Saturday, February 23, 2013
korupsi
Thursday, February 14, 2013
NAJIB, A TRUE STATESMAN WHO TAKES WHATEVER HAPPENS IN PENANG IN HIS STRIDE
Many videos have been put up on You Tube on Prime Minister Najib Tun Razak’s visit to Penang especially the reply ‘YES’ and ‘NO’ to Najib’s question whether the people of Penang is with BN or not.
Edited videos, re-edited videos, original recordings and whatever have been posted to compete in the fight to reveal the supposed truth, aimed at knocking into the minds and hearts of the voters their version of the episode.
THE REALITY is Najib took everything that happened in his stride as a STATESMAN, not as a ‘vindictive politician such as Anwar Ibrahim and Lim Guan Eng’ who are arrogant and ‘dictatorial’ just to achieve their personal ambition of being a head of state or a Prime Minister.
Najib, as a Prime Minister for all Malaysians regardless of race and religion, is a not even concern about the response because he is not a politician who wants popularity, who wants people to like him all along, who want absolute loyalty and so on.
Whether the response is a big ‘YES’ and a small ‘NO’, Najib is actually ready for anything when he went to Penang. His intention is not to be popular but to see by himself the situation in the state, to view by himself why BN lost and what are the chances of getting back the state.
Going straight into the ‘enemy’s lair’ is not a child’s play and Najib did just that and he did not expect a rousing welcome where every stop people will drop everything they do and greet him like a King. Najib expected the normal greetings – he is a politician and he knows what to expect – he knows the planting of people to jeer him or the acts of trying to demean and demonise him and all kind of stuffs that would run him down or bring down his image.
Najib knows all these will happen in Penang, because it is held by DAP, a chauvinistic party that wants to see Malay supremacy replaced and the Malay race become ‘second citizens’ or ‘beggars’.
Najib just wants to see by himself what Penangites want and how they perceive him – the real response rather than basing on reports from various agencies and channels.
He just wants to know and he does not care about the reaction because he wants to know the truth, the real truth on the ground, he wants to feel the heartbeat of Penangites by himself.
That was why he went on a real walkabout, ate nasi kandar in the night without any fear for his and his family’s safety because he wanted to know the true situation.
And the REALITY is Najib now knows the truth and the ‘YES’ or ‘NO’ is nothing to him because he now knows the truth. And of course, the truth is there was a truly BIG ‘YES’ for him to take back Penang, as evident which right now frightens the opposition pact, real scare and not make-believe.
Wednesday, February 13, 2013
Deepak Akhirnya Menceritakan 'Hal Sebenar' Tetapi Masih Kabur
Deepak Jaikishan berjaya menjadi seorang 'selebriti' apabila beliau menuduh Perdana Menteri dan isteri terhadap penglibatan mereka dengan perniagaan Deepak di mana mereka dikatakan tidak membantu Deepak langsung. Jika kita kembali kepada situasi semasa isu ini sedang berlaku, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, sedang memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, nama Deepak dikaitkan sebagai 'orang tengah' dalam kes pembunuhan Altantuya, seorang model warga Mongolia yang dikatakan terlibat dalam skandal kapal selam dan skandal kepada DPM.
Deepak menafikan segala tuduhan tersebut, dan mempersoalkan tentang mengapa beliau perlu berjumpa dengan adik kepada DPM, Nazim, secara langsung untuk memberikan bayaran terhadap pembunuhan tersebut? Deepak menyatakan hubungan antara beliau dan juga PM dan isteri hanyalah untuk perniagaan.
Ketika itu, Deepak ada mengenali Bala. Benar, Bala pernah meminta pertolongan daripada Deepak, namun Deepak tidak memberi sebarang pertolongan kepada Bala kerana Deepak tidak percayakan Bala. Namun, itu dulu, ketika perniagaan Deepak sedang maju. Kini, setelah semuanya mula merudum, Deepak perlukan seorang mangsa untuk dituduh. Siapa lagi yang boleh dituduh jika tidak seseorang yang pernah membantu Deepak dalam perniagaan beliau. Deepak perlu memulihkan kerugian yang ditanggung, siapa lagi yang boleh membantu beliau jika bukan seseorang yang mempunyai kuasa atau seseorang yang mahukan kuasa?
Jadi, Deepak mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Perdana Menteri dan isteri, dan pada masa yang sama membuat 'pelaburan' pada 'kerajaan baru'. Itulah sebab mengapa Deepak tidak takut untuk mendedahkan bahawa PM adalah dalang dalam kes pembunuhan Altantuya. Mengapa Deepak tidak membuat pendedahan yang sama ketika Dato’ Seri Najib sedang memegang jawatan DPM?
