Wednesday, October 31, 2012

Siapa PM Selepas Anwar Disingkir?

Telah tersebar akan perjanjian sulit secara lisan antara PAS-DAP bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah maka PAS dan DAP akan memastikan hayat Anwar sebagai Perdana Menteri tidak lama.

Malah, lebih singkat dari dua tahun iaitu jangkamasa yang dicongak sebelum ini.

Sumber terbaru memberitahu bahawa mengikut perkiraan, PAS dan DAP hanya akan memberi masa selama dua bulan kepada Anwar untuk duduk di atas takhta Putrajaya sebelum disumbat kembali ke dalam penjara.

Perjanjian ini dibuat kerana DAP dan PAS cukup maklum akan siapa Anwar sebenarnya dan mereka juga tidak sanggup untuk berketuakan seorang yang sebegitu kotor sekali.

Lebih dari itu, dengan tersingkirnya Anwar, sekurang-kurangnya kuasa yang diperolehi tidak perlu dibahagi tiga, tetapi hanya dua iaitu antara PAS dan DAP.

PRU 2008 menyaksikan DAP memenangi 28 kerusi dan PAS 23 kerusi, sekali gus menandakan yang kuasa DAP adalah melebihi PAS. Dalam PRU-13, DAP nekad bertanding lebih banyak kerusi iaitu pertambahan 43 kerusi menjadi 90.

Tetapi ini dinafikan oleh DAP yang menyatakan bahawa parti tersebut hanya akan bertanding 60 kerusi berbanding PAS 66.

Penafian DAP diragui memandangkan kesungguhan mereka untuk meletakkan calon Melayu dalam PRU nanti, sekali gus menjejaskan peluang PAS.

Mengenali sikap kiasu dan perkauman DAP, mereka tidak akan sekali-kali membiarkan parti mereka berada di bawah penguasaan parti lain, terutama PAS, yang mewakili Melayu.

Melihat dari senario ini, PAS tidak mungkin mampu mengatasi DAP dari segala segi iaitu dari segi jumlah kerusi, kekuatan diri untuk menentang keputusan dan kehendak DAP serta dari segi kebolehan untuk mentadbir.

Oleh itu, DAP akan dengan mudah mengenepikan PAS dan melantik pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri.

Kita tidak melihat bagaimana Hadi Awang mampu mengatasi kelicikan Kit Siang, sedangkan kelicikan kumpulan Anwarinas di dalam PAS juga tidak mampu diatasinya.

Hadi Awang adalah lebih sebagai simbol sahaja dan bukan Presiden dalam ertikata sebenar.

Malah beliau juga sering melepaskan tanggungjawab mempengerusikan mesyuarat kepada orang lain dan sekadar memberi kata aluan pembukaan dan penutup sahaja.

Jika Hadi Awang adalah simbol, Nik Aziz pula hanyalah maskot bagi mempromosikan imej ‘Ulama’. Maskot ini terus digunakan sebagai ‘logo’ walaupun sudah terlalu uzur dan segala segi.

Jelas, kewujudan Nik Aziz di dalam PAS bukanlah untuk memimpin tetapi untuk dipimpin tangan bila berjalan. Ke mana arah kakinya berjalan pula bergantung kepada siapa yang memimpin tangannya.

Dengan hakikat yang amat menyedihkan ini, bagaimana PAS mampu mengatasi DAP dan memastikan jawatan utama menjadi milik mereka? Apatah lagi dengan Timbalan Presiden, Mat Sabu yang sudah terkenal sebagai barua DAP yang paling setia?

Justeru, senario yang pasti berlaku sekiranya PR mengambil alih tampuk pemerintahan ialah Anwar akan menjadi Perdana Menteri selama dua bulan sebelum jawatan itu dirampas oleh DAP, manakala PAS menjadi Timbalan yang bersifat boneka atau tiada jawatan penting langsug.

Maka DAP pun akan meneruskan agenda mereka untuk menghapuskan hak istimewa Melayu, institusi Raja-raja, Askar Melayu DiRaja serta menjadikan negara ini sebagai sekular akan dilaksanakan seberapa segera.


Tuesday, October 30, 2012

Lajim Ukin Bakal TPM?

Baru saja Pakatan Rakyat meraikan ‘kemenangan’ mereka memancing atau mungkin juga ‘membeli’ pemimpin veteran Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, tetapi kini parti itu sudah mula pening dengan personaliti tersebut. Lajim Ukin, telah membuat keputusan untuk menyertai pembangkang atas alasan UMNO Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman yang didakwanya memonopoli kuasa sehingga tidak boleh ditegur serta menyukarkan wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Sebenarnya, jawapan ini adalah jawapan ‘standard’ yang telah dijangka dari mana-mana ahli politik yang memilih untuk berpaling tadah secara tiba-tiba. Di mana, secara tiba-tiba juga masalah rakyat menjadi masalah utama mereka walaupun selama ini tidak pernah menjadi masalah langsung

Sama seperti bagaimana Anwar tiba-tiba melihat kepincangan sistem kehakiman, dasar-dasar kerajaan, malah PTPTN apabila berada di luar kerajaan sedangkan sebelum ini beliau turut terlibat dalam membentuk dan melaksanakan kesemua dasar-dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Lajim Ukin adalah orang lama di dalam politik. Sebagaimana lazimnya, orang lama pastinya berharga dan barangan berharga tidak boleh diletakkan sewenang-wenangnya di mana-mana saja.

Ia perlu diletakkan di tempat yang sesuai dengan harganya. Lajim Ukin melihat dirinya setanding dengan Ketua Menteri. Iaitu tarafnya adalah taraf Ketua Menteri Sabah. Tindakannya keluar BN juga adalah kerana percaya yang jawatan Ketua Menteri sepatutnya menjadi miliknya. Cita-cita Lajim ini telah menjadi rahsia umum di Sabah.

Malah, antara syarat beliau untuk kekal di dalam BN ialah jawatan Ketua Menteri atau Yang DiPertuan Negeri. Namun, malang bagi beliau kerana BN tidak melayan mana-mana pemimpin yang gila kuasa dan cuba ‘tawar-menawar’ harga dirinya untuk dijual beli.

Justeru, Lajim tidak punya pilihan selain keluar BN dan menyertai PR. Syarat yang sama juga telah disuarakan oleh Lajim kepada Anwar dan difahamkan Anwar pun memberi jawapan politik yang ‘standard’ juga kepadanya.

Jika jawatan tersebut sahaja tuntutan Lajim, mungkin tidak begitu memeningkan Anwar, walaupun beliau punya calonnya sendiri untuk jawatan tersebut.

Yang memeningkan Anwar ialah apabila Lajim membangkitkan faktor Sabah&Sarawak sebagai deposit bagi PR dan menuntut agar Anwar memberi pengiktirafan yang setimpal kepada negeri itu dengan melantik dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya PR berjaya memenangi PRU nanti. Tuntutan Lajim ini bagi Anwar adalah keterlaluan apatah lagi apabila Anwar telah mengenalpasti personaliti lain bagi jawatan tersebut sekiranya faktor Sabah&Sarawak wajib diambil-kira.

Antara individu yang mendapat kepercayaan Anwar ialah juga pemimpin veteran, iaitu Jeffrey Kitingan, Parti Reformasi Negeri (STAR).

Sebelum ini Jeffrey telah membuat kenyataan bahawa partinya adalah berdiri dengan sendirinya sebagai pembangkang Sabah tetapi akan bekerjasama dengan PR menentang BN dalam PRU akan datang.

Jeffrey pernah menjadi Pengerusi PKR Negeri dan pernah dilantik jawatan kanan sebagai Naib Presiden. Tetapi titik tolak Jeffrey meninggalkan PKR ialah isu pemilihan calon-calon dalam PRU 2008.

Pengerusi Perhubungan Sabah yang baru telah tidak memilih calon-calon pilihan yang dicadangkan Dr Jeffrey. Ekoran rasa tidak puas hati Jeffrey menubuhkan Pakatan Bebas atau Independent Front, menaja calon-calonnya pilihannya sebagai calon Bebas. Bagaimanapun semua calon itu kalah termasuk Jeffrey sendiri yang bertanding atas tiket PKR.

Jeffrey kemudiannya menubuhkan UBF (United Borneo Front) di mana beberapa pemimpin yang gagal dalam pemilihan ketua cabang PKR termasuk penyokong peribadinya turut meninggalkan PKR dan menyertai NGO baru itu. Walaubagaimanapun, sumber dalaman memberitahu bahawa Jeffrey yang telah menunjukkan sikap ‘survivor’ dalam politik yang mana begitu menarik perhatian Anwar.

Jeffrey juga difahamkan telah memahami ‘isyarat-isyarat’ Anwar. Namun, kemunculan personaliti seperti Lajim Ukin yang ghairah mencari dan merebut kuasa telah mengganggu perancangan Anwar di Sabah.

Anwar kini terpaksa menimbang semula antara kepercayaannya dengan pengaruh kedua-dua pemimpin Sabah itu, di kalangan rakyat tempatan.

Nampaknya, Anwar mungkin telah memikirkan segala-galanya untuk menghadapi PRU ini tetapi Anwar tetap gagal memikirkan satu perkara iaitu sentimen rakyat yang muak dengan personaliti yang gila kuasa.

Anwar juga lupa bahawa rakyat hari ini boleh mengenalpasti ahli politik yang tamak dan korup kerana rakyat kini cukup bijak untuk membaca yang tersirat dari tindakan dan kenyataan di media. Jeffrey mahupun Lajim kedua-duanya telah menunjukkan sikap tamak dan gila kuasa dengan melompat ke sana ke mari mencari tempat yang tinggi untuk bersemayam.

Ahli politik seperti ini jarang sekali hiraukan nasib rakyat dan tidak mustahil atau besar kemungkinan, adalah korup juga. Oleh itu, apakah Anwar pasti yang rakyat mampu menerima mana-mana dari mereka sebagai TPM jika PR berjaya memenangi pilihanraya?

Dan apakah Anwar yakin yang mereka boleh menang di kawasan yang ditandingi setelah menunjukkan kerakusan mereka kepada rakyat? Dari sudut lain pula, apakah jaminan bagi Jeffrey ataupun Lajim untuk memastikan yang segala janji dan isyarat yang diberikan Anwar kepada mereka bukanlah umpan semata-mata?

Apabila umpan sudah mengena, belum tentu apa yang dijanji akan dilaksana. Apapun, suka penulis mengingatkan mereka bahawa memungkiri janji bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, mahupun PR.


Perjanjian Rahsia DAP-PAS: Anwar Jadi PM 2 Tahun

Sahaja Kata orang politik itu kotor. Kata-kata ini mungkin benar tetapi kurang tepat kerana yang kotor adalah orang-orang politik dan bukan politik. Namun, bagi Pakatan Rakyat, jangankan orang-orang politiknya kotor diselaputi berbagai skandal tetapi strategi politiknya juga kotor.

Semua orang tahu bahawa antara PKR, DAP dan PAS tidak ada titik persamaan dan untuk mereka bergabung di dalam satu pakatan merupakan sesuatu yang pelik atau ‘taboo’.

Bagi ketiga-tiga mereka untuk bekerjasama dalam ertikata sebenar sebenarnya amatlah mustahil tetapi itulah yang mereka serlahkan kepada rakyat, iaitu kononnya mereka bekerjasama untuk memperjuangkan rakyat.

