Tuesday, November 20, 2012

PAS Menzalimi Agama Islam & Rakyat

Sudah jadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang terutama dari PAS mengadu domba dan mempropagandakan tuduhan liar mengatakan Kerajaan BN adalah zalim, anti Islam, firaun dan sebagainya.

Tak cukup dengan propaganda persepsi buruk sedemikian, mereka guna pula agama sebagai modal politik termasuklah memperalatkan solat hajat, tazkirah dan doa untuk memainkan sentimen agama dikalangan penyokong dan orang ramai.

Solat hajat, tazkirah dan doa adalah perkara yang baik yang dituntut oleh Islam namun bila dipolitikkan kesannya keberkatan hilang dan rahmat Allah s.w.t tidak kesampaian, sebaliknya yang datang polemik tak berkesudahan dan kecaman khalayak ramai.

Inilah yang terjadi berikutan dari doa berunsur politik kepartian yang dibacakan oleh adik kandung kepada Mursyidul Am PAS, iaitu Nik Razi Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tempohari.

Isi kandungan doa yang mengecam UMNO dan BN yang kononnya menzalimi agama Islam dan menindas rakyat seumpama tingkah laku jahat firaun, Namrud dan Abu Lahab akhirnya mengundang polemik dan mudarat pula buat PAS.

Dah namanya doa politik, niatnya tentu sahaja demi untuk kepartian dan bukannya ikhlas mahukan keredhaan Allah s.w.t. Maka akibatnya terpaksalah PAS menanggung beban di atas sikapnya yang emosional tak bertempat dan tidak berhikmah itu.

Hakikat yang pahit untuk penyokong PAS terima sebenarnya, ialah PAS itu sendiri sejak sekian lama sebenarnya telah menzalimi agama Islam sehingga memudarkan sedikit sebanyak imej kesucian agama ini di mata penganut agama lain. S

uatu ketika dulu di awal tertubuhnya PAS, para pimpinannya sebulat suara menolak kerjasama dengan non-muslim sehingga pernah mengkafirkan orang Islam yang menyokong parti PERIKATAN (sekarang Barisan Nasional) yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC.

Lebih kurang satu dekad sebelum menjelangnya Abad Millenium barulah PAS kenal peri pentingnya kerjasama orang Islam dengan non muslim demi kebaikan bersama.

Tika ini barulah PAS teringat betapa di zaman Rasulullah s.a.w dulu, baginda juga pernah mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam termasuklah dengan kaum Yahudi.

Malangnya kerjasama yang PAS jalin dengan DAP dan PKR langsung tidak memberi manfaat pada ummah apatah lagi untuk kebaikan agama Islam.

PAS gagal menahan asakan pemimpin DAP sehingga akhirnya perarakan Maulidul Rasul kini tidak lagi dapat diadakan di Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

Berpuluh tahun ia tidak diganggu gugat, datang DAP abang besar PAS segalanya berubah atas nama demokrasi.

Juga berlaku di zaman PAS sebagai lembu tunggangan DAP, di mana kesucian Rumah Allah dinodai oleh pemimpin politik bukan Islam yang dibiarkan saja menyampaikan tazkirah di ruang utama surau dan masjid, manakala anak kariah dan jemaah yang hadir pula terpaku kelu bagaikan tekun mendengar kuliah agama dari ustaz dan tok imam.

PAS juga berdiam diri apabila tulisan jawi pada nama jalan dipertikaikan DAP, malah PAS juga malu untuk ke depan menegur kebiadapan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan agama Islam di sisi Perlembagaan Malaysia dengan berselindung disebalik tuntutan pemimpin DAP yang mahu negara ini diiktiraf sebagai sekular.

Akibat dari kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dalam PR itu jugalah kalimah Allah s.w.t dengan mudahnya digadai tanpa rasa bersalah demi untuk menjaga hati penyokong DAP yang beragama Kristian.

Demikian juga bila kita bercakap soal akidah, sampai sekarang PAS tidak berani mengecam secara rasmi keceluparan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah yang menyarankan orang Melayu Islam diberi hak bebas bertukar agama.

