Tuesday, October 23, 2012

Tiada Perbicaraan Scorpene, SUARAM Bunuh Altantuya?

Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama. Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata.

Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia. Walaupun begitu, tidak bermakna si pengkhianat ini merasa malu atau bersalah kerana menipu kerana sifat itu sudah tidak lagi ada dalam dirinya.

Sebaliknya, Cynthia dan SUARAM bertekad untuk terus menipu tetapi dengan menukar sedikit haluannya sahaja. Lagipun, penipuan perlu diteruskan untuk memastikan segala usaha dan dana yang dilabur pihak asing selama ini tidak sia-sia begitu saja.

Dalam menipu, SUARAM tidak segan silu menggunakan nama sesiapa sahaja termasuk Kerajaan dan Hakim Perancis, isteri Perdana Menteri, Jasbir Singh Chahl untuk mengukuhkan cerita dongeng mereka.

Dan nampaknya, walaupun setelah penipuan mereka terdedah, SUARAM masih lagi tidak tahu malu dengan menggunakan Modus Operandi yang sama dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, iaitu menipu dengan mempergunakan nama seseorang lain pula. Kali ini, nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya. Tajuk program tersebut ialah ‘Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya’.

Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut, pantas menafikannya. Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya.

Beliau menegaskan yang beliau berada di sini, di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu.

Nampaknya, muka Cynthia Gabriel ini kalau diukur pastinya setebal dinding kalis radioaktif, kerana langsung tidak tahu malu menipu secara terang-terangan. Hakikatnya, jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya, maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan.

Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya.

SUARAM mendakwa bahawa pembunuhan Altantuya adalah didalangi kepimpinan tertinggi dan kemudiannya dilaksanakan atau disaksikan sendiri oleh atau Datin Seri Rosmah.

Pembunuhan itu kononnya bertitik tolak dari penglibatan mereka dalam rasuah pembelian kapal selam.

Justeru, jika mahkamah Perancis telah mendapati bahawa aduan SUARAM berkenaan kerajaan Malaysia dan kepimpinan tertinggi terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam tersebut adalah tidak berasas serta menolaknya mentah-mentah, maka ia sekali gus bermakna bahawa kisah berkenaan penglibatan mereka dalam pembunuhan Altantuya juga adalah rekaan SUARAM semata-mata.

Memandangkan telah terbutki bahawa SUARAM sengaja mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kerajaan dalam rasuah, dan SUARAM juga mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi dalam pembunuhan, maka persoalan yang timbul kini ialah “berapa jauhkan SUARAM sanggup lakukan untuk mengada-adakan kaitan pemimpin kerajaan dalam rasuah dan satu pembunuhan?”

Atau, dalam bahasa mudah di kalangan rakyat, sanggupkah SUARAM membunuh bagi mengada-adakan pembohongan ini semata-mata untuk memastikan kerajaan Malaysia tumbang? Ini adalah antara isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia hari ini.

Dan isu ini jugalah yang akan menghantui pembangkang menjelang pilihanraya akan datang kerana umum tahu bahawa SUARAM itu adalah topeng pembangkang.


No comments:

Post a Comment