Kenyataan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmud yang juga Ahli Parlimen Kota Raja bahawa pemimpin muslimat PAS akan mengisi kuota 30% kerusi yang ditandingi oleh PAS dalam PRU 13 nanti agak menarik untuk diulas.
Ini kerana ia mengingatkan kita kepada beberapa fatwa flip flop halal dan haram dari Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat berkaitan isu kaum hawa yang agak kontroversi pada dekad 90-an dulu.
Antaranya termasuklah kecamannya terhadap pemimpin Wanita UMNO yang menjadi wakil rakyat dan menteri konon golongan hawa tidak layak menjadi pemimpin atas sebab peranan tersebut hanya boleh dilaksanakan oleh kaum Adam sahaja.
Rentetan dari situ, bertahun-tahun jugalah Ketua Wanita Wanita tika itu, Datuk Seri Rafidah Aziz yang juga adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah dijadikan punching beg oleh pengikut PAS termasuklah memperbesarkan keharaman dari segi aurat suara.
Namun ketika negara mengharungi PRU 10 tahun 1999, penyokong PAS tiba-tiba terpinga-pinga bila senario sudah berubah dan mereka terpaksa pula menelan kahak sendiri setelah diarah menyokong isteri kepada Anwar Ibrahim yang bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Sejak itu, kecaman terhadap Datuk Seri Rafidah mula berkurangan mungkin kerana penyokong PAS sudah menyedari betapa loyanya menjilat semula ludah Nik Aziz dan kahak sendiri.
Dalam dekad 90-an juga, Nik Aziz juga pernah mencetuskan kontroversi dengan melarang qariah dari negeri itu menyertai Tilawah Al-Quran atas alasan untuk jaga aurat suara serta disebabkan Nik Aziz "berpendapat rakyat Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam".
Bagaimanapun baru beberapa bulan lalu, kekangan terhadap qariah dari Kelantan dengarnya terpaksa ditarik semula setelah suara desakan para qariah dan orang ramai semakin menyakitkan halwa telinga Nik Aziz.
Selain larangan dan 'fatwa flip flop' tersebut, isu wanita tidak diharamkan dari berhias dan bergincu di luar rumah juga pernah tersembur dari mulut Nik Aziz, juga dalam dekad itu dan turut mengundang kontroversi.
Selain turut mengundang kontroversi ia juga kekal diingati ramai orang sebagai lawak jenaka paling unik tambah-tambah lagi bila ramai rakyat Kelantan yang pernah terserempak dengan isteri dan anak Nik Aziz yang dilihat merah bibirnya sewaktu mereka berada di luar rumah.
Mungkin Nik Aziz boleh beralasan merah gincu di bibir isteri dan anak perempuannya bukanlah hasil calitan gincu tapi hanya sekadar calitan warna dari cat pagar rumah yang berbaki.
Apapun inilah realitinya yang menuntut kita berfikir sejuta kali sebelum mencerna atau menerima tiap bait kata yang keluar dari mulut busuk seorang politikus yang memperalatkan dalil atau hujah agama demi kepentingan politik kepartian.
Dalam pada itu, kini juga kita berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri gelagat beberapa artis wanita yang baru 'bertaubat alaPAS' galak memberi ceramah politik di depan khalayak ramai dalam keadaan berhias sakan dan bibirnya pula merah dengan gincu.
Nampak gayanya soal aurat suara pun sudah tidak timbul apatah lagi isu berhias dan bergincu di luar rumah. Tidak pula timbul keharaman aurat suara seorang perempuan. Barangkali fatwa lama sudah expired agaknya.
Disamping itu, dulu pernah juga Nik Aziz menyarankan kaum wanita yang cantik supaya tidak bekerja untuk mengelakkan maksiat kononnya.
Kini, ia juga sudah tidak kedengaran sebaliknya makin ramai pula wanita comel lote badan bergetah yang mengisi kekosongan jawatan di Pejabat MB Kota Darul Naim.
Mungkin juga Muslimat PAS yang sekarang ini ada yang jadi YB tak termasuk dalam kategori cantik dan comel, barangkali sebab itulah bebas bekerja sebagai wakil rakyat dan exco negeri.
Dan barangkali semua bakal calon yang akan memenuhi kuota 30% PAS itu pun termasuk dalam kategori buruk macam Mak Lampir PKR, itu pasal masing-masing diberi kebenaran dan ditawarkan peluang merasai pengalaman bertanding pilihanraya.
Hakikatnya, walau apapun alasan dan jenis larangan serta fatwa halal haram keluar dari mulut Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain, rumusan mudahnya semua akan berakhir dengan flip flop mengikut kemahuan politik parti.
Haram bila PAS gagal memanfaatkannya, kini halal untuk PAS dan sekutu bila dirasakan menguntungkan, esok pula?... makruh agaknya.
No comments:
Post a Comment