Monday, October 22, 2012

Excellent Candidate,Farid Kamil Jadi Calon?!

Uik jadi calon PRU13 kah wahai Farid Kamil?? Bikin gempak peminat-peminat semua. Namun sebalik kejayaan Farid Kamil menjadi excellent candidate bukanlah untuk Pilihanraya yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia. Ia adalah candidate atau calon menjadi atau menyertai Pasukan Sukarelawan Polis.

Minat timbul setelah Farid Kamil berkenalan dengan anggota PDRM dalam filem lakonan terbaru Farid Kamil. Tak sangka Cikgu Adibah yang Farid Kamil boleh tampil patriotik melalui kesukarelawan dan persahabatan dengan agensi berkuasa seperti PDRM.

"Jadi, masyarakat perlu memainkan peranan dengan menyertai PVR kerana keanggotaan sedia ada dapat diperkuatkan untuk menjaga keselamatan negara seterusnya dapat membanteras jenayah-Farid Kamil (sumber Harian Metro)"

Hendak diikutkan elaun RM6 sejam untuk pelatih pasukan sukarelawan polis sedikit apatah lagi dengan status pelakon yang dipegang namun ia tidak menjadi beban kepada Farid Kamil. Malah dia berpendapat tidak kira golongan profesional awam atau swasta,bila melibatkan keselamatan negara tiada perkara boleh dikompromi.

Alhamdulillah contoh "public figure" yang positif seperti ini,negara Malaysia perlukan. Moga jadi teladan yang perlu diamalkan oleh generasi muda. Untung Diana Danielle.....haiihhh

P/S: Sedang ramai pertikaikan kredibili PDRM, ada warga Malaysia boleh buka mata lihat tanggungjawab besar yang ditanggung. Bukan macam cai2 Pakatan DAP-PKR-PAS tu huh!!


No comments:

Post a Comment