Monday, September 23, 2013

Pengurangan Subsidi: Langkah Positif ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi

Pengurangan subsidi minyak yang diumumkan semalam mengundang reaksi ‘panas’ di kalangan rakyat dari semua golongan.  Sebahagian dari mereka kelihatannya cuba bersikap rasional dan menerima kenaikan ini sebagai sesuatu yang perlu, dan harus diterima walaupun sedikit kecewa.

Namun, secara umumnya rata-rata rakyat Malaysia masih bersyukur kerana minyak di negara ini masih berada di kadar termurah berbanding jiran-jiran terdekatnya.  Setakat ini, harga minyak di Thailand adalah RM4.71,  Filipina RM5.85, Singapura RM5.48, Indonesia RM3.08 dan Malaysia RM2.10. 

Pengurangan subsidi minyak sebenarnya perlu dilihat dalam perspektif yang lebih luas dan jauh. 

Perlu diingatkan bahawa Malaysia kini dalam ‘perlumbaan’ untuk menjadi negara berpendapatan tinggi sedangkan ekonomi dunia hari ini berada di dalam keadaan tidak menentu.   Untuk itu, Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan kesan langsung dan tidak langsung dari perkembangan politik global.

Defisit Malaysia yang mencecah RM14 billion dan juga hutang negara yang mencatatkan kadar 53% berbanding GDP telah memaksa kerajaan lebih aktif dalam usaha merancakkan ekonomi.  

Salah satunya adalah dengan meningkatkan usaha untuk menarik pelaburan asing.

Untuk itu, persepsi asing terhadap Malaysia amatlah penting.  Malangnya, berdasarkan laporan penyelidikan yang dilakukan oleh Fitch Ratings, Malaysia telah mencatatkan pandangan negatif dalam beberapa bulan selepas PRU-13.  Laporan yang negatif mampu mempengaruhi persepsi pelabur untuk mengeluarkan pelaburan sedia ada dari negara ini sekali gus menjejaskan peluang negara untuk mendapat pelaburan baru.

Sekiranya ini berlaku, ia pastinya merupakan bencana kepada negara.  

Justeru, bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing, kita perlu memulihkan persepsi pelabur dengan meningkatkan kedudukan dalam Fitch Ratings.  Ini boleh dicapai dalam kadar segera dengan mengurangkan subsidi untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan mengurangkan defisit.

Tindakan ini bukan sahaja mampu memulihkan persepsi asing pada kadar segera, tetapi juga dijangka membantu memberangsangkan ekonomi dalam jangka panjang, sekali gus membolehkan kerajaan meningkatkan jumlah BR1M kepada rakyat berpendapatan rendah.

Selain peningkatan kadar BR1M, RM1.1 billion yang dapat dijimatkan melalui pengurangan subsidi, akan digunakan untuk projek-projek pembangunan di luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak.

Dari situ, kita turut menjangkakan peningkatan pendapatan di kalangan penduduk luar bandar.  Beberapa program lain turut dicadangkan, antaranya, skim insurans untuk golongan berpendapatan rendah.

Secara dasarnya, langkah mengurangkan subsidi ini dilihat sebagai persediaan awal ke arah sebarang kemungkinan dalam menghadapi cabaran global yang semakin genting dan tidak terjangka.   Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia perlu dipersiapkan dengan sikap dan mentaliti yang sewajarnya bagi meningkatkan daya saing di peringkat individu. 

‘Mentaliti subsidi’ perlu dikikis secara perlahan-lahan, namun tidak terlalu perlahan.  Oleh yang demikian, masyarakat perlu turut memainkan peranan untuk sama-sama menyertai ‘perlumbaan’ ke arah negara berpendapatan tinggi yang kita idam-idamkan.

Wednesday, September 4, 2013

Pindaaan Akta Jenayah 1959: Pengumuman Yang Dinanti-nanti

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 disambut rakyat dengan keluhan kelegaan. Deraf akta tersebut kini sedang dirangka bagi memberi kuasa yang lebih menyeluruh kepada pihak polis dalam aspek pencegahan jenayah.

