Thursday, July 26, 2012

Sebalik wajah SUARAM

http://donteatsemutbebanyak.blogspot.com/2012/07/beri-bonus-resahkan-dap-pkr-pas.html
SUARAM bijak menyamar sebagai badan bukan Kerajaan , namun setelah disiasat asal - usulnya, nyata SUARAM tidak lebih daripada boneka milik Anwar Ibrahim. Ini terbukti apabila sedikitpun maklumat mahupun keanggotaan pertubuhan mereka tidak dipaparkan di laman web mereka. Tidak hairanlah SUARAM sering terpekik terlolong membangkang pentadbiran Najib Tun Razak dan cuba menyabitkan PM dalam kontroversi pembelian kapal selam Scorpene. Rupa-rupanya SUARAM adalah sekutu rapat Anwar Ibrahim.

SIAPA SUARAM?

Lihatlah sendiri nama-nama dan latarbelakang aktivis senior dalam SUARAM yang mempunyai agenda terancang dalam menjatuhkan Kerajaan:

1.         Sivarasa Rasiah

Ahli parlimen Subang merangkap naib presiden PKR ini, telah lama menjadi pembela skandal seks Anwar Ibrahim. Kakak ipar beliau juga turut bekerja dengan kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng.

2.         Tian Chua

Tian Chua (ahli parlimen Batu dan naib presiden PKR), apa kurang gilanya? Tegar mencari publisiti murahan apabila cuba menukar Kuala Lumpur menjadi Tianamen dan Tahrir Square.

3.         Elizabeth Wong

Seorang ‘hippy’ yang pernah melalui proses pemulihan ketagihan dadah dan tidur dengan ramai lelaki ini kini muncul dengan imej ‘saya teraniaya’. ADUN Bukit Lanjang dan central committee member PRK ini turut menjadi aktivis dalam SUARAM.

4.         Irene Fernandez

Irene mula dikenali masyarakat setelah perjuangan beliau membela pekerja asing di Malaysia. Beliau telah berkali-kali bertanding dalam pilihanraya atas tiket PKR, namun tidak pernah mendapat tempat di hati rakyat.

5.         Syed Husin Ali

Bekas timbalan presiden PKR ini pernah berhasrat untuk bertanding di Kota Bharu melalui tiket PKR. Hasrat itu berkubur apabila Tok Guru Nik Aziz enggan menerima bekas komunis di Kelantan.

6.         Cynthia Gabriel

Direktor SUARAM ini merupakan PKR municipal councillor di MPPJ dan orang kuat dalam wayang isu Scorpene, sehingga sanggup terbang ke Bangkok, kononnya untuk mengadakan sidang media dengan peguam Perancis berkenaan dengan subjek yang sama.

PERANAN SUARAM DALAM ISU SCORPENE

Tabiat memukul canang tanpa bukti sudah jadi lumrah dalam SUARAM.

Kenapa SUARAM beria-ria mengadakan makan malam ehsan untuk mengutip wang membiayai kempen Scorpene 2.0? Apa kena-mengena kempen itu dengan hak asasi sesiapa?

Hakim Perancis yang menyiasat alegasi yang dibawa oleh SUARAM, telah terang-terang menyatakan bahawa beliau perlu masa selama dua tahun untuk membuat keputusan.

Kenapa SUARAM enggan menunggu?

Mengambil pendekatan mudah dengan menggembar-gemburkan fitnah terhadap kerajaan, sedangkan semua orang sudah tahu aktivis mereka orang kuat Pakatan Rakyat.

Apabila wartawan meminta akses kepada sumber siasatan dan bukti, SUARAM hanya menjawab kononnya, undang-undang Perancis melarang mereka membawa bahan bukti keluar dari negara itu.

Bahan bukti tidak boleh dibawa keluar dari Perancis, tapi mengapa SUARAM sudah membuat kesimpulan sendiri dalam media tempatan dan antarabangsa?

DUIT SUARAM

SUARAM menerima biaya dari National Endowment for Democracy (NED), sebuah badan yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Laporan tahunan NED telah menunjukkkan bahawa SUARAM menerima RM1,218,328.65 untuk tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009.

BADAN BUKAN KERAJAAN ATAU SDN. BHD.?

Jika benar SUARAM itu ‘hero’ hak asasi, kenapa mereka TIDAK BERDAFTAR di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia tetapi didaftarkan sebagai syarikat persendirian di bawah nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar sebanyak RM2 sahaja?

Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah menjelaskan bahawa SUARAM adalah sebuah entiti persendirian dengan keuntungan sebanyak RM500,000 pada tahun 2009 dan RM400,000 pada tahun 2010.

Kalau benar memperjuangkan hak asasi, kenapa SUARAM mendapat pulangan kewangan yang menguntungkan?

No comments:

Post a Comment