Thursday, August 30, 2012

Kemerdekaan Harus Dimengertikan

Peristiwa Kemerdekaan Pada Kali ini harus dimengertikan utk menjamin kemakmuran negara..

Mereka2 yang kurang menghayati dan cuba menimbulkan huru hara perlu menghayati beberapa perkara ini sbg teladan masa hadapan..

1. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan contoh terbaik di samping pembebasan Gua Musang oleh Tentera MPAJA pada Perang Dunia Ke 2 yang menegaskan bahawa mereka baru sahaja Merdeka dari Jepun dan menganggap Malaya adalah sebahagian dari Tanah Besar China.

2. Usul Ketua Pembangkang di dalam Sidang Penggal Pertama Parlimen pada Mei 2008 yang mahu perkataan Melayu dibuang dari Perlembagaan Persekututan merupakan usaha terancang dan halus untuk memungkiri Kontrak Sosial dan secara sistematik menghapuskan dan bersifat anti Islam, Melayu & Institusi BeRaja.

3. Tuntutan-tuntutan Su Qiu, Dong Zhong, Hindraf, SUARAM, Bersih dan lain-lain NGO pro pembangkang yang ditaja oleh dana-dana zionis antarabangsa merupakan contoh yang amat jelas untuk merubah struktur sosial dan asas kenegaraan Malaysia secara terancang dan sistematik untuk menuju sebuah kerajaan republik baru di masa hadapan.

4. Sikap hipokrit dan munafik pimpinan PAS yang menyebarluaskan di dalam usrah-usarah di peringkat Institusi Pengajian Tinggi di kalangan mahasiswa bahawa Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan penjajah dan perlu ditentang amat bertentangan dengan Persetujuan Konvesyen Rakyat & Buku Jingga di samping kenyataan-kenyataan pimpinan mereka kepada Rakyat bahawa mereka menjunjung tinggi Perlembagaan Negara.* Renung-renungkanlah…

5. Siri-siri Demonstrasi Bersih & Hindraf tidak menggambarkan Janji Ditepati sebagaimana yang telah termaktub di dalam 5 Prinsip Rukunegara.

6. Kebiadapan beberapa ahli Parlimen dan pimpinan pakatan pembangakang terhadap Bendera Negara, Institutsi Sultan dan Bangsa Melayu merupakan contoh yang amat biadap dan pada akhirnya dimanifestasikan di dalam Himpunan Janji Bersih Merdeka malam 30 Ogos 2012.

Dato’ Seri Ir Mohd Zin Mohamed

Matinya Polis Berjiwa Wira, Ceritera Jiwa Merdeka

Kisah benar yang diceritakan oleh : Ustaz Haji Zainal Abidin Abdul Karim

 Sebaik sahaja selesai dimandi dan muka Arwah dilap, mata saya terpaku menatap wajahnya. Seperti tidak percaya bahawa sesuatu yang amat luar biasa berlaku di hadapan mata saya. Dengan kekuasaan Allah Yang Maha Agung dan Maha Besar, wajah Arwah yang sudah berusia 60-an tiba-tiba bertukar menjadi seperti wajah yang berusia 30-an.

Kulitnya yang seketika tadi berkedut bertukar menjadi tegang. Raut wajahnya memang memikat sementara senyumannya cukup manis seolah-olah Arwah meninggalkan dunia yang fana ini dengan hati yang seronok Lama saya terpegun menatap wajah Arwah. Cukup hebat kekuasaan Allah swt hingga dalam waktu beberapa detik sahaja wajah yang sudah berkedut diubah-Nya menjadi kembali muda dan tampan.

Saya terus menatap wajah dari hujung rambutnya hingga ke hujung dagu dengan rasa yang amat kagum di atas kebesaran Allah swt dan kemuliaan Arwah. Tanpa disedari, orang semakin ramai dan berpusu-pusu menziarahi Arwah. Seperti saya, mereka juga berebut-rebut untuk menatap wajah Arwah. Dan seperti saya juga, setiap mata yang memandang Arwah pasti akan terus terpaku kepadanya. Sebilangan besar mereka juga tertanya-tanya, benarkah jenazah yang terbaring di hadapan mereka itu adalah Allahyarham. 

Eh, betul ke bapa awak yang meninggal dunia ? Bukan adik ? Tanya salah seorang daripada mereka yang nyata tidak dapat mengecam wajah Arwah.

Betul, itu ayah saya, jawab anak Arwah. Bukan dia seorang, malah kebanyakan yang menziarahi Arwah juga begitu. Keseronokan segera terpancar di hati kami. Sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan jenazah, saya seperti tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan pengurusan jenazahnya. Sementara keluarga, saudara-mara dan orang ramai yang menziarahi Arwah terus ingin menatap wajah Arwah. 

Walaubagaimanapun, yang pergi perlu diuruskan juga. Jenazah Arwah kemudiannya dikapan dan seterusnya dikebumikan. Sepanjang urusan tersebut, suasana cukup tenang, aman dan menyeronokkan. Tidak ada sebarang masalah yang kami tempuhi, malah orang ramai seperti berebut-rebut ingin membantu urusan pengkebumian jenazah arwah. Kembali dari pengebumian Arwah, fikiran saya terus menerawang mengingati kemuliaan Allah swt berikan kepada jenazah Arwah. Begitu sekali balasan yang Allah swt berikan kepadanya. 

Namun bagi kami yang mengenali Arwah, memang layaknya dia diberikan kemuliaan sedemikian rupa kerana semasa hidupnya, Arwah memang seorang yang bertaqwa. Riwayat hidupnya dipenuhi dengan amal ibadah, bukannya perbuatan-perbuatan mungkar.Arwah adalah bekas pesara polis yang bertugas di Bahagian Perhubungan Awam, salah sebuah balaipolis di Kuala Lumpur. Semasa hayatnya, Arwah sangat dihormati kerana beliau merupakan seorang yang pemurah dan suka membantu orang yang dalam kesusahan.

Tugasnya sebagai pegawai polisdigunakan sepenuhnya bagi membantu orang ramai. Arwah tidak pernah berkata ‘tidak’ bagi setiap orang yang meminta pertolongan, walaupun mereka datang pada jam 2 – 3 pagi. Dikejutkan pada waktu tengah malam dan dinihari ketika di luar tugas juga adalah perkara biasa bagi Arwah dan setiap tetamu yang datang disambutnya dengan muka yang manis. Ketika orang lain sedang nyenyak tidur , dipeluk kedinginan pagi dan dibuai mimpi, arwah bersengkang mata membantu orang yang datang meminta bantuannya.

Dia tidak pernah merungut malah bersedia membantu mereka dengan hati yang gembira. Selain Arwah, isterinya juga bersikap demikian. Mereka berdua tidak pernah lekang daripada membuat amal jariah, membantu anak-anak yatim dan pelajar-pelajar universiti dengan mengambil mereka sebagai anak angkat. Anak yatim dan anak angkat yang mereka pelihara telah berjumlah puluhan orang. Melakukan kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah. Pasti ada sahaja orang yang iri hati dan berprasangka buruk.

Walaupun bermacam-macam tomahan dan kata-kata yang cuba melemahkan semangat, namun mereka tidak mengambil peduli. Malah dia tetap seperti biasa membantu orang yang memerlukan pertolongannya. Bagi Arwah, menghulurkan bantuan lebih besar nilainya daripada wang ringgit. Arwah juga tidak berkira langsung dari segi wang ringgit hinggakan jika tidak mempunyai wang, Arwah sanggup meminjam daripada anak-anak atau isterinya. Ini merupakan satu pengorbanan yang amat besar demi membantu insan lain.

Gaji Arwah bukanlah besar, tanggungannya juga bukan ringan, namun Arwah tidak pernah menunjukkan kesusahannya kepada orang lain. Selain itu, Arwah juga dikenali masyarakat sebagai seorang yang warak. Beliau adalah merupakan seorang imam surau semasa hayatnya. Walaupun sudah beberapa tahun Arwah pulang menghadap Ilahi, namun sehingga kini orang masih menyebut-nyebut tentang kebaikannya. Anak-anak angkat Arwah juga masih datang ke rumahnya, bermalam sewaktu cuti dan berhari raya bersama keluarga di situ.

Jangan menganggap keakraban itu sebagai biasa kerana sebilangan daripada anak-anak angkat Arwah berasal dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri yang dari ibu kota ini. Kemuliaan yang Allah swt berikan kepada Allahyarham itu mengingatkan saya bahawa di dalam syurga nanti tiada orang-orang yang tua. Semua penghuni syurga muda-muda belaka, tampan, cantik dan menawan. Adakah iktibar ini yang ditunjukkan oleh Allah swt menerusi keajaiban yang berlaku ke atas jenazah Arwah ?

Walaupun peristiwa itu berlaku lima tahun yang lalu, namun kesempatan menguruskan jenazah Arwah adalah satu kepuasan kepada saya. Itulah pengalaman paling menarik sepanjang penglibatan saya sebagai sebagai pengurus jenazah. Ia sungguh bermakna dan memberi keinsafan kepada diri saya. 

LGE lari dari tajuk?! Memang Penyangak!!!

Kebiasaan Lim Guan Eng lari daripada tajuk

AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 25 Ogos 12 melalui ruangan Pendapat Yuanlun memaparkan tulisan Chang Long Yan dari Akademi Kewartawanan dan Komunikasi TAIMA (AKIP) mengenai sikap Lim Guan Eng yang suka lari daripada tajuk.

Komen Setiausaha Agung DAP Pusat, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadap rencana dalam edisi Kotej berkaitan buku berjudul Peneng in Sight telah tersebar luas tetapi apabila saya membaca komen beliau, ia seperti sebuah pemikiran seorang 'penyangak'.

Saya ambil sedikit petikan di dalamnya, Guan Eng berkata, beliau menyokong penuh kebebasan bersuara, berani menerima kritikan dan menghormati pandangan yang berbeza-beza.

Sebagai seorang ahli politik, beliau bersedia untuk dikritik walaupun kritikan yang 'mengaibkan' dirinya. Apa yang beliau maksudkan beliau sanggup menerima kritikan termasuk kritikan yang tidak adil.

Mengikut pandangan saya, semua yang Guan Eng katakan itu cuma syok sendiri. Jika tidak beliau tidak mungkin senarai hitamkan wartawan edisi Kotej yang paparkan kritikan terhadap penulisan beliau dalam buku Peneng in Sight itu.

Tindakan itu, memberi penjelasan dengan terang kepada semua, beliau juga pernah senarai hitamkan wartawan lain dan tidak lansung bersikap terbuka apabila dikritik termasuk kritikan yang dikatakan mengaibkan beliau.

Selain itu, jika benar beliau menghormati pandangan yang berbeza-beza, beliau tidak perlu sebut rencana Edisi Kotej itu mengelirukan orang ramai.

Guan Eng seperti belum pernah membaca rencana tersebut (kami terlupa bahawa Guan Eng tidak tahu baca tulisan karekter Cina). Sebab itu beliau berani berkata dengan lantang bahawa tulisan itu memperdayakan orang ramai.

Pihak wartawan juga telah memperbetulkan isi kandungan Edisi Kotej itu dan secara khas mengeluarkan artikel penulisan Guan Eng sendiri dalam rencana akhbar Cina melalui ruang rencana khas wartawan dan bukannya mengada-adakan cerita.

Namun, Guan Eng seperti kebiasaanya suka lari daripada tajuk, sebaliknya bertanya adakah wartawan yang tulis rencana itu telah dipilih dengan teliti.

Yang paling buruk sekali, dalam artikel Edisi Kotej itu, beliau berkata ada banyak rencana (sebenarnya adakah beliau membacanya?) dan dakwanya rencana itu bukan penulisan seorang wartawan kerana timbul banyak perkataan-perkataan yang agak pelik.

Apabila dibaca dengan jelas, beliau berkata itu adalah penulisan orang-orang BN yang menggunakan nama-nama samaran.

Wartawan terbabit telah membongkar bahawa Guan Eng tidak mengikut hujah yang betul kerana 90 peratus penulisan artikel Edisi Kotej itu tulisan wartawan akhbar Cina. Akibat menuduh wartawan menulis artikel tidak benar, Guan Eng disarankan meminta maaf kepada mereka.

Mengkritik polisi kerajaan itu adalah tanggungjawab wartawan, kenapa Guan Eng mengkritik kembali wartawan-wartawan di Pulau Pinang yang mempersoal kerajaan negeri dan dituduh pula sebagai tali barut kerajaan BN?