Kisah kes pembunuhan ini mula 'dihangatkan' oleh Pembangkang. Versi mereka 'menceritakan' bahawa isteri PM berada di tempat kejadian ketika pembunuhan tersebut berlaku, berdasarkan 'bukti-bukti kukuh' (kasut beliau). Mereka kemudiannya mendakwa bahawa isteri PM sempat melihat Altantuya dibunuh.
Namun, terdapat gambar-gambar isteri PM, termasuk kenyataan akhbar yang melaporkan bahawa beliau sedang menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim pada masa kejadian.
Jadi, cerita tersebut kemudiannya diubah lagi oleh Pembangkang. Selain itu, terdapat gambar yang di'super-imposed' bagi menunjukkan PM duduk semeja bersama Altantuya untuk makan malam yang digunakan oleh pihak Pembangkang sebagai 'bukti'. Namun, apabila gambar super-impose itu dibuktikan sebagai gambar yang direka-reka, pihak pembangkang mula memusingkan cerita dengan menuduh bahawa individu yang mempunyai hubungan bersama model Mongolia itu adalah pembantu PM, Razak Baginda.
Namun, kini, Deepak membuat satu lagi pendedahan dengan menyatakan bahawa Razak tidak mungkin mempunyai sebarang hubungan dengan Altantuya, kerana Razak mempunyai masalah mati pucuk. Bukan Razak, PM yang mempunyai hubungan bersama Altantuya. Deepak juga berkata bahawa SPRM tidak berani, polis tidak berani, Azilah dan Sirul (pesalah) juga tidak berani untuk menyatakan perkara sebenar hinggakan mereka sanggup dipersalahkan atas tuduhan yang dibuat keatas DPM.
Rakyat sudah penat atas segala U-turn yang dibuat oleh Bala dan Raja Petra, kini giliran Deepak pula? Mungkin Deepak perlu mengambil ujian alkohol sebelum sesiapa mengambil kenyataan yang dikeluarkan oleh saudagar karpet ini. Penulis pasti bahawa Deepak tidak sedar bahawa jika beliau mengambil U-turn, cerita tersebut perlulah selari dengan cerita dari Bala dan juga Raja Petra, termasuk SUARAM dan Tian Chua juga, jika tidak, segalanya akan hancur.
Buat masa sekarang, semua kisah yang diceritakan tidak membawa makna, termasuklah cerita Deepak. SUARAM kini terpaksa bersembunyi untuk menutup malu mereka apabila kisah mereka dibongkar. Deepak pula hanyalah seorang peniaga yang terpaksa menyambung perjuangan SUARAM yang gagal. Deepak bukan sahaja perlu mencantumkan cerita-cerita dari pihak pembangkang, beliau juga perlu mengambikira penjelasan yang datang dari bahagian pro-kerajaan.
Deepak perlu memperjelaskan bagaimana cerita beliau mempunyai kaitan dengan cerita Dato’ Zulkefli Nordin’s, bekas peguam Anwar yang juga pernah mewakili Azilah dan Sirul? Dato’ Zulkefli Nordin pernah mendedahkan di dalam blog beliau bagaimana beliau bertindak untuk tidak mewakili pesalah-pesalah tersebut. Zulkefli yang kini telah meninggalkan PKR, mengaku bagaimana beliau dipaksa oleh Anwar untuk mereka bukti yang membolehkan Azilah dan Sirul membuat tuduhan kepada Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sebagai dalang yang memberikan arahan untuk membunuh.
Satu perkara yang menghairankan penulis, walaupun cerita Deepak tidak boleh digunapakai, ada yang masih percaya akan cerita tersebut! Lihatlah segala penipuan Bala, Raja Petra, Tian Chua, SUARAM melalui pembangkang yang berjaya dibongkarkan, dan kini Deepak pula, siapa yang masih percayakan cerita mereka?
TIDAR RELA KARPAL CAMPUR TANGAN
Menurut Harun, Karpal tidak boleh campur tangan dalam urusan Majlis Syura Ulama Pas walaupun Pas dan DAP berada dalam satu pakatan.
''Saya tak suka orang lain ataupun dia campur tangan.
''Saya harap Karpal jangan lagi campur tangan hal dalaman Majlis Syura Ulama. Saya pun malas nak melayan dia," tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal yang menganggap dakwaan Majlis Syura Ulama menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai spekulasi semata-mata.
