Sunday, November 4, 2012

Nik Aziz Atau Soi Lek Yang Tertekan?

Angin tak ada, ribut tak ada, sepantas kilat Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil ke depan untuk memperlekehkan penjelasan dari Presiden MCA Chua Soi Lek berkenaan kritikannya terhadap hudud PAS.

Biasanya jika melibatkan maruah dan kesucian Islam, amat jarang sekali untuk Nik Aziz segera tampil ke depan mengulas panjang. Tengok sajalah dalam isu Ngeh Koo Ham dari DAP itu hari, jenuh menunggu komen balas dari Nik Aziz.

Malah dalam isu pencegahan murtad oleh JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor akhir tahun lalu juga, sukar sekali untuk membaca komentar dari Nik Aziz yang bersifat membela Islam, sebaliknya sebahagian besar kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS ialah mencerca tindakan kuatkuasa oleh JAIS itu. T

api kali ini, tak semena-mena Nik Aziz segera menonjolkan dirinya untuk mengulas dan menghentam penjelasan oleh Soi Lek. Malah dengan bangganya Menteri Besar Kelantan itu mendakwa Soi Lek sudah tertekan apabila memberi penjelasan terbuka selepas timbulnya daripada pemimpin dan penyokong PAS terhadap komentarnya sebelum ini.

Menariknya, baru sahaja sekitar seminggu dua lepas khalayak umum didedahkan dengan kenyataan semberono dari Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 yang memberi lampu hijau untuk DAP menghina Islam atas alasan para pemimpin DAP bukannya beragama Islam.

Manakala para pemimpin PAS yang lain termasuk Presidennya, Hadi Awang pada 12 Ogos 2012 pula mengakui DAP berhak menolak dan mempersoalkan hudud, juga dengan beralasan bahawa pemimpin DAP tidak beragama Islam. Tiba-tiba sekarang, Nik Aziz bertegas menganggap Soi Lek tertekan kerana telah menghina Islam.

Betulkah Soi Lek yang tertekan atau sebenarnya Nik Aziz yang sedang menghadapi tekanan?

Dalam penjelasannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu Soi Lek menegaskan kritikannya hanya terhad pada kesan hudud PAS terhadap ekonomi, sama sekali tidak bermaksud mempertikaikan ajaran Islam.

Mengikut fahaman Nik Aziz, barangkali Soi Lek hanya perlu menutup mulut sendiri membiarkan saja kritikannya terhadap hudud PAS dimanipulasi kononnya menghina Islam barulah dikatakan beliau tidak tertekan. Presiden MCA itu pula tentunya tidak akan berdiam diri apabila melihat komennya telah disalah tafsir oleh PAS dan PR hanya semata-mata untuk memenuhi agenda politik kepartian PAS dalam usahanya membela sikap keras DAP terhadap orang Melayu Islam dan agama Islam itu sendiri. Nik Aziz sebenarnya terasa agak terpukul apabila Soi Lek secara terbuka mengakui kritikannya hanya ditujukan pada hudud PAS, itu salah satu puncanya yang menyebabkan tiba-tiba laju ja Nik Aziz mengomel balas.

Lebih-lebih lagi apabila Soi Lek turut mengimbas kembali janji PAS melalui manifesto pilihanraya 1986 yang menyatakan bahawa perlaksanaan hudud akan turut meliputi orang bukan Islam, dan jelas berbeza dengan hudud PAS versi 1993.

Kelu lidah Nik Aziz untuk mencari jawapan konkrit kenapa adanya perbezaan antara hudud dalam manisfesto 1986 dengan hudud PAS versi 1993. Tak terjawab beb.

Sahlah, yang sebetul-betulnya tertekan dalam isu hudud PAS ini ialah Nik Aziz itu sendiri.


ANWAR DONG ZHONG BERSEKONGKOL HAPUS AGENDA PENDIDIKAN MELAYU

Antara yang bakal menjadi mangsa sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya ialah bidang pendidikan khususnya bagi anak-anak Melayu. Secara ringkas kewujudan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil sumbangan besar melalui Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960 yang menyusuli Penyata Razak sebelum merdeka pada 1956.

Penyata Razak kemudiannya telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 yang antara lain menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sekaligus berperanan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Ia juga bertujuan mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu di samping mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.

