah. Justeru, jika benar Hadi Awang ingin melihat Islam menang sebelum menutup mata, maka beliau sudah boleh menutup mata sekarang. Ini kerana Islam sentiasa menang di bawah pemerintahan UMNO yang tidak jemu berjuang bermati-matian memastikan Islam kekal di tempat tertinggi sebagai agama rasmi dengan dipelihara di bawah Institusi Raja-raja Melayu.

PAS Is Determind To Dominate DAP

PAS's 58th Muktamar can be considered as a success in injecting new spirit to the party in facing the coming GE13. Sadly, the strength which is focused to destroy UMNO had derailed due to their prayer which was full of hate and vengeance towards their Muslim brothers, which is not taught in Islamic teachings. The prayer was performed to raise the spirit among PAS's top leadership, at the same time it would cause fear among undecided voters when they see how ambitious PAS leaders are.

Other than prayers which will hit themselves, PAS;s strength also raised an uneasy feeling among their allied parties where they all want to be leaders and they would not settle to become number two and three. That is why, PAS's strength which the party showed during the recent Muktamar is actually a treat for DAP.

PAS is determined to have a Prime Minister from their party and they would ensure that their party would dominate the coalition.

Perhaps until now, DAP is yet to feel threatened because they are convinced that PAS do not have enough seats to enable them to control Pakatan Rakyat. DAP is convinced that Hadi Awang will die a sad man because he will never become the Prime Minister. Besides, what is the difference between Hadi Awang, Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Nik Aziz?

Every one of them can be used by DAP.

But, DAP failed to consider the ignorance between PAS supporters. PAS supporters are obsessed, and they would accept just about anything which is set by their leaders. Due to their obsession, PAS could provide a lot of manpower to organize rallies. PAS members can be easily influenced to trigger chaos. Their obsession makes them angry all the time and they always have the drive to cause destruction. It is more dangerous when all of these terrorism is called as jihad.

Thus, they would not feel guilty at all in committing their crime. Instead, it would just be a huge inspiration for them because they believe that they are doing it in the name of Allah SWT. Thus, even though DAP could still control PAS leaders, but are they confident that they could stand the pressure given by PAS supporters who want to see their leaders to be on top of the food chain? Do remember that ignorance, added with obsession and the spirit of jihad had brought Memali and Sauk tragedy.

And the same spirit, can be seen during PAS's 58th Muktamar. PAS seems determined to not let their party get stepped on by DAP nor PKR. PAS even dared to put aside Anwar Ibrahim as the next Prime Minister, breaking the agreement made with DAP and PKR. Perhaps taking Hadi Awang as PM is just PR's political gimmick to provide confidence towards Malay supporters on PAS, but, it seems that PAS had offered even more to their supporters.

PAS supporters now really believe that their leaders would fulfil their promise to them. It seems that Anwar and DAP would need to be even more careful in judging how stupid PAS is. We might be able to read what smart people would do, but we can never really expect what stupid people would do. They do not think much and they never really plan their actions.

They usually act based on their emotions and the matter of facts and figures never really matter to them. PAS supporters are determined that only Hadi Awang deserve to be the next Prime Minister and PR can only rule if PAS leads the coalition. They would ensure that PAS would gain the most seats no matter what happen. Based on this, DAP and PKR might need to reconsider where do their leaders and parties stand in terms of working with PAS in facing the coming election.

It is clear, the strategy of win first, think later is too dangerous for them to go on with. Perhaps it is time for PR to reconsider their coalition?

PAS Menzalimi Agama Islam & Rakyat

Sudah jadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang terutama dari PAS mengadu domba dan mempropagandakan tuduhan liar mengatakan Kerajaan BN adalah zalim, anti Islam, firaun dan sebagainya.

Tak cukup dengan propaganda persepsi buruk sedemikian, mereka guna pula agama sebagai modal politik termasuklah memperalatkan solat hajat, tazkirah dan doa untuk memainkan sentimen agama dikalangan penyokong dan orang ramai.

