Minggu lepas, pihak pembangkang bekerja lebih masa untuk menggembar-gemburkan lapuran kedudukan negara-negara dunia dari World Economic Forum (WEF) bagi tahun 2012-2013. Menurut lapuran tersebut kedudukan Malaysia jatuh beberapa anak tangga berbanding dengan tahun sebelumnya.
Walaupun pada hakikatnya Malaysia memperolehi pencapaian memberangsangkan pada tahun 2010 dan 2011, tidak pula diiktiraf oleh pihak pembangkang.
Malangnya, mereka sering terlepas pandang – atau pura-pura tak pandang – tentang siapa WEF itu sebenarnya.
Kewibawaan, keberkesanan cara kajian dan metodologi yang digunapakai oleh WEF telah dipersoal oleh sebuah laman web berita antarabangsa, Asia News Network.
Dalam kata-kata lain, bila pihak pembangkang menggemburkan sesuatu isu, ia pasti bersangkut paut dengan objektif politik mereka – dan bukannya untuk kebajikan rakyat semata.
Mereka sepatutnya menumpukan perhatian terhadap manisfesto pilihanraya lepas yang belum dilaksanakan daripada galak membuang masa dengan isu remeh seperti ini.
No comments:
Post a Comment