Semenjak penghapusan Akta Pencegahan, rakyat hidup dalam keresahan dan kebimbangan lantaran peningkatan kadar jenayah di seluruh pelusuk negara, terutama sekali jenayah pembunuhan.

Walaupun ia dilihat sebagai pembunuhan terancang iaitu antara kumpulan kongsi gelap, namun ia tidak mampu menenangkan rakyat.  Rata-rata masyarakat berada dalam keadaan takut setelah menyedari bahawa kongsi-kongsi gelap berada di mana-mana saja di kalangan rakyat biasa.

Justeru, masyarakat amat berterima kasih kepada Datuk Seri Zahid yang telah memperlihatkan kesedaran, keprihatinan dan komitmen yang tinggi untuk membanteras jenayah serta membendung kegiatan kongsi-kongsi gelap.  Ketegasan beliau mendapat pujian ramai sekali gus membentuk persepsi positif terhadap kerajaan.

Dan hari ini, pengumuman beliau mengenai deraf pindaan Akta Pencegahan ini telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.  

Harapan rakyat agar kerajaan mengabaikan sahaja suara-suara sumbang pembangkang yang pastinya menentang kenyataan Datuk Seri Zahid.

Apa yang kita lihat ialah, pembangkang mengalu-alukan peningkatan kadar jenayah kerana ia memberi mereka peluru untuk memburuk-burukkan kerajaan.  Ini terbukti apabila beberapa pemimpin pembangkang tampil secara nyata untuk membela penjenayah serta mempersoalkan tindakan tegas pihak polis.

Jelas, pembangkang sedikit pun tidak peduli akan nasib rakyat asalkan mendapat sedikit keuntungan politik.

Akibatnya, kini rakyat sudah semakin sedar akan niat jahat pembangkang yang mendesak penghapusan Akta-akta Pencegahan dan ISA suatu ketika dahulu.  Rakyat sudah membuka mata bahawa desakan pembangkang itu tidak membawa kebaikan kepada sesiapa, malah membawa mudarat yang besar.

Dengan itu, rakyat menyokong sepenuhnya Datuk Seri Zahid untuk merangka pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang memberi lebih kuasa yang lebih menyeluruh kepada PDRM untuk membendung dan membanteras jenayah. 

Tuesday, September 3, 2013

TAMBAH BAJET INSTITUSI KEMAHIRAN

Kementerian Sumber Manusia berharap kerajaan mempertimbangkan untuk menambah peruntukan bagi memperkasa dan membaik pulih institusi kemahiran dan latihan dalam Bajet 2014 nanti.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata, peruntukan bersesuaian itu perlu bagi melahirkan lebih ramai pekerja mahir.

"Pada pembentangan Bajet 2013 yang lalu, sebanyak RM220 juta telah diperuntukkan kepada institusi, justeru pihak kementerian berharap jumlah itu ditambah bagi memastikan institut latihan dan kemahiran dapat dinaik taraf.

"Ini adalah bagi memastikan pelajar bidang kemahiran terutamanya daripada kalangan belia dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam suasana pembelajaran yang kondusif." katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Pembangunan Dana Sumber Manusia Berhad (PSMB) 2013 di sini hari ini.

Katanya, setakat ini sebanyak 28 peratus pekerja mahir berjaya dilahirkan oleh institut latihan dan kemahiran.

"Menjelang tahun 2015, kita sasarkan akan meningkat kepada 33 peratus. Kita juga yakin menjelang tahun 2020 nanti, 50 peratus pekerja mahir mampu dilahirkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Zainal berharap pihak majikan sama ada awam atau swasta bekerjasama dengan PSMB untuk meningkatkan kemahiran pekerja ke tahap lebih tinggi.