Solat hajat, tazkirah dan doa adalah perkara yang baik yang dituntut oleh Islam namun bila dipolitikkan kesannya keberkatan hilang dan rahmat Allah s.w.t tidak kesampaian, sebaliknya yang datang polemik tak berkesudahan dan kecaman khalayak ramai.

Inilah yang terjadi berikutan dari doa berunsur politik kepartian yang dibacakan oleh adik kandung kepada Mursyidul Am PAS, iaitu Nik Razi Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tempohari.

Isi kandungan doa yang mengecam UMNO dan BN yang kononnya menzalimi agama Islam dan menindas rakyat seumpama tingkah laku jahat firaun, Namrud dan Abu Lahab akhirnya mengundang polemik dan mudarat pula buat PAS.

Dah namanya doa politik, niatnya tentu sahaja demi untuk kepartian dan bukannya ikhlas mahukan keredhaan Allah s.w.t. Maka akibatnya terpaksalah PAS menanggung beban di atas sikapnya yang emosional tak bertempat dan tidak berhikmah itu.

Hakikat yang pahit untuk penyokong PAS terima sebenarnya, ialah PAS itu sendiri sejak sekian lama sebenarnya telah menzalimi agama Islam sehingga memudarkan sedikit sebanyak imej kesucian agama ini di mata penganut agama lain. S

uatu ketika dulu di awal tertubuhnya PAS, para pimpinannya sebulat suara menolak kerjasama dengan non-muslim sehingga pernah mengkafirkan orang Islam yang menyokong parti PERIKATAN (sekarang Barisan Nasional) yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC.

Lebih kurang satu dekad sebelum menjelangnya Abad Millenium barulah PAS kenal peri pentingnya kerjasama orang Islam dengan non muslim demi kebaikan bersama.

Tika ini barulah PAS teringat betapa di zaman Rasulullah s.a.w dulu, baginda juga pernah mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam termasuklah dengan kaum Yahudi.

Malangnya kerjasama yang PAS jalin dengan DAP dan PKR langsung tidak memberi manfaat pada ummah apatah lagi untuk kebaikan agama Islam.

PAS gagal menahan asakan pemimpin DAP sehingga akhirnya perarakan Maulidul Rasul kini tidak lagi dapat diadakan di Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

Berpuluh tahun ia tidak diganggu gugat, datang DAP abang besar PAS segalanya berubah atas nama demokrasi.

Juga berlaku di zaman PAS sebagai lembu tunggangan DAP, di mana kesucian Rumah Allah dinodai oleh pemimpin politik bukan Islam yang dibiarkan saja menyampaikan tazkirah di ruang utama surau dan masjid, manakala anak kariah dan jemaah yang hadir pula terpaku kelu bagaikan tekun mendengar kuliah agama dari ustaz dan tok imam.

PAS juga berdiam diri apabila tulisan jawi pada nama jalan dipertikaikan DAP, malah PAS juga malu untuk ke depan menegur kebiadapan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan agama Islam di sisi Perlembagaan Malaysia dengan berselindung disebalik tuntutan pemimpin DAP yang mahu negara ini diiktiraf sebagai sekular.

Akibat dari kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dalam PR itu jugalah kalimah Allah s.w.t dengan mudahnya digadai tanpa rasa bersalah demi untuk menjaga hati penyokong DAP yang beragama Kristian.

Demikian juga bila kita bercakap soal akidah, sampai sekarang PAS tidak berani mengecam secara rasmi keceluparan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah yang menyarankan orang Melayu Islam diberi hak bebas bertukar agama.

Amanah yang diberikan oleh segelintir rakyat kepada PAS untuk mempertahankan Islam akhirnya dikhianati. Jelas sekali semuanya itu satu kezaliman terhadap agama Islam, pengkhianatan terhadap ummah yang secara sengaja atau sebaliknya telah dilakukan oleh PAS

Monday, November 19, 2012

Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam "

JIKA :

~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),

~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya
dan~

Israel dengan Shayetet 13,

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu.

Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja."Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam."Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011.

Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan.

Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid.