Perbicaraan di kes saman RM 50 juta terhadap akhbar Utusan Malaysia oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diikuti oleh rakyat Malaysia dengan penuh minat dan tak kurang juga yang ‘curiga’. Datuk VT Singham, iaitu Hakim yang mengadili kes ini, telah menangguhkan sehingga 22 Januari tahun hadapan bagi mengumumkan keputusan.
Jika selama ini pihak pembangkang menjadikan sistem kehakiman Malaysia sebagai sasaran kritik seolah-olah ia adalah pusat bagi segala masalah rakyat, kononnya, tetapi hakikatnya, sistem itu jugalah yang membebaskan Anwar Ibrahim. Dua kali Anwar Ibrahim bebas atas alasan teknikal bagi kes liwat. Ini bermakna, dua mangsa telah tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Malah sistem ini juga yang memperlihatkan beberapa pemimpin UMNO, ditangkap, didakwa, didapati bersalah dan dihukum. Dan sistem yang sama juga yang memperlihatkan bagaimana walaupun hakim bersetuju yang Anwar Ibrahim bersalah seperti yang didakwa, dengan segala bukti jelas menunjuk ke arahnya, manakala saksi dan peguam beliau pula gagal secara total untuk menyangkal tuduhan dan bukti, tetapi Anwar tetap bebas juga akhirnya.
Kes liwat 1 menyaksikan kenyataan penghakiman dengan ketiga-tiga hakim bersetuju beliau benar-benar terlibat dalam aktiviti liwat dan kes liwat 2 pula menyaksikan kenyataan penghakiman hakim yang tergantung, iaitu tiada penjelasan panjang lebar dan dilakukan dalam masa tidak sampai lima minit. Dan dalam kedua-dua kes, Anwar telah bebas.
Oleh itu, tiada siapa yang dapat menolak dari merasa curiga dengan pembebasan Anwar Ibrahim. Malah, tidak salah rasanya, jika dikatakan bahawa pembebasan itu membuktikan ada kebenarannya tuduhan pembangkang bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem kehakiman kita. Dan dalam kes kali ini, Anwar ke mahkamah bukan sebagai pembela tetapi sebagai pendakwa.
Beliau telah mendakwa bahawa Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari lalu di muka hadapannya dan di muka surat 10 telah dengan salah dan berniat jahat, mencetak serta menerbitkan fitnah terhadapnya berhubung penyiaran artikel bertajuk 'Tolak Anwar - Hasan'. Dari pendapat pemerhati kes, ramai yang tidak menolak kemungkinan mahkamah akan sekali lagi menyebelahi Anwar seperti juga kes-kes yang lalu. Ini dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap perjalanan mahkamah yang dikendalikan oleh Hakim Datuk V. T. Singham yang mendatangkan kemusykilan.
Pertamanya, apabila saman yang dikemukakan adalah berdasarkan petikan dari wawancara Anwar dengan BBC dan bukannya laporan langsung dari Utusan Malaysia. Petikan tersebut yang boleh dicapai di seluruh dunia jelas memaparkan kenyataan Anwar yang menganggap undang-undang mengharamkan homoseksual sebagai lapuk dan perlu dikaji semula. Tiada yang diubah oleh Utusan Malaysia dan segala kata-kata Dato’ Dr. Hasan Ali yang dijadikan ‘subjek saman’ oleh Anwar, hanyalah ulasan dari kenyataan Anwar sendiri. Pelik sekali apabila Anwar tidak menyaman Dato’ Dr. Hasan, tetapi Utusan Malaysia.
Lebih pelik, apabila mahkamah menerima kes ini sedangkan pihak yang sewajarnya di saman ialah BBC jika laporan mereka yang dipetik oleh Utusan Malaysia itu adalah tidak tepat. Tetapi, nampaknya, Anwar telah memilih untuk menyaman pihak ketiga iaitu pihak perantara dengan Dato’ Dr. Hasan, atau pelapor iaitu pihak yang hanya melaporkan semula laporan BBC, iaitu Utusan Malaysia. Walaupun semua ini kelihatan pelik dan tidak masuk akal, tetapi kes ini telah pun berjalan dan telah pun selesai dibicarakan dan hanya menunggu Hakim VT Singham mengumumkan keputusan pada 21 Januari depan.