Mengenali DAP yang diterajui Dinasti Lim, sifat kiasu semulajadi mereka tidak memungkinkan mereka menerima sesiapa sebagai pemimpin mengatasi kedudukan mereka.

Begitu juga dengan PAS yang kononnya memperjuangkan kepimpinan Ulama dan Negara Islam, mana mungkin menerima orang lain di luar kelompok mereka sebagai Ketua.

Tetapi, DAP dan PAS telah menerima Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka dan sekali gus bakal Perdana Menteri atau lebih tepat Presiden, jika mengambilkira perjuangan PR untuk menubuhkan Republik.

Tentunya, ini adalah pelik. Lebih pelik lagi jika kita melihat kepada sejarah hubungan Anwar dengan PAS dan DAP. Dalam tahun 1997, iaitu apabila kegemaran luar-tabiee dan salahlaku Anwar mula terhidu oleh orang luar, Mat Sabu mengambil langkah awal mendedahkannya di dalam wawancara dengan Majalah Tamadun.

Mat Sabu jugalah yang merekacipta gelaran manja ‘Aljuburi’ untuk Anwar. Di dalam wawancara itu, Mat Sabu membelasah UMNO kerana mempunyai pemimpin yang begitu kotor sekali seperti Anwar Ibrahim. Dalam tahun yang sama, Karpal Singh telah mengambil langkah lebih jauh dengan membawa isu salahlaku dan luar-tabie Anwar ke parlimen.

Bukti ini boleh didapati dengan mudah melalui rekod Hansard Parlimen. Karpal Singh mempersoalkan kerajaan kerana membiarkan manusia yang begitu kotor sekali menjadi pemimpin. Beliau juga mendedahkan yang DAP mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa mereka itu. Apabila Anwar akhirnya dipecat kerana kesalahan yang terlebih dahulu dihidu PAS dan DAP tersebut, tidak semena-mena Karpal Singh telah bertindak membela Anwar habis-habisan.

Tentu sekali, segala bukti yang dimiliki mengenai kesalahan Anwar seperti yang didakwanya disimpan baik-baik. Dan bukti ini pastinya masih ada di tangan Karpal dan DAP.

Dengan pengetahuan dan bukti yang dimiliki oleh DAP dan PAS mengenai Anwar, tindakan mereka menerima Anwar sebagai ketua membuktikan yang mereka mempunyai agenda tersendiri atau berasingan dalam memastikan kekuasaan parti masing-masing sekiranya PR memerintah.

Dari sumber-sumber dalaman yang diperolehi, dimaklumkan bahawa DAP dan PAS telah membuat perjanjian lisan di antara beberapa pemimpin tertinggi kedua-dua parti mengenai Anwar.

Menurut sumber tersebut, kedua-dua parti bersetuju dalam keadaan terpaksa menerima Anwar kerana tiada calon lain yang boleh ditonjolkan sebagai ‘orang tengah’ yang berwibawa untuk mewakili sebuah pakatan yang bertentangan dalam prinsip perjuangan. Anwar yang mempunyai sejarah Islamik radikal dan kemudiannya berubah menjadi liberal dan plural adalah yang paling sesuai untuk duduk di tengah-tengah antara Islam ekstrem dan kafir harbi.

Namun, kedua-dua PAS dan DAP juga tidak senang membiarkan Anwar terus menjadi ketua mereka. Justeru, mereka sepakat bahawa Anwar hanya akan memegang jawatan untuk seketika, sementara keadaan stabil dan rakyat mampu menerima cara pentadbiran PR. Dengan cara ini juga, PAS dan DAP boleh mengkambing-hitamkan Anwar sekiranya kerajaan PR dikecam dan diragui rakyat.

Ini juga akan membantu menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar serta memudahkan mereka menendang Anwar keluar. Sebagai menyediakan alasan rasmi untuk menyingkirkan Anwar, mereka akan membangkitkan kembali semua isu skandal seks Anwar dengan mendedahkan bukti-bukti baru yang selama ini disimpan.

Pada ketika ini juga, pemimpin DAP dan PAS akan memberi kenyataan bahawa mereka percaya yang video seks Anwar-Chinadoll adalah sahih. Sumber juga berkata bahawa dalam masa 2 tahun, paling lewat, Anwar akan disumbat kembali ke penjara oleh PAS dan DAP. Ini adalah perjanjian lisan yang dibuat antara PAS dan DAP.

Namun, sama ada mereka mampu mempercayai sesama sendiri adalah cerita lain sama sekali. Ini kerana DAP mempunyai lebih persamaan dengan Anwar berdasarkan 4 perjuangan asas parti itu iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja, menghapuskan Rejimen Askar Melayu DiRaja, menghapuskan hak istimewa Melayu dan menjadikan Malaysia Negara Sekular.

Sedangkan PAS pula ingin mengekalkan apa yang ada dan hanya menambah ‘dos’ agama iaitu melaksanakan hudud dan meningkatkan perlaksanaan undang-undang Islam dan cara hidup Islam yang bertentangan dengan DAP. DAP dan PAS kedua-duanya percaya yang mereka boleh mencapai segala matlamat mereka tanpa Anwar.

Tetapi, mampukah mereka mencapai matlamat tersebut secara bersama?

Salah satu parti akan terpaksa mengalah juga akhirnya dan kita sudah dapat menjangkakan bahawa yang akan kalah adalah PAS walaupun majoriti rakyat negara ini adalah Melayu.

Ini kerana pemimpin PAS telah terbukti terlalu lemah dan tidak mampu melawan DAP. Lebih buruk lagi, apabila PAS sendiri sudah dikuasai Anwarinas yang prinsipnya lebih cenderung menyerupai DAP berbanding PAS.

Kumpulan ini juga pasti akan menimbulkan masalah jika perjanjian lisan PAS-DAP dilaksanakan. Justeru, apa yang kita lihat ialah negara bakal bergoyah apabila PR memerintah.

Dengan Dinasti Lim menggenggam kuat takhta melaksanakan agenda DAP dengan licik dan pantas sementara PAS terkial-kial merebut takhta cuba menghalang mereka, manakala Anwar pula menggunakan sepenuhnya pengaruhnya di barat untuk menepis tendangan mereka. Perebutan dan pergolakan ini akan mempengaruhi penyokong masing-masing, lalu merebak membangkitkan kemarahan rakyat keseluruhan apabila negara semakin tidak terurus.

Pada ketika itu, campurtangan asing dan sang kiasu DAP naik tocang lalu mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Melayu adalah sesuatu yang pasti akan berlaku. Kesudahan nasib kita tidak perlulah penulis nukilkan di sini kerana penulis pasti anda semua dapat fikirkannya sendiri.


Monday, October 29, 2012

Sidang Akhbar Musa Hassan Rekaan Pakatan Rakyat

Ramai rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum, hakikatnya Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang dikaitkan dengan sidang akhbar oleh bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sebenarnya pernah dijadikan lokasi oleh SUARAM semasa mereka mengadakan sidang akhbar berkenaan isu kapal selam scorpene.

Jadi, tidaklah menghairankan apabila tiba-tiba sahaja FCCT sekali lagi dimanipulasi oleh SUARAM dan pakatan pembangkang untuk mencemar nama bekas KPN itu dalam usaha mereka meneruskan kisah propaganda berkaitan Altantuya.

Di FCCT, siapa sahaja boleh menempah ruang bagi mengadakan sidang akhbar berkenaan pelbagai isu, dan bagi SUARAM selaku NGO pro PR yang sudah biasa memanfaatkannya untuk mencapai agenda pembangkang, perkara sebegini tidaklah sukar untuk dilakukan.

Seboleh mungkin pakatan pembangkang dan NGOnya mahu kisah-kisah berkaitan Altantuya terus berkumandang setidak-tidaknya sehingga PRU 13 berakhir, dengan itu watak baru diperlukan untuk terus mensensasikan kisah rekaan tersebut.

Sehari dua sebelum itu, Musa telah menarik samannya terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung isu tuduhan kononnya beliau terlibat dalam konpsirasi mereka-reka bukti terhadap Anwar. Walhal tiada pun sebarang bukti yang sengaja direka malah saman tersebut ditarik balik oleh bekas KPN itu hanya selepas Anwar menghantar wakilnya menyarankan supaya kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

"Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini, oleh pihak defenden, dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defendan," demikian kata Musa ketika ditanya oleh wartawan sebab kenapa saman tersebut ditarik semula.

Anwar pantas mengambil kesempatan dari penarikan semula saman tersebutg dengan menggambarkan dirinya berada di pihak yang betul walau hakikatnya cadangan penyelesaian luar mahkamah datang dari pihaknya.

Selepas itu tiba-tiba sahaja laman web FCCT memaparkan jemputan ke sidang media oleh bekas KPN itu konon adanya 'Pendedahan Baru Dalam Kes pembunuhan Altantuya'.

Portal pro pembangkang menjadi pihak pertama yang menyiarkan berita mengenainya (selepas geng sendiri membuat jemputan terbuka), kemudian bila Musa menyedari namanya disalah guna dan segera menafikannya, media itu jugalah yang menyiarkan berita FCCT dibatalkan. Bagi kita yang celik akal, sidang media rekaan Pakatan Rakyat itu sebenarnya agak melucukan.

Tapi bagi penyokong totok pembangkang mereka melihatnya satu kemenangan moral tanpa sedikit pun menyedari bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin sendiri.

Jelas sekali pembangkang bijak mengambil peluang untuk memanipulasi nama Musa demi kepentingan politik jijik gaya baru mereka. Makin dekat musim pilihanraya kelak, tentu akan lebih banyak kisah karut marut akan keluar.

Itu sahaja yang termampu mereka lakukan, nak mengharapkan kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, tak tercapai dek akal dan kemampuan mereka disebabkan perjuangan para pemimpin PR fokusnya hanya untuk kepentingan sendiri sahaja.

Pun demikian, PR dan jentera propagandanya memang diakui hebat dalam bab mengadu domba, namun kehebatan itu tidaklah mampu menutup kebenaran hakiki untuk selamanya.

Mereka boleh menipu segelintir orang namun tidak akan mampu menipu semua orang.


Anwar Sahkan Nik Aziz MB Paling Teruk?

Tindakan Ketua Pembangkang mengumumkan ‘anugerah Menteri Besar terbaik’ yang ‘dimenangi’ oleh Khalid Ibrahim dilihat sebagai ‘politically incorrect’, sekali gus menunjukkan bahawa kebolehan Anwar dalam berpolitik semakin terjejas.

Kesilapan kecil ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi Anwar kerana beliau selama ini cukup bijak mengatur kata-kata dan tindakan dalam berpolitik sehingga berjaya memperdaya begitu ramai orang termasuk Yahudi dan pemimpin bertaraf dunia, Tun Mahathir Mohamad selama berpuluh-puluh tahun.

Namun, akhir-akhir ini, Anwar kerap membuat kesilapan sama ada kerana terperangkap dalam situasi yang sukar seperti apabila disoal mengenai pendiriannya terhadap Israel dan undang-undang liwat, atau kerana gabra terkantoi seperti kes jam omega.

Tetapi dalam kes pengumuman anugerah Menteri Besar Terbaik, Anwar tidak berada di dalam keadaan tertekan, terdesak atau terperangkap. Justeru, kemungkinan pengumuman tersebut bukan kesilapan tetapi Anwar memang benar-benar berniat membuat pengumuman itu tanpa memikirkan kesannya. Pakatan Rakyat mempunyai 4 Menteri Besar dan bagi Anwar untuk memuji salah seorang pastinya akan membangkitkan rasa kurang senang di kalangan 3 yang lain.

Sedangkan, prestasi seseorang MB tidak wajar diadili melalui pendapatan negeri kerana setiap negeri mempunyai masalah yang berlainan berdasarkan sumber negeri dan landskap masyarakat.

Di sudut lain pula, memilih untuk memuji seorang MB sebagai terbaik juga dilihat sebagai cubaan menyelamatkan MB tersebut yang telah dilihat lemah. Ini adalah strategi biasa politik di mana apabila seseorang politikus itu semakin lemah, maka semakin banyaklah puji-pujian dilemparkan sekadar untuk memastikan pengundi terus yakin dengan parti.

Oleh itu, tindakan Anwar memuji Khalid berlebihan menjadi senjata yang bukan sahaja makan tuannya tetapi semua orang-orang disekelilingnya sekali. Menurut beberapa blog, tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam. Dan secara semulajadi, apabila ada yang terbaik, pastinya ada yang tercorot.

Jadi, siapakah MB PR yang tercorot? Walaupun Anwar tidak mengumumkannya, tetapi mengikut logik, Nik Aziz yang telah memerintah Kelantan selama 22 tahun pastinya secara automatik menjadi yang tercorot.

Memuji Khalid yang belum sampai sepenggal menjadi MB secara tidak langsung boleh ditafsirkan sebagai menyindir Nik Aziz kerana tidak berjaya membangunkan Kelantan dari apa-apa segi sekali pun.

Malah, Kelantan kekal sebagai negeri termiskin dan termundur di dalam Malaysia selama lebih dua dekad.

Dalam masa yang sama, bukan rakyat tidak tahu bahawa Khalid Ibrahim juga adalah MB yang lemah, walaupun tidak selemah Nik Aziz tetapi tetap lemah dalam kategori seorang MB. Di bawah beliau, isu-isu politik yang merugikan PR tidak mampu ditangani dengan baik. Antaranya, isu murtad, arak dan rumah-rumah urut.

Selain itu, di bawah Khalid juga rakyat menyaksikan UNISEL lingkup, peniaga Melayu di PKNS kini menghadapi risiko, tanah YBK ingin dirampas, isu air yang semakin hari semakin meruncing tetapi kerajaan Selangor masih tidak memberi jawapan bagi penyelesaian yang meyakinkan. Justeru, walaupun pada dasarnya, Anwar dilihat sebagai memuji Khalid, tetapi tafsiran yang dibuat oleh rakyat ialah Anwar cuba memulihkan imej Khalid dan menyindir Nik Aziz sekali gus.

Tindakan Anwar bagaikan membaling sebiji batu tetapi terkena dua ekor burung yang bukan menjadi sasarannya. Walau apapun, Nik Aziz wajar difahamkan akan isyarat Anwar ini. Anwar diketahui tidak pernah mempunyai rasa hormat terhadap PAS. Oleh itu, secara tidak langsung, sindiran terhadap Nik Aziz tersebut merupakan cara halus untuk Anwar mengingatkan PAS betapa lemahnya mereka dan betapa mereka tidak layak untuk duduk sama tinggi dengan PKR atau DAP dalam PR.

PAS tidak mampu membangunkan walau satu negeri dalam masa 22 tahun, bagaimana PAS boleh bermimpi untuk memberi tekanan kepada PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud atau apa saja yang berkaitan undang-undang Islam jika PR memerintah? Kesimpulannya, Anwar telah berusaha untuk memberi ‘muka’ kepada Khalid tetapi langsung tidak berbuat yang sama terhadap Nik Aziz.

Anwar secara halus telah mengesahkan bahawa Nik Aziz adalah lemah, dan bahawa PAS adalah tidak lebih dari sekadar tukang sorak dan tukang cuci bagi PR.


PAS AND PKR YOUTHS PROTEST AGAINST MCA, NOTHING SERIUS MA!!!

So PKR and PAS youth protested against MCA for the party’s hard stand against Hudud laws and Nik Aziz Nik Mat’s statement that women who wear revealing cloths should be raped and they asked for it. How the statement fron Nik Aziz is read is up to the individual but the irony is that how come PAS and PKR youth could protest against MCA and the party president Chua Soi Lek when they did not even open their mouths when DAP strongman Karpal Singh put his foot down against Hudud laws and implementation of Islamic government?

Double standard?

Or political considerations?

Or whatever it is, the scenario is revealing…for the parties in the opposition front, whatever their leaders do is good and whatever the ruling BN do are bad…even if the population thought otherwise. They will present all kind of scenarios and all kinds of reasons to make sure the population of the country dislike and hate the ruling party and attracted to them.

The ‘political tsunami’ they created in 2008 is no longer existing and they have to find other kind of ‘tsunami’ to maintain their influence which is fading very fast while at the same time ward off onslaughts from the voters on weaknesses emerging very clear in states they won and ruled. Failure to fulfill their promises made in 2008 and the weaknesses in administration as shown every now and then, they try hard to divert the attention and focus of voters to whatever they can against the ruling BN.

Now they harp on ‘make believe issues such as scorpene and the RM40 million donation to Sabah Umno’, the act which they do good which would, at the very least, create doubts in the voters’ minds. And when Karpal was hitting out at Hudud which was worse than Soi Lek, belittling Islam and PAS, PKR youth and its head Shamsul Iskandar Mat Akin did not utter a word. PAS youth was quite vocal against Karpal but not so demanding. Lucky for PAS, the party has former deputy president Nasharuddin Mat Isa who is willing to sacrifice his position in defending Hudud and PAS policies.

He was later joined by Ulamak council deputy chief Dr Haron Din, and the by few others who proposed that Nik Aziz steps down and make way for new leaders. Whether right or wrong, the protests by PKR and PAS youths against MCA and Soi Lek does not have much or any effect on voters’ minds and sentiments given the hypocrisy in whatever actions they take. The double standards they practiced are crystal clear and voters know and see what they do…thus the protests against Soi Lek and MCA, to the voters are just a ‘show’.

What voters know and understand at present is that DAP is against Hudud and Islamic laws and PKR has been quiet on this just, just to make sure the ‘marriage of convenience’ among them ‘look good’. And as far as PAS is concerned, regardless of NIk Aziz or not, the party is determine to go alone if it is necessary as the party continues to pursue its struggles and objectives.


Saturday, October 27, 2012

Noh ‘Naif’ Atau Faekah Yang Bangang & Bodoh

Patutlah ramai pemimpin PKR nie bengang dan menyampah dengan Setpol Khalid Ibrahim yang bernama Faekah Husin nie …

Setiausaha Politik MB Selangor ini suka sangat keluarkan kenyataan yang menampakkan lagi kebodohan bos dia, siapa lagi kalau bukan Khalid Gagap.Hari ini dia menggesa Noh Omar digesa untuk memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan rakyat Selangor kerana mendakwa PKNS mahu menjual lima asetnya pada harga RM321 juta.

Bagi dia, Noh memalukan UMNO & BN kerana memliki menteri kabinet yang ‘naif’ tentang hal ehwal korporat, jelas membuktikan bahawa beliau tidak mahir selok belok urus tadbir korporat.Bagi aku, PKR dan Pakatan serta Khalid Ibrahim yang patut malu kerana memiliki seorang Setpol yang bodoh & bangang …..

Sebelum ini Noh mendakwa, aset-aset terlibat yang dikatakan bakal dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (SACC) (RM93 juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM88 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).Namun Faekah mengatakan kesemua aset komersial yang dimaksudkan Noh itu masih kekal milik PKNS.

Menurutnya, PKNS ketika ini sedang dalam proses menyelaras aktiviti-aktiviti teras Kumpulan PKNS di mana salah satu inisiatif korporat yang sedang dilaksanakan adalah penubuhan syarikat milik penuh perbadanan itu iaitu Private Real Estate Company atau PREC (sila rujuk Selangorku)

Kalaulah PKNS sedang membuat penstrukturan semula aset2 ni atau PKNS, mengapa ada urusan ‘JUAL-BELI’ ke atas lima aset tersebut ….Menara PKNS mahal tu (RM90 juta), SACC (RM93juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM88juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42juta) & Wisma Yakin RM7 juga …. Masyukkk tu.

Kalau bukan untuk dijual, mengapa wujud nilai yang berjuta-juta ni….Apalah susat sangat, kalau ya pun nak buat pemindahan syarikat atau sebagainya, tubuhlah syarikat A, B, C, D, E ….Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) tukar kepada Company A, Shah Alam Convention Centre (SACC) (RM93 juta) pergi ke Company B , Kompleks PKNS Shah Alam (RM88 juta) pergi ke company C, Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) pergi ke company D dan Wisma Yakin (RM7 juta) ke company E.

Lagi satu perkara Faekah perlu jelaskan …. Kenapalah dalam urusan PKNS ni cepat saja dia menjawab…. Tapi mengapa bila kena mengenai Unisel, dia senyap…diam mencuka saja FAEKAH Muka Minyak??? Ataupun sebab dia ada kepentingan dalam Unisel, sebab tu dia diam dan sekarang dia nak muncul sebagai hero dalam PKNS, boleh plak dia dapat kepentingan dalam PKNS nanti…Hahahaha…… Faekah ohhhh Faekah …. Tunggu ada masa lagi, takkan nak dedah semuanya …


Hudud: Umno hormati pendirian kaum lain-Chua Soi Lek

MCA menafikan parti itu 'mengawal' Umno terutamanya dalam membuat keputusan tentang pelaksanaan hukum hudud di negara itu seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan baru-baru ini.

"Kalau Umno nak laksana hukum itu, sudah lama dilakukan tetapi Umno menghormati pendirian dan kepentingan bangsa lain," kata beliau pada sidang media selepas perasmian Perhimpunan

Beliau juga sedar bahawasanya "Umno tahu apa yang baik dan buruk dalam melaksanakan sesuatu perkara.Agung MCA Ke-59 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kenyataan tersebut hanyalah pandangan tipikal Nasrudin dan beliau mengulangi ketegasannya supaya isu hudud tidak dipolitikkan.

"Saya rasa saya tidak perlu beritahu semua orang yang Barisan Nasional, yang didominasikan oleh Umno tahu apa yang wajar untuk gabungan kesepakatan parti ini.

Jawapan ini ditujukan kepada Nasrudin yang mendesak mendesak Presiden MCA itu memohon maaf kepada seluruh rakyat di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas mengenai hudud.

Tapi sebenarnya menampakkan yang dia sebenarnya mengambil kesempatan dlm kenyataan beliau sebelum ini demi keuntungan politik PAS?

Nasrudin turut menyatakan kebimbangan kenyataan Soi Lek yang mengatakan bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.

Sementara itu, tambah Soi Lek, Pas hanya bercakap kosong tentang pelaksanaan hudud sedangkan beliau mengulas perkara itu berdasarkan fakta.

Katanya, sebagai pemimpin yang datang dari parti yang demokratik, perbezaan pandangan adalah perkara biasa.


Thursday, October 25, 2012

Syaitan Yg Dikenali atau Syaitan Yg Nyata?! Wallahualam

IBLIS...aku ada beberapa pilihan untuk kamu semua pilih, TAPI pilihan hanya 1 sahaja..aku nk lihat siapakan diantara anak2 buahku ini....siapa yg paling bijak sekali..ini adalah pilihan2 kamu..