Semua ini adalah dengan objektif untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, bertoleransi, terlatih, liberal dan progresif. Kemudian bidang pendidikan melalui satu lagi fasa baru apabila Laporan Jemaah Menteri 1979 dibentangkan dengan tujuan utama untuk mengkaji semula matlama-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan bagi memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyrakat yang bersatu berdisiplin dan terlatih.

Pada tahun 1996 Akta Pendidikan digubal yang merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 serta berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dilancarkan pada 1983 menjadi mencetus kepada penggubalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dan terakhir Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September 2012.

Ia menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara berdasarkan keberhasilan pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. Dalam semua dasar, program serta perancangan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 55 tahun sejak merdeka, matlamat memperkasakan pendidikan anak-anak Melayu sentiasa menjadi asas yang kukuh di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Atas dasar pendidikan pro-Melayu inilah berpuluh ribu anak-anak Melayu mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di luas negara di atas biasiswa kerajaan.

Ini tidak termasuk ratusan ribu lagi graduan Melayu yang berjaya dihasilkan melalui institusi-institusi awam tempatan. Institut Teknolgi MARA telah dinaiktaraf kepada universiti dan kampusnya dibina di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang telah membantu puluhan ribu anak-anak Melayu dari kampung, desa dan luar bandar.

Diperingkat sekolah menengah kerajaan telah membina beratus-ratus sekolah sains dan Maktab Rendah Sains MARA berasrama penuh yang juga menyediakan pendidikan kepada jumlah anak-anak Melayu yang mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang. Dasar pendidikan pro-Melayu ini bakal terancam dan terhakis angkara seorang yang bernama Anwar Ibrahim yang cita-cita hidupnya hanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Perbuatan beliau menyambut dengan penuh kemesraan kira-kira 500 ahli pertubuhan pendidikan Cina yang ekstrim yang bernama Dong Zhong di Parlimen pada 28 September lalu dianggap satu pengkhianatan amat besar kepada umat Islam. Apatah lagi tindakan itu seakan dirancang kira-kira dua minggu setelah pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2035).

Mengapa Anwar sanggup berpeluk dengan pemimpin Dong Zhong yang bersikap ekstrimis dan hanya mementingkan agenda pendidikan Cina tidak susuh untuk dianalisa. Anwar perlukan sokongan DAP untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri sementara Dong Zhong adalah dahan daripada pokok parti rasis Cina itu.

Ketua Pembangkang itu rela Dong Zhong mempertikaikan Akta Pendidikan 1996 yang mana Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pernah mempertahankan bermati-matian. Kini Anwar sudah bertukar angin kerana sanggup melayan tuntutan-tuntutan Dong Zhong yang melampaui batas. Bukankah keterlaluan namanya itu jika Dong Zhong mendesak kerajaan supaya membenarkan mata pelajaran Sejarah berasaskan sejarah China diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)?

Di manakah Anwar meletakkan akal dan otaknya ketika Dong Zhong mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara? Apakah Anwar kini sanggup anak bangsanya merempat di tanah air sendiri jika Dong Zhong satu hari nanti mampu mencapai hasrat dan cita-citanya yang diperjuangkan sejak puluhan tahun lalu.

Adalah ini satu sifat seorang pemimpin yang bangga digelar Islamik dan kononnya pejuang bangsa? Dakapan mesra Anwar hanya indikasi kepada satu titik permulaan yang bakal meranapkan agenda pendidikan Melayu ayng dilakukan oleh seorang yang menggelar dirinya reformis dan pejuang rakyat.


Saturday, November 3, 2012

Buang SUK, Ustaz Azizan ada Berani?!

Kedah terus bergolak apabila beberapa pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan secara berterusan memberi tekanan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah Datuk Rasli Basir agar meletak jawatan. Beberapa demonstrasi diadakan oleh pihak ini bagi memaksimakan tekanan dengan harapan Datuk Rasli akan meletakkan jawatan, atau Menteri Besar Kedah serta DYMM Sultan sendiri akan mengambil tindakan sewajarnya.