Ini jelas menunjukkan apa yang Guan Eng sebut tentang kebebasan media dan menghormati pandangan yang berbeza itu hanya cakap syok sendiri, hanya di mulut sahaja.

Sebaliknya, dalam fikiran beliau rencana yang condong kepada BN itu semuanya bermasalah.


Khalid Sahkan Manifesto PR Hanya Untuk Suka-Suka

Nampaknya, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, benar-benar buntu apabila diasak dengan persoalan mengenai kegagalan kerajaan pimpinannya untuk menunaikan janji bekalan air kegunaan domestik percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada semua rakyat Selangor.

Jawapan beliau kepada media berkenaan isu ini dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri kelmarin iaitu ‘manifesto bukan satu perjanjian’, telah benar-benar membangkitkan kemarahan rakyat Selangor. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kenyataan tersebut seolah-olah ‘membunuh diri’ atau ‘membunuh parti sendiri’.

Mungkinkah Khalid tidak tahu bahawa rakyat mengundi sesebuah parti itu berdasarkan beberapa perkara asas iaitu: 1. Rekod perkhidmatan, 2. Ideologi, 3. Manifesto.

Memandangkan PR belum ada rekod perkhidmatan, dan tidak mempunyai ideologi yang pasti, maka kemenangan PR di Selangor bolehlah dikatakan semata-mata terletak kepada manifesto yang diumumkan.

Rakyat Selangor sanggup menolak BN dalam PRU 2008 walaupun parti itu mempunyai rekod cemerlang, semata-mata ingin menikmati 20m padu air percuma, bantuan tadika, sumbangan ke universiti dan berbagai-bagai lagi yang dibentangkan sebagai manifesto PR ketika itu.

Maka, malanglah bagi rakyat Selangor apabila setelah 4 tahun memerintah, tiba-tiba saja MB Selangor sendiri mengakui bahawa kerajaannya tidak harus dipertanggungjawabkan untuk menunaikan segala yang terkandung dalam manifesto tersebut, kerana ia bukan satu perjanjian.

Dalam ertikata lain, manifesto itu hanyalah untuk suka-suka sahaja - ia dideraf dan diumumkan sekadar untuk sedap didengar bagi menarik undi.

Jika ‘manifesto bukan perjanjian’ maka apakah ia?

Mengikut kamus dalam talian, manifesto adalah satu “perisytiharan mengenai niat, cadangan, motif atau pandangan seseorang individu, kumpulan, parti politik atau kerajaan”.

Berpegang kepada definisi ini, rakyat Selangor telah memilih PR dengan harapan bahawa parti tersebut akan melaksanakan segala niat, cadangan, motif dan pandangan yang diisytiharkan oleh mereka.

Jelas, rakyat Selangor telah membuat kesilapan besar.

Benar, bukan semua niat atau cadangan dapat dilaksanakan kerana kadangkala terdapat halangan dan masalah-masalah sampingan yang di luar jangkaan. Namun, ini tidak wajar dijadikan alasan dalam masalah kegagalan membekalkan air percuma kepada rakyat Selangor. Lebih-lebih lagi setelah kerajaan PR mempunyai masa selama 4 tahun untuk menunaikannya. Sekiranya terdapat halangan atau masalah, mereka seharusnya sudah dapat mengatasinya.

Namun, yang menjadi isu di sini bukanlah kerana kerajaan Selangor menghadapi masalah untuk melaksanakan manifesto air percuma ini, tetapi kerana MB Selangor telah mengesahkan bahawa kerajaannya tidak pernah berjanji mengenainya justeru itu, tidak perlu, tidak ingin dan tidak akan melaksanakannya!

Dengan itu, rakyat tidak harus lagi mempercayai apa jua manifesto yang telah atau akan dibentangkan PR.


Pakar Ekonomi Ramal BN Kekal Memerintah

Program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Ahli Ekonomi Asia Tenggara dan Asia Selatan Economist Coporate Network, Justin Wood, berkata pelabur melihat program pembaharuan yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu sebagai salah satu faktor penting keputusan pelaburan mereka di negara ini.

"BN akan terus memerintah. Saya meramalkan kerajaan yang sama selepas pilihan raya. Ekonomi Malaysia kukuh dan pelaburan lansung asing (FDI) semakin meningkat. Semua ini disebabkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap setiap maklum balas yang ditimbulkan oleh pelabur asing sebelum ini," katanya ketika taklimat tinjauan ekonomi Malaysia anjuran Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd disini semalam.

Wood berkata, satu daripada kriteria paling penting yang dikehendaki oleh pelabur asing dalam sesebuah negara adalah kestabilan politik diiringi dasar yang jelas dalam satu pakej.

"Jika kerajaan sekarang kekal, dasar sedia ada sudah pun wujud," katanya.

Beliau juga berkata, selepas memenangi pilihanraya umum akan datang, Najib dan kerajaan perlu meneruskan pelaksanaan program transformasi yang berjaya itu.


Wednesday, August 29, 2012

Marina Chin Abdullah Hantu Ambang Merdeka

Tidak puas hati kerana BERSIH 3.0 telah gagal dengan memalukan sekali, maka puak-puak Pakatan Rakyat bertekad ingin berhimpun dan berdemonstrasi lagi di ambang Merdeka.

Perhimpunan atau demonstrasi yang dipanggil ‘Janji Demokrasi’ ini kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepada diri mereka sebagai Gabungan Janji. Walaubagaimanapun, semua rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah Pakatan Rakyat.

Tujuan mereka tidak lain tidak bukan sekadar ingin mencipta keadaan yang tidak tenang di samping mengganggu serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan. Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk mengaburi tema Hari Kebangsaan yang amat menggusarkan PR, iaitu ’55 Tahun Janji DiTepati’.

Nampaknya penganjuran demonstrasi kali ini tidak lagi diketuai oleh Ambiga, yang telah mengaku kalah setelah tidak mampu menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke rumah sendiri akibat tindakan segelintir peniaga yang kerugian dalam BERSIH 3.0 membuka ‘pasar malam’ di hadapan rumahnya.

Ia juga tidak akan diketuai oleh A.Samad Said, sasterawan bingung yang hidup dalam dunia khayalan konon beliau seharusnya disanjung dan dijulang bak negarawan terbilang.

Tetapi, kali ini demonstrasi akan diketuai oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais. Seperti yang dijangka, kedua-dua mereka juga berjanji tidak akan membuat huru-hara.

Namun, rakyat bukannya bodoh seperti yang mereka harapkan. Rakyat tidak pernah lupa bahawa janji yang sama telah dilafazkan sebelum BERSIH 3.0 tetapi apa yang berlaku ialah kecederaan parah dan kemusnahan harta benda awam.

Kononnya, himpunan Janji Demokrasi ini hanya akan turut menyambut hari kemerdekaan, cuma bezanya, mereka akan memakai baju kuning sebagai tanda menyokong tuntutan agar kerajaan melunaskan janji ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.

Soalnya, apakah asas untuk kita mempercayai manusia seperti Hishamudin Rais dan Marina Chin, perkakas kepada PR sedangkan PR itu amat sinonim dengan tidak menepati janji? Jika tidak, kenapa mereka begitu fobia dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini?

Marina Chin sebelum ini terlibat dalam BERSIH 2.0 di mana para peserta demonstrasi telah dengan sengaja mengingkari arahan polis untuk bersurai. Beliau juga adalah pendokong perjuangan menuntut hak LGBT. Hishamudin Rais pula tidak perlulah diulas lagi kerana telah diketahui umum bahawa ‘memberontak’ adalah hobinya. Jadi, elok beliau diabaikan saja.

Namun begitu, kalau pun kita boleh mempercayai Marina bahawa segalanya akan berjalan dengan aman, kita ingin bertanya beliau demokrasi yang bagaimana yang beliau tuntut? Dengan menjadi alat kepada PR, Marina tidak layak bercakap mengenai demokrasi.

Parti-parti di dalam PR semuanya mempunyai masalah yang kronik berhubung demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Pemilihan parti PKR misalnya, penuh dengan tipu muslihat, manipulasi, pergaduhan, malah kronisme yang nyata.

Parti DAP pula ditunjangi oleh Setiausaha Agung yang sombong, angkuh, kukubesi, chauvinis lagi rasis. Dan seperti juga PKR, kronisme dalam DAP juga amat nyata dan tidak mampu disangkal oleh sesiapa.

Oleh kerana tiadanya demokrasi sebenar dalam PKR dan DAP maka saban tahun, ada saja pemimpin-pemimpin mereka yang keluar parti dan seringkali memilih untuk menjadi BEBAS serta mesra BN.

Parti PAS juga tidak ketinggalan di mana sesiapa sahaja yang berani meletakkan agama lebih tinggi dari politik, akan dicantas, dihina dan difitnah semahu-mahunya.

Ketiga-tiga parti ini juga terkenal dengan memboikot media apabila saja dikritik atau terkantoi sendiri.

Inikah puak-puak yang Marina wakili untuk bercakap tentang Janji Demokrasi, hak kebebasan media atau keadilan?

Sekiranya PR bijak, mereka pasti sedar bahawa di kala Pilihanraya semakin hampir mereka seharusnya menumpukan seluruh tenaga dan fikiran mereka untuk menunaikan janji-janji yang belum mereka tepati di negeri-negeri yang diperintah mereka, dan bukannya sibuk berdemo, menuntut janji atau membuat janji baru.

Memilih untuk menjadi hantu polong membantutkan semangat kemerdekaan serta mengganggu ketenteraman di malam keramat adalah satu tindakan yang amat tidak bijak dan tidak bertanggungjawab bagi PR dan juga Marina, khasnya. Tidakkah mereka belajar dari kesilapan dari BERSIH 3.0 di mana semakin ramai yang meragui atau semakin muak dan jelak dengan PR apabila ia berakhir?

Kita percaya, selepas Janji Demokrasi, nama Marina juga pasti akan dicemuh dan disumpah sepertimana yang dialami Ambiga kerana mencemarkan kesucian kemerdekaan.


Tuesday, August 28, 2012

SAYANGKAN DAP, PAS SANGGUP KORBANKAN PEMIMPIN ISLAM

Perang mulut antara PAS, DAP dan PKR berhubung isu hukum hudud masih belum reda malah terus membara.

Keadaan semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut yang sudah tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Walaupun isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS bukanlah sesuatu yang baru namun ia kembali menjadi panas dan bahan polemik sejak kebelakangan ini akibat sikap parti Islam itu yang kini dilihat berdolak dalik dan tidak teguh dalam pendiriannya.

Pada satu pihak, DAP dilihat konsisten dengan penentangan tegasnya terhadap sebarang usaha oleh PAS untuk melaksanakan undang-undang syariah jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Ini berlainan pula dengan pihak PAS yang terpaksa menukar warna politik dan mengorbankan prinsip perjuangannya daripada 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda politik DAP, sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secara terangan menonjolkan sikap anti-Melayu.

PAS sanggup mengorbankan pemimpinnya seperti Hasan Ali yang menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap sikap angkuh dan pro-Kristian DAP dalam kerajaan negeri Selangor namun untuk menyanggah parti rasis itu jauh panggang dari api.

Kini nasib yang sama menimpa Hasan akan bakal diterima oleh Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS yang mengkritik sikap Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang katanya bukan setakat menolak hukum hudud malah secara langsung menentang Islam sekali gus.

Dua kali malang bagi Nasharudin kerana bukan sahaja Karpal menyatakan akan menyaman beliau, malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menjadi sekutu kuat dan pelindungnya satu ketika dahulu pun sudah memisahkan diri daripadanya dan memihak kepada DAP.

Abdul Hadi membayangkan Nasharudin sebagai individu yang sudah tidak penting dalam parti dan boleh dinyahkan dari parti bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Begitulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh tokoh-tokoh PAS yang hanya bercakap selari dengan prinsip perjuangan parti tetapi tidak secocok dengan selera DAP.

PAS yang pernah mendabik dada sebagai parti terkuat dalam Pakatan Rakyat dan mahu bertanding kerusi terbanyak dalam PRU kelak, juga semakin tertekan kerana PKR mengambil pendirian menyokong DAP dalam isu hukum hudud.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud masih belum sesuai dan ia bukanlah merupakan dasar yang telah dipersetujui bersama oleh ketiga-ketiga pemimpin pembangkang tersebut pada tahun 2009.