'Ubah suai' perbelanjaan, sedia hadapi pelarasan subsidi

Rakyat Malaysia mulai sekarang harus menanam di fikiran dan bersedia bahawa subsidi kerajaan akan berkurangan dan langkah pengurangan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dari masa ke masa.

Kerajaan yang kini memperuntukkan subsidi kira-kira RM30 bilion bagi tahun ini meliputi barangan asas, pada semalam telah mengurangkan subsidi bermula dengan petrol RON95 dan disel sebanyak RM1.1 bilion.

Subsidi bahan api merupakan komponen terbesar dengan peruntukan kira-kira RM24 bilion setahun.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata penyelarasan subsidi sudah lama diuar-uarkan oleh kerajaan dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.

Bercakap kepada Bernama hari ini Mohd Yusof berkata pengguna sewajarnya sudah bersedia menerima kesan ekoran penurunan subsidi ketika ini dan di masa hadapan.

Namun katanya, penerangan berkaitan kewajaran subsidi itu diturunkan dan dasar-dasar kerajaan bagi meningkatkan ekonomi haruslah sampai hingga mencecah ke peringkat akar umbi.

Seorang pemerhati pasaran pula berkata rakyat Malaysia harus mula "mengubah suai" perbelanjaan mereka dengan mengandaikan harga petrol RON95 seolah-olah kini "benar-benar" berada pada harga pasaran iaitu harga tanpa subsidi.

Tambahan pula harga petrol bersubsidi ketika ini sudah menghampiri harga pasaran sebenar, hanya kurang 63 sen seliter, kata pemerhati itu yang enggan dikenali.

Dengan perbelanjaan "ke hadapan" sebegini, katanya pengguna tidak akan merasa terjejas setiap kali peningkatan harga petrol berlaku berikutan pengurangan subsidi secara berperingkat.

Courtesy News Content:- BERNAMA

Wednesday, August 21, 2013

Pelaburan di Selangor Menjunam: Bukti PR Gagal Mentadbir

Selangor Darul Ehsan merupakan negeri paling kaya di Malaysia dengan kemasukan pelaburan yang tinggi setiap tahun.  Namun, itu semua sudah menjadi kisah lama.  Hari ini pelaburan di negeri ini terus menjunam semenjak diambil alih pentadbirannya oleh Pakatan Rakyat.

Selangor kini berada di tangga ke 4 dengan penurunan kemasukan pelaburan sebanyak 86% dengan hanya mencatatkan RM1.8 billion pada tahun 2012 berbanding RM11.7 billion pada tahun 2011.   Senario yang sama juga dilihat di Pulau Pinang di mana negeri itu mencatatkan penurunan jumlah pelaburan sehingga 73%.

Dengan jumlah penurunan yang begitu drastik lagi dramatik, Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menuding jari kepada sesiapa.  Setelah sepenggal memerintah, PR akhirnya telah gagal sama sekali untuk membuktikan bahawa parti itu lebih bijak dan lebih cekap dari BN.  

Jelas sekali bahawa pelabur tidak yakin dengan kredibiliti PR.  Malah, tidak mustahil pelabur sebenarnya takut dengan gelagat pemimpin PR yang gemar membuat huru-hara.   Mana tidaknya, sepatutnya kerajaan negeri mempromosi kestabilan dan keamanan tetapi kerajaan PR sentiasa berusaha mencetuskan kekecohan dan huru-hara.   Siapa yang berani melabur di dalam negeri yang pemimpinnya asyik berpolitik secara keterlaluan dan ganas pula?

Peningkatan aktiviti dan perniagaan ‘gelap’ di seluruh Selangor semenjak pemerintahan PR juga pastinya menyumbang kepada menurunnya jumlah pelaburan di negeri itu.   Peningkatan aktiviti gelap menjadi punca kepada peningkatan kadar jenayah sekali gus membuktikan terdapat peningkatan masalah korupsi di negeri ini. 

Pelabur tentunya telah mengkaji keadaan ini yang mana menyebabkan Selangor tidak lagi menjadi destinasi pelaburan pilihan. 