Blog-blog penyokong PAS di Kedah juga turut membantu usaha ini dengan memburuk-burukkan Datuk Rasli. Berbagai teori dibentangkan lengkap dengan kisah-kisah sebalik tabir yang digambarkan dari berbagai sudut. Walaubagaimanapun, sudut penceritaan adalah terpulang kepada kepentingan para blogger yang menulis kisah tersebut. Bagi menjustifikasi tentangan mereka terhadap Datuk Rasli, blogger PAS ini sanggup berkata apa saja termasuk menggambarkan exco Kedah Phahrolrazi yang menimbulkan kontroversi kerana terlalu gilakan jawatan MB sehingga sanggup menentang Azizan secara terbuka, sebagai dibeli oleh Datuk Rasli di padang golf untuk menggantikan Azizan dan seterusnya menjadi MB boneka UMNO!

Jika itu belum cukup untuk membuatkan kita terkesima, maka blogger PAS juga secara terang-terangan menuduh pihak istana juga telah dibeli oleh Datuk Rasli! Antara kenyataan dari blogger PAS ialah, “Dato Rasli bijak dalam main jarum halus. Kerabat2 pihak Istana dia dah kawai, dah sokong dia untuk terus jadi SUK. Baguslah sebab kerana budi digadai body. Dato Phahrol pun depa dah beli di padang golf,berpelok2 dgn Man Saad. Sekarang depa minta Dato Phahrol perjatuh Ostat supaya Dato Phahrol jadi MB, jadi boneka UMNO.

” Di kala Kedah sedang berhadapan dengan pendedahan audit yang menggambarkan kelemahan serta masalah korupsi dan kronisme yang kronik di negeri itu, tumpuan PAS terhadap isu SUK ini amatlah membingungkan. Sepatutnya, semua pihak mendesak siasatan dilakukan terhadap semua projek-projek yang bermasalah yang terdedah dalam laporan audit bukannya sibuk menjatuhkan orang itu dan orang ini atas alasan-alasan yang rambang. Apa yang dapat difahami dari semua tekanan yang diberi terhadap Datuk Rasli ialah, ianya berpunca dari tindakan beliau menukar Ahmad Fisol Md Nor, Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala Muda.

Ahmad Fisol atau Hj. Fisol yang terkenal sebagai ‘pensimpati’ PAS sejak zaman pemerintahan BN lagi telah lama menyimpan dendam kerana merasakan bahawa jawatan SUK itu sepatutnya menjadi miliknya berdasarkan sokongan beliau kepada PAS selama ini. Untuk pengetahuan, Datuk Rasli bukanlah orang politik dan beliau tidak pandai menangani serangan bersifat politik oleh Hj. Fisol.

Selama ini beliau bertugas secara professional menjalankan tanggungjawabnya sebagai pegawai kerajaan negeri. Berlainan dengan Hj. Fisol yang mana gerakan politiknya kelihatan begitu terancang dalam usaha beliau menjatuhkan Datuk Rasli. Seluruh blog PAS Kedah membelanya dengan mengulang-ulang memaparkan cerita dari artikel yang sama bagi menyebarkan keburukan Datuk Rasli.

Malang bagi Kedah kerana mempunyai Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa. Sedangkan pendedahan audit yang melibatkan kerugian berjuta ringgit yang tidak masuk akal juga tidak mendapat komen jelas darinya, inikan pula masalah politik dalam pentadbirannya. Apa yang difahamkan ialah Ustaz Azizan adalah seorang yang amat mudah dipengaruhi jika kena caranya. Dan sekali beliau terpengaruh, beliau akan mempercayai orang tersebut 100%.

Lanjutan itu, sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa Ustaz Azizan sudah pun dipengaruhi oleh pihak Hj. Fisol yang meletakkan semua kesalahan dan kelemahan dalam pentadbiran Kedah ke atas bahu Datuk Rasli. Kononnya, Datuk Rasli sengaja ingin menonjolkan kelemahan Ustaz Azizan melalui kelulusan dan pengurusan projek-projek yang bermasalah. Namun, pihak dalaman cukup maklum bahawa Ustaz Azizan tidak mampu mengawal orang-orang kepercayaannya. Beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka sehingga mengatasi pegawai-pegawai kerajaan yang sepatutnya dipertanggungjawabkan.

Oleh yang demikian, banyak projek yang berjalan tanpa mengikut prosedur sepatutnya, di mana pegawai-pegawai kerajaan seperti Datuk Rasli diketepikan terus, konon atas perintah langsung Ustaz Azizan. Sikap Ustaz Azizan yang tidak boleh ditegur juga menyukarkan Datuk Rasli atau sesiapa sahaja untuk membantunya membuat keputusan yang tepat.