1.pencuri
2.peminum arak
3.kaki judi
4.pembohong
5.pembunuh
6.ulamak

SYAITAN 1..aku pilih pencuri.
SYAITAN 2..aku pilih peminum arak.
SYAITAN 3..aku pilih kaki judi.
SYAITAN 4..aku pilih pembohong
SYAITAN 5..aku pilih pembunuh.
SYAITAN 6..aku pilih ULAMAK....

IBLIS..'wahai SYAITAN 6..kenapa kamu memilih ULAMAK, kenapa kamu tidak memilih seperti mana yg kawan2 kamu pilih..bukankah apa yg kawan2 kamu pilih itu..satu kerja yg boleh menyenangkan kamu..?

SYAITAN 6..menjawab..'' bos nk tau kenapa aku pilih ULAMAK? ini jawapannya ....

i. jika aku pilih pencuri..dan aku berjaya menghasut dia..dia hanya tahu mencuri aje..tapi jika aku pilih ulamak..dan berjaya menghasutnya..dia akan mencuri 'hati' org2 yg mendengar akan ceramahnya..biarpun ceramahnya itu ada terselit fitnah dan kata2 palsu dan org yg mendengarnya pula akan termakan isi ceramahnya tampa berfikir panjang..kerana pengikutnya akan berkata ..itu kata2 ulamak kita!!

2.jika aku pilih peminum arak..dan berjaya menghasutnya..dia hanya tahu minum arak aje..tapi jika aku pilih ulamak..dan berjaya menghasutnya..dia akan membuatkan pengikut2 nya 'mabuk' dgn segala fatwa2 yg dia berikan biarpun fatwa2 itu bertentangan dgn hukum2 tuhan..kerana pengikutnya akan berkata..itu fatwa dari ulamak kita!!

3.jika aku pilih kaki judi..dan berjaya menghasutnya..dia hanya akan terus berjudi saja..tapi jika aku pilih ulamak..dan berjaya menghasutnya..dia pasti akan 'memperjudikan' akidah pengikut2nya agar mempercayai segala apa yg telah dia sampaikan..biarpun ada antara yg disampaikannya bertentangan dgn akidah agama mereka!!!..kerana pengikutnya akan berkata..itu ucapan ulamak kita!!

4.jika aku pilih pembohong..dan berjaya menghasutnya..dia hanya tahu berbohong dikalangan teman2nya sahaja..tapi jika aku pilih ulamak..dan berjaya menghasutnya..sudah pasti dia akan menyelitkan kata2 bohong disetiap ceramah yg dia sampaikan..dan pengikutnya akan percaya..kerana pengikutnya akan berkata..ulamak kita x akan berbohong dgn kita!!!

5.jika aku pilih pembunuh..dan berjaya menghasutnya..dia hanya tahu membunuh saja dan ini merugikan kita..mungkin juga org yg dibunuh itu org yg beriman..tapi jika aku pilih ulamak..dan berjaya menghasutnya..sudah pasti dia akan berjaya 'membunuh' iman dan akidah pengikut2nya dg segala ilmu songsang yg dia ada..kerana pengikutnya pasti akan berkata..lihat jubah dan serban guru kita..pasti tinggi ilmunya..

SYAITAN 6..berkata..sebab itu aku pilih ULAMAK wahai bosku..

JAWAB IBLIS...........KAMU MEMANG BIJAK WAHAI SYAITAN 6


Wednesday, October 24, 2012

NO LONGER TAKEN IN WITH "JANJI DITABURI"

So the opposition parties are making so much noise, diverting the voters’ focus on their planned policies to the purported expose’ of wrongdoings in ruling BN.

With the Dewan Rakyat in session, the oppositions are now on an attack mode, trying to dig further into all kinds of tenders and policies, wishing the Cabinet Ministers would bungle in their replies.

If this happens, they would then shout about it, making sure the voters know the ruling BN bungled in so many things and this would create the impression that the BN has done many wrongs.

But the most important thing here for the oppositions is that voters would forget to ask their policies and how they would rule if given the chance because these voters are busy watching how the oppositions grill Ministers on the issues raised.

Smart and shrewd, the oppositions have in fact managed to divert the focus of voters from the real issues to the ‘make believe world of ‘blunders and abuse of power’ in BN administration.

Voters already forgotten about the shadow cabinet the oppositions are supposed to announce so that voters know exactly what they will be getting if they vote the oppositions in power.

Anwar Ibrahim, the de facto chief will not announce the shadow cabinet line-up fearing that this would affect the oppositions’ chance of being voted into power, he assumes probably.

Firstly, the shadow cabinet he has would comprise old veterans, the likes of Karpal Singh and Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang and Nik Aziz Nik Mat, and he himself as well as the old veterans in his party PKR.

Secondly the line-up would reveal clearly cronyism and family dynasty such as Lim Guan Eng, Nurul Ezah and Karpal’s sons and not to be missed Anwar’s crony such as Azmin Ali and few others.

In short, announcing the shadow cabinet would ‘turn off voters’ as the young voters are looking forward to young fresh faces who are intellectuals, honest and wise.

The ‘tastes’ for people’s representatives have changed the scenario and political outlook and the young voters, comprising some 3 million, are no longer ‘limited to those who can talk’ but more importantly those who are honest and talk with intelligence.

Forget about Hudud laws and racial debates, they want development that can benefit them in their daily life and families, Islamic state or not, so long they can live peacefully and harmoniously as well as earn a living that can give them and their families a comfortable life.

They are no longer taken in or attracted with the loud talks and promises that have no basis because they are more knowledgeable than the elder politicians assume.


Kelantan Rugi Lebih RM700 Juta

Umumnya, sebahagian besar rakyat Kelantan telah lama menyedari projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh adalah salah satu dari beberapa projek pembangunan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang gagal dilaksanakan sepenuhnya disebabkan pelbagai kelemahan dan kecuaian di pihak kerajaan negeri.

Namun tidak ramai yang menyedari bahawa kegagalan pihak pemaju swasta Liziz Standaco Sdn Bhd menyiapkan projek tersebut juga sebenarnya telah menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat terpaksa menanggung kerugian yang tidak sedikit jumlahnya. PTSK ataupun lebih dikenali sebagai Projek Lembah Sireh itu, bukan sahaja telah menyebabkan negeri Kelantan mengalami kerugian berikutan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) yang bernilai RM318.29 juta tergadai dan berpindah milik kepada syarikat tersebut, malah kerugian sebenarnya jauh lebih besar sehingga melebihi RM700 juta.

Jumlah kerugian tersebut hampir bersamaan dengan dua kali ganda jumlah belanjawan tahunan Kerajaan PAS Kelantan, malah angka itu juga 3 kali ganda lebih besar daripada peruntukan RM250 juta untuk NFC Corp yang pernah disensasikan oleh pakatan pembangkang sebelum ini.

Jika dalam isu NFC yang diberi pinjaman RM250 juta jelas termaktub dalam perjanjian bertulis wang pinjaman tersebut perlu dibayar mengikut jadual, namun dalam kes projek Lembah Sireh pula tanah yang bernilai RM318.29 juta itu secara cuai telah dipindah milik tanpa prosedur yang betul.

Ini disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang merekodkan kegagalan projek itu serta turut mengesahkan penukaran hak milik tanah telah dilakukan sewenang-wenangnya, sedangkan sepatutnya hanya selepas keseluruhan projek pembangunan telah selesai dilaksanakan barulah urusan pindah milik kepada Liziz Standaco boleh dilakukan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika mengulas isu ini, katanya mengikut perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak itu antara lainnya mensyaratkan pemberian tanah seluas 716.8 ekar itu sepatutnya diikuti dengan sumbangan balas dari Liziz Standaco dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal.

Namun disebabkan kegagalan Kerajaan PAS Kelantan mengurus amanah rakyat, tanah tersebut tergadai begitu sahaja tanpa mendapat manfaat yang setimpal sebagaimana yang disyaratkan dalam perjanjian.

Berikutan kecuaian pemimpin PAS yang mengurus tadbir negeri dengan berkesan, impaknya menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hak ke atas tanah yang bernilai RM318.29 juta itu, dalam masa yang sama juga mengalami kerugian sebanyak RM389.09 juta dalam bentuk sumbangan balas yang hingga saat ini gagal ditunaikan oleh syarikat Liziz Standaco.

Justeru itu, amatlah wajar sekali apabila NGO terbabit mendesak Timbalan Menteri Besar Kerajaan PAS Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob mengambil tanggungjawab seterusnya meletakkan jawatan berikutan kerugian tersebut, sementelah lagi kerugian yang ditanggung terlalu besar melibatkan pula harta rakyat dan bukannya harta milik pemimpin PAS negeri.

Menurut Presiden OMBAK itu lagi, pengesahan audit dari LKAN membuktikan bahawa pendedahan yang dibuat pihaknya Februari lalu berkaitan isu ini ternyata benar.

Lebih mengecewakan lagi selepas pendedahan itu, kerajaan negeri tidak pula mengambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan. Keadaan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dikalangan khalayak anak negeri, gerangan siapakah pemilik Liziz Standaco dan apakah hubungannya dengan pemimpin dalam Kerajaan PAS Kelantan?

Entah apa istimewanya Liziz Standaco Sdn Bhd sehingga mendapat kelebihan sedemikian rupa termasuklah secara mudah dibenarkan memiliki tanah milik kerajaan negeri sekalipun sehingga kini masih gagal menyediakan dan menyiapkan pembangunan fizikal yang dijanjikan.

Melihat pada senario kegagalan projek Lembah Sireh serta tergadainya tanah kerajaan yang bernilai beratus juta ini, jelas sekali ia menuntut rakyat Kelantan untuk segera bangkit membantah unsur penyelewengan yang kemungkinan besar memang wujud seperti mana pernah diperkatakan ramai lama sebelum ini.

Jika rakyat Kelantan lambat bertindak dalam menyatakan hak mereka, dan masih enggan menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan yang sudah terbukti lemah, cuai dan gagal ini, dikhuatiri kelak masa depan negeri ini pula yang tergadai nanti.


Malaysia ke-12 Paling Berdaya Saing: Bukti Negara Tak Bangkrap

Laporan Bank Dunia Edisi 2013 yang meletakkan Malaysia di tangga ke 12 paling berdaya saing bagi perniagaan sekali gus menghumban segala tuduhan pembangkang konon negara ini akan bangkrap, ke dalam longkang.

Kedudukan ini merupakan lonjakan enam anak tangga berbanding 2011 iaitu lonjakan yang paling tinggi setakat ini. Pada tahun 2010, Malaysia berada di tangga 23. Kedudukan ini juga meletakkan Malaysia mengatasi negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28).

Laporan Bank Dunia ini adalah berdasarkan kajian ke atas 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan.

Malaysia didapati telah memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96).

Nampaknya, segala usaha pembangkang untuk menggambarkan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia mengalami masalah ekonomi serta mengalami risiko bangkrap berdasarkan Bajet dan Audit yang baru dibentangkan telah sekali lagi tidak berjaya.

Dengan laporan Bank Dunia ini, keyakinan pelabur terhadap Malaysia juga akan melonjak tinggi dan ini bakal membantu negara mencapai sasaran pengurangan kadar defisit kepada 4.0 peratus daripada KDNK berbanding 4.5 peratus tahun ini.

Golongan peniaga juga dijangkan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam PRU yang akan datang berdasarkan perkembangan positif yang direkodkan ini. Sementara itu, pakatan pembangkang dilihat semakin buntu apabila Bajet yang dibentangkan mereka mendapat kritikan hebat kerana tidak dibuat berdasarkan realiti dan tegar meneruskan janji-janji yang tidak masuk akal.

Lebih buruk lagi bagi pembangkang apabila Laporan Audit yang dibentangkan mendedahkan kelemahan yang ketara di negeri-negeri yang diperintah mereka sehingga dalam beberapa kes terdapat desakan dari rakyat agar dilakukan siasatan oleh SPRM.

Ketika BN berjaya membuktikan kecekapan melalui khidmat yang cemerlang, pembangkang terpaksa bermain politik dengan isu remeh iaitu kamera AES dan cukai rokok yang sebenarnya membawa kesan yang baik untuk rakyat.

Pembangkang telah bertindak menyeru rakyat menolak sesuatu yang baik untuk mereka dengan alasan ia memberi pulangan wang kepada kerajaan dan cuba menggambarkan bahawa kerajaan terdesak untuk menambah pendapatan dengan memeras rakyat. Namun, laporan Bank Dunia ini dengan sendirinya menafikan yang kerajaan buntu untuk menjana kewangan.

Terbukti kerajaan telah berjaya menyediakan persekitaran yang selesa untuk membolehkan perniagaan berkembang dan pelaburan meningkat bagi memastikan kewangan negara dapat dijana secara konsisten.

Kini rakyat semakin yakin dengan kerajaan dan pembangkang semakin kehilangan modal untuk berkempen.


Tuesday, October 23, 2012

DAP-PKR-PAS UMPAMA TIN KOSONG! RETORIK SAJA LEBIH

Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.

Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.

Gambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang.

Ia adalah amat benar tetapi malangnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius. Walaupun kerajaan pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi.

Begitu juga kegagalan kerajaan PAS di Kelantan menyediakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu juga adalah satu realiti pahit yang terpaksa diterima.

Sejak 22 tahun lamanya PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu, kebajikan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu tidak dihiraukan. Walaupun berdegar-degar mencanangkan slogan 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negara Kebajikan' namun nilai-nilai tersebut tidak langsung menjadi agenda utama PAS yang menjadikan politik kepartian sebagai asas perjuangan mereka.

PAS hanya mahu mendapat kuasa politik semata-mata tetapi apabila rakyat memberi mereka amanah untuk memerintah, kacau bilau pentadbiran negeri dibuatnya dan akhirnya negeri menjadi mundur dan corot dari segi pencapaian negeri.

Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.

Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan. Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.

Kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif.

Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan. Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan. Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.

Bagaimanapun Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya.

Tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi samada dalam negara atau peringkat antarabangsa.

Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata.

Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan. P

erkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.

Tidak pun didengar media Barat yang satu masa dahulu memuji Anwar sebagai tokoh kewangan yang hebat, memberi sanjungan yang sama apabila beliau membentang bajet alternatifnya.

Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat.

Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.

Dokumen persefahaman bersama yang ditangani ketiga-tiga pemimpin pembangkang pada 2009 tidak menyebut pelaksanaan hukum hudud yang menjadi nadi perjuangan PAS.

Tetapi di luar sana, PAS dan DAP terus berkelahi mengenai isu hukum hudud yang tetap ditolak oleh parti cauvinis Cina itu sementara PAS tidak berganjak daripada pendiriannya.


Tiada Perbicaraan Scorpene, SUARAM Bunuh Altantuya?

Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama. Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata.

Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia. Walaupun begitu, tidak bermakna si pengkhianat ini merasa malu atau bersalah kerana menipu kerana sifat itu sudah tidak lagi ada dalam dirinya.

Sebaliknya, Cynthia dan SUARAM bertekad untuk terus menipu tetapi dengan menukar sedikit haluannya sahaja. Lagipun, penipuan perlu diteruskan untuk memastikan segala usaha dan dana yang dilabur pihak asing selama ini tidak sia-sia begitu saja.

Dalam menipu, SUARAM tidak segan silu menggunakan nama sesiapa sahaja termasuk Kerajaan dan Hakim Perancis, isteri Perdana Menteri, Jasbir Singh Chahl untuk mengukuhkan cerita dongeng mereka.

Dan nampaknya, walaupun setelah penipuan mereka terdedah, SUARAM masih lagi tidak tahu malu dengan menggunakan Modus Operandi yang sama dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, iaitu menipu dengan mempergunakan nama seseorang lain pula. Kali ini, nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya. Tajuk program tersebut ialah ‘Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya’.

Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut, pantas menafikannya. Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya.

Beliau menegaskan yang beliau berada di sini, di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu.

Nampaknya, muka Cynthia Gabriel ini kalau diukur pastinya setebal dinding kalis radioaktif, kerana langsung tidak tahu malu menipu secara terang-terangan. Hakikatnya, jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya, maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan.

Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya.

SUARAM mendakwa bahawa pembunuhan Altantuya adalah didalangi kepimpinan tertinggi dan kemudiannya dilaksanakan atau disaksikan sendiri oleh atau Datin Seri Rosmah.

Pembunuhan itu kononnya bertitik tolak dari penglibatan mereka dalam rasuah pembelian kapal selam.

Justeru, jika mahkamah Perancis telah mendapati bahawa aduan SUARAM berkenaan kerajaan Malaysia dan kepimpinan tertinggi terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam tersebut adalah tidak berasas serta menolaknya mentah-mentah, maka ia sekali gus bermakna bahawa kisah berkenaan penglibatan mereka dalam pembunuhan Altantuya juga adalah rekaan SUARAM semata-mata.

Memandangkan telah terbutki bahawa SUARAM sengaja mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kerajaan dalam rasuah, dan SUARAM juga mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi dalam pembunuhan, maka persoalan yang timbul kini ialah “berapa jauhkan SUARAM sanggup lakukan untuk mengada-adakan kaitan pemimpin kerajaan dalam rasuah dan satu pembunuhan?”

Atau, dalam bahasa mudah di kalangan rakyat, sanggupkah SUARAM membunuh bagi mengada-adakan pembohongan ini semata-mata untuk memastikan kerajaan Malaysia tumbang? Ini adalah antara isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia hari ini.

Dan isu ini jugalah yang akan menghantui pembangkang menjelang pilihanraya akan datang kerana umum tahu bahawa SUARAM itu adalah topeng pembangkang.


Kit Siang Fights For Secular Country, What About PAS?

Lim Kit Siang attempt to break up Muslims by wanting to enforce the concept of Secular Country for Malaysia has now put PAS in dilemma.

Kit Siang somehow wants to raise doubt among Muslims upon UMNO by quoting Tunku Abdul Rahman saying that Malaysia is a Secular Country.

However, he forgotten that Tun Mahathir, Tun Abdullah and Datuk Seri Najib strictly stated that Malaysia is an Islamic Country. Thus, if a statement which came from a single Prime Minister should be taken into consideration, why should statements from three other Prime Ministers should be rejected? Besides, how can a concept of administration be enforced with just one mere statement?

When the more important matter in explaining the concept of administration is by looking at the constitution and looking at the social landscape of the society as a whole.

Malaysia is an Islamic country as it is led by a Muslim who does not support vice and goes against the constitution which champions Islam and practices open religion among rakyat where they could practice their religion without any restrictions.

Malaysia also has become an exemplary Islamic Country and acknowledged by Ulama around the world including Syeikh Yusuf Al-Qaradawi.

So, for Kit Siang to deny the fact that this is an Islamic Country only shows his persistence in fighting against Islam by wanting to establish a Secular Country.

The question which surface from his action how be, how about PAS? Does he raise this matter so that he could assist PAS to build the real Islamic Country? Obviously not, because general knew that Kit Siang and DAP are always consistent, open and strictly reject any efforts to form an Islamic Country.

It is not impossible that Kit Siang simply wants to test and see where does PAS stand in this matter. Would PAS defend Kit Siang's statement by approving the fact that Malaysia is a Secular Country or would they say otherwise?

If yes, would PAS make a pledge that they will be able to form the real Islamic Country which they said UMNO cannot ever do, or would PAS follow DAP's wants, making sure that this country remain as a Secular Country?

As expected, PAS only remain quiet, scared that they might be screamed at by DAP. At the end of it, PAS could only agree with DAP who stated that Malaysia is not an Islamic Country.

Now it is clear that if Pakatan Rakyat rule, Kit Siang would ensure that the first thing which PR Government would announce is that Malaysia is not an Islamic Country.

From there, four of DAP's main objectives would be implemented as soon as PR take over where they would 'Destroy all Malay Royal Constitutions', Royal Malay Regiment, bumiputera rights and rejecting Islam as the official religion in Malaysia.

Thus, with PAS stood in silence as DAP continues their fight for a Secular Country, it is not wrong for us to say that PAS has always been ready to fight alongside DAP.

If there are Malays who might still vote for PAS, do know that you are helping in rejecting Islam in your own soil.


ANWAR GUNA NGO TUNTUT HAPUS HAK ISTIMEWA MELAYU

Agenda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semakin terserlah menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 apabila pelbagai desakan dan tuntutan dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan minoriti sebagai pertukaran undi kepada Pakatan Rakyat.

Terbaru kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Sahabat Suaram Johor dan Hindraf Makkal Sakti telah merangka tuntutan kepada Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai Tuntutan Johor. Secara ringkasnya jika Anwar dan pemimpin pembangkang menyetujui untuk mendokong tuntutan kumpulan tersebut, mereka menjanjikan undi untuk blok Pakatan Rakyat di dalam pilihan raya kelak.

Antara desakan yang paling menonjol di dalam Tuntutan Johor ialah desakan memansuhkan Artikle 153 Perlembagaan Persekutuan, dasar pro-Bumiputera, kuota Bumiputera serta Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996.

Hujah mereka ialah dengan pemansuhan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang Melayu-Bumiputera maka akan mudah untuk mencapai perpaduan, keharmonian sosial dan kemakmuran negara. Suara-suara sumbang mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu Bumiputera yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Negara semakin lantang kedengaran sejak PRU 2008.

PKR dan DAP terutamanya kian berani mempersoalkan dasar-dasar pro-Melayu yang diperjuangkan oleh Umno sejak 1946 lagi. Malah Presiden PKR, Wan Azizah Ismail tidak merasa bersalah apabila mengisytiharkan untuk menghapuskan Ketuanan Melayu jika parti itu berkuasa. Pembangkang lupa bahawa pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 55 tahun mengecapi kemerdekaan adalah hasil daripada dasar serta program untuk meningkatkan taraf sosial-ekonomi orang Melayu Bumiputera.

Ini dilakukan seiring dengan pembangunan bangsa-bangsa lain yang bermastautin di negara ini tanpa mengurangi sedikit pun hak-hak mereka yang telah dijamin di dalam Perlembagaan.

Hasilnya bukan sahaja orang Melayu diangkat martabat mereka tetapi orang bukan Melayu juga sama-sama menikmati hasil proses transformasi ekonomi dan pentadbiran negara dalam semua ruang lingkup kehidupan membabitkan setiap lapisan rakyat.

Kini Anwar dan kuncu-kuncu pembangkangnya berusaha untuk menafikan segala kemajuan yang telah dicapai oleh kerajaan Perikatan/Barisan Nasional sejak merdeka dengsn menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan.

Tidakkah mereka yang kini mempersoalan Dasar Ekonomi Baru dahulu pernah menggaut keuntungan dan laba yang melimpah daripada dasar tersebut?

