Monday, April 29, 2013

Kalimah Allah: Penyokong PAS Dalam Dilema

Pendirian PR dalam isu kalimah Allah S.W.T sudah jelas di mana gabungan longgar tiga parti pembangkang yang turut melibatkan PAS itu telah sebulat suara bersepakat menerima gesaan DAP supaya kalimah Allah S.W.T dibenarkan penggunaannya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu. Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dalam kenyataan susulannya turut menyokong penuh pendirian tersebut dengan mengumpamakannya sebagai peluang untuk orang Islam menyebarluaskan dakwah di kalangan orang Kristian.

Meskipun begitu, Majlis Syura Ulama PAS dalam mesyuaratnya telah mengambil pendirian bertentangan dengan PR, selari dengan sentimen semasa di kalangan umat Islam yang berterusan membantah cubaan DAP untuk menodai kesucian kalimah Allah S.W.T. Sehingga kini Majlis Syura kekal dengan keputusan mereka menolak pendirian Majlis Pimpinan Tertinggi PR dan ia diperkukuhkan lagi dengan kenyataan terbaru Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan kesucian kalimah Allah S.W.T tetap akan dipertahankan.

"Main pillar (tunggak utama) itu kita tak boleh ansur. Contoh tidak bertolak ansur kalimah Allah. Saya bertegas dan akan pertahankan ia tidak boleh dibenarkan untuk diguna pakai untuk diterjemahkan dalam bahasa lain," demikian penegasan oleh Dr Haron Din. Dr Haron Din mungkin benar-benar bersungguh dalam hal ini, tapi realitinya sehingga sekarang PAS gagal mempengaruhi PR untuk mengubah pendiriannya dalam isu kalimah Allah S.W.T. Selagi PR kekal dengan keputusannya, sama seperti PAS meredhakan kesucian kalimah Allah S.W.T dinodai dan disamakan dengan Jesus atau Lord, Tuhan orang Kristian.

Ini juga bermaksud, PAS kekal berada dalam keadaan tersepit selagi PR kekal dengan pendiriannya. Keadaan ini menyebabkan penyokong PAS berada dalam dilema, mengundi PAS bermakna bersetuju dengan pendirian PR yang membenarkan kalimah Allah S.W.T disamatarafkan dengan konsep ketuhanan trinity Kristian. Menolak pendirian PR pula bermaksud menentang kerjasama PAS dalam PR. Suka atau tidak, andainya penyokong PAS masih mengundi mana-mana calon PR sama ada dari DAP, PKR mahu pun PAS, ia seperti satu pengiktirafan terhadap PR yang memperakui kesucian Allah S.W.T boleh dinodai demi kepentingan politik.

Dalam dilema yang serba rumit ini, penyelesaian yang tinggal untuk PAS ialah dengan segera membuat kenyataan rasmi menolak pendirian PR dalam isu kalimah Allah S.W.T, jika itu dapat dilakukan tidaklah lagi pening kepala penyokong bawahan. Tapi sanggupkah PAS menahan asakan dan serangan bertali arus dari DAP kelak seandainya PAS menarik balik persetujuan bersamanya dengan PR?

Mungkin dalam keadaan terdesak PAS akan melakukannya untuk menarik balik sokongan yang hilang, tapi ia sudah terlambat kerana tak mungkin orang Melayu Islam sanggup mempertaruhkan lagi kepercayaan kepada PAS yang sudah terbukti gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T.

Monday, April 22, 2013

Pengundi Perlu Pilih Parti Mampu Tubuh Kerajaan Yang Kuat, Bawa Kejayaan – Najib

SHAH ALAM, 22 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengundi perlu memilih parti politik yang mampu menubuhkan kerajaan yang kuat, dan yang mampu membawa kejayaan kepada negara.

Perdana Menteri berkata untuk itu, rakyat harus kembali kepada objektif utama pilihan raya umum yang bertujuan untuk menubuhkan kerajaan yang kuat.

“Kalau kita ikut perasaan, kita tumpu pada calon individu, maka kita sudah kalih daripada tujuan utama pilihan raya diadakan iaitu tidak lain tidak bukan adalah berkenaan soal masa depan negara dan anak-anak kita yang terlalu ternilai.