Keadaan bertambah teruk apabila pemimpin-pemimpin PR juga tidak punya karisma dan kredibiliti mahupun pengalaman untuk berurusan dengan para pelabur luar negara bagi menarik pelaburan langsung asing.   Malah, Menteri Besar Selangor sendiri tidak mempunyai personaliti yang mampu memberi keyakinan kepada pelabur, sedangkan untuk menarik pelaburan langsung asing, peranan Menteri Besar amatlah penting.  

Meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Kewangan negeri secara tidak langsung telah memusnahkan semua harapan Selangor untuk meningkatkan pelaburan.   Walaupun Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara luar, namun nampaknya Anwar tidak mampu meyakinkan seorang pun pelabur luar untuk melabur di negeri jajahannya.  Ini kerana beliau mempunyai rekod ‘hampir membangkrapkan negara’ serta mempunyai kelayakan ekonomi ‘sifar’.

Selain itu, beberapa pemimpin negeri ini, terutama dari parti DAP didapati tidak mampu berkomunikasi dengan baik serta tidak memahami adat, etika atau adab yang sesuai bagi menghadiri majlis rasmi apatah lagi yang bertaraf antarabangsa.   Justeru, tidak hairanlah jika pelabur meragui kepimpinan mereka.  Walaupun DAP sering merasakan diri mereka hebat, terbuka dan lebih bijak dari pemimpin Melayu, namun hakikatnya amatlah jauh berbeza.

Pendek kata, kepimpinan Pakatan Rakyat dari mana-mana partipun semuanya tidak berkualiti. 

Oleh kerana itu, Selangor kini tidak lagi boleh dibanggakan sebagai negeri pilihan pelabur.   Ekonomi Selangor pastinya akan terjejas dengan kurangnya jumlah pelaburan dari setahun ke setahun.   Tidak mustahil, tahun ini Selangor akan menyaksikan jumlah pelaburan yang jauh lebih rendah terutama apabila desas-desus bahawa satu lagi demonstrasi besar akan di adakan oleh Ambiga Sreevanesan pada bila-bila masa.

Kesimpulannya, PR tidak mampu memerintah dan jika rakyat Selangor ingin negeri ini pulih seperti sediakala maka tidak ada cara lain lagi selain dari kembalikan mandat memerintah kepada Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

Saturday, August 10, 2013

'Kita perlu pemimpin dapat terjemahkan aspirasi rakyat'

Kira-kira 150,000 ahli UMNO perlu mengunakan peluang pemilihan parti Oktober ini untuk membantu pucuk kepemimpinan memilih pemimpin di peringkat bahagian dan tertinggi yang benar-benar dapat menterjemahkan aspirasi rakyat khususnya kaum Melayu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, mereka perlu menggunakan kuasa pemilihan itu untuk mengundi pemimpin yang berjiwa besar dan berjiwa rakyat bagi memastikan parti itu terus muncul sebagai parti terkuat di negara ini.

"Antara lain ciri-ciri pemimpin kita kehendaki supaya parti terus kuat ialah orang yang tiada masalah sehingga boleh menjejaskan parti, mempunyai integriti tinggi, berwawasan dan mudah didekati rakyat," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilaporkan berharap proses pemilihan parti yang akan berlangsung Oktober ini tidak merosakkan atau menggugat UMNO sebagai sebuah parti terkuat di negara ini.

Tegas Perdana Menteri, sebagai sebuah parti yang telah mengubah perlembagaannya, UMNO kini menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif sehingga ramai yang menawarkan diri untuk bertanding berebut jawatan dalam parti.

Sehubungan itu, Perdana Menteri amat berharap UMNO mendahului parti-parti politik lain dari segi kaedah pemilihannya yang berjalan begitu baik dan bersih serta mencerminkan tahap kematangan yang lebih tinggi daripada mana-mana parti politik lain.