Akhirnya, bila sudah terhantuk, kepala Datuk Rasli pula yang dihulurnya untuk ditengadah. Ustaz Azizan seharusnya pantas membuat keputusan berkenaan tindakan yang sesuai supaya kemelut ini dapat diselesaikan segera. Membiarkan masalah ini berlarutan tanpa sebarang komen dan tindakan hanya menimbulkan tandatanya rakyat selain membuang masa serta menjejaskan urusan pentadbiran negeri. Datuk Rasli dilantik oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang kini Yang di-Pertuan Agong.

Oleh itu, jika Ustaz Azizan percaya yang Datuk Rasli telah dengan sengaja ‘menganiayanya’, maka beliau wajar mendesak DYMM Sultan untuk menyingkirkan Datuk Rasli. Semakin lama Azizan membiarkan perkara ini berlarutan, semakin terserlah bahawa beliau sebenarnya mencabar pilihan Sultan.

Sebagai Menteri Besar Azizan perlu bertanggungjawab atas apa jua keputusannya sama ada untuk mendesak penyingkiran Datuk Rasli atau mengekalkan beliau di tempatnya. Apapun, Azizan tidak boleh berdiam diri, menutup mata dan memekakkan telinga seolah-olah tiada apa yang berlaku di sekelilingnya.


Friday, November 2, 2012

Lembah Sireh-Amanah Rakyat Bertukar Milik?!

Lebih kurang seminggu dua kebelakangan ini, Kerajaan PAS Kelantan kelihatannya tak senang duduk, masing-masing semacam kehangatan dan keresahan lebih daripada biasa.

Ramai pemimpin utama negeri bermula dari Exco-Exco hinggalah Timbalan Menteri Besar dan Menteri Besar sendiri yang terpaksa tampil ke depan untuk memperjelaskan isu skandal Lembah Sireh.

Penjelasan yang keluar dari mulut masing-masing ada pelbagai versi, ada yang mengatakan projek tersebut tidak merugikan, projek itu mungkin gagal, ada yang kata cuma kurang berjaya, kononnya pula bermasalah dengan soal tebus guna tanah dan itu ini segala macam aneka alasan.

Satu yang pasti, kesemua mereka sedaya upaya cuba menggambarkan Projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, Kota Bharu yang kosnya dianggarkan sekitar RM2 bilion itu bebas daripada skandal, penyelewengan dan salah guna guasa mahupun rasuah. Hakikatnya projek pembangunan di Lembah Sireh itu sehingga kini hanya 5% saja yang berjaya disiapkan sebagaimana diakui sendiri oleh Exco Kerajaan PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan.

Itupun hanya melibatkan projek komersial termasuklah pembinaan sebuah Pasaraya Besar Tesco, lot-lot kedai dan beberapa pembangunan lain yang tidakpun berbaloi dengan nilai tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) yang sudah menjadi hakmilik syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd. Manakala pembinaan komponen utama yang membabitkan kepentingan orang ramai seperti Jambatan Baru Palekbang (RM150 juta), sebuah masjid (RM20 juta) dan Stadium Tertutup Wanita (RM25 juta) hingga kini satu pun gagal untuk dibina.

Sedangkan kesemua komponen ini sepatutnya sudah siap sejak tahun 2007 lagi. Mentang-mentanglah kesemua pembinaan komponen di atas tidak menguntungkan poket para kroni maka sengaja diabaikan konon atas alasan harga bahan mentah telah meningkat naik.

Kalau setakat lewat disiapkan boleh tahan lagi, sekurang-kurangnya rakyat tahu tanah seluas 716.8 ekar yang sudah menjadi hakmilik Liziz Standaco itu tidaklah sia-sia kerana projek tetap berjalan.

Masalah sekarang tanah sudah tergadai bertukar milik tapi projek pembangunan sebagai komponen utama yang nilainya hampir setara dengan nilai tanah berharga RM318.29 juta itu waima satu tiang dan batang besi pun tak kelihatan.

