Sambutan kemerdekaan ke 55 pada tahun ini dianggap sungguh bermakna bagi rakyat kerana negara bakal menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi.
Ini memberikan rakyat peluang sekali lagi dalam tempoh lima tahun untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat, komited untuk terus membangunkan negara serta sentiasa mendahulukann rakyat dalam semua dasar dan programnya.
Kerajaan tersebut tidak lain tidak bukan adalah pentadbiran yang telah diterajui oleh Barisan Nasional di bawah teras kepimpinan Umno selama lebih setengah abad.
Tidak ada parti politik di dunia ini yang mampu menandingi kehebatan gagasan Umno-BN memimpin sebuah negara yang berbilang kaum dalam keadaan penuh keamanan, keharmonian dan kestabilan secara berterusan sejak mencapai kemerdekaan.
Ini disebabkan kekuatan formula kesepakatan, kesefahaman serta kerjasam antara kaum yang telah dicapai oleh tokoh-tokoh pengasas kemerdekaan pada tahun 1957.
Formula dan pendekatan yang sama telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan getir untuk sampai ke tahap di mana ia berada sekarang.
Kejayaan Umno-BN mentadbir sebuah negara yang penuh dengan keunikan serta dilandasi adunan resipi yang hebat tidak mungkin mudah untuk dikalahkan dengan cubaan formula baru yang ingin dikemukakan oleh pihak pembangkang.
Inilah yang berlaku di ambang sambutan kemerdekaan di persekitaran Dataran Merdeka apabila penyokong Pakatan Rakyat cuba mengalihkan keghairahan rakyat yang menunggu detik 12 malam pada 31 Ogos dengan mengadakan himpunan haram Janji Demokrasi.
Malang bagi pembangkang seruan mereka di atas platform ketelusan proses pilihan raya sebagai sambungan kepada rusuhan jalanan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 tidak mendapat perhatian rakyat.
Rakyat tidak lagi menghiraukan jerit pekik dan tiupan vuvuzela penyokong pembangkang yang dilihat sebagai golongan gila dan hilang akal.
Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka adalah golongan minoriti yang berkelakuan seperti kera sumbang.
Apa tidaknya, hanya kerana mereka bencikan Umno dan BN, Pakatan Rakyat telah hilang pertimbangan rasional dan logik kerana tidak tahu membezakan antara semangat patriotik dan politik.
Dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, pembangkang melihat setiap sesuatu mesti dipolitikkan hatta sambutan kemerdekaan sekali pun perlu diserang dan dikorbankan.
Atas mentaliti membangkang segala sesuatu yang dilakukan kerajaan untuk kebaikan rakyat, pembangkang sanggup merosakkan acara gemilang yang amat bermakna bagi negara dan rakyat Malaysia.
Kerana takut kepada tema Janji Ditepati, pembangkang membuat keputusan untuk mengadakan sambutan kemerdekaan secara berasingan dengan slogan dan logo yang berlainan.
Slogan Sebangsa, Senegara, Sejiwa hanya indah khabar dari rupa kerana tidak mencerminkan keadaan sebenar yang berlaku di dalam pakatan pembangkang.
Pergolakan merebut kuasa, penyelewengan dana awam, pertelingkahan antara pemimpin pembangkang serta kegagalan menunaikan janji kepada rakyat hanyalah sekelumit daripada kemelut dan masalah yang membelenggu mereka.
Maka slogan tersebut dengan sendirinya menjadi tidak bermakna dan kosong daripada keikhlasan dan nilai penghayatan.
Sikap bodoh yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat tersebut secara langsung telah mendedahkan kelemahan mereka sendiri bahawa pembangkang tidak mampu berpegang kepada prinsip hidup bersatu padu antara kaum dan mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk yang sedia terjalin.
Pembangkang berfikir dengan mengadakan sambutan kemerdekaan ke 55 secara tersendiri dengan mengasingkan daripada sambutan arus perdana mereka boleh mendapat sokongan untuk ke Putrajaya.
Malang seribu malang bagi mereka, perbuatan tersebut sebenarnya telah memecah tembelang siapa pembangkang sebenarnya.
Jika mereka sanggup mencemarkan keagungan nilai kemerdekaan negara, apa agaknya yang mereka akan lakukan jika mereka berkuasa di Putrajaya.
Dengarnya sudah ada rancangan untuk menukar bendera kebanggaan negara Jalur Gemilang dengan bendera versi Pakatan Rakyat.
Malah lagu Negaraku yang berkemundang di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 selepas Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj melaungkan teriakan keramat Merdeka! juga mahu diganti dengan lagu baru.
Nampaknya pembangkang berhasrat mahu menukar dan meroboh segala institusi atau simbol yang menandakan kejayaan Umno-Bn sejak 55 tahun lalu.
Bangsa Melayu tidak akan selamat di bawah Pakatan Rakyat kerana kejayaan Umno membela orang Melayu mahu dilupuskan dan diganti dengan 'Agenda Rakyat'.
Sebenarnya pembangkang bukan mahu mengagungkan rakyat tetapi sebaliknya memangsakan mereka dengan menjadikan rakyat sebagai alasan untuk membuat perubahan yang bakal merugikan bangsa Melayu dan negara.
No comments:
Post a Comment