Maka tidakkah Anwar yang melimpahi kroni-kroninya dengan kekayaan yang tidak dapat dibayangkan pada satu ketika dahulu melalui jawatannya sebagai Menteri Kewangan dengan menggunakan mengeksploitasi DEB sebenarnya mendedahkan sifat munafiknya yang nyata.

Apabila berkuasa perbuatan membina empayar kekayaan peribadi tidak pula menjadi kesalahan tetapi apabila hilang kuasa dan pengaruh, segala apa yang pernah ditunggangi bagi faedah diri dan keluarga serta kroni dijadikan senjata politik untuk menghentam kerajaaan pula.

Begitulah tabiat buruk Anwar yang menganggap dirinya suci dan bersih dari segala kekotoran peribadi dan amalan rasuah ketika berada di pihak pembangkang. Pembangkang seperti Tuntutan Johor ini tidak boleh dipandang enteng atau dipinggirkan kerana jika dibiarkan berlarutan, ia akan menjadi barah di dalam tubuh badan bangsa Melayu itu sendiri.

Di manakah masa depan anak-anak Melayu dan kedudukan bangsa ini di bumi sendiri jika pembangkang berjaya melaksanakan apa yang mereka lakarkan di dalam tuntutan tersebut?

Negara akan terjual, orang Melayu akan menjadi bangsa pariah, institusi Melayu hanya akan menjadi kenangan silam malah institusi raja-raja juga tidak dijamin berkekalan dan terus utus jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya.

Anwar akan menggunakan apa sahaja kaedah yang ada dan ditawarkan kepada beliau daripada golongan anti-Melayu untuk mendapat undi dalam mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Ramai penyokong tegar Anwar berpendapat beliau seorang nasionalis Melayu yang tidak mudah dipengaruhi untuk melunturkan agenda Melayu tetapi realitinya cakap Ketua Pembangkang tidak serupa bikin.

Sejak menjadi ahli parlimen Permatang Pauh pada 2008, apakah bukti beliua telah menaikkan taraf kemajuan penduduk Melayu di kawasan beliau. Persoalan yasng lebih kepada Anwar, apakah pernah PKR menganjur kongres atau persidangan untuk khusus membincangkan nasib dan masa depan bangsa Melayu dalam kerangka Pakatan Rakyat.

Hakikat bahawa perkara sedemikian tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku di dalam Pakatan Rakyat walaupun PAS berseketu di dalamnya, menunjukkan orang Melayu akan menjadi mangsa pertama sekiranya pembangkang berkuasa.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan akan lenyap, begitu juga Islam sebagai agama persekutuan akan dipinggirkan, malah semua institusi yang banyak berjasa kepada orang Melayu sedikit demi sedikit akan dihapuskan.

Inilah yang dimaksudkan dengan prinsip kesamarataan dan keadilan yang diperjuangkan oleh pembangkang iaitu mengorbankan bangsa Melayu dalam mencapai negara liberal idaman Anwar.

Tuntutan Johor hanya satu titik permulaan dalam perjalanan tersusun pembangkang untuk menjahanamkan negara dan menjadikan Malaysia sebagai negara satelit Barat.

Debunking Talam Vol.2

Please refer our previous link Debunking Talam Vol.1 :))

6. Valuation Issue?

Let's say today you want to buy a house. Will you buy the house based on your own research and market valuation or based on what your vendor told you? If the house you are interested in buying is worth RM81,000, and yet the vendor told you it is RM181 000, what would you do?

Would you blindly pay the downpayment or would you instead start asking around to verify your vendor's information?

That is why, in Talam fiasco - one of the main questions is: WHO ARE THE VALUER? They are supposed to engage JPPH (a neutral valuer) to value any particular house, land or property that they are interested to purchase. A department specializing in doing just the valuation.

Now, as a state government, who do you trust most? The JPPH department or the seller's personal valuation? 2 Bukit beruntung piece of land were valued by JPPH at RM113 million, but you decided to buy the land at RM345million. Why?

7. Talam fiasco, despite being proven to be fishy, why the company directors still threaten to sue anyone who continues exposing and accusing them of wrongdoing? This is called a psychological attack. They take calculated risk to threaten you, and hopefully you will stop raising the scandal in the company. But then at the end of the day, even after he has threatened you, but you still march ahead to expose his fishy wrong doings -- he won't sue you.

Why? The answer is simple, he already knew he has no case against you. Another reason will be, he does not want you to further expose his wrongdoings in the court of law, because if any issue were to be brought up in court, there'll bound to cause an extreme, detailed, investigation.

What that they do not want you to find out is why and where the overvalued money goes to. The person I am talking about here will be none other than the Selangor Chief Minister Tan Sri Khalid Ibrahim.

8. If they are innocent as claimed, what did they send one of the company worker to debate with Chua? When they know they can't sue you, they will then seek another approach to spin the wrongdoings in Talam.

They are just trying to 'create' the perception that they are 'innocent'. So when they challenged you for a debate, automatically people will think that there are really innocent otherwise they wouldn't dare challenged you. Moreover the one challenging you is not the company director himself. He might as well just send one of his company's toilet cleaner to provoke you for a debate.

You just imagine yourself in this situation now. You go all out to expose the wrongdoings of the company directors, but he ended up asking his office cleaner to challenge you for a debate. Will you accept it? I am sure you won't, because even if you accepted and won the debate, you will never get anything out of it. The company director was very sneaky since he already preempted all these, and that is why he sent his least-qualified people to debate with you.

And when you ignore this debate, he will score on the opportunity to tell people that he is innocent and you are indeed scared to debate with him. You do not want to fall into his trap, therefore you end up challenge the company director for a debate.

Subsequently, you make your stand very clear that you will never debate with anybody other than him because he is the one that should be responsible and answerable to all the problems that is happening is his company. This company director ended up during the day of your scheduled debate to travel to Bangkok and he openly told people that he got no time to debate with you (but he got time to travel to Bangkok?).

Therefore he appointed another 4 people from his company to debate with you. Those 4 people he appointed are not even the company managers . There are so many company managers in Talam, yet none of them were taskedto debate with you. The manager I am talking about now is Selangor State Exco.

Selangor State Exco are the 2nd line in hierarchy of the State after the Chief Minister. He is like after our Prime Minister, then our Minister will be the biggest in the country administration . You already told the company director clearly, you will only debate with him and none others. He already knew this fact.Yet he was adamant that the 4 people he appointed were never be accepted for the debate, that is just a show to create the perception that he is innocent .

During the debate day, 4 of them came just to walk away when you finally shocked them by allowing them to take part in Q and A session. They knew that they do not have the expertise to be involved in the Q and A session to defend the directors in this whole scandal.

Therefore they quickly walked away and told the press that you did not allow them for a debate. 1 of the low class company workers even claimed that you got no rights to debate with his director ( Chief Minister). In reality you are a CFO of your company ( Federal Deputy Minister ). Even if you are not qualified to debate with their director ( just an excuse) then they are even smaller than their own company manager( state exco ) to debate with you.

9. Why did KPMG claim that there was no wrongdoing in Talam? Every company do have their own auditors and accountants to make the company's account seemingly right. Therefore, as a corporate person, the director knew that he coulnd't just present his own financial statement and documents to seek for an advisory review. He again predicted the outcome of the review when the audit firm came out and claim that there nothing wrong with this account.

When you present something that you have already adjusted and seek for another person's opinion on it -- will they tell you that anything is wrong with it? Those who are in auditing business will know that there's a huge difference between Forensic Auditing and Advisory Review.

They are actually seeking for advisory review to clear out the allegations in their game plan of creating the perception of they are not guilty. And in Advisory review opinion will be given base on whatever document or financial statements that is being presented to them. As I said earlier , if I were to just present everything that I have already fixed and adjusted, and asked you to find mistake wit it, will you be able to find any?

That is the reason why KPMG came out and say there nothing wrong with the Company (State Government). That is why they dare not seek for Forensic Auditing where their entire transactions and account will be investigated in way much more complex and detail and the investigation will not only based on the documents that is given to you. 10. Why the KPMG Director, when asked is there anything wrong, she said 'no'. But when asked again if there's anything that being overvalued, she claimed 'yes'?

There is nothing wrong with her answer. This whole issue in certain point of view in auditing and accounting is not technically wrong. So, if your house is worth RM139, 000 but I want to buy it at RM181, 000 what we often termed as 'willing buyer and willing seller'. Technically, there is nothing wrong with it. Just like when 2 unmarried couple is having a consensus sex. Since it is consensus, then technically it's not wrong in law.

But in terms of morality, is it right to have sex before marriage? So in this case of hundreds of millions of Selangor's tax payer money are being abused, can we claim there is nothing wrong with it, just because it is not technically wrong? The question remains: Why is it being overvalued? Where did the extra money goes to? Who benefited the most from all the dealings?

That is why it is a politician's job is to stand up and voice up what's right for the people. So politically speaking, Datuk Chua Tee Yong is right to question the company and its director. Transmile and silverbird company have audit yearly and the report did not show any problem in their company, but then when finally there is a special investigation going on in the company, then they start to find out a lot of problems with the accounts -- even fraud sales.

Therefore Selangor Pakatan Rakyat government should prove their innocence by seeking for a special auditing service and just limited scope of work.

10. Why did Tony Pua claim that the state government is earning money from their purchased? The seller told the Selangor state government is RM685 000, and Tony proudly told the whole world that they earned RM9000 out of it because they purchased it at RM676 000. Problem is, based on JPPH report, it should only be RM300,000 only.


Debunking Talam Vol.1

The Talam fiasco requires a good financial and accounting background person to fully understand or digest the spirit of the whole issue. I will present the surface of Talam scandal without involving complicated financial calculation or explanation.

1. What's the fuss about Talam? Selangor Pakatan Rakyat government has been fishy (read: defensive) in so far as Talam Scandal is concerned.

2. Why are they being fishy?

Imagine today, a seller values a house at RM 139,000 and yet somebody were to purchased the house at RM 181, 000. If the figure is lower of RM139,000 then it still make sense but RM181,000 for a RM139,000 house is something that is very unusual.

How many times we ever heard of people buying things way higher than the seller's price? Much worse if you have a friend who owned a house in similar area and his value is only RM81,000! The example above is a good starting point to digest how come and why Selangor Pakatan Rakyat government purchased different land, property, office, shares and etc in extremely ridiculous price from what they are actually worth?

And the total of overvaluation amount up to hundreds of millions. If 1 or 2 purchase(s) are being overvalued or ridiculously priced, then maybe it is acceptable where human may overlook or being careless or whatever you name it. But then, there are easily more than 5 of their purchases that are overvalued.

Would you call that a coincidence still? Just imagine your friend has a house worth RM 81,000, but I buy a nearby house from your neighbor at RM 181,000 even though seller values it at RM139,000.

You want to sell a car that is valued at RM 113,000, but I buy from you the same car at RM 345, 000. Your watch is worth RM 8,000, but I buy from you at a staggering RM 27,000. Will there be so many coincidences that whenever I purchase things from you, they will always be overvalued?

Will it still be a coincidence, or a mistake, or in reality, I actually do it on purpose with the intention of buying everything from you with at an overpriced value? Then may be, you will come to a conclusion that I actually do it on purpose -- and what is the ultimate intention of me doing so? That alone should give you a cogent reply as to why Pakatan is so fishy about this whole Talam Scandal. I mean, who -- in the right frame of mind --would buy anything at double or triple than its actual worth? Would you?

3. How did Selangor's Pakatan Rakyat gain anything if the purchases are being overvalued?

Imagine the one buying your house just now is actually a company, and the one buying from you is one of the company director. He buys it using the company money, not his own money. I repeat, it is the company money.