PAS kini benar-benar tersepit dan tidak dapat membersihkan imejnya yang kian kotor dan merosot di mata rakyat akibat dilabel sebagai keldai tunggangan DAP dan tukang angguk PKR.

Tidak cukup kemelut yang membelit PAS dan DAP, kini tercetus pula pertelingkahan antara PKR dan DAP di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman menganggap Ketua Menteri, Kim Guan Eng sebagai angkuh, bongkak dan sombong.

Tindakan nafi menafi dari pihak PKR sudah tentu menjadi perkara biasa dalam blok pembangkang tetapi kata-kata Mansor sebenarnya telah membuka satu lagi jurang antara kedua-dua parti yang pasti akan menjadi semakin lebar dalam hari-hari mendatang.

Masalah sebenar dalam Pakatan Rakyat bukanlah Barisan Nasional sebagai musuh utamanya tetapi PAS, DAP dan PKR yang menjadi musuh paling besar mereka sendiri.

Setiap parti bersikap angkuh kerana memikirkan merekalah yang paling berpengaruh dan menyumbang paling banyak dalam PRU pada 2008.

Dengan kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat pasca PRU ke-12 yang hampir sama, ketiga-tiga parti berfikir merekalah yang paling hebat serta kuat dan justeru tidak mahu mengalah.

PAS setakat ini kekal dengan 31 kerusi, diikuti 28 dalam genggaman DAP sementara PKR menjadi paling corot daripada 31 kepada 26 apabila lima wakilnya melompat menjadi ahli bebas.

Anwar pula terpaksa menyokong DAP kerana peranan licik parti perkauman Cina itu yang terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun PKR yang menjadi parti minoriti tidak layak lagi mengetuai barisan pembangkang dalam Parlimen.

Apatah lagi DAP seringkali menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kelak, sesuatu yang sehingga kini tidak pernah disuarakan oleh PAS.

Persekongkolan PKR-DAP dalam isu-isu penting seperti calon Perdana Menteri serta hukum hudud sepatutnya sudah cukup memberi kesedaran kepada pemimpin PAS bahawa mereka sudah ditipu hidup-hidup.

Namun untuk menutup malu atas kegagalan PAS menerajui Pakatan Rakyat, parti itu sanggup menjadi hamba kepada PKR dan DAP demi tamakkan kuasa, pangkat dan kedudukan.

Jika Karpal terus dengan niatnya untuk menyaman Nasharudin maka terbuktilah PAS telah menjadi parti paling bacul di negara ini kerana tidak mampu mempertahankan dasarnya mengenai Islam.

Jika PAS sudah hilang naluri kejantanannya mempertahankan Islam, elok sangatlah parti itu tutup kedai, gugurkan nama suci Islam dan serahkan semua kerusinya kepada PKR dan DAP

Barulah itu dilihat sebagai tanda hamba yang taat dan setia.


Monday, August 27, 2012

PAS Mahu Singkir Nasharuddin Kerana Syiah

Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.

Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.

Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).

Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.

Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.

Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.

Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.

Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.

Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.


Air Percuma Tak Lestari

Dasar kerajaan Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lalu adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari.

Ahli akademik, Prof Dr Suhaimi Abdul Talib, berkata dasar itu menyebabkan hasil kerajaan negeri terus merosot yang sepatutnya digunakan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya kepada Bernama.

Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu memberi amaran: "Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak,"

Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru perlu bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri secara terbaik.

Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu.

"Jika kita perlu membayar bil air sebanyak RM40 sebulan apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bombit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bil air kita," katanya.

Beliau berkata rakyat Selangor perlu dididik supaya mengubah tanggapan mereka mengenai air dengan cara menghargai nilai sebenar air dan ini tidak boleh dilakukan selagi mereka mendapat bekalan air percuma.

"Rakyat selangor kena guna air secara berhemat supaya setiap penduduk dapat mengurangkan penggunaan sebanyak 20 peratus. ini bermakna kapasiti di empangan-empangan kita boleh meningkat 20 peratus. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas pandang," katanya.

Beliau berkata negara maju telah menukar daripada pengurusan sumber air kepada pengurusan permintaan sambil menambah 'kita perlu mengawal rakyat yang menggunakan air'.

"Hanya ada satu cara bagi kita untuk memastikan penggunaan air secara lestari. Kita mesti mengubah tingkah laku kita terhadap air dan hanya melalui pengubahsuaian tingkah laku membolehkan kita mengekang permintaan yang tidak terkawal. Sudah tentu, permintaan akan meningkat tetapi kadar peningkatan itu boleh dikawal," katanya.

Dr Suhaimi juga menjelaskan jika peningkatan tarif air tidak dapat dielakkan, kenaikan setiap beberapa tahun perlu wajar dan dengan persetujuan kerajaan.

"Maksudnya, dalam negara ini, apa saja (bayaran bagi) barangan dan perkhidmatan yang akan dinaikkan akan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan. Kita biasanya dapat apa sahaja dengan percuma melalui subsidi, jadi bila anda cuba mengambil balik orang ramai akan kata ini hak kami. Jadi masalahnya dengan rakyat Malaysia adalah ini..ia bukannya persoalan mengenai kemampuan, kita boleh membayar tetapi ia satu persoalan mengenai kesediaan individu untuk membayar," katanya.

#Petikan : Berita Harian

Sunday, August 26, 2012

Pemimpin Tanpa Restu Ibu Tidak Akan Berjaya

Tajuk di Malaysiakini berbunyi, ‘leave my mum alone, Azmin tells UMNO’ (Jangan ganggu ibu saya, kata Azmin kepada UMNO) membuatkan kita tersenyum sinis.

Mungkin Azmin tidak faham bahawa yang menghancurkan hati ibunya bukan UMNO, tetapi Azmin sendiri.

Yang menyebabkan ibunya memilih saluran media untuk meluahkan perasaan bukan UMNO, tetapi kederhakaan Azmin sendiri yang tidak memberi peluang dan ruang lain lagi untuk ibunya menariknya agar kembali ke pangkal jalan.

Yang menyebabkan Azmin menjadi anak derhaka pula bukan UMNO, tetapi Anwar Ibrahim.

Justeru, jika Azmin perlu melepaskan kemarahan kepada seseorang, lepaskanlah kepada diri sendiri dan Anwar Ibrahim bukan UMNO.

Tidak wajar juga bagi Azmin untuk menyalahkan stesen TV dan media yang memberi ruang kepada ibunya menyerunya pulang kerana media hanya menjalankan tugas, iaitu mencari berita sensasi. Dan berita seorang ahli politik yang derhaka kepada ibu pastinya sensasi.

Selagi berita tersebut benar dan bukannya fitnah, maka Azmin tidak ada hak untuk menghalang kebebasan media. Sedangkan parti Azmin sendiri sering mempergunakan media untuk memburuk-burukkan keluarga dan sanak-saudara pemimpin-pemimpin UMNO maka apakah salahnya jika media pro-UMNO juga menyebarkan berita mengenai keluarga dan sanak-saudaranya? Apatah lagi jika berita tersebut bukanlah fitnah, tetapi benar belaka.

Paling jelek ialah apabila Azwan, abang Azmin dari golongan LGBT juga turut menghina ibu mereka di dalam twitter miliknya. Azwan dengan biadapnya menghina ibunya sebagai ‘sanggup menjadi bahan TV3 untuk ratings’. Begitu rendah sekali kedudukan ibu sendiri di mata Azwan. Namun, apa yang kita harapkan dari seorang pondan..

Begitupun, Azmin seharusnya mempunyai kredibiliti dan integriti yang jauh lebih tinggi dari Azwan kerana beliau bukan seorang penyanyi atau pelakon atau pengacara murahan seperti Azwan. Sebaliknya beliau adalah seorang pemimpin dan punya tanggungjawab terhadap rakyat.

Malangnya, Azmin tidak menunjukkan perbezaan taraf antara dirinya dengan Azwan, si pondan tua yang kehilangan arah kehidupan. Persamaan mentaliti antara Azwan dan Azmin pastinya menakutkan rakyat. Tidak mungkin manusia yang ‘hilang arah’ mampu memimpin?

Seseorang pemimpin hanya akan mampu menjadi pemimpin yang baik, berkesan dan berjaya jika mendapat restu ibunya. Tanpa restu ibu, Azmin seolah-olah telah dilaknat untuk musnah.

Bagaimana kita mengharapkan pemimpin yang telah ‘tersumpah laknat oleh ibu’ dapat membawa kesejahteraan dan kecemerlangan kepada rakyat dan negara?

Kita bukannya hendak menyibuk dengan perihal keluarga Azmin dan kesudahan nasib Azmin di dunia mahupun akhirat. Tetapi sikap dan perbuatan Azmin terhadap ibunya adalah cerminan corak kepimpinan Azmin sebagai pemimpin kanan PKR sekiranya partinya mendapat mandat untuk memerintah.

Justeru, walaupun kita enggan menjadi penyibuk, soal restu ibu Azmin sedikit sebanyak tetap menjadi urusan seluruh rakyat jelata.

Selain itu, sokongan kuat saudara kandung Azmin dari golongan LGBT terhadapnya juga turut menimbulkan persoalan mengenai pendirian PKR terhadap homoseksual, lesbian, biseksual dan transgender. Tampak seolah-olah parti ini cenderung untuk menghalalkan LGBT andainya mereka memerintah nanti.

Apa yang pasti, dua perkara yang melingkungi Azmin iaitu hubungan sejenis dan anak derhaka, sudah cukup untuk membawa kita ke arah kemusnahan yang dijanjikan Allah S.W.T sekiranya parti beliau memenangi pilihanraya.


Thursday, August 23, 2012

Jangan Percaya ANWAR

#sumber:http://chedet.cc/blog/?p=823#more-823

Change

1. In his campaign to become President of the US Barack Obama promised change, “time for change”, he said.

2. He promised to close down Guantanamo Detention Camp.

3. He promised to stop trials of detainees by Military Courts.

4. He promised to pull out from Iraq and Afghanistan.

5. And many more.

6. Now four years into his first term he has failed to keep his promises.

7. Guantanamo is still holding so-called terrorists; still torturing them. No military courts but no trials by civilian courts either.

8. Instead of pulling out from Iraq and Afghanistan he approved a “surge” in the troops sent to this area. Later he pulled out some troops but American soldiers are still in the two countries.

9. Making promises during campaigns for elections is easy. Keeping them is a different matter. The best hope is that people’s memory is short. They would normally forget the promises.

10. Now the opposition in Malaysia have copied Obama and is promising change.

11. Give them a chance they say. The BN has ruled this country for 55 years. It is time to change. They will change this into a welfare state. Everything will be free. No fees for education. No tolls. Large subsidy for petrol. 20% royalty to oil producing states etc.etc.

12. The Socialist and Communist have tried this welfare state idea. They failed. Malaysia has no ideology. But the reality is that the Government needs money in order to develop the country and to subsidise living cost for the people. But when Government foregoes taxes, tolls and fees, it will have less money. But it will have to spend more on running an maintaining utilities, expressways, schools, operational and development cost, pension etc.

13. So where does the Government get necessary funds?

14. Borrowing is okay if the money is invested and giving a return. But borrowing money in order to just spend will lead to non-payment of debts.

15. That’s what happened to Greece. It’s bankrupt now. The whole of Europe cannot put it back together again.

16. Admittedly the BN has ruled this country every since independence. But look at the record and compare it with other countries which gained independence at the same time. Compare it even with the developed West. They are in deep financial trouble and try as they might, they have not been able to overcome the crisis.

17. Remember 1997-98 crisis. The then Deputy PM and Minister of Finance tried the IMF solution without the IMF loans. Banks and companies were faced with the threat of bankruptcy from non-performing loans. Imports cost more. Cost of living shot up.

18. The track record of the Minister of Finance then was bad although there is a fondness of claiming success brought about by other people as his success. PNB, UIA were part of the claim.

19. Now as leader of the Opposition he is claiming to bring about change. What good change did he introduce when he was in the Government? All he was interested in was getting up the leadership ladder of UMNO in order to become Prime Minister. How he achieved his objective does not bear scrutiny.

20. Five years to give a trial as Government is dangerous. Many things can be destroyed in five years. Besides the Opposition as Government will ensure there will be no return for the BN. Officers in the Government will be used to “gempar” (threaten) whoever tries to change Government.

