Saturday, December 1, 2012

Laksanakan Hudud?!

Kita sedia maklum bahawa UMNO hanya ada 77 kerusi parlimen daripada 222 kerusi parlimen yang ada di Malaysia. Bagaimana UMNO nak mendapatkan sokongan 2/3 di parlimen? Secara kasar, 2/3 daripada 222 kerusi adalah bersamaan dgn 148 kerusi sedangkan UMNO ketika ini hanya ada 77 kerusi sahaja? Kalau dicampurkan dengan jumlah kerusi parlimen UMNO, PAS & PKR (77+23+25) baru berjumlah 125 kerusi parlimen sahaja..maksudnya masih memerlukan 23 kerusi untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud..jadi, adakah kegagalan mendapat baki 23 kerusi ini adalah salah UMNO?? jika UMNO nak melaksanakan hukum hudud secara bersendirian sememangnya tak mampu sebab x dpt 2/3 sokongan ahli parlimen lagipun MCA & MIC sudah pasti tidak akan bersetuju..inilah realiti sebenar yang pihak pembangkang xnak cakap pada rakyat..

Ini adalah kerana golongan bukan Islam tidak dikenakan hukuman berat sama seperti hukuman hudud. Seterusnya sudah pastilah mereka tiada rasa takut langsung untuk melakukan lagi aktiviti jenayah ataupun maksiat. Sudah pasti golongan bukan Islam akan mentertawakan orang2 Islam kerana mereka (orang2 bukan Islam) buat salahpun xkan kena hukuman berat sedangkan kalau orang2 Islam buat salah akan dikenakan hukuman berat. Pada masa ini akan wujud gejala ejek-mengejek, rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam dan tidak mustahil akan wujud suasana ketegangan kaum dan agama.

Kesimpulannya; jenayah tetap akan berlaku walaupun hukum hudud telah dilaksanakan. Ini adalah kerana hukum hudud hanya dilaksanakan untuk umat Islam sahaja. Alasannya, hanya org2 Islam sahaja yang takut untuk melakukan maksiat ataupun jenayah, sedangkan golongan bukan Islam masih bebas melakukannya sebab tidak akan dikenakan hukuman berat pun..sedarkah anda bahawa di Malaysia ni wujud gangster2 yang terdiri dari golongan bukan Islam??? Oleh yg demikian, hudud tidak akan dapat membendung golongan bukan Islam dari melakukan maksiat serta aktiviti jenayah..

Pssssst pinjam ayat kawan ja.....ilmu tau ni. Sebarkan ya ;)

1 comment:

  1. Sebelum saya ulas lanjut, kalau tuan punya blog bijak berfikir, sila baca ini dulu...Kalaulah sekiranya semua ahli parlimen islam yang bertanding menang, mustahil atau tidak 2/3 parlimen untuk gubal undang2...

    http://beritasemasa.com/perhimpunan-umno-2012-agong

    ReplyDelete