If not, you would think that who will be so stupid to buy things at such an extreme overvalued rate? I am just pointing out a possibility here.

Do you think it is possible for the company director to spend RM181,000 of his company money to buy your house to strike a deal with you since the property is only valued at RM139,000?

For instance, let 's say I use my company money to buy from you the house at RM 181,000 and in return, you to have to reimburse me back RM21,000 and keep the remaining RM21,000 for yourself. If that's the deal, don't you think that you will actually agree to it since you can earn RM21,000 for doing nothing?

Is a win-win situation, is it not? Don't you think it is also possible for the same scenario to happen in Talam's overvaluation issue?The company here is Selangor Pakatan Rakyat, meanwhile the directors are also Pakatan Rakyat's politicians. That also gives the answer why they purchased properties at an overvalued price.

4. What is the White Paper?

When Datuk Chua Tee Yeong (MCA) found out about the whole overvalued purchases's fiasco -- where the company money is actually Selangor's tax-payer money which is being abused -- he started questioning why this company never revealed its financial report during the company's meeting as promised two years ago?

The metaphor of a company's financial report is actually the equivalent of the White Paper for a government. When you run a company you will then have to provide your company financial report during the company's meeting; similarly when you are running a state government, you will be required to present your White Paper during the State Assembly's meeting.

5. The overvalued properties are proven to be of low commercial value? Datuk Chua Tee Yeong (MCA) has proven to us that all the overvalued purchases of Talam have low commercial value.

That is why they mainly sell it only to their brothers and sisters, you can't sell it to outsiders who will not get higher price -- or any ROI -- after two years. As to date, they have bought an empty hill slope land, a mining pond, few vacant office lots (which can’t be let out on tenancy basis) and underwater land in bad location.


Monday, October 22, 2012

MB Serba Tidak Tahu Tampil Hasil Audit Lemah

Kita sedia maklum bahawa Laporan Audit 2011 Negeri Kedah memaparkan penemuan yang amat mengejutkan.

Antara penemuan paling ‘hebat’ ialah bagaimana 5 kontraktor perumahan yang tidak berdaftar dan dimiliki oleh individu yang mempunyai talian kekeluargaan boleh dilantik, yang mana rekod kewangan bagi kerja-kerja yang dilakukan mereka pula adalah tidak lengkap, meragukan serta tidak tepat, di mana dikhuatiri terdapat penyelewengan apabila menunjukkan tuntutan berulang manakala sebahagian daripada tuntutan tersebut pula menunjukkan kerja bagi rumah-rumah yang tidak wujud.

Kerajaan negeri juga ternyata hilang kawalan apabila beberapa projek yang berisiko tinggi seperti Projek 99 East di Langkawi yang kerugian kerana cuai akibat melanggar perjanjian serta Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea yang telah diteruskan tanpa pemantauan sehingga membolehkan seorang Pengarah Urusan membuat pinjaman puluhan juta USD dari syarikat luar negara tanpa perjanjian pinjaman yang lengkap serta tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

Malah, kerajaan negeri juga telah mengabaikan tanggungjawab sebagai kerajaan Islam sehinggakan Jawatankuasa Pemberian Sijil Halal telah tidak bermesyuarat langsung dalam tahun 2011 dan semua sijil halal yang dikeluarkan telah diluluskan oleh Yang DiPertua tanpa dibentangkan kepada Jawatankuasa sepertimana prosedur yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun, penemuan audit ini adalah tidak sepatutnya mengejutkan jika kita mengambil kira pentadbiran Kedah yang dilanda ribut sepanjang masa dengan percakaran sesama sendiri, dan antara satu pihak dengan yang lain di kalangan pemimpin parti dan juga pegawai kerajaan negeri.

Umum sedia maklum bagaimana pentadbiran PAS Kedah tidak pernah aman dengan perbalahan terbuka pemimpin-pemimpinnya akibat tamak dan gila kuasa.

Apatah lagi dengan PRU yang semakin hampir menyebabkan ramai di antara mereka menjadi tidak keruan kerana ingin memastikan kepentingan masing-masing terjaga.

Utusan Malaysia baru-baru ini pula mendedahkan bagaimana PAS menekan Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Bin Basir yang dituduh sebagai cenderung kepada UMNO. Semuanya bermula dari keputusan beliau untuk menukar Ahmad Fisol Md Nor, Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala Muda. Ahmad Fisol pula, terkenal dengan kecenderungannya terhadap parti PAS sejak zaman pemerintahan BN lagi.

Keterujaan beliau apabila PAS berjaya merampas Kedah bukanlah rahsia, malah beliau juga sering mengadakan berbagai majlis atau program bersama PAS. Ahmad Fisol merasakan yang jawatan SUK adalah lebih sesuai bagi dirinya memandangkan ‘kesetiaannya’ kepada PAS.

Justeru, pengaruh beliau di dalam PAS digunakan sepenuhnya untuk menekan Datuk Rasli.

Datuk Rasli telah berkhidmat dengan kerajaan negeri Kedah sejak tahun 1976 sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Tanah Daerah Kota Setar.

Dengan latarbelakang pendidikan dari Universiti Malaya dan juga Ohio University, Athens Amerika Syarikat, beliau mendaki tangga kerjaya sehingga ke puncak dengan meraih pengalaman dalam perkhidmatan kerajaan dalam berbagai bidang. Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah, Pegawai Projek, Pengarah Projek, Pentadbir Tanah, Pegawai Kewangan sehinggalah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada 2006 dan seterusnya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Oleh itu, kecekapan dan kesetiaan beliau terhadap negeri Kedah tidak wajar dipertikaikan lagi.

Beliau adalah seorang pegawai yang bertanggungjawab dan professional serta cukup arif untuk tidak mencampur-adukkan politik dengan pentadbiran. Dan mungkin inilah punca utama masalah PAS dengan beliau iaitu tidak mengambil-kira kepentingan mana-mana parti politik, termasuk PAS dalam membuat keputusan.

Dengan begitu banyak masalah dan kelemahan PAS Kedah yang terdedah melalui Laporan Audit, perkara terakhir yang diperlukan oleh negeri itu ialah percakaran antara pentadbir dan pemimpin politik.

Namun, nampaknya masalah percakaran ini mengambil tempat yang jauh lebih penting dari penemuan audit, seperti projek-projek terbengkalai dan perbelanjaan tidak masuk akal yang jelas berpunca dari pengurusan jabatan-jabatan yang lemah, korup, serta mengamalkan kronisme yang ketara.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak juga nampaknya tidak berminat memberi sebarang reaksi mengenai Laporan Audit Kedah yang mengejutkan itu. Sebaliknya, dikhabarkan turut memberi sokongan kepada Ahmad Fisol untuk terus menekan Datuk Rasli.

Jelas bahawa PAS lebih mementingkan politik dari rakyat iaitu lebih berminat dengan ‘siapa’ yang memegang jawatan apa daripada ‘apa yang berlaku’. Walaupun terbukti kelemahan yang ketara dalam pengurusan kewangan negeri, masih tiada kenyataan tegas dari kepimpinan tertinggi negeri untuk menanganinya.

Perlu diingatkan bahawa penemuan audit merekodkan lebihan kewangan 2011 berjumlah hanya RM2 juta lebih iaitu pengurangan lebih RM20 juta dalam masa satu tahun sahaja dengan projek-projek ‘hebat’ tetapi mencatatkan kerugian-kerugian yang tidak masuk akal dari segi alasan dan juga jumlahnya.

Justeru, jika sikap seperti ini diteruskan, bayangkan apakah yang akan terjadi kepada negeri ini jika dipegang oleh PAS selama sepenggal lagi, atau setahun sahaja lagi?


Battle Begin Againts Political Animal-Anwar Ibrahim

The ‘war’ is on now…BN is ready to except for some final touches and then the battle can begin. BN, after more than 50 years rule which saw Malaysia developing at a very fast pace, is now facing the most critical time in its political path.

Led by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, BN has been strategizing and strengthening its position slowly after its dismal performance in 2008 that saw four states went to the opposition.

Umno, the backbone of BN is already standing and ready for battle few years back and at present Najib has managed to strengthen MCA, the party representing Chinese community and MIC, the Indian community’s representative in BN.

Gerakan, a multi-racial but Chinese- based party in BN was at a total lost after the 2008 general election but at present, it manages to ‘return’ but not fully, still staggering.

Despite such a situation, Najib has managed to bring back the spirit of comradeship among the BN component parties which fell behind after 2008 general election. Najib’s confidence was further boosted after the MCA assembly Sunday that saw the party is now on its feet and is fighting hard to get back the confidence of the community.

The challenges of the ruling BN are not so much on her policies but the manner the oppositions launched their attack the past several years which saw the harmonious plural society split in terms of race and religion.

Headed by Anwar Ibrahim, once BN deputy Prime Minister who ‘missed the opportunity of the premiership’ due to his immoral character and abuse of power, the opposition is on a very aggressive onslaught to allow Anwar to ‘grab back the opportunity’.

Regardless of the effect of their actions, playing up sensitive religious and racial issues which affect the harmony and unity of Malaysians that have been tirelessly built, the ruling BN is faced with the toughest ever election this time around.

Anwar, being obsessed with his ambition, has allowed himself being made a stooge by foreign masters and also a tool used by chauvinistic DAP. Whether he is aware of it or not, Anwar does not care and he does even care whether the country will be in one piece if…this is if….he succeeds in helming Putrajaya.

He only care for his ambition and this has made him fighting like a mad man as though there is no tomorrow, promising anything as long as he can rally support of Malaysians.

In short, Najib and BN is not fighting an intelligent and rational political enemy but a political animal that will eat even its friends


Propa Grand Final?! Pakukan Nisan DAP-PAS-PKR Cepat!!

Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk terus menggugat keutuhan Kerajaan Barisan Nasional apabila sedang merancang untuk melakukan satu lagi perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran yang dikenali sebagai Grand Final PR.

Menurut kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, para peserta yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berbeza.

Warna kuning mewakili Bersih 3.0 yang berkaitan dengan tuntutan pilihanraya, merah pula mewakili tuntutan royalti minyak Kelantan oleh NGO Royalti, warna hijau mewakili NGO alam sekitar yang anti Lynas dan Rapid Pengerang, manakala warna oren merupakan gerakan anti FELDA dan anti FGVH.

Melihat pada kesungguhan PR untuk terus mempropagandakan isu-isu di atas, jelas sekali ia menuntut jentera BN untuk sentiasa siap siaga bagi menepis polemik dan propaganda tersebut.

Satu-satunya perkara yang sering menyeronokkan PR bila mereka memainkan sesatu isu ialah kelambatan jentera penerangan dan pemimpin BN sendiri turun ke padang menjawab tohmahan pembangkang.

Seperti ramai kalangan kita sudah maklum, hidup mati PR banyak bergantung pada isu yang sengaja diputarbelitkan, sama seperti mereka memutar belit isu Lynas kononnya bakal menghasilkan sisa radioaktif sedangkan pakar nuklear dari kalangan pemimpin PAS sendiri mengakui Lynas bukannya loji nuklear. Walhal, jika benar Lynas yang menghasilkan bahan nadir bumi untuk kegunaan banyak barangan elektronik itu betul-betul berbahaya, bukankah lebih elok untuk para pemimpin PR menasihatkan penyokong mereka mencampakkan saja semua alatan gadget eletronik seperti Iphone, Ipad atau Galaxy Tab yang mereka miliki.