“Ia tidak boleh terpesong pada hakikat bahawa kita perlu sebuah kerajaan di peringkat pusat dan negeri yang kuat dan berwibawa untuk menjayakan segala dasar negara, wawasan dan dasar transformasi nasional termasuk Aku Janji kita,” katanya di sini selepas turun padang ke beberapa kawasan Parlimen Selangor sejak pagi.

Najib yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor sebelum itu melawat kawasan Parlimen Selayang, Gombak dan Shah Alam manakala malam ini kawasan Parlimen Subang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata apa yang penting adalah untuk parti menggerakkan jentera pilihan raya dan mendapatkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 ini, dan soal calon tidak lagi sepatutnya berbangkit kerana keputusan sudah dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

“Kita sudah bagi panduan maka jentera harus fokus dan bekerja penuh semangat dan tenaga, saya yakin dan percaya berdasarkan kepada suasana serta sentiment yang semakin hari semakin yakin kepada BN.

“Mereka (penduduk Selangor kini) kurang yakin malah kecewa dengan pakatan rakyat di Selangor, sudah ada keinginan untuk mereka kembali kepada BN,” katanya.

Mengenai pentadbiran di negeri Selangor, beliau berkata kerajaan pusat dipimpin oleh BN dan negeri dipimpin pakatan pembangkang tidak mewujudkan satu keadaan yang membolehkan kelicinan pentadbiran.

“Banyak kuasa kerajaan negeri yang menyentuh kepentingan kerajaan pusat, ini termasuk soal air dan kelulusan projek-projek pembangunan yang sah, jadi perlu penyelarasan di antara pusat dan negeri,” katanya.

Mengulas mengenai lawatannya ke Selangor hari ini, Perdana Menteri berkata secara keseluruhannya suasana di kawasan tersebut sama ada di peringkat jentera pilihan raya parti mahupun sambutan pengundi, adalah baik.

Mengenai tindakan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas hari ini, Najib berkata ia bukan satu isu kerana sudah dijangkakan.

Ketika ditanya mengenai ada calon Bebas yang didakwa akan menjaja nama BN ketika berkempen, Pengerusi BN itu berkata apa yang penting sekali adalah parti dan bukannya individu atau calon.

“Kita tekankan yang penting sekali adalah parti, pada kesudahannya pengalaman menunjukkan bahawa individu tidak kuat, nama-nama terkenal bertanding Bebas, mereka tidak dapat kejayaan,” katanya.

Kebenaran Terserlah, Rakyat Tolak Provokasi dan Manipulasi Pembangkang

KUALA LUMPUR, 22 April – Tindakan pakatan pembangkang yang gemar bermain dengan sandiwara politik bagi meraih undi rakyat terserlah juga apabila ramai anggotanya meninggalkan parti terbabit dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata dengan perkembangan semasa yang banyak memihak kepada BN lantaran imej transformasi yang dibawa oleh Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selain tindakan negatif dalam kepimpinan pakatan pembangkang.

“Rakyat bukan bodoh untuk melakukan penilaian terhadap pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling mereka malah dengan apa yang berlaku di kalangan kepimpinan pakatan pembangkang menjadikan masyarakat semakin muak dan menolak mereka khususnya dalam berdepan PRU ke-13 ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, dengan pelbagai kepincangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang sama ada PKR, Pas dan DAP yang antaranya dalam soal pemilihan calon kerana lebih mengutamakan kroni selain ketidakadilan terhadap anggotanya sendiri.

“Anggota parti melahirkan rasa tidak puas hati dengan meninggalkan pemimpin dan perjuangan yang selama ini mereka dukung lantaran sedar bahawa apa yang mereka lakukan selama ini adalah sia-sia belaka.

“Jika selama ini masyarakat tertipu dengan pelbagai manipulasi dan provokasi pakatan pembangkang terhadap BN maka dengan terserlahnya pelbagai kebenaran maka sokongan terhadap pembangkang semakin pudar.”

