Sunday, January 6, 2013

Rumah Keduaku Malaysia

Tertarik Cikgu Adibah baca kegigihan seorang pemuda Russia, Victor A Pogadaev yang jatuh hati kepada Malaysia aman dan makmur. Kegigihan dalam mendalami ilmu hingga merantau ke Malaysia pada 70-an. Selepas lulus dengan cemerlang dalam jurusan Bahasa Indonesia. Memang diketahui umum kini jika ingin pelajari bahasa mereka akam mendahului belajar bahasa Indonesia. Namun akibat tuntutan Institut Bahasa Timur menginginkan pelajar jurusan Bahasa ini yang kini merupakan pensyarah,ketika itu perlu menggunakan bahasa itu di negara yang bertutur bahasa Melayu.

Bersama beberapa kawan senegara,beliau ditempatkan di Universiti Malaya dan seterusnya tertarik dengan budaya Melayu. Meskipun kedatangan beliau ke Malaysia selepas tragedi 13 Mei,beliau berasa tiada kecacatan dalam perpaduan yang ditunjukkan bangsa majoriti Melayu bersama kaum Cina dan India. Perkara ini kerana kebanyakkan rakyat sedar kepentingan peranan memasing dalam menjayakan diri mereka sebagai rakyat Malaysia.

Pensyarah Dr Victor A. Pogadaev kemudian tamat pelajaran dan kembali semula ke Malaysia pada tahun 1987. Tawaran kerja di Kedutaan Rusia di Malaysia merupakan peluang yang tidak dilepaskan. Tawaran tersebut tidak lama, hanya ambil masa selama dua tahun. Bagai mengamit pensyarah ini kembali ke Malaysia, Universiti Malaya menawarkan pula karier sebagai pensyarah Bahasa Rusia pada 2001. Tanpa lengah beliau dan keluarga berpindah dan bermastautin hampir 12 tahun di Malaysia.

Dr Victor banyak melakukan kajian dan tesis berkaitan perkembangan politik Malaysia . Beliau kerap menghasilkan artikel berkaitan budaya Melayu seperti permainan sepak takraw,keris dan menterjemah sastera Melayu kepada Rusia. Beliau tidak silu untuk mempromosi Malaysia pada kawan-kawan Rusia.

Bacalah artikel beliau mengenai Tun M di sini

No comments:

Post a Comment