Amanah yang diberikan oleh segelintir rakyat kepada PAS untuk mempertahankan Islam akhirnya dikhianati. Jelas sekali semuanya itu satu kezaliman terhadap agama Islam, pengkhianatan terhadap ummah yang secara sengaja atau sebaliknya telah dilakukan oleh PAS

Monday, November 19, 2012

Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam "

JIKA :

~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),

~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya
dan~

Israel dengan Shayetet 13,

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu.

Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja."Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam."Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011.

Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan.

Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid.

PAS Mengaminkan Doa Sang Iblis

Di kala UMNO bangkit mengecam serangan Israel yang membunuh begitu ramai rakyat Palestin, saudara-saudara kita di dalam PAS pula mengecam UMNO kerana kononnya menzalimi Islam dan umat Islam di Malaysia. Di kala UMNO meneruskan perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, PAS pula berdoa memohon Putrajaya!

Di kala UMNO menganggap PAS saudara seagama, PAS terus menganggap UMNO murtad dan kafir. Alasan PAS ialah UMNO menolak Islam kerana menolak hudud. Sedangkan, mengikut Al-Quran, seseorang itu adalah Islam jika beliau berpegang kepada Rukun Iman iaitu: (1) Beriman kepada ALLAH SWT, (2) Beriman kepada Malaikat-malaikat, (3) Beriman kepada Kitab-kitab, (4) Beriman kepada Rasul-rasul, (5) Beriman kepada Hari Kiamat, (6) Beriman kepada Qada dan Qadar.

Berdasarkan ajaran Al-Quran ini, maka jelas bahawa UMNO adalah Islam dan tidak melaksanakan hudud tidak menjadikan UMNO kafir kerana ia tidak termasuk dalam rukun iman yang menetapkan keIslaman seseorang. Malahan, UMNO juga telah berkali-kali menegaskan yang parti itu tidak menolak hudud tetapi tidak dapat melaksanakannya mengambil-kira kemajmukan masyarakat dan keadaan semasa di negara ini. Namun, dalam Muktamar ke-58nya, PAS telah sekali lagi mengenepikan hakikat ini dan terus menyebarkan kebencian dan memohon kehancuran ke atas saudara seagama mereka di dalam UMNO atas alasan UMNO bukan Islam kerana menolak hudud.

Entah kenapa PAS telah terlepas pandang bahawa menyebarkan kebencian sesama Islam, meniupkan rasa riak dan takbur ke dalam diri si alim ulama dan menghukum manusia lain dengan hukum Allah adalah kerja iblis, yakni bertentangan dengan seruan Al-Quran.

Seperti yang kita sedia maklum, doa menghancurkan UMNO bukan perkara baru bagi PAS. Malah, PAS pernah berdoa lebih dari itu, dengan menujukan khas kepada individu tertentu memohon agar pecah perut dan sebagainya. Doa menghancurkan UMNO ini dilakukan saban tahun dengan solat hajat yang dihadiri beribu-ribu ahli PAS.

Saban tahun juga kita terkejut tidak mampu menerima yang begitu ramai saudara kita yang begitu jahil, tega menjadi makmum dan mengaminkan doa sang iblis. Dan saban tahun juga kita mengangkat tangan syukur kepada Allah SWT kerana doa iblis yang dibisikkan ke telinga tok-tok guru yang kononnya bertaraf wali, yang mulia lagi maksum itu, telah tidak dimakbulkan. Sukar untuk kita memahami bagaimana dalam sibuk memperkatakan tentang agama, PAS telah terlepas pandang akan Rukun Iman, hadith dan ayat mengenai iman dan keIslaman seseorang di mana ‘hudud’ tidak langsung termasuk di dalamnya.

Dari Anas bin Malik ra, dari Nabi saw, sabdanya : "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya." (HR Bukhari dan Muslim ) Orang-orang Islam yang beriman adalah merupakan suatu kesatuan, sepertimana yang disebut oleh Allah swt di dalam kitabNya yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara." Sebenarnya, berjihad menentang saudara seagama telah menjadi pegangan ‘agama PAS’ sejak berdekad-dekad lalu yakni bertitik tolak dari Amanat Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO.