Tegas beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), jika sebelum ini kepimpinan dalam pakatan pembangkang seringkali menuding jari kepada pihak lain sebagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dimanipulasi dan dituduh tidak telus, BN dianggap negatif dan kemudiannya keputusan pendaftar pertubuhan (ROS) juga duputar belit.

“Berkaitan dengan keputusan ROS berikutan pemilihan Jawatan Kuasa Pusat (CEC) DAP yang dianggap tidak telus maka orang lain juga dipersalahkan sedangkan terang-terangan bahawa ia tidak berkait dengan mana-mana pihak dan kemudiannya pemimpinnya memutarbelitkan keputusan berkaitan penggunaan logo sedangkan ROS tidak menyebut berkaitannya.

“Secara tidak langsung ia membuktikan bahawa terdapat pemimpin pembangkang yang sengaja cuba menimbulkan isu lain bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap kesalahan yang sememengnya dibuat oleh mereka sendiri sedangkan rakyat tidak bodoh untuk menilai,” tegasnya lagi.

Berkaitan pelbagai kepincangan dalam pakatan pembangkang, lebih 100 ahli DAP yang diketuai Timbalan Ketua DAP Cawangan Changkat Keruing, G. Haridas telah mengisytiharkan keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Turut sama berbuat demikian, seramai 68 ahli DAP kawasan Tanjung Bungah mengumumkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN setelah mendapati DAP gagal menunaikan janji untuk membantu penduduk di kawasan tersebut.

Tidak sampai 24 jam selepas proses penamaan calon yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri calon mereka, krisis dalaman pembangkang terus meruncing apabila Ketua PKR Cabang Lumut, M.P Shamugum bersama 13 ketua ranting parti di Parlimen itu mengisytiharkan meninggalkan PKR dan mengumumkan pembubaran PKR Cabang Lumut serta penutupan semua bilik gerakan jentera parti itu di 36 Pusat Daerah Mengundi (PDM) berkuatkuasa serta merta.

Dalam masa yang sama, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Tan Hock Leong mengumumkan keluar daripada PKR kerana kecewa dengan tindakan tidak adil PKR yang hanya meletakkan calon kroni semata-mata.

Dilaporkan juga, kira-kira 300 ahli dan penyokong PKR kawasan Parlimen Padang Serai di sini meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang didapati tidak memberi sebarang faedah kepada penduduk.

Bagi Pas pula, Kira-kira 200 penyokong tegar Pas di Kampung Pauh Dua dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian turut bertindak keluar parti dan menyertai Parti Progresif Rakyat (PPP) kerana kecewa dengan perjuangan Pas yang didakwa tidak konsisten dalam perjuangan sementara di Kampung Tok Dor dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu seramai 35 anggota dan penyokong PAS bertindak keluar parti dan menyertai UMNO.

Monday, February 25, 2013

KONFLIK DALAMAN BIKIN PEMBANGKANG SEMAKIN GOYAH

Pakatan pembangkang semakin bergolak menjelang pembubaran Dewan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 pada bila-bila masa sahaja. Kerjasama sesama PKR, Pas dan Dap semakin rapuh dan goyah dengan pemimpin-pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan.



Antara lapisan kepimpinan parti dan ahli-ahli di peringkat akar umbi sudah wujud benteng pemisahan menyebabkan anggota parti menjadi tidak keruan dan terumbang-ambing. Ambil sahaja isu kalimah ALLAH yang dicetuskan oleh parti perkauman Cina Dap.

Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng menjadi juara untuk menjadikan kalimah suci ALLAH sebagai bahan politik untuk menjadi modal politik murahan. Isu ini disokong pula oleh Ketua Umum PKR, seorang liberalis dan mendokong fahaman pluralisme dan gerakan LGBT. Anwar sokong Guan Eng dalam isu ini untuk menarik undi di Sabah dan Sarawak di mana terdapat ramai penganut Kristian daripada kalangan ethnik Iban, Kadazan, Murut dan sebagainya.