21. Already we see this person who claims to fight for free speech suing and resorting to the courts to shut the mouth of his critics. Other powers of the Government will be similarly abused. Nepotism and cronyism will be employed as indeed they are in the party he now heads.

22. The record is there. Malaysians must not allow themselves to be hoodwinked as I was hoodwinked by the appearance of religious piety in the past.

23. The BN has listened to the people and has changed many laws and policies. All that the people need to do is to urge the BN to carry out whatever change the people desire.

25. Better the devil you know than the angel you don’t.


PAS MANGSA NASI KANGKANG DAP

PAS dan hudud macam aur dengan tebing, semua orang tahu. Bukan nak laksanakan sangat pun tapi sebab dengan adanya hudud, PAS boleh dapat banyak kerusi parlimen dan DUN, silap-silap hari bulan, boleh memerintah di beberapa buah negeri pun.

Sebab itu PAS tidak akan bercakap langsung tentang hudud selepas pilihanraya berakhir, kalau ditanya orang pun, alasan yang remeh temeh saja yang akan diberi. Contoh macam semasa PAS menang di Terengganu pada 1999, bila disuakan soalan hudud, jawapan Hadi Awang (Menteri Besar) ketika itu ialah, hudud tidak perlu disegerakan kerana hanya 0.0001% sahaja bahagiannya dalam Islam, ada lebih banyak benda lain lagi.

Berbeza pula bila dekat nak pilihanraya semula, PAS akan kembali mati-matian perjuangkan hudud, kalau Terengganu dulu diambil contoh, PAS kemukakan draf hudud Terengganu pada 2003 – iaitu beberapa bulan sebelum pilihanraya umum 2004. Tindakan PAS ini melihatkan DAP meningalkan Barisan Alternatif (BA) – pakat-pakat palsu yang sama macam Pakatan Rakyat hari ini.

Jadi moralnya, PAS perjuang hudud hanya untuk undi, untuk dapat kuasa, bukan betul nak laksana.

Hari ini dan sekarang ini, isu hudud kecoh kembali, sebab apa? Sebab pilihanraya umum akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang. Walaupun PAS baru sahaja tukar dasar perjuangan parti tersebut kepada negara berkebajikan tahun sudah (ada majlis pelancaran dan sebagainya), ia hanya dipersetujui oleh satu kelompok, kelompok yang lain tidak bersetuju, macam Hasan Ali dan Nasrudin Tantawi, termasuk Nasharudin Mat Isa.

Tapi masing-masing bila bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin PAS atau paling tidak Ahli Parlimen PAS.

Cuma yang berbeza kali ini, kerana nama Pakatan dikaitkan sekali, DAP yang duduk dalam Pakatan perlu tampil mempertahankan pendirian partinya, atau nanti dia pulak mengulangi malapetaka 1999 bila Karpal dan Lim Lit Siang pun boleh kalah!! Pedih tu, sebelum benda jadi melarat, lebih baik Karpal cepat-cepat ke depan mempersoalkan PAS, termasuk menyaman Nasharudin kerana menuduhnya anti Islam.

Walaupun Karpal mengakui dia memang anti hudud tapi pada pandangannya tidak sampai dia anti Islam. Sedangkan Nasharudin berpendapat, menolak hudud sama dengan menolak Islam, melalui beberapa ayat-ayat al-Quran yang biasa digunakan ke atas BN sebelum ini. BN takpelah, parti lawan, DAP parti kawan, itu yang payah tu.

Apa sekalipun, kerana Karpal menolak hudud, PAS sekarang terbahagi kepada 2. Ada yang sokong Nasharudin dan ada yang sokong Karpal. Bukan setakat ahli-ahli dibawah, pemimpin PAS pun ramai yang berpecah belah. Khabarnya tak ramai yang berada di belakang Nasharudin, lebih ramai dibelakang Karpal.

Terbaru, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad dipetik Sinar Harian sebagai berkata, “Tidak setuju hudud dilaksanakan kerana belum sampai masa”.

Kalau Dzulkifly ini orang UMNO, baca dari tajuk saja pun beliau akan dituduh sebagai kafir, tak payah baca dalam-dalam lagi. Nasib baik Dzulkifly ahli Parlimen PAS, terselamatlah dia dari ‘murtad’, apatah lagi bila dia bersama-sama dengan Karpal dalam hal ini.

Bagaimanapun penulis percaya, Dzulkifli tetap tidak akan terlepas dari kecaman, bukan kerana dia menolak hudud tapi kerana alasan yang diberikannya itu sama dengan alasan yang diberikan BN bila menjawab isu hudud sebelum ini. Kalau terdesak sangat pun, fikirlah alasan sendiri, apa alasan BN itu juga yang diceduk dan di kitar semula?

Orang PAS tahu sajalah, apa pun boleh asal saja jangan yang ada kaitan walau sedikit dengan BN. Maklumlah musuh nombor satu PAS tak sama dengan musuh nombor satu orang Islam yang lain, syaitan tapi BN.

Tapi nampak sangatlah PAS dah banyak berubah. Tak tahulah nasi kangkang siapa yang PAS dah makan, nasi kangkang Karpal ke, Teresa Kok ke atau siapa sehingga parah benar perubahannya. Penulis nak guna perumpamaan lembu dicucuk hidung pun tak sesuai sebab keadaan PAS sekarang lebih teruk dari itu.

Alasan penulis mudah saja, pemahaman PAS tentang hudud sebelum ini ialah, hudud adalah hukuman tuhan yang tak boleh tidak mesti dilaksanakan. Masa dia cakap tu, ada surahnya, ada rujukannya, ada kitabnya, biasalah PAS. Janganlah cuba-cuba nak cakap pasal hudud, selain dari yang membawa maksud nak melaksanakannya, confirm dituduh Kafir.

Alih-alih sekarang, bila ada ahli PAS dan pemimpin Pakatan (yang PAS buat kawan) terang-terang kondem, perlekeh dan pijak hudud pun, PAS masih boleh berbahasa-berbahasa lagi.

Betul-betul besar punya munafik PAS ni ya.


Wednesday, August 22, 2012

Menteri kena kurung?! Kes AIR punya hal!!!

Bila individu yang dipertanggungjawabkan amanah menjaga kebajikan rakyat tidak buat kerja, maka tidak salah majoriti melakukan tindakan drastik seperti marah dan mengurung Menteri atau individu terbabit.

Cikgu Adibah mengingatkan supaya jaga kebajikan rakyat selain daripada pelaksanaan tanggungjawab ia juga boleh dianggap amanah dan wajib menguruskan dengan sebaik boleh terutamanya kemudahan paling asas.

P/s: Dalam Malaysia sendiri ada dua Menteri atau Menteri besar rasa hendak je kurung. Siapa calon-calonnya??! Sendiri pikir naaaa ;p


Friday, August 17, 2012

TIME FOR MALAYS AND MUSLIMS TO UNITE – THROW OUT LEADERS WHO ONLY SERVE THEMSELVES

It is time for Muslims to sit back and think…time to reflect on their future given the sad state they are in several countries where they are minority.

What I am talking about is Muslims in Malaysia who are born Malays and who are presently split based on their political beliefs and philosophies.

Disunited and not in monopoly of any economic activities, the future looks bleak and gloomy if the country falls into the hands of those who are willing to sell their souls just to be called number one in the country by title.

Right now Malays who are Muslims are split in three different political parties with three different ideologies and beliefs and like it or not, every each of them claims they are the one championing the Malay-Muslim cause and struggle.

Whatever these causes and struggles are, the fact is they are at loggerheads and are willing to bring each other down by any means just to be in power.

Right now the country is seeing Anwar Ibrahim doing anything to be in power, a Machiavelli’s the end justify the means method without any regrets or consideration on the damage after that.

Even the current damage to relationship between Muslims, country’s economy, stability and peace are ignored as he tramples his way towards achieving his goal to be at Putrajaya.

In Rohingya, the Muslims are treated like dirt on the road, no honour or considered lower than animals – even animals are being treated more humanly.

They are prohibited from performing their prayers, some force to eat pork and some forced to sweep temples – in short treated like slaves.

Why? Because they are not united, no leader and not in monopoly of anything such as economy or politics.

Take for example Penang and Selangor, things are changing where the Muslims are treated just like – not at present – a second class citizens.

Mosques cannot do the azan loudly and committee members of these mosques are being dictated upon, no longer having a free hand to conduct religious activities.

Things are not as normal as when the BN was ruling with the present ruling state governments prohibiting bit by bit those religious activities that were traditionally conducted with interferences.

Economically, Malay small businesses and stalls are being moved to uneconomical places, rentals increased where these entrepreneurs could not afford and several other methods are being used to subtly reduce or eliminate their existence.

Given the background in other countries and comparing them with Malaysia under the BN rule, Malays and Muslims will now have to sit back and think.

Do not give in to emotions and anger which cloud the clear thoughts as the world is changing fast and Malaysia is under pressure to change and this change, not for the better but for the worse for the Malays and Muslims are being pushed non-other by Malays and Muslims leaders such as Anwar Ibrahim for their own personal interests.

They should seriously reflect oin this and act fast before their children become slaves in their own country or tools for others.

Wednesday, August 15, 2012

ANWAR MAY BE DISAPPOINTED IN SABAH SOON

SABAH, Anwar Ibrahim’s favourite haunt to boost his ego with the ready MPs and state assemblymen to ‘jump ship’ to suit their own purpose.

So far Wilfred Bumburing from Tuaran, Lajim Ukin and Senator Maijol Mahap have defected to Anwar while he boasts of few more coming over to his side.

The Sabah ‘jump overs’ have been Anwar’s ‘ace cards’ as he struggles to ‘convince’ more to jump, making it easier for him to go to Putrajaya, his ultimate aim in life probably.

He was just ‘an inch’ away from Putrajaya when he was knocked down by passing train..ha ha ha…which make him so mad that he would not want to rest until he gets the ‘throne’.

And in his madness, craze for power to do anything he wants, he travels around the country looking for ‘jumpers’ to achieve his aim, to fulfill his yearnings to be the number one man in the country.

Sabah, for him is a playground as the people there, as far he is concern, are easy prey to his magical charms, his promises that he himself has yet to fulfill which he probably has doubts himself.

Easy manipulation…Anwar the man who manipulates anybody to get to his goal now treats Sabah as his new ‘source of political income’ which is votes…as he knows his manipulations can go far in that state.

The state is not a new playground for him but it is an old playground re-visited, the state that had disappointed him in September 2008 and now he is out for revenge, the vendetta he had waited three years.

However, he is probably in for a second disappointment. The people who defected actually have no more influence over the voters whom they claimed are their supporters.

Sabahans are now much more clever and smarter. They know they are sought after by politicians of both the divide and they know very well who are the liars and who are the workers – those who work to uplift their economic status.

They know the truth about all the politicians that fly up and down their state, the politicians that throw promises and never fulfill and those that give no promises but deliver the goods.

They know all of them and they know who to pick. No need for politicians to come and go and throw promises because they know what these politicians can do and what they cannot do.

They are no longer like ‘children’ who are awed by the sweet talks and pormises and Anwar knew this. That is why he is trying to get as many MPs and assemblymen to defect so that they can become testament to his so-called future promises.

And he plays the game in Sabah confidently as though the state in his hands, smiling that arrogant smile to BN, as if saying: “This is mine.”


Kerajaan PAS Kedah Bakal Tumbang

Dalam umat Islam kelam-kabut membuat persiapan Hari Raya, parti Pakatan Rakyat pula kelam-kabut membuat persiapan Pilihanraya.

Ini kerana PR sehingga kini bukan sahaja belum dapat memuktamadkan kerusi dan calon tetapi juga masih bertelagah soal hala tuju pemerintahan sekiranya menang nanti. Soal hudud nampaknya masih belum ada penyelesaian di mana PAS terhegeh-hegeh menyorong pipi, sedia akur dengan ‘penentangan’ DAP asalkan DAP masih bersama mereka, tetapi DAP pula tidak dapat menerima pendirian PAS untuk terus bercakap tentang hudud apa lagi melaksanakannya. Sekiranya perkara ini tidak boleh diputuskan sebelum PRU-13, bagaimana PR mengharapkan rakyat memberi mandat kepada mereka?