Umum menunggu dengan penuh kemusykilan akan keputusan yang bakal diumumkan oleh pihak mahkamah atau Hakim VT Singham. Kemusykilan ini bukanlah tidak berasas jika melihat dari rekod Hakim VT Singham sendiri. Hakim VT Singham dikenali sebagai cenderung kepada pembangkang. Kata pemerhati, mana-mana kes yang melibatkan pemimpin politik, beliau pasti akan memenangkan pihak pembangkang.
Antaranya, pada November 2011, beliau telah menolak permohonan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memadamkan bahagian tertentu dalam kenyataan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman berhubung video seks yang memaparkan individu mirip ketua pembangkang itu. Beliau juga memerintahkan Hishammuddin membayar RM25,000 sebagai kos kepada Anwar. Dalam kes tersebut, Datuk Seri Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung temuramah ketua pembangkang itu dengan wakil media pada 22 Mac 2011 di ibu pejabat polis Dang Wangi selepas membuat laporan menafikan dirinya adalah lelaki dalam video seks yang tersebar di internet.
Anwar telah menuduh Datuk Seri Hisham sebagai bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan, mengaturkan penayangan video itu dan berkomplot dengan perdana menteri dan pegawai tinggi polis. Sudah tentu semua tuduhan ini amatlah tidak masuk akal kerana pihak yang benar-benar bertanggungjawab melakukannya tidak pernah berselindung dan membuat pengakuan secara langsung.
Kerana itulah ada yang musykil dengan Hakim VT Singham. Keputusan Hakim VT Singham dalam kes yang tidak berkaitan politik juga pernah dipertikai oleh masyarakat. Antaranya, kes rogol yang melibatkan jurulatih PLKN di mana beliau membebaskan tertuduh atas alasan kredibiliti mangsa yang meragukan kerana lambat melaporkan kejadian. Sedangkan, alasan tersebut dianggap lemah kerana hampir semua kes rogol di seluruh dunia menyaksikan mangsa lambat melaporkan kejadian kerana mengalami dilemma dan trauma. Komen dan respon masyarakat di laman sosial menunjukkan ramai yang kurang senang dengan keputusan dan alasan yang diberikan oleh Hakim VT Singham dalam kes ini.
Selain tandatanya mengenai ‘cara’ beliau menghakimi kes dan kebolehan beliau mengenepikan ‘kecenderungan politiknya’ dalam membuat keputusan, ada juga desas desus yang mengaitkan ‘cara’ dan ‘kecenderungan politik’ Hakim VT Singham itu dengan peribadinya. Status beliau yang masih bujang walaupun telah berusia melangkaui 50-an dilihat sebagai sesuatu yang pelik.
Bayangkan seorang hakim yang berkemampuan dari segala segi masih tidak menemui jodohnya di usia ini? Walhal, beliau tentu menjadi salah seorang ‘lelaki yang paling diingini’ di awal kejayaannya dalam kerjaya. Satu-satunya penjelasan bagi seorang lelaki yang berkemampuan dan berada di puncak kejayaan sepertinya untuk tidak memilih mana-mana wanita sebagai teman ialah kerana beliau tidak menginginkan mana-mana wanita pun. Mungkinkah beliau bersetuju dengan Anwar bahawa undang-undang homoseksual adalah lapuk kerana beliau juga menjalani kehidupan yang sukar akibat dari undang-undang tersebut?
Mungkinkah inilah faktor yang membentuk ‘cara’ dan ‘kecenderungan’ Hakim VT Singham dalam melaksanakan tugasnya di mahkamah? Sukar untuk kita memastikan apa yang mempengaruhi keputusan Hakim ini. Tetapi, apa yang pasti ialah, jika beliau membebaskan Anwar dalam kes ini, maka ia benar-benar menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan mahkamah Malaysia, iaitu ia tidak bebas dan tidak adil kerana telah dikuasai oleh pembangkang.
No comments:
Post a Comment