Isu bekalan air antara Kedah dengan Pulau Pinang nampaknya masih tiada perkembangan baru. Sejak ia pertama kali timbul dalam pembentangan Bajet 2013 Kedah tahun lepas, hanya satu surat yang dihantar oleh kerajaan Kedah kepada Pulau Pinang untuk menyatakan perkara tersebut. Itupun surat tersebut hanya dihantar selepas menerima respon melalui media dari Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa yang menolak untuk membayar air yang diambil dari Sungai Muda, Kedah atas sebab yang termaktub dalam Riparian Right iaitu Kedah tidak ada hak untuk mendapatkan sebarang bayaran air kerana kaedah saluran air yang digunakan adalah semula jadi.
Beliau memberi contoh Sungai Mekong yang membekalkan air kepada begitu banyak negara di sepanjang alirannya, namun tidak ada satu pun dari negara terbabit membayar kepada China.
Jelasnya lagi, walaupun memang ada negeri yang membayar jualan air seperti Melaka kepada Johor dan Pahang kepada Selangor, tetapi ia adalah kerana bekalan itu bukan melalui kaedah semula jadi, tetapi sebaliknya melalui saliran paip atau terowong. Bertitik tolak dari itu, tiada diberitakan jawapan atau hujah balas dari Kedah terhadap kenyataan PBAPP itu selain dari beberapa kenyataan media oleh Exco Kedah, Phahrolrazi yang menegaskan untuk tetap meneruskan rancangan menuntut bayaran terhadap bekalan air kepada Pulau Pinang.
Dan perkembangan terbaru pada dua hari lepas juga serupa di mana Phahrolrazi sekali lagi membuat kenyataan media ‘merungut’ kerana kerajaan Pulau Pinang masih belum memberi respon kepada cadangan Kedah untuk mengenakan harga 3 sen/m3 ke atas bekalan air mentah ke negeri itu.
Katanya, keengganan Pulau Pinang untuk memberi respon menyebabkan perkara ini menjadi bertambah sukar. Malah, seolah-olah mengugut, beliau turut membayangkan ‘akibat yang serius’ sekiranya cadangan Kedah terus diabaikan oleh Pulau Pinang. Pulau Pinang bagaimanapun, terus mengambil sikap ‘pekak-badak’ dan ‘diam membisu’, enggan melayan apa-apa perbincangan dengan Kedah.
Sekiranya Phahrolrazi atau Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah sedikit bijak, mereka pasti menyedari yang DAP Pulau Pinang sedang menunjukkan kepada PAS di manakah kedudukan PAS di mata DAP, walaupun setelah menjadi kerajaan sebuah negeri.
Lebih dari itu, tindakan PAS meletakkan anggaran hasil dari sesuatu yang belum pun dibincangkan dengan pihak yang terlibat, dengan sendirinya menjustifikasikan pandangan DAP terhadap PAS yang jauh terlalu rendah dan hina kerana tidak tahu cara bekerja mahupun membentangkan bajet negeri. Namun, seperti juga Guan Eng, Azizan tidak kurang juga angkuhnya.
Secara umum, kedua-dua mereka adalah sama saja iaitu, BODOH SOMBONG.
Bezanya, Guan Eng mengambil tahu apa yang terjadi di dalam negerinya tetapi Azizan langsung tidak ambil tahu apa-apa. Justeru, Guan Eng mempunyai kawalan ke atas setiap projek dan berpeluang menutup segala kelemahan dengan lebih kemas tetapi Azizan tidak mampu langsung menutup apa-apa. Dari sejarah dan perkembangan semasa, kita percaya yang Azizan akan tetap kalah dengan Guan Eng sepertimana PAS sentiasa kalah dengan DAP.
Jika Azizan bertegas sekali pun, PAS Pusat pasti akan mengarahkannya beralah juga. Walaubagaimanapun, isu air ini mungkin tidak akan berakhir seperti kelaziman itu kerana Azizan berhadapan dengan kedudukan kewangan negeri yang benar-benar parah. Lebih parah lagi apabila beliau sendiri tidak memahami tahap ‘keparahan’ tersebut kerana hilang kawalan atas pentadbiran negeri dan semua projek-projek yang telah, sedang, termasuk yang akan dilaksanakan oleh orang-orang kelilingnya.
Azizan mungkin punya sedikit gambaran bahawa negeri Kedah berada dalam keadaan tenat tetapi beliau juga tahu yang beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana beliau tidak tahu apa-apa.
Egonya yang terlalu besar pula membuatkan beliau tidak sanggup turun menyiasat dan melihat sendiri kerana bimbang tidak dapat menerima kenyataan akan kesilapan dan kesalahannya selama ini.
Memandangkan Azizan terdesak dari segi menepati bajet yang dibentangkan, serta terdesak untuk menjaga air mukanya, maka tidak mustahil yang beliau akan mengambil tindakan drastik sepertimana ‘ugutan’ yang dibayangkan oleh Phahrolrazi. Tidak mustahil Kedah akan mencari jalan untuk menghentikan aliran air mentah ke Pulau Pinang melalui Sungai Muda.
Azizan sebelum ini telah membuktikan yang beliau sedia mengambil risiko bencana banjir lumpur dan rakyat sengsara semata-mata untuk meneruskan pembalakan di kawasan tadahan dan kawasan-kawasan sensitif. Beliau telah mendabik dada megah untuk meneruskan aktiviti berisiko itu dengan alasan untuk mencari wang untuk negeri. Jika ini bukan kenyataan orang terdesak, maka apakah ia? Justeru, ingatlah bahawa orang yang terdesak sanggup melakukan apa saja. Jika nasib dan nyawa rakyat negeri sendiri juga sanggup diperjudikan, apatah lagi rakyat di negeri orang? Oleh itu, jangan terkejut jika Azizan menyekat bekalan air ke Pulau Pinang sekiranya Guan Eng enggan membayar caj sepertimana yang dituntut.
Dan sekiranya PAS terus berkuasa di Kedah selepas PRU ini, mungkin rakyat Pulau Pinang perlu bersedia untuk minum air longkang.
No comments:
Post a Comment