Malah Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang pada asalnya termasuk dalam komponen tersebut yang patut dibina dan disiapkan oleh kerajaan PAS Kelantan melalui syarikat swasta yang dilantiknya itu pun tak termampu dibuat, akhirnya Kerajaan Pusat juga yang kena tolong binakan. Bila Kerajaan Pusat dah tolong bina bermakna berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 8 Julai 2003 yang turut dihadiri oleh Nik Aziz selaku MB Kelantan, maka Liziz Standaco sebagai pemaju projek perlu membayar wang sekurang-kurangnya RM90 kepada Kerajaan Negeri.

Di manakah wang tersebut itu sekarang? Satu perkara lagi yang cukup meragukan kenapa tanah yang ditafsirkan bernilai RM318.29 juta itu diberi kebenaran untuk dipindah hak milik kepada syarikat swasta itu, sedangkan sepatutnya ia hanya dilakukan selepas keseluruhan projek pembangunan siap dilaksanakan.

Nilai RM318.29 juta jauh lebih besar dari isu NFC yang diberi pinjaman RM250 juta untuk projek ternak lembu skala besar.

Jika isu NFC begitu kecoh dipersoalkan sedangkan syarikat tersebut tetap wajib membayar pinjaman mengikut jadual, kenapa pula dalam skandal Lembah Sireh yang melebihi angka RM300 juta melibatkan pemindahan hakmilik tanah tanpa mengikut prosedur mahu dibiarkan saja?

Apabila keseluruhan projek Lembah Sireh ini diakui kurang berjaya atau dengan kata mudah telah gagal berjalan mengikut jadual, manakala hakmilik tanah sudah tergadai, maka jelaslah memang wujud unsur penyelewengan ataupun berlaku salahguna kuasa yang serius. Jika segala jawatankuasa kerja teknikal benar-benar melaksanakan tanggungjawab mereka memantau projek ini sepertimana yang didakwa oleh pemimpin Kerajaan PAS Kelantan, maka sewajarnya tidak akan timbul isu tanah bertukar milik tanpa prosedur dan syarikat swasta itu pula akan patuh membina kesemua komponen yang wajib dibina oleh mereka.

Seseorang mesti mengambil tanggungjawab diatas kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau perjalanan projek Lembah Sireh ini.

Tanah hakmilik negeri yang merupakan amanah rakyat kepada Kerajaan PAS Kelantan sudah bertukar milik manakala para petani yang dulu bercucuk tanam mencari rezeki di tebing Sungai Kelantan sudah dihambat keluar.

Serban dan jubah yang sering dipakai oleh pemimpin PAS Kelantan bukannya jawapan konkrit untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku.

Kini masanya rakyat menuntut pihak berkuasa segera mengambil tindakan dan mengheret si penyangak ke muka pengadilan.


PR And Al-Arqam's ‘Wife-Swaping’ Culture Are The Same?

Ustaz Badrol Amin, PKR Selangor's Senior Leader has once again shocked the country yesterday. Previously, he triggered a controversy as he was involved in a vice case with another man's wife in a hotel when he attended a party program.

This time, this Uztaz was arrested for being involved in a deviant teachings' assembly which was suspected to be 'Aurad Muhammadiah' and the attempt to bring back Al-Arqam teachings.

The assembly had broken Section 12 (C), Selangor Syariah Crime Enactment. Jais's raid was made at about 10:30pm and a few of the group's committee members were arrested to assist the investigation.

An estimated 3,500 followers attended the assembly. It was understood that the assembly was held in conjunction of the anniversary of their senior leader, Allahyarham Ashaari Muhammad.

The assembly was themed "Abuya Kept On Leading Even After Death". Badrol Amin's involvement in Al-Arqam does not even shock us. Actually, ‘Ustaz’ such as Badrol Amin is all over the opposition coalition, they are in both PKR and PAS.

They would have people call them Ustaz and they would always act all Islamic, all to cover up their real hobbies, committing vice. Their crime would then always be covered with the excuse of 'it is on the name of religion'.

For example, after being caught for committing vice with another man's wife, Badrol Amin's excuse was that he was giving marriage counselling based on his status as an Ustaz. Despite that, such excuse would never be accepted by the public because it is clearly wrong to provide counselling by sleeping together in a room with non-muhrim partner no matter what status one might have in the religious industry.