Itu belum lagi dikira masalah dalaman parti dan negeri-negeri di bawah jajahan mereka. Cakap-cakap kedai kopi dan sekilas pandang secara rambang, antara negeri yang hampir pasti jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional ialah negeri Kedah.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak diketahui kerap menjadi tumpuan media, bukan sangat kerana isu, tetapi kerana personalitinya yang panas baran dan tidak peduli atau bahasa kasar orang putih ‘don’t give a damn’. Oleh kerana personalitinya ini, beliau telah mengumpul musuh yang semakin ramai sejak memegang tampuk pemerintahan negeri itu.

Lebih buruk lagi apabila beliau membuka ruang yang begitu luas kepada musuh untuk menembaknya dari segenap arah. Ini kerana beliau dikenali sebagai seorang MB yang tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu mengenai apa-apa jua. Jika dikritik, beliau menafi. Jika disoal, beliau melenting. Akhirnya, satu masalah pun tidak dapat diselesaikan dan satu projek pun tidak dapat dijayakan sepanjang hampir sepenggal pemerintahan.

Akibat terlalu angkuh dan tidak peka, Azizan dipergunakan oleh musuh-musuh yang menyamar sebagai kawannya. Cerita mereka, mudah sekali untuk mengsabotaj Azizan kerana beliau akan mempercayai siapa saja yang ingin dipercayainya dan siapa yang bijak meraih kepercayaannya pasti akan memperoleh keuntungan. Pendek kata, beliau mudah ditipu hidup-hidup di depan batang hidungnya sendiri tanpa beliau mengesyaki apa-apa.

Musuh paling bahaya bagi Azizan bukanlah parti lawan atau UMNO, tetapi dari dalam partinya sendiri iaitu PAS. Malah, dalam banyak hal, PAS Pusat juga mengambil sikap ‘dingin’ terhadap Azizan dalam banyak hal akibat terpengaruh dengan musuh-musuh beliau yang licik-licik belaka.

Jika rakyat Kedah sebelum ini ingin ‘mengajar’ UMNO dengan menyerahkan mandat kepada PAS tetapi kini rakyat sudah sedar bahawa seburuk-buruk UMNO sebelum ini, lebih buruk lagi PAS yang bertopengkan Islam, dungu lagi licik dan jahat. UMNO walaupun dituduh korup dan bermacam-macam lagi, tidak pernah pun memangsakan rakyat.

Namun, di bawah kerajaan ‘Islam’ PAS, rakyat Kedah terpaksa menanggung tariff air yang tinggi dan menghidu bau busuk sampah di sekitar bandar Alor Setar setiap hari. Jalan-jalanraya juga tidak diselenggara dengan baik, melainkan di hadapan rumah yang didiami MB sendiri.

Setelah 4 tahun berlalu, terserlahlah sudah sikap kerajaan PAS Kedah yang tidak prihatin dengan segala rungutan rakyat termasuk dalam isu perobohan madrasah, tanah rizab Melayu yang bakal dijadikan jirat Cina, masalah banjir dan pencemaran sungai akibat pembalakan yang berleluasa serta masalah KUIN yang dibiarkan sehingga meruncing dan tidak dapat dikawal.

Semua masalah yang berlaku ini pula ditudingkan kepada UMNO tanpa memikirkan apa-apa penyelesaian.

Lebih malang bagi PAS kerana PAS Kedah juga ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk dijadikan pengganti Azizan. Semua orang tahu bahawa kalau ada pun pemimpin PAS yang menonjol dari Kedah, semuanya hanya menjadi bahan lawak jenaka rakyat kerana kebodohan mereka yang ketara, antaranya, Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang hanya tahu memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan merapu. Yang lainnya pula begitu kampungan dan tidak boleh dibawa ke tepi, ke tengah dan majlis-majlis rasmi di peringkat kerajaan, diRaja, kebangsaan jauh sekali global. Malah, Azizan sendiri sering merungut mengenai sikap para Exco yang memalukan dan tidak sesuai serta tidak dapat mengadaptasi cara bekerja dengan sebenar-benarnya.

Seorang dua yang ‘professional’ di kalangan PAS Kedah pula, semuanya licik mempergunakan Azizan untuk mengaut wang negeri demi kepentingan diri.

Dengan pusat-pusat hiburan yang bercambah dan tidak dapat disembunyikan lagi dari mata rakyat, PAS sudah kehilangan kredibiliti sebagai parti Islam yang menjadi penyebab utama rakyat Kedah mengundi mereka sebelum ini.

Justeru, isyarat yang diterima dari sumber dalaman PAS menyatakan bahawa secara diam-diam, PAS sudah pun ‘menerima’ kekalahan mereka di Kedah dan mula menumpukan kepada negeri-negeri lain bagi memastikan kemenangan di dalam Pilihanraya nanti. Apa yang lebih ‘menyakitkan hati’ PAS ialah, sikap MB Kedah yang masih terus menafi dan ‘mempersetankan’ apa saja teguran terhadapnya.

Kini, satu persoalan yang tinggal ialah, apakah UMNO telah bersedia meranapkan PAS di Kedah? Sesungguhnya, PAS Kedah telah pun cedera parah dan hanya menunggu tusukan maut keris UMNO untuk mengakhiri penderitaan rakyat.


Pulau Pinang Makin Hampir ke Tangan BN

FAKTOR cina adalah satu-satunya alasan DAP untuk mengatakan bahawa mereka layak berkuasa sekali lagi di Pulau Pinang selepas PRU ke 13 berakhir. Guan Eng begitu yakin dengan undi cina sehingga dalam satu kejadian di Tanjung Bungah beberapa minggu lepas, Guan Eng dengan selamba meminta Pengerusi Jawatankuasa Penduduk yang membantah projek perumahan lereng bukit di kawasan tersebut, supaya mengundi BN.

Begitulah takbur dan riak Guan Eng kerana memikirkan undi cina sudah 100% akan memihak kepada DAP.

Tapi tanpa Guan Eng sedar, pengundi cina sekarang (terutama di Pulau Pinang), lebih cenderung untuk menjadi pengundi atas pagar. Paling ketara, sejak perhimpunan Bersih 3.0 April lepas berakhir dengan keganasan dan rusuhan. Orang cina semakin sedar bahawa DAP membiarkan parti itu diperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan peribadinya semata-mata.

Satu perkara lain yang tidak kurang penting, selama hari ini, rakyat sekadar dimomokkan dengan tema ketelusan, keterbukaan dan seumpama dengannya yang didakwa diamalkan DAP. Penubuhan jawatankuasa CAT (Competency, Accountability and Transparency) di peringkat DUN sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, seakan-akan membuktikan kebenaran tanggapan itu.

Tapi sebaliknya pula yang berlaku selepas puak-puak ini berkuasa. Sepanjang 4 tahun ini, tidak banyak yang boleh disebut tentang ketelusan dan keterbukaan DAP. Sebaliknya yang berlaku, Ketua Menterinya sedang mencapai tahap dictator, sebarang kritikan (walaupun kecil), akan diugut dengan saman.

DAP juga gagal mengendalikan perhubungan kaum dengan baik. Terang dan jelas, keutamaan diberikan sepenuhnya kepada orang cina sementara orang Melayu dipinggirkan. Satu kajian pada 2011 menunjukkan, jumlah orang Melayu di bahagian pulau menyusut sebanyak 70% sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.

Ramai orang cina sendiri (terutama peniaga) yang tidak senang dengan pendekatan ini kerana ia seolah-olah ‘mencuri’ pelanggan mereka. Umun tahu bahawa orang Melayu adalah kuasa pengguna terbesar di Pulau Pinang, sementara orang cina mengawal bidang perniagaan.

Taktik yang digunakan ialah dengan membeli tanah milik orang Melayu dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan memaksa mereka berpindah ke tanah besar. Inilah juga sebabnya kenapa harga hartanah di Pulau Pinang, jauh lebih mahal dari harga hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Tidak hairan kenapa sepanjang tempoh 4 tahun ini, DAP gagal melaksanakan satu projek perumahan kos rendah pun untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Mana ada untung beli tanah mahal-mahal, selepas itu bina rumah kos rendah?

Kerakusan DAP tidak terhenti kepada tanah-tanah orang Melayu yang dibeli, malah tanah yang sudah dirizabkan untuk pembinaan rumah kos rendah pada zaman BN di jalan Zainal Abidin juga diserahkan kerajaan negeri kepada pemaju untuk dibina sebuah hospital swasta. Hakikatnya, hospital swasta itu belumpun mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan tapi hak rakyat untuk rumah kos rendah, sudah dinafikan Guan Eng.

Terbaru, Gerakan negeri pula mendedahkan bagaimana Guan Eng gagal menamakan Pengerusi Lembaga Tender Negeri yang baru seterusnya menimbulkan persoalan adakah kroni Guan Eng dan DAP yang dilantik menduduki jawatan tersebut atau Guan Eng sendiri terlibat secara langsung dalam Lembaga itu. Jika itu benar, tidak hairan kenapa Guan Eng menjadi kesayangan pemaju tapi menjadi kebencian rakyat dalam masa yang sama.

Selain dari itu, rakyat melihat sendiri susunan kegagalan Guan Eng dan DAP sebagai Ketua Menteri dan parti memerintah melaksanakan janji pilihanraya 2008. Masalah kesesakan jalan raya yang dijanjikan parti tersebut untuk diselesaikan, masih berlarutan sehingga sekarang, malah bertambah teruk. Tol Sg Nyiur yang dijanjikan Guan Eng untuk dirobohkan dalam satu demonstrasi yang diadakan pada 2007, masih beroperasi sehingga sekarang dan banyak lagi sebenarnya kalau nak disebutkan disini.

Sementara BN negeri pula sedang mengalami proses evolusi besar-besaran sejak Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatan Pengerusi BN negeri kepada Setiausaha Gerakan Negeri, Teng Chang Yeow.

Rakyat makin sedar, apa pun yang buruk dicakapkan DAP mengenai pentadbiran terdahulu, satu yang diakui sendiri rakyat ialah BN tidak pernah meminggirkan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah.

Maka itu, biarkanlah DAP dan Guan Eng terlena dengan mimpi-mimpi indahnya, sementara rakyat dibawah menanti sahaja masa untuk menghumbankan anak kelahiran Johor tapi bermaustatin di Melaka ini pulang ke tempat dimana dia sepatutnya berada.

Opposition Envies PM's Picture with Scholars

It was obvious that the opposition was plain jealous when Saudi Arabia's famous Islamic scholar, Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti of Mecca's Masjidil Haram Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi and Mecca's Chief Justice Dr Saleh Darwish visited the Prime Minister, Datuk Seri Najib at a hotel in Mecca for his visit to lead Malaysian delegation on the Extraordinary Summit of the Organisation of Islamic Cooperation (OIC).

Perhaps feeling insecure by seeing Datuk Seri Najib chatting away with those scholars. the opposition began to create stories to mock him. To 'safe the face' of Nasharudin Mat Isa, PAS's MP for Bachok which was there with Datuk Seri Najib, the opposition mentioned that he was PM's 'translator' because he do not know how to converse in Arabic.

If the opposition do care about current updates, they should know that Arab scholars including Sheikh Dr. Abdullah Hamad Jalaly just finished their visit to Malaysia for the invitation which was given to them for the Fiqh bersama Ulama Program which was held in July. During the event, no PAS scholars were needed to become the translator between Datuk Seri Najib and them because most of the scholars do know how to converse in English. Even if translators are needed, there are a lot of translators among UMNO scholars and from the religios department.

Besides that, do not be shocked by the fact that a few Arab scholars do know how to communicate in Bahasa Melayu. Those who have been to Mecca should know the fact that quite a number of Arabs do know how to speak in Bahasa Melayu because of the increasing amount of pilgrims from Malaysia each year.

Arab scholars also are usually able to speak more than one language. Scholars from Egypt for example could speak French because it is their second language.

That is why we should not look down upon Arab Scholars as low as PAS's scholars.

The opposition should at least be embarrassed for making fun of the Prime Minister and those Arab scholars. Do realize that PM could speak in English, unlike Nik Aziz nor Hadi Awang who wishes to rule Malaysia, but not just that they do not know how to converse in English, they might not even know how to speak Arabic. This is because Nik Aziz did not study religion in any Arab countries, it was in India and Hadi Awang was in Pakistan. Obviously their grasp on Arabic language is not as strong as scholars who graduated from Arab countries.