Anwar rela berdepan dengan kemarahan umat Islam di Malaysia asalkan beliau mendapat apa yang diidamkan iaitu menjadi Perdana Menteri. Sokongan pengundi Kristian dianggap kritikal baginya sekiranya beliau mahu menawan Putrajaya tapi malangnya strategi tersebut 'backfire' atau memakan diri sendiri.

Walaupun Pas pada mulanya terpaksa tunduk dengan desakan Anwar, Lim Kit Siang, Guan Eng dan Karpal untuk menyetujui pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah ALLAH namun ia berpusing 180 darjah tidak lama kemudian. Ini kerana Pas melihat sokongan terhadap parti itu sudah mula luntur dan terjejas teruk berikutan majoriti ahlinya tidak bersetuju dengan dasar tersebut.

Isu siapa mendapat jawatan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi PRU13 juga semakin merenggangkan hubungan PKR, Pas serta Dap. Karpal sebagai Pengerusi Kebangsaan Dap bertegas mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri walhal pada masa yang sama beliau mendakwa Anwar terlibat dalam aktiviti seks songsang liwat.

Melihat kepada keadaan ini, sokongan lisan yang disuarakan oleh Karpal hanyalah satu taktik politik yang tidak mempunyai makna. Ini kerana Dap mahu menunggang atas pengaruh Anwar untuk mendapat lebih kerusi parlimen atas undi penyokong PKR dan Pas.

Pas pula mahu presidennya Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan ini telah dinyatakan beberapa kali. Malah terkini Majlis Syura Ulama parti itu dikatakan telah menolak Anwar sebagai calon jawatan itu atas alasan moral yang rendah serta sikapnya yang pro-Kristian. Rundingan Pakatan Rakyat dengan Parti Maju Sabah (SAPP) juga sudah terbengkalai.

 Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyatakan pintu rundingan dengan SAPP sudah ditutup kerana sikap keras kepala dan individualistik Yong Teck Lee. Anwar pula menyanggah kenyataan anak emasnya itu dengan mengatakan pintu rundingan sentiasa terbuka untuk meneruskan rundingan dengan SAPP. Pada hakikatnya pembangkang menipu diri mereka sendiri dengan berfikir kedudukan mereka adalah kukuh untuk menjadi kerajaan pusat PRU13 nanti.

Hinggakan Timbalan Pengerusi Dap Perak A. Sivakumar dengan angkuhnya mensasarkan pembangkang mampu merangkul 40 kerusi DUN di negeri itu. Mungkin Sivakumar masih di alam mimpi atau fantasi melampau kerana sejak kerajaan negeri beralih tangan kepada Barisan Nasional pada Mach 2009, banyak perubahan sudah berlaku.

Mungkin pada awal episod pergolakan politik Perak, ramai yang terkeliru lalu marah kepada BN. Ini adalah hasil dakyah dan fitnah pembangkang yang tidak memberi penerangan yang sebenar mengapa Pakatan Rakyat tumbang di Perak setelah hanya sebelas bulan memerintah.

Di bawah pentadbiran BN, banyak perubahan telah dilakukan bukan sahaja dalam skop pembangunan dan kebajikan rakyat tetapi juga dasar keterbukaan yang diamalkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Kadir. Jadi jika pembangkang berfikir mereka boleh menang sebanyak kerusi yang mereka katakan, eloklah sedar daripada mimpi itu dan melihat kepada realiti politik di Perak kini.

Saturday, February 23, 2013

korupsi

bertaubat la wahai saudara2 ku.. aku tahu korang buat kerja terkutuk2 ini... fitnah itu 1 dosa yg besar.. apa pulak kita menjadi org tngh dgn mereka reka cerita dan menyebar agar kuasa terus depegang dgn cara kotor ini.. betapa hina kerja dan duit yg hempa dapat.. politik yg kotor.. xgentlemen langsung

Thursday, February 14, 2013

NAJIB, A TRUE STATESMAN WHO TAKES WHATEVER HAPPENS IN PENANG IN HIS STRIDE


 
Many videos have been put up on You Tube on Prime Minister Najib Tun Razak’s visit to Penang especially the reply ‘YES’ and ‘NO’ to Najib’s question whether the people of Penang is with BN or not.
Edited videos, re-edited videos, original recordings and whatever have been posted to compete in the fight to reveal the supposed truth, aimed at knocking into the minds and hearts of the voters their version of the episode.
THE REALITY is Najib took everything that happened in his stride as a STATESMAN, not as a ‘vindictive politician such as Anwar Ibrahim and Lim Guan Eng’ who are arrogant and ‘dictatorial’ just to achieve their personal ambition of being a head of state or a Prime Minister.