Sebelum ini, timbul khabar angin mengenai penolakan Majlis Syura Ulama parti itu berkaitan pelantikan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Karpal juga mahu Majlis Syura Ulama Pas menghormati keputusan bersama yang dicapai oleh pemimpin pakatan pembangkang tentang isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Selain kenyataannya hari ini, pada 3 Februari lalu Harun turut menyanggah tindakan Karpal apabila Pengerusi DAP itu cuba mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.
Harun menegaskan, Karpal tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman parti lain dan dalam masa sama mempertikaikan kelayakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memberikan pandangan dalam isu tersebut.
Harun seterusnya berkata, soal siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang bergantung kepada sokongan serta populariti seseorang calon, tidak kira sama ada Anwar atau Abdul Hadi.
Beliau meminta semua pihak supaya 'bersabar' dan menunggu berlangsungnya pilihan raya umum untuk mengetahui siapa sebenarnya paling layak menjadi pemimpin nombor satu negara nanti.
"Sebenarnya saya tak boleh jawab sekarang. Kita tunggu pilihan raya nanti. Yang pasti, calon yang menjadi Perdana Menteri adalah berdasarkan populariti.
"Siapa yang dapat sokongan ramai atau paling popular, tak kira Anwar atau Abdul Hadi, dialah yang akan menjadi Perdana Menteri," katanya.
Skandal Tanah: Sampai Bila Rakyat Kelantan Mahu Bersabar?
Dikira dari usia pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1959 - 1978 (19 tahun) diikuti dengan pusingan kedua bermula 1990 - 2013 (23 tahun), bermakna sudah 42 tahun negeri Serambi Mekah ini berada dalam genggaman PAS. Suka atau tidak, rakyat Kelantan perlu akui selama tempoh lebih empat dekad ini sudah sekian banyak skandal tanah melibatkan keluasan puluhan ribu ekar tanah dan hasil bumi negeri ini telah dipajak gadai dan terjual kepada orang luar. Dulu dalam tahun 1964 hingga pertengahan 1975, rakyat Kelantan pernah tercabar maruahnya apabila Kerajaan PAS Kelantan telah menyerahkan hak milik tanah seluas lebih 300,000 ekar secara pajakan kepada sebuah syarikat dari Singapura. Ramai pemimpin PAS negeri tika itu yang kaya raya hasil dari tindakan tersebut, sementara rakyat bawahan pula hanya mampu menangis tak berlagu mengenangkan maruah diri dan negeri tumpah darah bagaikan telah menjadi milik orang lain. Kini di abad millenium, peristiwa hampir serupa berulang kembali apabila Kerajaan PAS Kelantan dengan berselindung di sebalik projek Ladang Rakyat telah 'bermurah hati' memajakkan tanah seluas lebih 80,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat-syarikat luar. Kononnya melalui projek Ladang Rakyat ini akan membantu membasmi masalah kemiskinan di mana lebih 4,000 orang penduduk di Hulu Kelantan bakal beroleh manfaatnya. Mereka dijanjikan dengan habuan hak milik tanah dan tapak rumah, namun sampai sekarang hanya debu-debu tanah sahaja yang kelihatan. Sebaliknya yang berlaku tauke-tauke syarikat yang sudah sedia kaya semakin kaya raya, manakala ramai pemimpin PAS yang dulunya hanya memiliki rumah kayu kini bertukar menjadi rumah batu bertingkat, dari satu motokar kecil sekarang berbuah-buah kenderaan tersusun di depan rumah. Pemimpin PAS yang dulunya setia pada isteri nan satu kini memasang cawangan baru, tidak cukup dua ditambah menjadi tiga. Puas melabuh sauh dalam negara ada yang merantau hingga ke Kemboja untuk mendapatkan selera baru yang berkenan di mata. Di masa yang sama berbelas orang pemimpin PAS negeri menikmati laba keuntungan apabila bertuah memperoleh hak milik tanah di kawasan tersebut. Anak dan isteri pemimpin PAS tidak ketinggalan menikmatinya tapi rakyat yang menanti terus kempunan. Rakyat terus termangu-mangu menantikan janji bulan jatuh ke riba dan terus hiba hatinya lebih-lebih lagi melihatkan tanah yang dulunya diteroka kini sesuka hati dirodok dan dinikmati hasil mahsulnya oleh tauke-tauke Cina yang begitu akrab dengan pemimpin PAS negeri. Dalam tempoh beberapa ketika berlalu, juga bertempat di Hulu Kelantan lebih 10,000 ekar tanah yang kaya dengan kayu kayan balak bernilai tinggi kini pula telah menjadi milik pemimpin Cina DAP dari Perak untuk selama lebih setengah abad mendatang. Sekali