Monday, October 22, 2012

Institusi Pengajian Pondok Diperkasa

Institusi pengajian pondok diperkasaPerkembangan dan masa depan institusi pengajian pondok di Negara ini akan bertambah kukuh berikutan pembentukan Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M).

Idea cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga penaung YPP1M itu, membolehkan organisasi berkenaan berfungsi sebagai pertubuhn bukan kerajaan (NGO) yang memayungi semua institusi pondok dan mengenal pasti potensi serta masalah institusi itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata ia juga bagi mengubah persepsi sesetengah pihak yang menyifatkan pengajian pondok sebagai mundur dan tidak berkembang.

Kikis imej negative“imej pelajar pondok sebagai kelas kedua, golongan taksub serta pelampau mesti dikikis kerana ia amat bertentangan dengan kewujudannya selama ini.

“Selain itu, matlamat utama YPP1M ialah mengiktiraf sumbangan institusi pondok terhadap pembangunan pendidikan agama selain bagi menghargai jasa ulama, tok guru dan tok mudir melahirkan generasi mahir ilmu agama,” katanya pada sidang media, di dini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YPP1M, Juhaidi Yean Abdullah serta Ahi Lembaga Pemegangnya, iaitu Penasihat Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut; Felo Kehormat Institut Pemikir dan Tamadun Islam Amtarabangsa (ISTAC), Prof Dr Uthman El- Muhammady serta Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang, Badli Shah Alaudin.

PM lancer YPP1MBancian YPP1M dari Ogos hingga September lalu mendapati ada 110 pondok berdaftar di Negara ini yang dijangka bertambah selepas pusingan kedua bancian dilaksanakan tidak lama lagi.

Mashitah yang juga Penasihat YPP1M, berkata antara aktiviti awal yayasan itu ialah mewujudkan pangkalan data institusi pondok dan dimasukkan dalam direktori untuk akses orang ramai yang akan sentiasa dikemas kini bagi memudahkan masyarakat khususnya ibu bapa mendapatkan maklumat mengenai institusi berkenaan.

Perdana Menteri dijadual melancarkan YPP1M bersama laman web yayasan itu pada 8 November ini di Masjid Taman Bukit Indah, Ampang yang dijangka dihadiri 400 pelajar pondok, selain menyampaikan Anugerah Tokoh Pondok 2012 kepada tiga ulama serta Anugerah Pondok Contoh 2012 kepada tiga pondok terpilih.


No comments:

Post a Comment