Sunday, October 21, 2012

Cara Kesan Samsung S3 China Klon

Memandangkan sekarang S3 China Clone bukan sahaja clone dari segi jenama sahaja, malahan sekarang ia dah clone 99% yang original termasuklah ada tulisan samsung di depan dan belakang housing phone tersebut.

Malah ada tulisan & logo "Samsung" apabila on dan off handphone tersebut.

Antara kaedah untuk membezakan di antara S3 Original & S3 Clone China Brand : 

1. Check kotak (Ori samsung akan ada E-Warranty sticker)

2. Check Imei no sama dengan kat kotak yg ada sticker

3. Check Sticker kat dlm phine (kat tempat letak battery), kalau original dia lain ada logo samsung dan sticker ada 2. Kalau China clone dia ada 1 sticker shj.. Dia gabung semua dlm 1 sticker

4. Check kualiti camera. Camera China Clone ni lebihg kurang Galaxy yang 5MP.. Hanya org yg arif je tahu bezakan kualiti dia, so pandai2 la..

5. Check internal memory dia. Kalau China Brand ni 2GB sahaja. Original punya adalah 16GB Internal Memory. Nak check dekat mana? Dekat Task Manager.. (Klik Center Button) biar lama..

6. Check processor dia guna..

P/S : Itu sahaja buat masa sekarang ^_^- Harap info ini membantu anda semua yer, jangan tertipu bila tengok harga S3 murah semacam. Ia mirip dengan S3 AP Set tetapi AP set pun 16GB internal memory dia. Ada yang jual HP China ni dengan harga RM1400 padahal China Brand. Harga asal Chian Brand ni RM750-900 jer kat pasaran. Target diaorang, orang kat pedalaman sebab orang kat pedalaman tak didedahkan lagi pasal S3 Clone ni.

Jadi, sila Hati-Hati !!


No comments:

Post a Comment