Dan kini, Nik Aziz pula memperbaharui pegangan itu dengan memurtadkan UMNO. Penulis menyatakan ‘agama PAS’ kerana ajaran yang dibawa oleh PAS untuk memerangi saudara seagama bukanlah ajaran agama Islam, malah jauh bertentangan dan dimurkai Allah SWT.

Kesanggupan PAS membelakangkan ajaran Islam membuktikan bahawa PAS mengambil sikap membujur lalu melintang patah demi mencapai Putrajaya.

Pilihanraya adalah segala-galanya bagi PAS iaitu matlamat hidup mati mereka seolah-olah ia merupakan salah satu syarat untuk menyempurnakan ibadah dalam ‘agama PAS’ ialah dengan memastikan parti mereka menang pilihanraya. Malah, jika rukun iman ‘agama PAS’ disenaraikan, maka ia pasti meletakkan kemenangan pilihanraya sebagai rukun yang pertama dan hudud sebagai yang kedua.

Semua rukun iman dalam Islam yang lain, tidak penting selagi kedua-dua rukun yang pertama tadi tidak dicapai. Ini mungkin juga kerana dalam ‘agama PAS’, semua ahli telah dijanjikan syurga maka mereka tidak perlu lagi mengambil-kira tuntutan berbuat baik sesama manusia, menyayangi saudara seagama dan sebagainya.

Justeru, dengan syurga sudah didalam genggaman, apa lagi yang ahli-ahli PAS perlu perjuangkan, selain kuasa, pilihanraya dan Putrajaya. Bukan begitu? Penulis dapat tahu bahawa ramai juga di kalangan ahli-ahli PAS yang cuak dan gusar dengan doa ini, tetapi seperti yang dijangka, kegusaran mereka tidak dapat mengatasi keinginan mereka untuk menang pilihanraya.

Kerana itu, penulis tidak mampu mengulas panjang lagi mengenai isu ini, melainkan mendoakan agar kita semua, saudara seagama, sentiasa berada di jalan yang benar, tidak kira di dalam UMNO, PAS mahupun di Palestin atau di mana juga, serta tidak kira yang alim, jahil atau apa saja rupa dan penampilannya. Selagi semuanya berpegang kepada Rukun Iman selagi itulah mereka penulis anggap sebagai saudara seagama yang disayangi lagi dikasihi dan bukan untuk diperangi.

Semoga kita semua selamat dari kehancuran akibat tipu daya sang iblis dan syaitan.

Hadi Nak Jadi PM? Langkah Mayat Anwar Dulu...

Ramai pemerhati politik tersenyum sinis apabila Dewan Ulamak PAS serta para perwakilan di Muktamar PAS Ke 58 tempohari bersungguh-sungguh menyarankan Abdul Hadi Awang dilantik sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13. Maka kembanglah hati seketika sebahagian ahli dan penyokong PAS yang hadir, tanpa menyedari saranan tersebut akhirnya hanya akan dibakul sampahkan oleh PR sama seperti nasib yang dialami oleh manifesto negara Islam dan hudud PAS.

Bagi yang celik akal pastinya tahu saranan sedemikian hanyalah sekadar propaganda untuk menyedapkan hati ahli dan penyokong PAS yang kian merasakan mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk memenuhi cita-cita politik Anwar Ibrahim.

Namun bagi ahli dan penyokong PAS yang totok balaci setaraf keldai, mainan propaganda itu cukup untuk membuatkan mereka lebih teruja dan bersemangat dalam menempuh liku-liku PRU 13 kelak. Selama ini umum mengetahui PR sejak lama dulu sudah muktamad mempotretkan Ketua Umum PKR adalah calon PM yang paling layak, kini bila tiba-tiba sahaja PAS tampil dengan saranan calon PM dari puaknya, tentulah menggelikan hati ramai.