The fact is, committing vice is a normal thing among opposition leaders. Other than Mat Sabu, there are also ADUN PAS Perupok, ADUN PAS Selinsing and let's not forget Anwar Ibrahim, Azmin Ali, and even Mustafa Ali who was said to be involved in a sex scandal. According to records, almost all of their cases involve other people's wives or to be precise, their friends' wives.

Wife swapping.

Thus, it is not surprising if there are a few of them are into Al-Arqam because the culture in Al-Arqam really fit their hobby where people could swap their partners with those who are in their circle.

Al-Arqam even made the whole thing halal. In a way, they could live the open sex relationship without feeling guilty or sinned. That is the only thing those people like to have. We believe that Badrol Amin is not alone in dreaming of having such life, but most PR leaders usually have the same dream as he has.

With Anwar Ibrahim as their leader, their dream might just come true if PR takes over the country.


Thursday, November 1, 2012

ANWAR USES TAXI DRIVERS TO MAKE NAJIB LOSE CONFIDENCE IN HIMSELF


Taxi drivers have come out with demands despite the services they have been providing are below par…below expectations of the increasingly sophisticated public.
They demanded that the government treat them well, give them priority when making policies regardless whether their services are good or bad.
They threatened the government that they would rally all taximen around the country to protest if their demands are not met.
And who is behind them? Of course, none other the party led by rebel rouser ASnwar Ibrahim, PKR, always take advantage of the situation whenever there is satisfaction.
PKR does not care whether the matter is right or wrong, whether the taximen are really being suppressed or victimized or the taximen are holding the government at ransom with their demands, Anwar does not care.
What he cares most is his benefit from the situation arising, that these taximen would be his potential votes in the coming general election if he knows how to play his card right.

Opportunists or not, Anwar and gang – DAP and PAS – do not have the general population’s interest at heart, their consideration right now is to win votes, bring down BN, march to Putrajaya.
Taximen, not all, are actually pampered lot. They have all the opportunity in the world to make a decent living and a comfortable one if they are sincere and honest.
Several Malays and non-Malay taxi drivers said they make around RM2,500 nett a month by just picking and dropping off passengers, no ripping them like hiking the prices and not using meters.
Normal daily honest work and they earn that much and they never blame the government for anything, free bus around Bukit Bintang or not, airport can take passengers or not, they still earn that much.
But this group led by Mohd Ridzwan Mohd Daud and backed by PKR, they demanded the government to give them ‘preferential treatment’ despite thousands of complaints from the public of their ‘arrogance and negative attitudes’.
What they doing right now is ‘joining the band wagon’ of several other groups, namely NGOs backed by the oppositions, to make demands given the ruling party’s attitude of accommodation now, non-confrontational.
Many among the public said the government should not give in to them as they are being made use by the opposition, not genuine and of this group themselves are with the oppositions.
That is why, according to some members of the public, this group is actually trying to create uneasiness and following Anwar’s tactic of creating trouble and doubts the confidence of the

AGENDA KRISTIANISASI PAKATAN RAKYAT SEMAKIN RANCAK

Sebuah pertubuhan Kristian yang berpengaruh di Sabah yang dikenbali sebagai 'The National Fellowship (NECF) Commission on Sabah Affairs' atau COSA membantah satu cadangan enakmen negeri yang mewajibkan masjid dibina di kawasan perumahan baru.

Menurut kumpulan Kristian ini langkah tersebut akan menyebabkan jurang perbezaan yang lebih besar di antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negeri itu.

Kalau di Sabah COSA merupakan kumpulan yang memperjuangkan hak penganut Kristian serta menyusun aktiviti penyebaran ajaran agama itu, di Semenanjung pula organisasi yang sama wujud dipanggilNational Evangelical Christian Fellowship Malaysia.

Kedua-dua pertubuhan mempunyai pengerusi yang sama iaitu padri bernama Datuk Jerry Dusing. Beliau mengatakan cadangan enakmen itu seolah-olah mengambarkan agama Islam sahaja yang wujud di negara ini. Ini adalah satu pemikiran yang cuba memesongkan fakta sebenar dan mempengaruhi rakyat di negara ini supaya menentang Islam.