What is worse is that Nik Aziz and Hadi Awang could not even speak proper Bahasa Melayu. They are only good with speaking their own dialect.

If they are not even able to speak proper national language and even the global language, how can they rule the country? And if they cannot even speak proper Arabic, how can they lead Muslims to global level?

Thus, the opposition do not need to mock anyone. They need to look at their line of leaders first. They do not have to be all jittery seeing PM with Arab scholars. In this holy Ramadan, they should see themselves in the mirror and try to redeem themselves.

We should be proud for our PM for being in Mecca because he would definitely pray for the best of us all. We know that Datuk Seri Najib is not as evil-minded as Nik Aziz who had the heart to pray that Muslim brothers' stomach would blow up just because he wants to win the election.

Tuesday, August 14, 2012

Fitnah & Dusta Makanan Harian Balaci PAS

Sahih terbukti, inilah realiti yang sukar untuk dinafikan sama sekali apabila fitnah yang sudah mendarah daging semakin bersebati bersama pekat hitam seketul daging yang dinamakan hati.

Ya, hati yang hitam legam angkara rutin hariannya mencintai fitnah berbanding kebenaran sememangnya agak sinonim dengan penyokong sebuah parti yang kononnya mendaulatkan Islam dalam dasar dan polisinya.

Dek kerana hitamnya hati-hati yang menyokong PAS mengakibatkan penglihatan mereka ditutup rapat dari kebenaran sebaliknya fitnah dan dusta dipandang sebagai memiliki darjat yang tertinggi.

Itulah yang berlaku bila mana Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kes berkaitan saman fitnah UMNO terhadap fitnah oleh Harakah terpaksa ditolak sekalipun mengesahkan fitnah telah dengan sengaja dilakukan oleh media rasmi PAS itu.

Dalam kes tersebut, UMNO Selangor telah menyaman Harakah berikutan satu artikelnya yang memfitnah UMNO sebagai kononnya punca JAIS melakukan serbuan ke atas sebuah gereja di Selangor.

Disebabkan plaintif yang memfailkan saman tiada kelayakan dari segi undang-undang kerana dirinya bukan penjawat awam, Harakah terselamat dari hukuman membayar saman RM10 juta, satu kemenangan yang cukup indah bagi ramai balaci PAS yang cetek akal fikirannya.

Para balaci yang kebanyakannya berkopiah dan berserban seakan bergembira dengan keputusan tersebut walhal hakikat kebenaran yang menunjukkan PAS melalui lidah rasminya telah disahkan melakukan fitnah tidak pula disedari oleh hati-hati yang kelam itu.

Sekurang-kurangnya empat kejahilan telah dilakukan oleh penyokong PAS yang meraikan 'kejayaan' mereka dalam kes ini sama ada secara sedar atau sebaliknya;

1) Memfitnah UMNO yang dianggotai sebahagian besar umat Islam sebagai dalang pemeriksaan di gereja.

2) Memfitnah JAIS kononnya sebagai talibarut UMNO sedang hakikatnya mereka hanya melaksanakan tanggungjawab menyelamat dan mempertahankan akidah umat.

3) Mendahulukan kepentingan gereja berbanding hak keperluan mendaulatkan akidah umat

4) Meraikan fitnah yang nyata sekalipun beban dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh.

Malang betul bagi segelintir umat Islam yang sudah ditutup hijab penglihatannya untuk melihat kebenaran gara-gara terlampau lama bergelumang dengan adu domba, dusta dan fitnah rekayasa propaganda parti yang bertopeng agama.

Inilah hakikat yang perlu kita umat Islam akui betapa fitnah yang sudah menjadi asam garam kehidupan sesebuah organisasi politik seperti PAS impaknya turut menyebabkan penyokongnya hilang kewarasan berfikir.

Saban hari halwa telinga dan mata disajikan dengan propaganda dan fitnah serta dusta pula menjadi santapan harian rohani tentu sahaja hatinya gagal memandu akal fikiran ke arah yang sepatutnya.

Akhirnya lahirlah penyokong dan ahli yang menyokong membuta tuli, angguk-angguk dan geleng-geleng mengikut rentak parti tanpa peduli lagi soal betul atau salah.

Yang hitam diraikan, yang putih dikesampingkan. Malang benar bagi sesiapa yang masih beriktikad dalam hati untuk terus menyokong PAS.


Kafir Harbi Tidak Wujud Kerana Tiada Negara Islam atau Negara Islam Tidak Wujud Kerana Ada Kafir Harbi Menentang?

Gara-gara ingin terus ‘bersekedudukan’ dengan DAP, yang telah difatwakan haram oleh para Mufti dan juga Ulama-ulama pondok, maka PAS hari ini menafikan bahawa DAP adalah kafir harbi.

Alasan yang diberi oleh PAS ialah selagi tiada Negara Islam yang sebenar maka tidak mungkin wujud golongan kafir harbi. Kenyataan ini dibuat oleh Dato’ Dr. Haron Din dan disiarkan di dalam Harakah, serta pantas dipetik oleh blog-blog dan laman web pro-pembangkang. Dengan pantas juga Lim Kit Siang membuat kenyataan menyokong kenyataan PAS tersebut bahawa dirinya bukan kafir harbi.

Jika kafir harbi tidak wujud kerana tiada Negara Islam sebenar mengikut kaca mata PAS, maka mana mungkin Negara Islam PAS itu wujud selagi ada kafir harbi yang menghalangnya? Dan PAS pula yang membantu mereka?

Kenyataan Haron Din tersebut bolehlah diumpama masalah telur dengan ayam - yang mana dulu yang mana kemudian?

Kafir harbi mengikut istilah mudah adalah golongan kafir yang memerangi Islam.

Adalah tidak mungkin Lim Kit Siang akan mengaku yang dirinya memerangi atau membenci Islam. Tentulah beliau bukan ahli politik yang berjaya jika beliau mengaku terang-terangan bahawa beliau membenci Islam dan orang Islam.

Namun, kebencian Kit Siang terhadap Islam dan orang Islam (Melayu) telah terakam dalam sejarah. Malah tidak salah rasanya jika kita memberi gelaran kepada beliau sebagai Bapa Perkauman Malaysia. Telah tercatat kemas dalam laporan Mageran mengenai tragedi 13 Mei 1969 tentang bagaimana Kit Siang menyemarakkan api perkauman melalui kempen DAP dalam pilihanraya yang diadakan pada 10 Mei 1969.

Akibat kempen yang berapi-api membenci Melayu di samping meniupkan semangat keangkuhan Cina DAP yang akhirnya membawa kepada perarakan besar-besaran kaum Cina ke kawasan Melayu, yang mana melanggar permit yang dikeluarkan kepada mereka, maka berlakulah pertumpahan darah. Dalam perarakan tersebut slogan yang dibawa DAP ialah: ‘Malai Si’. atau “Mati Melayu”. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu”. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”. “KL sekarang Cina punya”.“Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”“Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.“…..semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”

Jika kata-kata di atas bukan membawa makna membenci dan memerangi Melayu Islam, maka apakah ia?

Jelas, agenda DAP tidak pernah berubah dari dulu sehingga kini iaitu ingin menghalau Melayu.

Dan ini telah pun terbukti sejurus selepas mereka menguasai Pulau Pinang di mana kaum Melayu dihalau dengan cara tersusun dengan merobohkan kampung-kampung mereka serta membina kediaman kos tinggi dan mewah agar menyukarkan kaum Melayu memilikinya. DAP juga berusaha untuk merancang untuk membina cawangan Universiti Nanyang di Pulau Pinang sekali gus menambah bilangan kaum Cina dan menyekat pendudukan kaum Melayu di tengah-tengah bandar itu.

DAP turut menunjukkan kebencian mereka terhadap Melayu dengan menerapkan kebencian terhadap kakitangan kerajaan serta pihak berkuasa seperti polis dan SPRM semata-mata kerana institusi tersebut dipegang oleh Melayu. Jika kita layari laman-laman sosial penyokong DAP, kita akan dapati ramai di antara mereka secara terang-terangan meluahkan kebencian terhadap Institusi Raja serta mempertikai pemakaian nama ‘DiRaja’ bagi pasukan keselamatan negara.

Suatu ketika, DAP juga telah enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu dan Islam.

Pendek kata, sikap DAP yang memerangi Melayu Islam begitu nyata, terang lagi bersuluh.

Hanya PAS sahaja yang menafikannya. Bukan sahaja menafi, malah membela dan sanggup menjadi anjing kurap meniarap tengah jalan menentang Raja-raja Melayu bagi pihak DAP. Lebih dahsyat lagi, PAS juga mengiakan sahaja bila DAP ingin menyebarkan dakwah Kristian kepada orang Melayu melalui Injil berbahasa Melayu dan penggunaan nama Allah S.W.T. di dalam risalah dakwah mereka.

Jika DAP bukan kafir harbi, maka apakah mereka?

Apakah hanya apabila DAP mengangkat senjata memerangi kita sepertimana yang berlaku di Rohingya maka barulah DAP menjadi kafir harbi? Namun, ini juga tidak tepat jika mengikut huraian Haron Din kerana Rohingya bukan Negara Islam sebenar maka tiadalah istilah kafir harbi bagi mereka juga.

PAS nampaknya masih ketinggalan di zaman jahiliah sedangkan DAP dan dunia keseluruhannya telah melangkah ke era teknologi nano. Dalam kesibukan PAS mengira helaian rambut wanita yang terdedah serta mencongak dosa pahala mereka, PAS tidak sedar bahawa untuk memerangi Umat Islam di zaman ini tidak semestinya menggunakan senjata api. Selalunya, senjata api adalah pilihan atau jalan terakhir setelah umpan mengena, umat Islam terpedaya, menjadi benar-benar lemah lalu penghapusan etnik pun dilakukan.

Apatah lagi di Malaysia, di mana kekuatan tentera dan polis masih berada di tangan umat Islam, iaitu UMNO justeru, mana mungkin DAP memerangi umat Islam dengan menggunakan senjata.

Oleh itu, satu-satunya cara DAP untuk mengalahkan umat Islam adalah dengan mempergunakan umat Islam itu sendiri iaitu PAS untuk menghancurkan sesama sendiri (UMNO). Nampaknya, tidak sukar bagi DAP untuk melakukannya, kerana PAS benar-benar rela dan ‘redha’ menjadi anjing kurap kepada mereka.

Negara Malaysia adalah Negara Islam. Malaysia meletakkan Islam di tempat tertinggi dan mempertahankannya melalui Institusi Raja-raja. Kepimpinan serta pihak berkuasa di Malaysia juga dipegang oleh orang Islam. Malaysia menjadi negara Islam contoh kepada negara Islam lain kerana ia satu-satunya negara Islam yang aman, makmur dan maju serta lantang dan berkemampuan untuk membantu nasib umat Islam negara lain yang tertindas atau ditimpa bencana.

Dan inilah yang menjadi punca DAP tidak senang dan ingin mengambil-alih negara ini. DAP ingin merendahkan Islam atau sekurang-kurangnya meletakkannya setaraf dengan agama-agama lain. DAP tidak senang selagi umat Islam berhak melaungkan azan di subuh hari dan mengganggu mereka tidur. DAP tidak senang selagi arak dan babi tidak boleh dijual dan diratah sebebas-bebasnya di negara ini.

DAP tidak senang selagi agama rasmi Malaysia adalah Islam dan pemerintahnya juga orang Islam.

Dengan menafikan bahawa DAP adalah kafir harbi dan berdegil ingin terus memeluk dan meruntun tangan DAP ke Putrajaya, maka PAS dengan sendirinya telah meletakkan parti mereka sebagai musuh Islam. Jika undi DAP haram, maka undi PAS juga adalah haram.

Kerana PAS dan DAP kini telah bersatu dari segi roh dan juga jasad walaupun bukan dari segi kata-kata


Komplot Jatuhkan Najib

Raja Petra Kamaruddin (RPK), penulis kontroversi, yang pernah dirawat kerana masalah ‘jiwa’ ketika muda, sekali lagi membuat kejutan melalui tulisan terbarunya. Kali ini, beliau mempersoalkan kewibawaan P.Balasundram, seorang penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya yang dikaitkan pembangkang dengan Perdana Menteri.