Najib, as a Prime Minister for all Malaysians regardless of race and religion, is a not even concern about the response because he is not a politician who wants popularity, who wants people to like him all along, who want absolute loyalty and so on.
Whether the response is a big ‘YES’ and a small ‘NO’, Najib is actually ready for anything when he went to Penang.
His intention is not to be popular but to see by himself the situation in the state, to view by himself why BN lost and what are the chances of getting back the state.
Going straight into the ‘enemy’s lair’ is not a child’s play and Najib did just that and he did not expect a rousing welcome where every stop people will drop everything they do and greet him like a King.
Najib expected the normal greetings – he is a politician and he knows what to expect – he knows the planting of people to jeer him or the acts of trying to demean and demonise him and all kind of stuffs that would run him down or bring down his image.
Najib knows all these will happen in Penang, because it is held by DAP, a chauvinistic party that wants to see Malay supremacy replaced and the Malay race become ‘second citizens’ or ‘beggars’.
Najib just wants to see by himself what Penangites want and how they perceive him – the real response rather than basing on reports from various agencies and channels.
He just wants to know and he does not care about the reaction because he wants to know the truth, the real truth on the ground, he wants to feel the heartbeat of Penangites by himself.
That was why he went on a real walkabout, ate nasi kandar in the night without any fear for his and his family’s safety because he wanted to know the true situation.
And the REALITY is Najib now knows the truth and the ‘YES’ or ‘NO’ is nothing to him because he now knows the truth.
And of course, the truth is there was a truly BIG ‘YES’ for him to take back Penang, as evident which right now frightens the opposition pact, real scare and not make-believe.

Wednesday, February 13, 2013

Deepak Akhirnya Menceritakan 'Hal Sebenar' Tetapi Masih Kabur

Deepak Jaikishan berjaya menjadi seorang 'selebriti' apabila beliau menuduh Perdana Menteri dan isteri terhadap penglibatan mereka dengan perniagaan Deepak di mana mereka dikatakan tidak membantu Deepak langsung. Jika kita kembali kepada situasi semasa isu ini sedang berlaku, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, sedang memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, nama Deepak dikaitkan sebagai 'orang tengah' dalam kes pembunuhan Altantuya, seorang model warga Mongolia yang dikatakan terlibat dalam skandal kapal selam dan skandal kepada DPM.

Deepak menafikan segala tuduhan tersebut, dan mempersoalkan tentang mengapa beliau perlu berjumpa dengan adik kepada DPM, Nazim, secara langsung untuk memberikan bayaran terhadap pembunuhan tersebut? Deepak menyatakan hubungan antara beliau dan juga PM dan isteri hanyalah untuk perniagaan.

Ketika itu, Deepak ada mengenali Bala. Benar, Bala pernah meminta pertolongan daripada Deepak, namun Deepak tidak memberi sebarang pertolongan kepada Bala kerana Deepak tidak percayakan Bala. Namun, itu dulu, ketika perniagaan Deepak sedang maju. Kini, setelah semuanya mula merudum, Deepak perlukan seorang mangsa untuk dituduh. Siapa lagi yang boleh dituduh jika tidak seseorang yang pernah membantu Deepak dalam perniagaan beliau. Deepak perlu memulihkan kerugian yang ditanggung, siapa lagi yang boleh membantu beliau jika bukan seseorang yang mempunyai kuasa atau seseorang yang mahukan kuasa?