Tambah menggelikan hati lagi bila mana ketika di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Stadium Sultan muhammad ke IV Kota Bharu pada malamnya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula secara terbuka mengumumkan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon muktamad PR sebagai PM.

"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," demikian kata Lim Kit Siang tanpa sedikitpun rasa segan dengan para pemimpin PAS yang menjadi tuan rumah bagi majlis himpunan itu beberapa malam lepas.

Tak perlu pemimpin BN bersuara mempersoalkan atau mempertikaikan kesungguhan PAS untuk menobatkan Presidennya sebagai calon PM, sebaliknya Pengerusi DAP sendiri yang dengan selambanya menolak hadi jatuh terduduk dan malu sendiri.

Hanya berselang beberapa puluh jam sahaja, tembelang propaganda PAS pecah. Lagi mengharukan pengumuman oleh Lim Kit Siang itu dibuat dihadapan ribuan penyokong PAS dan di kubu kuat PAS sendiri. Mana Hadi nak letak muka? Betullah kata beberapa orang pemerhati politik yang menghadiri Muktamar PAS di PUTIK Pengkalan Chepa tempohari, katanya, saranan PAS untuk meletakkan Hadi sebagai calon PM seumpama menyuruh Hadi melangkah mayat Anwar.

Sebagaimana PAS tak berani untuk melangkah mayat Karpal Singh ketika kecoh isu negera Islam suatu ketika dulu, sama saja kini PAS mahupun Hadi tidak mungkin berani menonjolkan kejantanannya bila timbul isu calon PM yang sudah lama menjadi buruan peribadi Anwar Ibrahim. Akhirnya, PAS sekali lagi membuktikan pada khalayak hakikatnya mereka hanyalah setakat layak menjadi pencacai dan balaci.

Tidak lebih dan tidak kurang.

Itulah nasib sang keldai dan lembu tunggangan, wajib taat pada tuannya.

Sunday, November 18, 2012

MUKTAMAR BUKTI PAS TAKUT DAP, PKR

Kelemahan Pas sebagai sebuah parti serpihan Umno yang kononnya memperjuangkan prinsip Islam amat tersrlah sekali pada muktamar parti itu yang ke 58 yang berlangsung baru-baru ini. Sememangnya dijangkakan semangat barisan pimpinan dan perwakilan Pas berkobar-kobar semasa ucapan dan sesi perdebatan. Ini lumrah dalam mana-mana parti politik dan Pas sebagai sebuah organisasi siyasi yang bertopengkan Islam juga tidak terkecuali dalam menonjolkan imej 'kejantanannya', apatah lagu musim pilihan raya umum sudah tinggal beberapa bulan lagi.

Antara elemen 'kejantanan' Pas yang dipamerkan kepada ahli-ahli semasa persidangannya ialah desakan kuat supaya presiden Abdul Hadi Awang dilantik ke jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13 kelak. Ini sudah tentunya bertentangan dengan kehendak sekutu pas, Dap yang mahukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menduduki jawatan itu. Anwar pula secara sinis menjawab bahawa perkara tersebut boleh dibincangkan apabila sampai ketikanya kelak.

Jadi dalam pakatan pembangkang terdapat tiga pandangan yang berbeza mengenai isu siapa yang layak menjadi Perdana Menteri. Di pihak Pas itulah kemahuan sebenar selama ia berjuang iaitu untuk merebut kerusi empuk di Putrajaya dan bukannya demi rakyat.

Konsep 'negara berkebajikan' versi Pas ialah untuk mendahulukan pimpanan parti itu untuk berlumba-lumba mendapatkan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan sebelum memikirkan mengenai rakyat.

Perdapat kedua pula berputar sekitar agenda Dap yang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri oleh kerana parti itu telah berjaya membuat perkiraan dengan pemimpin utama PKR itu.