lagi rakyat termangu sendirian mengenangkan apa malangnya nasib mereka sering kali di anak tirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Entah sampai bila mahu bersabar, lagi lama ditahan entah-entah lebih banyak tanah tergadai dan maruah negeri diinjak-injak oleh orang luar dan hasil buminya mengalir tanpa memberi manfaat pada rakyat pribumi sendiri. Tidak cukup apa yang berlaku di Hulu Kelantan, di pusat bandar Kota Bharu yang khabarnya gah dilabelkan sebagai bandaraya Islam contoh oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih 300 ekar tanah sudah sah dipajak hak miliknya kepada sebuah syarikat bukan bumiputera. Katanya mahu mengindahkan tebing sungai Kelantan melalui projek yang dikenali sebagai Lembah Sireh. Maka para petani yang dulu mendapat rezeki lumayan hasil tanaman di tebing sungai itu dipindahkan dan hanya mendapat sedikit pampasan wang ringgit antara RM100 hingga RM900 sebulan selama 3 tahun. Hasil projek itu maka berdiri megahlah sebuah pasaraya besar Tesco yang dianggap oleh MB Kelantan sebagai simbol kemajuan negeri ini, sedangkan projek utama yang sepatutnya diutamakan seperti sebuah masjid, dua buah jambatan, sebuah stadium dan gerai jualan yang mempunyai kepentingan umum hingga sekarang gagal dibina. Mujur ada Kerajaan Pusat yang prihatin menyegerakan pembinaan salah satu jambatan tersebut iaitu Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang kini sudah boleh digunakan, jika ditunggu-tunggu syarikat kepercayaan Kerajaan PAS Kelantan membinanya, tujuh keturunan pun belum tentu siap sebatang tiang konkrit pun. Namun di sebalik kegagalan syarikat swasta itu mematuhi perjanjian sumbangan projek sebagai galang ganti pemindahan hak milik tanah, Kerajaan PAS Kelantan terus berlembut tanpa sebarang tindakan tegas, sedangkan hampir sebahagian tanah ini telah pun dipajak pula kepada institusi kewangan bagi membolehkan syarikat tersebut beroleh pinjaman berpuluh juta ringgit. Entah apa malang nasib rakyat Kelantan, dalam kesukaran mereka mendapatkan hak milik tanah walaupun wang deposit sudah dibayar, mudah pula bagi syarikat-syarikat luar dan pemimpin-pemimpin politik yang berkepentingan dengan Kerajaan PAS Kelantan memperoleh tanah yang berekar-ekar luasnya. Sampai bila agaknya rakyat pribumi sanggup bersabar membiarkan tanah negeri dan hasil bumi terus mengalir ke tangan orang lain? PRU 13 yang sudah tidak berapa lama lagi adalah satu-satunya peluang besar untuk rakyat Kelantan mengubah senario yang berlaku. Jika tidak sekarang, sanggupkah kita menunggu 5 tahun lagi yang mungkin tika itu sudah terlambat apabila hampir setiap inci tanah negeri ini dipajak kepada pihak lain, barulah tika itu terdetik kesedaran untuk kita bangkit memprotes demi mempertahankan hak anak negeri? Tepuk kepala tanya akal yang waras!!!
Tuesday, February 12, 2013
Gesaan Guan Eng Gagal
PULAU PINANG 11 Feb. - Gesaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya pengunjung ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) negeri hari ini beramai-ramai memakai baju merah, kuning dan hijau propembangkang ternyata tidak mendapat sambutan.Gesaan tersebut ternyata tidak diendahkan dan pengunjung pelbagai kaum kelihatan cukup gembira menyambut perayaan tersebut di padang Kolej Han Chiang di sini.
Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Sherlyn, 33, berkata, dia bersama enam ahli keluarganya sanggup menempuh kesesakan lalu lintas semata-mata mahu meraikan Tahun Baharu Cina bersama pemimpin nombor satu negara.Menurutnya, tahun ular pada kali ini lebih bermakna kerana dapat meraikannya bersama Perdana Menteri.
"Kami sekeluarga berada di sini sejak pukul 9.30 pagi bagi mendapat tempat di bahagian paling hadapan walaupun Perdana Menteri dijadualkan tiba pukul 11 pagi," katanya kepada Utusan Malaysia.
Seorang remaja, Goh Tian Yong, 16, memberitahu, dia bersama keluarganya sanggup berjalan kaki sejauh kira-kira 10 kilometer dari rumah mereka untuk ke situ."Sebagai seorang warganegara, saya begitu teruja untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama kaum lain," ujarnya.Adiknya, Goh Sin Ni, 13, pula menjelaskan, dia tidak menyangka dapat melihat Perdana Menteri secara dekat.Apatah lagi tambah beliau, Najib merupakan idola dalam hidupnya.