Realitinya, kes tersebut telah pun selesai dan terbukti tiada sebesar hama pun bukti atau saksi yang boleh mengaitkannya dengan Perdana Menteri. Namun, entah kenapa, kes ini masih lagi ‘berkumandang’ di udara Malaysia saban hari terutama di portal-portal pembangkang. Nampaknya mereka masih tidak berpuas hati kerana ‘dalang’ pembunuhan masih belum tertangkap, kata mereka.

Tentu sekali semua pihak termasuk Perdana Menteri inginkan kebenaran dan inginkan agar dalang tersebut ditangkap. Oleh itu, walaupun kita musykil dengan kewibawaan dan ‘kewarasan’ RPK, kita harap tulisan beliau yang terbaru ini dapat memberikan kita sedikit harapan.

Kali ini, RPK membayangkan persoalan sama ada Balasundram terlibat dalam pembunuhan Altantuya secara langsung memandangkan keterangannya yang kabur, berbelit-belit dan beberapa kali ‘U-turn’ setiap kali disoal-siasat dan membuat kenyataan.

RPK juga mengulangi kenyataannya bahawa pihak pembangkang, terutamanya Anwar, menjadi dalang memburukkan nama Dato’ Seri Najib dengan mengaitkan beliau dalam pembunuhan Altantuya.

Nama-nama yang disebut oleh RPK selain Balasundram dan Anwar, termasuklah peguam PKR M.Puravalen dan Ahli Parlimen Subang serta pengasas SUARAM, Sivarasa Rasiah. Puravalen pula dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan personaliti yang pernah menjadi kontroversi di era Tun Abdullah Badawi, iaitu Kalimullah Hassan.

RPK mendedahkan bahawa Balasundram dijanjikan upah setinggi RM5 juta untuk membuat akuan bersumpah mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya dibayar RM700,000 yang mana menjadi punca beliau membuat U-Turn. Beliau kemudiannya diupah oleh pihak lain pula untuk membuat cerita yang berlainan.

Apapun peranan Balasundram dalam kes Altantuya, iaitu sama ada beliau adalah pembunuh, bersubahat dengan pembunuh, perancang, atau sekadar mengambil kesempatan, yang menjadi persoalan di sini ialah peranan pihak pembangkang, atau lebih tepat Anwar Ibrahim, dalam menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri.

Walaupun RPK mempunyai rekod sakit mental, dan sering berhalunisasi menjadi manusia berintegriti atau wira penyelamat negara tetapi kita tidak boleh mengenepikan sahaja seluruh skrip yang ditulisnya kali ini. Ini kerana, ini bukan kali pertama beliau mendedahkan perkara yang sama di mana sebelum ini, beliau juga mengakui terlibat sama dalam menyebar fitnah tersebut terhadap Perdana Menteri berdasarkan ‘dengar-cakap’ setelah diarah atau mungkin diupah oleh pihak-pihak tertentu. Untuk itu, sekadar rekod, RPK juga adalah penulis upahan dan bagi seorang penulis upahan untuk mengaku salah atau silap menyebar fitnah, pastinya menunjukkan yang beliau berkata benar. Lagipun, tidak mungkin seorang yang ego seperti beliau sanggup mengaku tersilap yang mana pasti akan merosakkan kredibilitinya.

Oleh itu, tidak perlu untuk kita bertanyakan tentang motif RPK mengambil sikap seperti Balasundram iaitu membuat U-turn dalam perkara ini, tetapi kita perlu bertanyakan diri kita apakah wajar kita memberi mandat kepada pembangkang yang begitu jahat dan busuk hati dalam pilihanraya kali ini?

Kenapakah pembangkang tidak berani berdepan dengan Perdana Menteri secara anak jantan melalui pilihanraya dan beradu kekuatan dengan menabur jasa? Kenapa perlu memfitnah dan mengupah begitu ramai orang untuk menjatuhkan Perdana Menteri?

Apakah kerana mereka sedia maklum bahawa rakyat tidak bersama mereka dan memerlukan ‘jalan-belakang’ untuk berkuasa? Apakah mereka sebenarnya amat menyedari akan kelemahan dan ketidakupayaan mereka?

Apapun, pendedahan RPK tidak harus diabaikan sahaja. Ia perlu dibawa ke atas agar kebenaran terserlah dan agar roh Altantuya dapat bersemadi dengan aman.


Monday, August 13, 2012

PAS BOOST EGO BY HAVING TAMRIN IN

PAS will be accepting Umno veteran Tamrin Ghafar tonight as a member, a party member who has been containing his disgruntlement against the PAS BOOST EGO BY HAVING TAMRIN IN

PAS will be accepting Umno veteran Tamrin Ghafar tonight as a member, a party member who has been containing his disgruntlement against the leadersgip for quite a long time.

A son of former Umno stalwart and former Deputy president and Deputy Prime Minister, Tamrin has been having has been contemplating of leaving the party some three years ago but he preferred the party to expel him.

He has acquainted himself well with PAS for quite sometime and it is no surprise he joins the party as he has been identified to contest in the coming general election.

To Umno, losing Tamrin is nothing as he is not popular in his hometown Malacca and his political career is actually no longer relevant to the current situation.

For PAS, roping in Tamrin and several other Umno former leaders is considered a success in manipulating the minds of voters, particularly Malays.

It gives the party the boost in spirit and the ‘lifting of ego’ given the current situation it is in – stuck between the chauvinistic DAP and liberals PKR – and doubts among supporters who are non-members on the party’s struggle.

Shouting to implement Hudud if the party come to power, it still is hazy on the subject matter as it struggles to find the ‘right path to Heaven’ through politics.

The party lacks the expertise and experts to define and refine Hudud and the states it held has not even implement a single Hudud laws.

But Hudud is a selling point as far as the party is concern. Its members – hard to he core – want Islamic laws and an Islamic state to be implemented.

They do not know much about Islam and its true fundamentals but they support PAS because the party is an Islamic political movement which should be supported by any Muslim.

So PAS now can smile wide with Tamrin being a member and the party members will laud Tamrin’s entry as ‘God Gift’ and they will claim Tamrin has changed for the better, Tamrin has been ‘Islamised’.

But the party members forgot that their partners in the opposition – DAP and PKR – ate just riding on them because of the votes they can bring for the coming general election.’

With open opposition to Hudud, PAS members are leaving it to the ‘wisdom’ of their leaders to solve this fundamental political problem so long as they can achieve their aim – to rule from Putrajaya and make Malaysia a theology state.

They have never thought that PKR, with majority members Malays are against Hudud and yet using the party (PAS) to further their own cause - to make Anwar Ibrahim the Prime Minister.

But to them, this is a small matter as they would only want their president Abdul Hadi Awang to be Prime Minister and Anwar can be sidelined once the opposition wins.

They have never question why their party leaders do not ‘ educate the Malays in PKR particularly on Hudud and also the chauvinist Chinese in DAP including Karpal Singh’ so that their struggle would be easier.

Now with Tamrin in the party, they have the feeling that they have been successful in their ‘tarbiyah or educating’ Umno members to accept their struggle. leadersgip for quite a long time.

A son of former Umno stalwart and former Deputy president and Deputy Prime Minister, Tamrin has been having has been contemplating of leaving the party some three years ago but he preferred the party to expel him.

He has acquainted himself well with PAS for quite sometime and it is no surprise he joins the party as he has been identified to contest in the coming general election.

To Umno, losing Tamrin is nothing as he is not popular in his hometown Malacca and his political career is actually no longer relevant to the current situation.

For PAS, roping in Tamrin and several other Umno former leaders is considered a success in manipulating the minds of voters, particularly Malays.

It gives the party the boost in spirit and the ‘lifting of ego’ given the current situation it is in – stuck between the chauvinistic DAP and liberals PKR – and doubts among supporters who are non-members on the party’s struggle.

Shouting to implement Hudud if the party come to power, it still is hazy on the subject matter as it struggles to find the ‘right path to Heaven’ through politics.

The party lacks the expertise and experts to define and refine Hudud and the states it held has not even implement a single Hudud laws.

But Hudud is a selling point as far as the party is concern. Its members – hard to he core – want Islamic laws and an Islamic state to be implemented.

They do not know much about Islam and its true fundamentals but they support PAS because the party is an Islamic political movement which should be supported by any Muslim.

So PAS now can smile wide with Tamrin being a member and the party members will laud Tamrin’s entry as ‘God Gift’ and they will claim Tamrin has changed for the better, Tamrin has been ‘Islamised’.

But the party members forgot that their partners in the opposition – DAP and PKR – ate just riding on them because of the votes they can bring for the coming general election.’

With open opposition to Hudud, PAS members are leaving it to the ‘wisdom’ of their leaders to solve this fundamental political problem so long as they can achieve their aim – to rule from Putrajaya and make Malaysia a theology state.

They have never thought that PKR, with majority members Malays are against Hudud and yet using the party (PAS) to further their own cause - to make Anwar Ibrahim the Prime Minister.

But to them, this is a small matter as they would only want their president Abdul Hadi Awang to be Prime Minister and Anwar can be sidelined once the opposition wins.

They have never question why their party leaders do not ‘ educate the Malays in PKR particularly on Hudud and also the chauvinist Chinese in DAP including Karpal Singh’ so that their struggle would be easier.

Now with Tamrin in the party, they have the feeling that they have been successful in their ‘tarbiyah or educating’ Umno members to accept their struggle.


Dong Zong Bapa Apartheid -Agenda Berterusan

Dong Zong mula menakutkan kaum Cina yang rasional, menimbulkan kemarahan kaum Melayu dan menjengkelkan semua warganegara yang patriotik dan mencintai keamanan. Kita tahu pada hakikatnya, tidak semua kaum Cina itu bersifat perkauman seperti Dong Zong. Kebanyakan kaum Cina telah menerima hakikat bahawa mereka adalah warga Malaysia dan untuk memperjuangkan sebuah negara China di dalam Malaysia seperti Dong Zong, adalah mengarut.

Kerajaan telah menerima atau sekurang-kurangnya cuba sedaya upaya untuk menerima semua tuntutan Dong Zong walaupun ia tidak praktikal dan membawa risiko kepada perpaduan rakyat. Kementerian Pelajaran telah pun meluluskan Sekolah Cina Persendirian di Kuantan walaupun ia bertentangan dengan aspirasi negara kerana memisahkan lagi kaum Cina dari kaum lain serta meningkatkan prasangka antara kaum.

Bagaimanapun, tiada yang dapat memuaskan hati puak pelampau Cina ini. Tidak selagi mereka tidak dapat melaksanakan sistem Aparteid seperti yang dilalui oleh Afrika suatu ketika dulu di mana rakyat diasingkan mengikut warna kulit dan dipisahkan di sekolah-sekolah, pusat peranginan, kenderaan awam dan berbagai-bagai lagi. Dengan itu, sesiapa yang memiliki kuasa ekonomi akan dengan secara automatic menjadi kuasa mutlak dan secara automatic juga pihak yang lemah dan kurang bernasib baik akan terpaksa mengalah dan menderita.

Jelas, Dong Zong bertekad untuk mengambil kesempatan atas kuasa ekonomi yang ada pada kaum Cina untuk memenuhi kepentingan diri mereka melalui perlaksanaan sistem aparteid ini di Malaysia.

Cara Dong Zong menekan dan mengugut kerajaan dengan agenda rasis mereka menyerlahkan sifat ‘hati-kering’ atau ‘tiada hati perut’ sepertimana pihak komunis dan kongsi gelap yang begitu sinonim dengan kaum Cina. Oleh itu, bagaimana kita boleh menjamin sistem aparteid yang diimpikan mereka tidak akan menjejaskan sesiapa?

Tuntutan terbaru Dong Zong telah meletakkan sifat perkauman mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi. Puak ektremis ini kini menuntut agar pelajar di sekolah persendirian Cina tidak perlu menduduki SPM. Pada ketika ini, mereka punya pilihan untuk tidak menduduki Unified Examination Certificate (UEC) di tingkatan 6 jika mereka menduduki SPM. Tetapi, kerajaan bimbang jika tanpa SPM, dan hanya UEC maka mereka akan punya masalah untuk mendapat pekerjaan di Malaysia.

Tentu sekali, Dong Zong tidak bimbang tentang hal itu kerana pasaran kerja adalah dibawah kawalan kaum Cina. Jika para pelajar tersebut tidak fasih berbahasa kebangsaan kerana sistem ini, maka itu lebih bagus bagi Dong Zong kerana itulah matlamat mereka sebenarnya – iaitu melahirkan generasi baru yang tidak patriotik yang mana akan membina sebuah negara Cina baru di dalam Malaysia.