Bantahan yang dibuat oleh COSA boleh dianalisa daripada beberapa segi. Pertama, golongan Kristian yang dianuti kira-kira 28 peratus daripada keseluruhan penduduk Sabah dan 9.1 peratus penduduk Malaysia, kini merasakan mereka sudah cukup kuat dan berpengaruh untuk mencabar kedaulatan dan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Ini jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menyebut bahawa "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

" Dengan sokongan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, golongan Kristian di negara ini bukan sahaja di Sabah sudah mula menunjuk taring sejak Pakatan Rakyat memang besar pada Pilihan Raya Umum ke 12 tahun 2008 lalu.

Bermula dengan isu terjemahan kitab Injil ke dalam bahasa Melayu yang dipanggildi Al-Kitab sehinggalah kepada tindakan Anwar mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian, agenda Kristianisasi menjadi semakin rancak dan menular secara lebih aktif.

Tindakan Kristian di Sabah membantah pembinaan masjid-masjid di kawasan perumahan baru adalah satu lagi usaha mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama utama yang diiktiraf di negara ini. Jadi apa sahaja usaha kerajaan untuk memartabat, memakmur serta meningkatkan syariat Islam di mana-mana negeri di Malaysia termasuk Sabah, sesekali tidak boleh dicabar apatah lagi dipertikaikan kerana ia merupakan hak yang telah termaktub secara hakiki di dalam Perlembagaan.

Perlembagaan tidak menyebut nama mana-mana agama seperti Hindu, Buddha atau Kristian di mana-mana bahagian di dalam perundangan utama negara tetapi satu-satu agama yang disebut dan disahkan sebagai agama negara ialah Islam dan hanya Islam sahaja. Menurut Perlembagaan agama-agama lain dibenarkan berfungsi dalam keadaan "aman dan damai" di negara ini.

Agama seperti Kristian hanya dibenarkan bergerak sekiranya ia tidak memberi sebarang mudarat atau bahaya kepada Islam.

Jika golongan Kristian yang menganggotai COSA membantah apa-apa sahaja mengenai Islam maka tafsiran peruntukan Perkara 3 (1) akan bertindak balas kerana tindakan itu dilihat tidak lagi mempunyai elemen "aman dan damai" malah boleh dikategorikan sebagai subversif dan melancarkan peperangan terhadap Islam.

Golongan Kristian mendapati agenda memerangi Islam dan seterusnya mengkristiankan bumi Melayu mampu dijayakan di atas platform Pakatan Rakyat yang mempromosi fahaman pluralisme agama dan liberalisme.

Anwar telah dijadikan alat oleh gerakan Kristian antarabangsa untuk memastikan agenda Kristianisasi berjalan secara lancar dan mencapai matlamat. Kini pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk ustaz-ustaz PKR dan PAS tidak segan silu sering kali memasuki gereja-gereja dan mengambil bahagian dalam upacara-upacara Kristian seperti menyalakan lilin dan sebagainya.

Begitu hebat Kristianisasi telah meresap ke dalam Pakatan Rakyat sehingga agenda Islam dan perjuangan agenda Melayu tidak lagi kedengaran malah terus dibenamkan. PAS sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan agenda Islam tidak lagi mampu melakukan apa-apa tatkala berdepan dengan usaha Kristianisasi yang hebat.

Ini kerana sekutunya, DAP telah berjaya melumpuhkan perjuangan parti Islam sehingga PAS kini tunduk dan patuh kepada segala kehendak parti rasis Cina itu. DAP yang kebanyakan pimpinan tertinggi serta ahli-ahli parlimen dan wakil-wakil rakyatnya beragama Kristian, menjadikan Kristianisasi sebagai agenda utamanya jika Pakatan Rakuat berjaya berkuasa di Putrajaya.

Ini adalah satu gambaran yang amat menakutkan kepada orang Melayu mengenangkan nasib yang bakal menimpa Islam jika keadaan ini menjadi realiti. Anwar sudah tidak peduli samada orang Melayu atau Islam 'survive' di negara ini kerana baginya apa sahaja yang boleh membantunya menjadi Perdana Menteri akan mendapat restu beliau hatta menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

UMNO adalah benteng terakhir yang perlu dipertahankan dalam apa jua keadaan sebagai pertahanan terhadap agenda jahat Anwar. Orang Melayu tidak lagi boleh bergantung kepada PAS sebagai pelindung Islam mahupun bangsa Melayu kerana kerakusannya untuk mendapat kuasa menyebabkan ia sanggup bersekongkol dengan kuasa Syaitan.