Sekiranya Anwar jadi Perdana Menteri semua kehendak liberal Dap mestilah dipenuhi. Ini termasuk menghapuskan institusi raja-raja Melayu dan mana-mana agensi kerajaan yang mendokong agenda memartabatkan Melayu seperti UiTM, MARA, MRSM dan sebagainya. Bagi Anwar institusi-institusi tersebut perlu dihapuskan sebagai persediaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik dengan bantuan Dap.

PKR sudah tentu menghargai sokongan yang diberikan oleh Dap dalam impiannya untuk meletakkan Anwar di Putrajaya dan akan sanggug bersekongkol dengan parti rasis Cina itu untuk merealisasikan agenda kotor mereka. Ini akan meletakkan desakan Pas menuntut jawatan Perdana Menteri sebagai kera sumbang di dalam Pakatan Rakyat yang tentunya tidak disenangi oleh Dap dan PKR kerana gagal menunjukkan semangat setiakawan dan kerjasama sebagai satu pasukan.

Walaupun Abdul Hadi tidak menyentuh mengenai pelaksaaan hukum hudud di dalam ucapan perasmiannya, ini tidak bermakna parti itu telah melucutkan agenda tersebut. Ini akan menjadi satu lagi isu yang akan merenggangkan ikatan yang sudahpun longgar di antara ketiga parti tersebut. Apatah lagi apabila media arus perdana menyiarkan visual adik kepada Mursyidul Am, Nik Radzi yang mendoakan kemusnahan Umno dan BN di kala Israel ganas menyerang penduduk Palestin di Gaza.

Inikah gambaran yang ingin dicerminkan oleh Pas sebagai sebuah parti Islam apabila memohon kepada Allah supaya menghancurkan sebuah parti Melayu yang menjadi tunjang kerajaan sejak merdeka lagi serta menyokong perjuangan rakyat Palestin melawan Israel sejak 1957 lagi? Di manakah letaknya asas moral dan jatidiri Pas sebagai parti politik Melayu apabila sanggup mengugurkan perjuangan hukum hudud demi menjaga hati Dap tetapi rela mendoakan kemusnahan Umno yang selama ini membela dan memberi bantuan dalam apa sahaja bentuk kepada rakyat Palestin?

Malah Pas amat takut sekali membangkitkan kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah yang secara jelas menggalakkan orang Melayu murtad daripada Islam.

Adakah Pas sudah tidak lagi sensitif kepada apa yang dikatakan oleh anak Anwar itu atau tidak mampu berbuat apa-apa yang mungkin akan menjejaskan peluangnya untuk merangkul jawatan Perdana Menteri?

Dengan menggunakan taktik 'tahaluf siyasi' atau kesepakatan politik, Pas tergamak mengorbankan prinsip dan maruahnya kerana tamakkan kuasa dan jawatan.

Hasil daripada muktamar itu telah berjaya memberi gambaran kepada rakyat bahawa parti itu tidak boleh diharapkan untuk melindungi Islam apatah lagi memimpin bangsa Melayu. Malah bangsa Melayu akan dilemahkan oleh Pas dan akan bertukar menjadi satu bangsa yang mengemis dan tunduk di bawah telunjuk Dap dan PKR.

Kerakusan Pas untuk mendapatkan kuasa dengan membelakangkan kepentingan Melayu dan Islam akan menjadi liabiliti terbesar parti itu apabila berdepan dengan PRU13 nanti. Rakyat akan membuat perbandingan antara apa yang dikatakan pada muktamar tahun ini dengan realiti yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat.

Di dalam parti sendiri, pemimpin Pas boleh menjadi hero dan gedebe tetapi apabila berdepan dengan Dap dan PKR, Pas menjadi setan bisu yang akur menurut perintah tuannya.

PR IS FIGHTING FOR PREMIERSHIP AMONG THEMSELVES

Pakatan Rakyat (PR) is embroiled in the tussle oin who is going to bbe Prime Minister if…this is if…the opposition alliance managed to win the coming general election.

PAS president Abdul Hadi Awang did not reject the call for him to be the Prime Minister while the party deputy president Mohamed Sabu said PR leaders agreed to have Anwar Ibrahim as the PM.