Begitu jua dalam isu Rapid Pengerang, jika benar dakwaan pembangkang konon pembangunan projek tersebut bakal membahayak nyawa rakyat dan alam sekitar, kenapa pula PR tidak membantah ura-ura kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkan kompleks petrokimia di Pantai Senok, Kelantan?

Demikian halnya dalam isu SPR, jika benar badan tersebut bias atau tidak bebas, bukankah lebih baik semua 4 kerajaan negeri PR sekarang ini melucutkan segera penguasaan mereka di negeri terbabit?

Namun mereka tidak berbuat demikian, kerajaan adil dan saksama mengikut tafsiran mereka hanya bila sesuatu keputusan pilihanraya itu memihak pada puak sendiri sahaja. Jelas sekali, polemik dan propaganda PR dalam isu Lynas, Rapid Pengerang mahupun SPR, bukanlah atas niat baik untuk kepentingan rakyat sebaliknya mereka mempolitikkannya semata-mata untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata.

Bersabit isu royalti Kelantan pula, dalam riuh rendah PAS mempolitikkan isu yang bukan isu ini, semua pun sudah maklum bahawa Kerajaan PAS Kelantan atas nasihat Husam Musa telah membawanya ke pengetahuan mahkamah.

Sepatutnya jika PAS serius dan berbiat ikhlas mahu mencari penyelesaian isu tersebut, mereka sewajarnya menyerahkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan. namun ia tidak berlaku sedemikian.

Jelas nampak wujudnya gerakan politik untuk menyemarakkan semangat kenegerian demi mengaut keuntungan kepartian, kerana PAS tahu secara perundangannya tuntutan royalti itu tidak mampu direalisasikan selagi pelantar minyak atau gas wujud jauh dari lingkungan 3 batu nautika.

Tapi pemimpin PAS lupa, jika jalan perundingan diambil, Perdana Menteri masih boleh menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk mengarahkan Petronas memberi wang ehsan. Namun PAS menolaknya kerana tidak mahu penyokong mereka termakan budi dan jasa dengan Kerajaan Pusat. Bersabit isu FGV dan Felda, PAS dan PKR cukup ke depan memanipulasi sentimen para peneroka, namun bila FGV diapungkan terbukti tiada tanah peneroka yang tergadai, tiada rumah peneroka yang dijual sebaliknya para peneroka mendapat keuntungan durian runtuh malah kebajikan mereka tetap terbela.

Berbeza sekali dengan isu para peserta Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang hingga kini nasibnya terumbang ambing, tiada rumah diperolehi sebaliknya tanah yang diusahakan kini menjadi milik syarikat dari luar Kelantan.

Seandainya benar penyenaraian FGV di BSKL merugikan dan tidak berdaya maju, kenapa pula berebut-rebut anak syarikat kerajaan negeri PR membeli sahamnya?

Apa perlunya untuk pemimpin PAS Kelantan dan Kedah terbabit memiliki saham dan mengambil untung dari urus niaga saham FGV? Bukankah itu hipokrit namanya. Empat isu diatas, walaupun dari segi kepercayaan umum, orang ramai sudah semakin muak dengan teknik propaganda PR yang kerap kali memutar belitkan isu mengikut selera politik mereka, namun BN tetap tidak boleh memandai mudah.

Penjelasan dan majlis penerangan baik secara bersemuka atau berkelompok tetap perlu diperhebatkan, propaganda sedemikian perlu diperangi, lebih ramai yang memahami hujung pangkal sesuatu isu lebih baik untuk BN.

Senario penolakkan ramai terhadap PR perlu dimanfaatkan segera. Jika pihak BN bijak memanfaatkan peluang yang sedang terbentang tika ini, Grand Final PR akhirnya akan menjadi panggilan pulau untuk PR sekaligus menjadi paku-paku terakhir untuk pemimpin PR bersemadi dalam keranda politik tanahair.


Institusi Pengajian Pondok Diperkasa

Institusi pengajian pondok diperkasaPerkembangan dan masa depan institusi pengajian pondok di Negara ini akan bertambah kukuh berikutan pembentukan Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M).

Idea cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga penaung YPP1M itu, membolehkan organisasi berkenaan berfungsi sebagai pertubuhn bukan kerajaan (NGO) yang memayungi semua institusi pondok dan mengenal pasti potensi serta masalah institusi itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata ia juga bagi mengubah persepsi sesetengah pihak yang menyifatkan pengajian pondok sebagai mundur dan tidak berkembang.

Kikis imej negative“imej pelajar pondok sebagai kelas kedua, golongan taksub serta pelampau mesti dikikis kerana ia amat bertentangan dengan kewujudannya selama ini.

“Selain itu, matlamat utama YPP1M ialah mengiktiraf sumbangan institusi pondok terhadap pembangunan pendidikan agama selain bagi menghargai jasa ulama, tok guru dan tok mudir melahirkan generasi mahir ilmu agama,” katanya pada sidang media, di dini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YPP1M, Juhaidi Yean Abdullah serta Ahi Lembaga Pemegangnya, iaitu Penasihat Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut; Felo Kehormat Institut Pemikir dan Tamadun Islam Amtarabangsa (ISTAC), Prof Dr Uthman El- Muhammady serta Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang, Badli Shah Alaudin.

PM lancer YPP1MBancian YPP1M dari Ogos hingga September lalu mendapati ada 110 pondok berdaftar di Negara ini yang dijangka bertambah selepas pusingan kedua bancian dilaksanakan tidak lama lagi.

Mashitah yang juga Penasihat YPP1M, berkata antara aktiviti awal yayasan itu ialah mewujudkan pangkalan data institusi pondok dan dimasukkan dalam direktori untuk akses orang ramai yang akan sentiasa dikemas kini bagi memudahkan masyarakat khususnya ibu bapa mendapatkan maklumat mengenai institusi berkenaan.

Perdana Menteri dijadual melancarkan YPP1M bersama laman web yayasan itu pada 8 November ini di Masjid Taman Bukit Indah, Ampang yang dijangka dihadiri 400 pelajar pondok, selain menyampaikan Anugerah Tokoh Pondok 2012 kepada tiga ulama serta Anugerah Pondok Contoh 2012 kepada tiga pondok terpilih.


Excellent Candidate,Farid Kamil Jadi Calon?!

Uik jadi calon PRU13 kah wahai Farid Kamil?? Bikin gempak peminat-peminat semua. Namun sebalik kejayaan Farid Kamil menjadi excellent candidate bukanlah untuk Pilihanraya yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia. Ia adalah candidate atau calon menjadi atau menyertai Pasukan Sukarelawan Polis.

Minat timbul setelah Farid Kamil berkenalan dengan anggota PDRM dalam filem lakonan terbaru Farid Kamil. Tak sangka Cikgu Adibah yang Farid Kamil boleh tampil patriotik melalui kesukarelawan dan persahabatan dengan agensi berkuasa seperti PDRM.

"Jadi, masyarakat perlu memainkan peranan dengan menyertai PVR kerana keanggotaan sedia ada dapat diperkuatkan untuk menjaga keselamatan negara seterusnya dapat membanteras jenayah-Farid Kamil (sumber Harian Metro)"

Hendak diikutkan elaun RM6 sejam untuk pelatih pasukan sukarelawan polis sedikit apatah lagi dengan status pelakon yang dipegang namun ia tidak menjadi beban kepada Farid Kamil. Malah dia berpendapat tidak kira golongan profesional awam atau swasta,bila melibatkan keselamatan negara tiada perkara boleh dikompromi.

Alhamdulillah contoh "public figure" yang positif seperti ini,negara Malaysia perlukan. Moga jadi teladan yang perlu diamalkan oleh generasi muda. Untung Diana Danielle.....haiihhh

P/S: Sedang ramai pertikaikan kredibili PDRM, ada warga Malaysia boleh buka mata lihat tanggungjawab besar yang ditanggung. Bukan macam cai2 Pakatan DAP-PKR-PAS tu huh!!


Sunday, October 21, 2012

Pegang Jawatan sampai Mampos?! Bakat Muda Diketepi oleh PASick

Baru-baru ini bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hasan Ali secara terbuka telah menyarankan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatan Mursyidul Am PAS yang telah disandangnya sejak lebih dua dekad lalu.

Serentak dengan itu juga, Hasan menobatkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din sebagai calon yang dirasakan layak dan berketrampilan untuk mengambil alih kedudukan tersebut yang diyakini mampu menyegarkan semula peranan PAS sebagai sebuah parti Islam.

Saranan Hasan itu nyata tidak menyenangkan sesetengah pemimpin dan penyokong PAS sehingga mengundang banyak kritikan balas. Nik Abduh, yakni anak lelaki Nik Aziz yang kini adalah Naib Ketua Pemuda Pas Pusat misalnya, pantas tampil ke depan dalam mempertahankan ayahnya untuk kekal sebagai Mursyidul Am PAS.

Tambahnya lagi, soal siapa pengganti ayahnya tidak timbul lagipun siapa Hasan untuk menyuarakan pandangan berkaitan siapa yang selayaknya menerajui PAS, sedangkan bekas Naib Presiden PAS itu sendiri bukan lagi seorang ahli parti.

Secara umumnya bagi pemimpin dan ahli PAS serta penyokong mereka, apabila Hasan menimbulkan polemik soal siapa pengganti Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS maka ia dianggap sebagai satu propaganda politik untuk memecah belahkan barisan kepimpinan parti itu.

Malah apabila pemimpin PAS Kelantan yang juga ADUN Gaal, Dr Nik Mazian yang secara sinis menyuruh Nik Aziz berundur atas faktor sudah lanjut usia dan masalah kesihatan, pun jua dikatakan hanyalah propaganda semata-mata.

Bak kata Pesuruhajaya PAS Johor, Dr. Mahfodz Mohamed, kepimpinan Nik Aziz tetap diperlukan oleh parti malah tiada cacat celanya. Maksudnya betapa sempurna sekalilah Nik Aziz sebagai manusia sampaikan sedikitpun tak timbul isu kelemahan atau cacatnya.

Mulia sungguh. Pendek kata, seolah-olah bagi PAS, kedudukan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am parti itu sudah muktamad, tidak boleh dipersoalkan apatah lagi dipertikaikan.

Bunyi macam mereka mahu Nik Aziz kekal sampai mati sebagai Mursyidul Am PAS. Dalam perkembangan berkaitan, sumber dalaman PAS yang dipetik oleh Utusan Malaysia telah mengesahkan bahawa Nik Aziz sendiri menyatakan akan terus menyandang jawatan Mursyidul Am PAS memandangkan pada pendapatnya belum ada calon yang sesuai yang mampu menggantikan tempatnya.

Jelas sekali, Nik Aziz masih terlalu amat menyayangi kuasa duniawi kalau boleh mahu saja dibawanya masuk ke liang lahad.

Januari tahun ini pun sebenarnya, Nik Aziz telah menegaskan betapa tinggi gelodak nafsu duniawinya apabila secara terbuka mengakui akan mengekalkan jawatan dan khidmatnya sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS sampai mati atas alasan jawatan politik tiada had masa atau tempoh persaraan.

Kiranya bagi Nik Aziz, dia sendiri dah mengakui amat bernafsu besar untuk terus menikmati kuasa duniawi sambil menongkat langit sampai mati sekalipun sejak bertahun lepas, untuk berjalan pun Nik Aziz terpaksa bergantung harap pada bantuan tongkat.