Saturday, October 27, 2012

Hudud: Umno hormati pendirian kaum lain-Chua Soi Lek

MCA menafikan parti itu 'mengawal' Umno terutamanya dalam membuat keputusan tentang pelaksanaan hukum hudud di negara itu seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan baru-baru ini.

"Kalau Umno nak laksana hukum itu, sudah lama dilakukan tetapi Umno menghormati pendirian dan kepentingan bangsa lain," kata beliau pada sidang media selepas perasmian Perhimpunan

Beliau juga sedar bahawasanya "Umno tahu apa yang baik dan buruk dalam melaksanakan sesuatu perkara.Agung MCA Ke-59 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kenyataan tersebut hanyalah pandangan tipikal Nasrudin dan beliau mengulangi ketegasannya supaya isu hudud tidak dipolitikkan.

"Saya rasa saya tidak perlu beritahu semua orang yang Barisan Nasional, yang didominasikan oleh Umno tahu apa yang wajar untuk gabungan kesepakatan parti ini.

Jawapan ini ditujukan kepada Nasrudin yang mendesak mendesak Presiden MCA itu memohon maaf kepada seluruh rakyat di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas mengenai hudud.

Tapi sebenarnya menampakkan yang dia sebenarnya mengambil kesempatan dlm kenyataan beliau sebelum ini demi keuntungan politik PAS?

Nasrudin turut menyatakan kebimbangan kenyataan Soi Lek yang mengatakan bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.

Sementara itu, tambah Soi Lek, Pas hanya bercakap kosong tentang pelaksanaan hudud sedangkan beliau mengulas perkara itu berdasarkan fakta.

Katanya, sebagai pemimpin yang datang dari parti yang demokratik, perbezaan pandangan adalah perkara biasa.


No comments:

Post a Comment