And this is also echoed by DAP man Tan Seng Giaw who said that the decision as made by PR leaders in a meeting, wonder when was the meeting held and whether Hadi was present or not.

If Hadi was present, he would obviously tell the assembly that he could accept their proposal because it has been decided by the PR leaders meeting that Anwar should be PM.

Hadi, being a leader of an Islamic party which supposedly to promote all the Islamic characteristics would not lie to the delegates in the assembly if what Mat Sabu and Seng Giaw said was true.

He would have told the assembly that this had been decided and Anwar had been unanimously proposed to be the PM.

But since Hadi did not mentioned this to the assembly, Malaysians should take it what Mat Sabu or Seng Giaw or any other leaders from PR said on the matter about Anwar being the PM if they win is a lie.

Now if this is so, then the country is having problem if PR wins the election – the three parties in PR will be at each other’s throat trying to put their man as PM.

DAP may be the king maker in this scenario as the party has no Malay and the party never intend to put up a Malay candidate as it is a chauvinistic party, so it has the power to tilt decisions to its benefit.

And in this case, the party’s decision will be sure for Anwar as Anwar is secular and liberal compared to Islamic Hadi.

Given the fact that Hadi would still pursue the theologian state and Hudud laws, DAP would want to distance itself from such person so that it can continue pursuing its goal of a dominant Chinese political power in the country.

Having Anwar as PM is most convenient because the party has many secrets that it can ‘hold Anwar’s balls’ anytime if he goes out of control, and PKR cannot say anything as long as Anwar is the de facto chief.

So the ‘fight for the Prime Ministership’ will be the focus of PR if it wins the general election but before that, the fight is on now because PAS will never give up its aim – the goal it has been chasing since the 50s.

Friday, November 16, 2012

MANSOR IS TO BE SACRIFICED…TO CONTEST IN A LOST SEAT

It is confirmed…Penang DCM 1 Mansor Osman is to be ‘slaughtered’ comes next general election. He is not worthy as far as PKR is concerned and he is a liability.

PKR de facto chief Anwar Ibrahim announced the candidacy of Mansor for Nibong Tebal, Penang, ahead of all other announcements of candidates. This means only one thing – Anwar is trying hard to please DAP particularly Lim Guan Eng – as Mansor has antagonized him with his remark that Guan Eng is cocky and arrogant.

Guan Eng, a vindictive man even to his own people, can no longer tolerate Mansor and Anwar knows this, thus the decision to move Mansor out of the state seat to the parliamentary seat which has a 50-50 chance of winning. Mansor is to be sacrificed to win the hearts of DAP so that Anwar enjoys the support to achieve his ambition to become Prime Minister.

Antoganisng Guan Eng is big mistake in DAP’s politics and politics of Penang. Guan Eng is ‘untouchables’ to the extent that even Karpal Singh has to watch his words when talking about Guan Eng. Mansor is to be fielded in a constituency with about 43 percent Malay voters and 40 percent Chinese voters and given the current scenario where majority of the Malays have ‘returned’ to BN, Mansor is in deep shit.

Truly he is now considered as a liability more than an asset to Anwar’s grand plan in the unregistered PR alliance and in fact, the Malay members of PKR in Penang are just Anwar’s ‘stepping stone’ to achieve his personal ambition, not that of the whole Malays.

Now lets just hope the Malays in PKR in Penang see Anwar’s grand plan and react to reject this because if they don’t, then their future is Penang is as good as gone.

Currently, Anwar has shown his ‘cruelness’ in politics.

This is shown as he easily pushed Mansor, who has been backing him through thick and thin, aside as though Mansor is not worthy to be kept in Penang as DCM as well as head of state chief.

So now it is up to Mansor to react and there is not much time left.

Instead of losing in shame, it better for Mansor to leave PKR now in a dignified manner so that Malaysians at large still respect him as a leader, a man who protects the interests of the Malays despite being made scapegoat.

Mansor should show to Malaysians that he is no push-over in politics, that he is a leader for the Malays in Penang.