Jadi, Deepak mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Perdana Menteri dan isteri, dan pada masa yang sama membuat 'pelaburan' pada 'kerajaan baru'. Itulah sebab mengapa Deepak tidak takut untuk mendedahkan bahawa PM adalah dalang dalam kes pembunuhan Altantuya. Mengapa Deepak tidak membuat pendedahan yang sama ketika Dato’ Seri Najib sedang memegang jawatan DPM?

Kisah kes pembunuhan ini mula 'dihangatkan' oleh Pembangkang. Versi mereka 'menceritakan' bahawa isteri PM berada di tempat kejadian ketika pembunuhan tersebut berlaku, berdasarkan 'bukti-bukti kukuh' (kasut beliau). Mereka kemudiannya mendakwa bahawa isteri PM sempat melihat Altantuya dibunuh.

Namun, terdapat gambar-gambar isteri PM, termasuk kenyataan akhbar yang melaporkan bahawa beliau sedang menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim pada masa kejadian.

Jadi, cerita tersebut kemudiannya diubah lagi oleh Pembangkang. Selain itu, terdapat gambar yang di'super-imposed' bagi menunjukkan PM duduk semeja bersama Altantuya untuk makan malam yang digunakan oleh pihak Pembangkang sebagai 'bukti'. Namun, apabila gambar super-impose itu dibuktikan sebagai gambar yang direka-reka, pihak pembangkang mula memusingkan cerita dengan menuduh bahawa individu yang mempunyai hubungan bersama model Mongolia itu adalah pembantu PM, Razak Baginda.

Namun, kini, Deepak membuat satu lagi pendedahan dengan menyatakan bahawa Razak tidak mungkin mempunyai sebarang hubungan dengan Altantuya, kerana Razak mempunyai masalah mati pucuk. Bukan Razak, PM yang mempunyai hubungan bersama Altantuya. Deepak juga berkata bahawa SPRM tidak berani, polis tidak berani, Azilah dan Sirul (pesalah) juga tidak berani untuk menyatakan perkara sebenar hinggakan mereka sanggup dipersalahkan atas tuduhan yang dibuat keatas DPM.

Rakyat sudah penat atas segala U-turn yang dibuat oleh Bala dan Raja Petra, kini giliran Deepak pula? Mungkin Deepak perlu mengambil ujian alkohol sebelum sesiapa mengambil kenyataan yang dikeluarkan oleh saudagar karpet ini. Penulis pasti bahawa Deepak tidak sedar bahawa jika beliau mengambil U-turn, cerita tersebut perlulah selari dengan cerita dari Bala dan juga Raja Petra, termasuk SUARAM dan Tian Chua juga, jika tidak, segalanya akan hancur.

Buat masa sekarang, semua kisah yang diceritakan tidak membawa makna, termasuklah cerita Deepak. SUARAM kini terpaksa bersembunyi untuk menutup malu mereka apabila kisah mereka dibongkar. Deepak pula hanyalah seorang peniaga yang terpaksa menyambung perjuangan SUARAM yang gagal. Deepak bukan sahaja perlu mencantumkan cerita-cerita dari pihak pembangkang, beliau juga perlu mengambikira penjelasan yang datang dari bahagian pro-kerajaan.

Deepak perlu memperjelaskan bagaimana cerita beliau mempunyai kaitan dengan cerita Dato’ Zulkefli Nordin’s, bekas peguam Anwar yang juga pernah mewakili Azilah dan Sirul? Dato’ Zulkefli Nordin pernah mendedahkan di dalam blog beliau bagaimana beliau bertindak untuk tidak mewakili pesalah-pesalah tersebut. Zulkefli yang kini telah meninggalkan PKR, mengaku bagaimana beliau dipaksa oleh Anwar untuk mereka bukti yang membolehkan Azilah dan Sirul membuat tuduhan kepada Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sebagai dalang yang memberikan arahan untuk membunuh.

Satu perkara yang menghairankan penulis, walaupun cerita Deepak tidak boleh digunapakai, ada yang masih percaya akan cerita tersebut! Lihatlah segala penipuan Bala, Raja Petra, Tian Chua, SUARAM melalui pembangkang yang berjaya dibongkarkan, dan kini Deepak pula, siapa yang masih percayakan cerita mereka?