Wednesday, September 10, 2014

LIBERALISASI & NEW WOLRD ORDER: KEMANAKAH HALA TUJU UMNO & PAS



"Globalisasi", satu perkataan yang membawa maksud yang amat berat kepada kita di Asia Tenggara. Ia juga dikaitkan dengan gerakkan "New World Order" yang semakin lama semakin giat diperjuangkan oleh tangan-tangan ghaib di seluruh dunia.

Penulis bukanlah seorang ahli teori konspirasi yang menuduh setiap segi tiga dan bentuk piramid itu adalah freemason dan illuminati. Ada sesetengah sahabat penulis seperti itu. Pantang nampak segitiga terus dikatanya freemason. Pantang nampak mata satu dikatanya dajjal & illuminati.

Namun apa yang penulis ingin nyatakan disini ialah gelombang globalisasi yang ingin mentarbiahkan seluruh umat manusia sememangnya sedang berlaku. Dan kita di Malaysia tidak terkecuali menerima tempiasnya.

Jika kita lihat dari pelbagai sudut pandangan, kita akan dapat melihat bahawa angin liberalisma yang menjadi dokongan para sarjana, politikus dan ahli fikir barat sedang giat dikipas di seluruh Asia Tenggara.

Antara topik yang sering dijanakan untuk membasuh minda generasi baru kita adalah seperti LGBT, Hak Asasi Manusia (ala barat) dan juga penghapusan identiti etnik sesuatu kaum.

Di Malaysia telah banyak golongan yang ber"TUHAN"kan barat sedang sibuk menyelinap di dalam setiap organisasi. Tak kira pembangkang atau pun kerajaan, mereka seolah-olah mempunyai misi untuk menjauhkan kita dari ke arah penyatuan.

Di dalam UMNO, PAS, PKR dan NGO Melayu pun ada golongan liberal yang menunggu masa untuk menghancurkan negara.

Divide & Conquer atau dasar pecah belahkan dan perintah merupakan modus operandi yang sedang giat mereka laksanakan ketika ini.

Penulis melihat bahawa slogan-slogan seperti ABU (Asalkan Bukan UMNO), PAS is Dead & sebagainya direka oleh golongan ini untuk memastikan Malaysia tetap tidak akan bersatu untuk agenda jahat mereka berjalan dengan lancarnya.

Mereka akan mencuba sedaya upaya untuk membasuh minda mereka supaya kita mengenali saudara seagama kita dengan lakaran politik dan bukannya sebagai manusia yang sama tarafnya.

Kewujudan golongan di dalam PAS & UMNO dengan jelas telah menyebabkan kedua-dua parti Islam terbesar di Malaysia ini berpecah belah.

Hubungan UMNO & PAS sebegitu unik kerana PAS bertindak sebagai pengkritik UMNO dan UMNO pula akan mencerna apa yang dikritik oleh PAS untuk kebaikkan sejagat.

Namun apabila para parasit liberal telah memenuhi ruang-ruang di dalam UMNO & PAS maka proses check & balance yang sepatutnya berlaku itu gagal.

Kini puak liberal di dalam UMNO sedang giat melemahkan kekuatan parti itu dengan merosakkan pemuda & pemudinya.

Tidak seperti UMNO di zaman "Pemuda Tahan Lasak" UMNO muda kini seolah-olah dipenuhi dengan pondan-pondan yang takut kasut dan baju mereka kotor untuk membangunkan rakyat Malaysia.

UMNO terbaru ini lebih berminat dengan populariti dan mereka berpolitik untuk glamor dan bukannya rakyat.

Ditambah pula dengan kegilaan pangkat kebanyakkan pemimpin UMNO dari cawangan hinggalah kebahagian. Maka mudahlah parasit liberal UMNO bertelur di dalam parti ini.

Ini juga berlaku di dalam PAS. Jika dahulu PAS boleh bermegah dengan kehadiran para tahfiz dan ulama' di dalam barisan mereka, kini tidak lagi.

Kejayaan PasMa ditubuhkan merupakan titik hitam di dalam sejarah PAS. Pada hemat penulis sekiranya Ustaz Fadhil Noor masih lagi hidup, mana mungkin perkara ini akan dibiarkan.

Namun atas pengaruh parasit liberal, PAS secara perlahan-lahan meninggalkan perjuangan asal mereka yang terdahulu. PAS yang dikatakan sebagai pengganti UMNO pun tidak lagi mampu untuk menghalang kemaraan golongan liberal ini.

Penulis menyeru kepada semua pihak samada PAS @ UMNO. Marilah kita semua bermuhasabah diri. Kita lupakan dahulu politik. Sekarang masanya untuk kita laksanakan penyatuan.

Lebih banyak kebaikkan untuk kita bersatu daripada kita terus ego dan menolak satu sama lain.

Apakah syahadah yang kita sebut lebih dari 9 kali sehari ini tiada maknanya kepada diri kita?

Alangkan Muhajirin & Ansar pun boleh bersatu inikan kita yang satu agama, satu bangsa dan satu negara!

Kepada pemimpin kedua-dua parti politik Melayu terbesar di Malaysia ini, penulis mendoakan agar kata sepakat dapat dicapai. Kita bersama-sama membantu antara satu sama lain untuk berjaya.

Jika umat Islam di Malaysia dapat bersatu, bukan sahaja musuh negara, tetapi Dajjal Al-Masih pun jikalau dia menyerang tanah kita, kita dapat halau makhluk yang dilaknat itu sehingga ke hujung dunia.

Berhati-hati dengan tangan ghaib. Ia datang tanpa kita sedari

No comments:

Post a Comment