"Saya kagum dengan Najib kerana beliau merupakan pemimpin yang tidak meminggirkan mana-mana kaum berdasarkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan," ujarnya.
Kira-kira 80,000 orang menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional negeri itu.Majlis diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba pada kira-kira pukul 10.45 pagi.
Yang hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen serta pemimpin-pemimpin komponen BN lain.
Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu Oppa Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah.
Guan Eng sebelum ini menyeru orang ramai yang mahu hadir ke majlis berkenaan memakai baju kuning sebagai tanda sokongan kepada himpunan Bersih anjuran pembangkang, hijau untuk alam sekitar dan merah bagi Pulau Pinang
Monday, February 11, 2013
Krisis Air: Beku Peruntukan Adalah Penyelesaian??!
Tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membekukan perbelanjaan modal (capex) kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dari tahun 2008 sehingga sekarang satu penganiayaan kepada rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Abdul Razak.
Beliau berkata, Syabas juga dianiaya kerana kerajaan negeri bukan sahaja bersikap lepas tangan ketika Selangor diancam krisis bekalan air tetapi juga menafikan kelulusan untuk syarikat itu mencari pembiayaan sama ada daripada sumber dalaman atau luar seperti bank komersial.
Namun, katanya, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM120 juta untuk memperbaiki sistem pembekalan air di Selangor baru-baru ini, ia ditohmah pula sebagai usaha menyelamatkan syarikat kroni.
"Kenapa kerajaan negeri tidak mengeluarkan apa-apa pun bantuan dalam menangani krisis air di Selangor? Mereka hanya bercakap, mengkritik, melemparkan tuduhan sama ada kepada Kerajaan Persekutuan ataupun Syabas tetapi tidak menghulurkan apa juga bentuk bantuan," katanya kepada Bernama.
Beliau mempersoal kenapa kerajaan Selangor sehingga hari ini bersikap lepas tangan dan menyalahkan Syabas sepenuhnya sedangkan tanggungjawab menyediakan air bersih jelas terletak pada kerajaan negeri bukan Syabas sepenuhnya.
Sulaiman menjelaskan, Syabas hanyalah syarikat yang mengedarkan air terawat yang dibeli daripada syarikat-syarikat yang memproses air mentah dan adalah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor untuk memastikan air yang diproses dan kemudiannya dibekalkan kepada rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah mencukupi.
"Jadi saya tak nampak kenapa peruntukan RM120 juta ini nak dijadikan isu sedangkan dalam waktu yang sama mereka tidak menyumbang apa-apa pun bagi mengatasi masalah air yang sedang berlaku di Selangor.
"Inilah persoalan yang saya nak beritahu kepada Menteri Besar dan rakyat negeri Selangor. Kita kena tengok dalam keadaan ini, kerajaan negeri hanya nak mempolitikkan isu air ini, dengan harapan dapat membina satu persepsi yang buruk kepada kerajaan Persekutuan, kepada Syabas," katanya.
Beliau menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar bersama-sama bertanggungjawab dalam soal krisis air di negeri ini dengan menarik balik arahan pembekuan perbelanjaan modal untuk membolehkan Syabas beroperasi tanpa gangguan politik.
Ditanya mengenai contoh penganiayaan yang dimaksudkan, Sulaiman berkata, Syabas sepatutnya sudah dapat menggantikan 2,000km paip-paip lama dalam usaha mengurangkan air yang tidak mendatangkan hasil (NRW) seperti yang dikehendaki dalam perjanjian konsesi namun hanya berupaya menggantikan 800 km paip ekoran pembekuan itu.
"Akhirnya, banyak air yang hilang sewaktu penghantaran, sama ada paip bocor atau melalui kecurian. Dalam isu NRW ini, kalau betul kerajaan negeri tak nak jadikan isu politik, sepatutnya mereka dah tarik balik pembekuan capex ini.
"Rakyat pada keseluruhannya amat dukacita kerajaan Selangor nampaknya melepas tangan dan meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada Syabas. Itu sahaja yang mereka mampu buat dalam keadaan krisis air," katanya.
Beliau juga berkata, Abdul Khalid sepatutnya turun padang sendiri bagi merasai kesengsaraan rakyat yang menghadapi masalah bekalan air seperti yang melanda banyak kawasan di Ampang dan Pandan bulan lepas terutama mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa dan pangsapuri. - BERNAMA