Seolah-olah itu belum cukup rasis lagi, Dong Zong juga menuntut agar semua guru-guru di sekolah persendirian mereka tidak berdasarkan kelulusan SPM dan PMR. Malah mereka hanya menerima guru-guru dengan latarbelakang pendidikan Cina seratus-peratus atau dalam ertikata lain, menolak mentah-mentah sistem pendidikan nasional.

Sifat rasis, pentingkan diri dan kegilaan Dong Zong nampaknya tidak akan berkesudahan dan tindakan kerajaan terus melayan mereka, mula menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat.

Untuk Malaysia mempunyai sekolah yang berasingan mengikut kaum sudah cukup pelik di mana tiada satu pun negara di dunia membenarkannya. Dan untuk membiarkan puak pelampau untuk menolak sistem pendidikan nasional mentah-mentah adalah amat keterlaluan.

Bukanlah satu pilihan bagi mana-mana pihak, kumpulan atau individu untuk menolak atau menafikan segala perkara yang penting yang menjadikan mereka warganegara sesebuah negara, seperti bahasa kebangsaan dan sistem pendidikan.

Bagi Dong Zong untuk membuat tuntutan atas perkara ini menunjukkan betapa mereka langsung tidak menghormati kerajaan dan betapa mereka langsung tidak mempunyai kesetiaan terhadap negara ini tetapi sentiasa mendambakan negara ‘China’ sepanjang hidup mereka.

Dong Zong adalah ancaman kepada negara seperti juga semua puak pelampau lain. Kerajaan perlu menghentikan kegilaan mereka serta merta kerana setiap perkara ada hadnya, termasuk kegilaan dan kemarahan. Mungkin ada yang tidak dapat menahan kemarahan melihat semua kegilaan ini. Justeru, beringatlah bahawa Dong Zong mungkin telah menghidupkan suis bom jangka dan sudah menjadi lumrah ciptaan bom jangka di mana ia telah dijadualkan untuk meletup jua lambat-launnya.

Rohingya - KP1M Ada Usaha, PAS Ada Apa?

BILA berlaku hal-hal berkaitan dengan nasib orang Islam di mana-mana tempat dalam dunia, yang akan paling kuat melompat, sudah tentulah PAS. Bukan melompat nak bagi bantuan, tapi melompat nak menyalahkan kerajaan kerana kononnya lambat bertindak cepat membantu pihak-pihak terbabit.

Maka hebohlah di Facebook dan seumpamanya, tindakan penyokong-penyokong PAS mempertikaikan Malaysia sebagai negara Islam dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin Islam kerana kononnya gagal membantu masyarakat Islam Rohingya yang khabarnya sedang menjadi mangsa penindasan di Mynmar.

Sedangkan puak-puak ini tahu, bukan senang-senang boleh terjah masuk negara orang atas alasan nak beri bantuan melainkan ada mandat dari badan-badan antarabangsa terbabit seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dan seumpama dengannya. Jangan kata negara orang, rumah kita sendiri pun tak dibenarkan sebarangan orang terjah masuk.

Walaupun mereka tahu itu, tapi ia tetap dijadikan isu kerana isu adalah udara dan makanan kepada parti-parti pembangkang di Malaysia untuk terus bernyawa. Selain bermaksud nak mengatakan kerajaan Malaysia ini tidak baik, tidak prihatin, macamlah depa hebat sangat, prihatin sangat.

Dalam hal ini, penulis sambut baik usaha Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dibawah kepimpinan Datuk Azeez Rahim yang telah membuat perancangan untuk melancarkan misi bantuan kemanusian ke Rohingya dalam jangka masa terdekat – misi antarabangsa kedua seumpamanya yang pernah dilancarkan KP1M. Kali pertama ialah di Somalia pada tahun lepas.

Walaupun baru diperingkat perancangan, tapi kredebiliti KP1M dalam hal-hal seumpama ini tidak boleh dinafikan lagi. Mereka telah membuktikannya di Somalia tahun lepas dan apa yang mustahil untuk mereka melakukannya sekali lagi tahun ini? Tambahan pula Mynmar bukan berada begitu jauh dari negara kita seperti Somalia.

Selain dapat menghulurkan bantuan kepada saudara seagama yang menjadi mangsa penindasan, KP1M juga dapat menyalurkan berita akan situasi sebenar yang menimpa masyarakat Rohingya di sana. Sekarang ini terlalu banyak pihak yang membawa begitu banyak cerita dan gambar. Yang mana satu betul, kita sendiri pun tidak pasti. Mungkin skala tragedi yang menimpa masyarakat Islam disana adalah lebih besar dari yang dilaporkan media antarabangsa dan media sosial lain di Internet.

Justeru, dengan kehadiran KP1M disana, pemberitaan yang sebenar akan tragedi yang menimpa masyarakat Islam Rohingya akan dapat disampaikan, seterusnya jalan penyelesaian antara pihak-pihak bertelagah dapat diusahakan oleh pihak berwajib.

Cuma nanti janganlah pemergian KP1M ini dijadikan isu politik seperti mana yang berlaku dalam misi bantuan di Somalia tahun lepas. Apatah lagi bila yang menyalak itu lebih selesa di kerusi dan katil empuk pejabat atau rumah masing-masing, sementara ahli-ahli KP1M yang terlibat mengharungi segala masalah untuk menjayakan misi negara yang diamanahkan kepada mereka.

Tak sebut lagi meninggalkan keluarga disini untuk menyertai misi mulia tersebut.

Perkara ini perlu dijelaskan awal-awal kerana puak pembangkang (sebut Pakatan Rakyat) lebih suka mempolitikkan isu ini kerana KP1M adalah organisasi dibawah UMNO. Mereka sendiri tidak ada usaha nak membantu walaupun berkuasa di beberapa buah negeri. Malah puak-puak ini lebih rela membelanjakan wang rakyat untuk kepentingan ahli parti mereka sahaja, contohnya membayar kos guaman yang nilainya mencecah hampir setengah juta ringgit menggunakan wang rakyat.

Dalam hal ehwal masyarakat Islam antarabangsa ini seperti di Rohingya ini, mereka hanya pandai menyalak kerajaan supaya membantu tapi mereka sendiri tidak mengambil apa tindakan pun ke arah itu walaupun khabarnya ahli-ahli mereka hebat, bersedia untuk jihad, syahid dan sebagainya.

Apapun, penulis mendoakan kejayaan Datuk Azeez dan pasukannya dalam misi kemanusian yang bakal dijalankan kelak. Mungkin sekembalinya Perdana Menteri dari mesyuarat khas OIC yang sedang membincangkan antara lain isu Rohingya ini, KP1M akan mendapat maklumat dan peruntukkan secukupnya dalam membuat persediaan untuk menjayakan misi tersebut nanti


Saturday, August 11, 2012

DAP GOLONGAN KHAWARIJ CINA MAHU HAPUSKAN ISLAM

Telah difatwakan oleh seorang ulama dari sebuah pondok di Kelantan bahawa adalah haram bagi orang Islam mengundi parti cauvinis Cina, DAP kerana ia menentang undang-undang hudud yang merupakan hukum Allah.

Menyusul pula sokongan padu terhadap fatwa Tuan Guru Abdullah Sa'amah, Pengasas Pondok Geting, Tumpat daripada para mufti dan golongan muda.

Yang benci akan fatwa tersebuta sudah tentunya DAP dan terkunci mulut yang selama ini celupar memaki hamun kerajaan dan Umno ialah PAS, sekutu kuat parti yang secara konsisten menentang pelaksanaan hukum Islam di Malaysia.

Jikalau PAS selama berpuluh tahun lantang mengkafirkan pemimpin dan ahli Umno hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, adakah parti itu kini berani mengkafirkan Tuan Guru Abdullah kerana mengeluarkan fatwa menegah umat Islam menyokong sekutu politiknya?

Apakah PAS atas dasar kegelojohannya untuk menawan Putrajaya sanggup mengenepikan fatwa soeang ulama pondok yang dihormati kerana mahu terus tidur setilam dan sebantal dengan musuh Islam?

Sudah tentu fatwa Tuan Guru Abdullah berlandaskan hujah agama yang kukuh yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa hatta PAS sekalipun.

Namun Ketua Dewan Ulama PAS, Daud Iraqi, yang terkenal dengan fahaman Wahabi ekstrim yang tebal terus mahu partinya memegang erat tangan DAP atas alasan 'tahaluf siyasi'.

PAS berselindung disebalik istilah Arab untuk mengelirukan umat Islam tetapi dalam erti yang lebih mudah pendekatan ini hanyalah kaedah sekular Machiavellian iaitu 'matlamat menghalalkan cara'.

PAS menutup mata dan memekak telinga kepada hakikat sebenar bahawa sebelum berlakunya kerjasama politik yang dipanggil Pakatan Rakyat, DAP paling tegar menentang segala dasar Islam yang dibawa parti itu.

Akhirnya DAP dan satu lagi sekutu, PKR, berjaya menundukkan PAS untuk menghumban perjuangan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' yang diterima pakai oleh Pakatan Rakyat.

Bagi pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan bersikap hipokrit, haram bagi mereka bermuzakarah serta jauh sekali menjalinkan kerjasama dengan saudara seIslam dari Umno tetapi halal untuk 'cium mulut' dengan DAP.

Tidakkah PAS sedar, pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mereka sanjung dan julang itu pernah memaki serta menghalau orang Melayu dari Tanah Melayu ini ketika tragedi 13 Mei 1969 dahulu?

Lupalah PAS akan sejarah hitam DAP yang telah dibuktikan sebagai pencetus utama kepada rusuhan kaum yang meragut lebih 2,000 nyawa itu?

Tidakkah insiden terbaru di mana ADUN Kota Shah Alam, M. Manoharan menghina jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap biadap parti itu terhadap mana-mana pencapaian negara hanya kerana kejayaan itu berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional?

DAP membenci dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu tetapi apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, mereka menukar taktik untuk menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu.

Lalu tiba-tiba pemimpin Cina DAP di Pulau Pinang dan Perak beriya-iya mengambil hati orang Melayu dengan memetik hadis dan ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka.

Lim Guan Eng pula mengangkat Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ciri-ciri pentadbiran negeri malah menganjurkan seminar mengenai tokoh Islam tersebut.

Berduyun-duyunlah pemimpin Cina DAP memasuki masjid, surau dan madrasah untuk memperdayakan orang Melayu bahawa parti itu tidak merbahaya dan bukan perkauman.

Maka pemimpin PAS pun terpegun dan terkesima dengan permainan wayang kulit sehingga mengatakan Islam DAP lebih baik daripada Islam Umno!

Daripada pembenci bangsa Melayu dan penentang hebat undang-undang Islam, kini DAP mahu muncul sebagai pembela bangsa dan agama pula.

Ciri-ciri musuh dalam selimut ini tidak lain tidak bukan hanya terdapat dalam golongan yang muncul dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai puak Khawarij.

Kumpulan Khawarij adalah satu golongan ekstrim agama yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Khalifah Ar Rashidin keempat, Saidina Ali ibn Abi Talib ra.

Maka tidak jauh daripada paksi kebenaran jika dikatakan bahawa DAP adalah golongan Khawarij Cina di Malaysia.

DAP menunjukkan sifat yang ekstrim dan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya.

Lihat sahaja isu berlainan tema sambutan Merdeka ke 55, bagaimana DAP memainkan peranan mereka untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di negara ini.

Jika mereka boleh mencetus tragedi berdarah 13 Mei, memporak perandakan masyarakat yang hidup dalam aman dan harmoni selama ini, bukanlah perkara yang susah bagi DAP.

Dalam pada DAP memujuk orang Melayu menyokong mereka, parti itu juga tidak putus-putus menyerang semua dasar dan program kerajaan yang menguntungkan orang Melayu.

Mereka mengkritik keras UiTM, Mara, MRSM, IPTA, , pentadbiran awam, Dasar Ekonomi Baru, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, PDRM, institusi kehakiman dan segala apa yang berkaitan dengan kepentingan Melayu.

Golongan Khawarij DAP ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan menjadikan orang Melayu merempat sebagai kelas tiga di negara sendiri.

Golongan yang samalah juga yang didewa-dewa oleh PAS sehingga mereka sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan politik yang sempit dan jumud.