Mukhriz berkata, setiap kali pemilihan UMNO membuka peluang kepada ahli untuk melakukan perubahan yang dirasakan perlu bagi menentukan parti terbesar orang Melayu itu terus relevan.

"Kita berharap kepemimpinan baharu nanti dapat membantu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO untuk menjamin agar parti terus kuat, menjana perubahan atau transformasi seperti yang diidamkan," kata Menteri Besa

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130811/po_04/Kita-perlu-pemimpin-dapat-terjemahkan-aspirasi-rakyat#ixzz2bbQGAOZY
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, August 1, 2013

HUKUM PELIHARA ANJING

SEJAK kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih.Antara alasan-alasan yang mereka beri:

1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing.

2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing.

3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.

4) Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik tidur.

5) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Afghanistan membela anjing.

6) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing mereka dimasukkan Allah ke dalam syurga.

7) Ada kisah di Amerika seorang penganut Islam yang buta kedua-dua matanya mempunyai seekor anjing penunjuk jalan untuk ke masjid. 

Terdapat sebilangan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang berpendapat tidak salah orang Islam membela anjing.Seperkara lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda: "Tidak akan masuk Malaikat Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang mana di rumah tersebut ada membela anjing."JAWAPANPada dasarnya, ketetapan najis bagi air liur anjing ini dipandang daripada dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak harus ada alasan logik. Dimensi akal masih jauh daripada kesempurnaan untuk menganalisis secara teliti tentang najis air liur anjing.

Memang, agama tidaklah diukur dengan akal. Sayidina Ali mengatakan: "Andaikan agama diukur dengan akal, maka mengusap sisi bawah muzah (sepatu) lebih utama daripada mengusap sisi atasnya. Dan Rasulullah SAW telah mengusap di atas dua sepatu." (riwayat Abu Dawud).Ada yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana ia juga makhluk ciptaan Allah SWT. Lagi pula, ia sangat taat pada tuannya. Sebab itu agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut perasaan.

Apa yang digaris oleh Islam dalam syariatnya ialah lebih kepada menjaga kemaslahatan penganutnya. Bukan sekadar menyuruh Muslim membuat itu dan meninggalkan ini, malahan lebih daripada itu.Sebagai pembuka perbincangan, suka saya nukilkan beberapa dapatan kajian saintifik yang kebanyakan kita tidak mengetahuinya.

Walaupun sesuatu suruhan dan tegahan yang dinyatakan oleh Allah dan rasul-Nya pada awalnya diterima oleh sahabat dan para salaf soleh dengan tanpa bantahan, tanpa bertanya hikmah mahupun falsafah di sebaliknya. Tetapi mutakhir ini, kebanyakan tegahan dan suruhan dapat dibuktikan hikmah dan falsafahnya.

Antaranya, kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya.Sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing.

Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah.Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu mammary tumor virus (MMTV).Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing.

Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia berpegang dengan mazhab al-Syafie.Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali.

Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).Sebab mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh kali dan satu kali di antaranya harus dicampuri dengan debu tanah. Ini adalah pendapat mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing. Pendapat ini diikuti umumnya kaum Muslimin di Malaysia dan yang bermazhab al-Syafie.

Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas.Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya adalah najis, termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing.Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan makanan dan minuman.

Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga.Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga.Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya…" (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110).

Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940)

Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (riwayat Muslim no. 1571)"Antara alasan-alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah

1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya.

2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.

3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing.

4. Ada anjing yang menjadi daripada jelmaan anjing (anjing hitam pekat).

5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221).Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu.

Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya keperluan.Namun, ini tidak bermaksud anjing disimpan dalam rumah kerana Nabi SAW telah menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku kerana anjing.Ini kerana tuan rumah tidak akan dapat memantau setiap gerak geri anjing sepanjang di dalam rumah. J

uga dikhuatiri jilatan yang sukar dikesan bila kering. Justeru MENGELAK itu adalah LEBIH BAIK.