Thursday, August 9, 2012

Dong Zong Ingin Sisihkan Kaum Cina

Tujuh pertubuhan utama Cina dengan diketuai Dong Zhong telah memuktamadkan ‘Chinese Education Memorandum’ yang menyenaraikan 49 tuntutan dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada bila-bila masa.

Antara tuntutan mereka ialah agar kerajaan menghapuskan syarat-syarat yang dikenakan bagi pembinaan sekolah, menuntut agar kerajaan menanggung kos pembinaan dan tanah untuk sekolah Cina serta melaksanakan polisi pendidikan berbagai berbanding satu sistem yang diamalkan sekarang.

Apa yang dituntut oleh pertubuhan-pertubuhan Cina ini membuktikan bahawa mereka benar-benar ingin menyisihkan terus kaum Cina dari arus sosial dan pembangunan negara ini.

Melihat dari keangkuhan kaum Cina yang sering bermegah dengan penguasaan ekonomi mereka di negara ini, maka mereka mungkin ingin mewujudkan ‘Chinese Supremacy’ di mana mereka berada di atas dan oleh itu tidak perlu bergaul dengan kaum lain. Tindakan mereka seolah-olah ingin mewujudkan sistem apartheid yang mengasingkan kaum-kaum di Malaysia.

Apartheid dilaksanakan secara rasmi di Afrika selepas pilihanraya pada tahun 1948 yang memisahkan penduduk kepada 4 kumpulan iaitu orang asli, kulit putih, Asia dan lain-lain kaum. Kesemua kumpulan ini dipisahkan dalam pendidikan, perubatan, kawasan peranginan di pantai, kemudahan awam,malah kawasan perumahan juga dipisahkan, adakalanya dengan cara kekerasan. Tentu sekali, kumpulan yang lemah dari segi ekonomi iaitu penduduk asal kulit hitam, mendapat bahagian yang lebih buruk dari pemisahan ini.

Sebenarnya, sudah terlalu lama Dong Zhong memperjuangkan ‘apartheid’ di Malaysia ini dan mereka nampaknya tidak akan berganjak lagi. Malah, mereka terus mara dan terus mengasak dengan tuntutan yang bukan-bukan bagi memastikan matlamat mereka berjaya.

Namun, apa yang membuatkan kita menggeleng-gelengkan kepala dengan keangkuhan ektremis Cina ini ialah mereka sanggup meminta kerajaan menanggung kos untuk melaksanakan agenda gelap mereka.

Adalah tidak wajar sama sekali bagi kerajaan untuk menggunakan wang negara dan wang rakyat untuk membantu puak ektremis mengubah struktur sosial negara ini demi kepentingan sempit komuniti mereka.

Jika Dong Zhong ingin membina sekolah Cina yang berkiblatkan budaya, sejarah dan bahasa ibunda mereka, adalah tidak wajar mereka meminta bantuan kerajaan Malaysia. Ini kerana ianya amat bertentangan dengan aspirasi kerajaan untuk membentuk 1Malaysia dengan satu bangsa, bahasa dan budaya.

Pendek kata, jika Dong Zhong ingin membina sebuah negara China baru di dalam Malaysia, maka mereka perlu ditentang, bukannya dibantu.

Apa yang dituntut oleh Dong Zhong sebenarnya amatlah merbahaya. Percayalah agenda mereka adalah jauh lebih dalam dan luas dari sekadar ‘pendidikan Cina’. Ini bukan soal pendidikan lagi kerana jika ia hanya soal pendidikan bahasa Cina, ia boleh diselesaikan dengan sekadar mengadakan kelas tambahan.

Dong Zhong mengimpikan sesuatu yang melangkaui soal bahasa atau budaya Cina. Mereka inginkan penguasaan kaum Cina secara mutlak tanpa perlu bergantung kepada kaum lain, selain dari menjadi penyumbang kepada daya-beli produk mereka.

Sudah menjadi undang-undang tidak bertulis di dunia bahawa sesiapa yang mengawal ekonomi, adalah berkuasa. Maka, dengan ekonomi sedia berada di tangan kaum Cina, pengasingan kaum Cina dari kaum lain akan memaksa kaum lain tunduk kepada mereka. Lama kelamaan, kuasa politik yang ada pada kerajaan juga tidak akan membawa makna lagi kerana terpaksa tunduk kepada kuasa ekonomi kaum Cina.

Sudah sampai masa kerajaan bertegas dengan puak ektremis Cina ini. Bahaya yang dibawa mereka tiada bezanya dengan puak ektremis agama yang mampu menjejaskan keamanan negara. Dengan dasar apartheid yang ingin diwujudkan mereka, tidak mustahil negara bakal mengalami nasib seperti Afrika suatu ketika dahulu, dalam masa 10 – 20 tahun dari sekarang jika segala tuntutan mereka diterima.


No comments:

Post a Comment