Friday, January 4, 2013

Isu kalimah ALLAH polemik politik Guan Eng

Kuala Lumpur: Desakan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dikhuatiri akan memenuhi agenda penularan pluralisme di negara ini sehingga menimbulkan kecelaruan sehingga mengancam akidah umat Islam.

Justeru, pelbagai pihak tidak rela kepentingan Islam dieksploitasi dalam kancah permainan politik dan mahu kedudukannya sebagai agama rasmi negara ini dihormati seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia, Abu Suffian Abu Yaziz, berkata tujuan sebenar Lim Guan Eng membuat gesaan itu boleh dipersoalkan kerana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-82 yang bersidang pada Mei 2008 sudah memutuskan lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam. 

Isu seterusnya dikupas disini

No comments:

Post a Comment