Di akhir dekad 1990-an dulu, gerombolan pembangkang yang terdiri daripada penyokong PAS dan pemuja Anwar Ibrahim cukup seronok memanggil Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan gelaran mahafiraun.
Gelaran tersebut dipopularkan oleh mereka bagi merujuk pada Tun Dr Mahathir yang dikatakan begitu gilakan kuasa seakan mahu menongkat langit dan enggan melepaskan jawatan duniawi selama-lamanya.
Menyedari sentimen tika itu dilihat kuat menyebelahi pakatan pembangkang, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bongkaknya pernah terlanjur membuat cabaran bahawa sekiranya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan PM, Nik Aziz berjanji keesokan harinya beliau pula yang akan melepaskan jawatan MB Kelantan.
Masa akhirnya bersilih ganti membawa ke zaman millenium, kini di penghujung tahun 2012 sudah berlalu lebih 9 tahun Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM dengan senang hati sekalipun diawal pengumumannya untuk berundur masih agak ramai yang mendambakan khidmatnya.
Namun demikian, sehingga detik-detik akhir tahun 2012 ini mahu melabuhkan tirainya, MB Kelantan masih juga orang yang sama yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tidak nampak sedikit pun riak-riak keinginannya untuk melepaskan jawatan sebaliknya yang makin kelihatan nafsu masih membuak-buak mahu berpaut pada kuasa duniawi.
Bermati-matian Nik Aziz berusaha mencipta seribu satu alasan untuk mempengaruhi penyokong dan pemimpin PAS supaya terus meyakini kepimpinan dan kemampuannya untuk bertanding lagi dalam PRU 13 kelak semata-mata ingin terus menikmati kerusi empuk MB disamping mahu kekal disanjung sebagai pemimpin utama PAS.
Kata Nik Aziz, untuk menjadi pemimpin dan terus bertanding dalam pilihanraya tidak memerlukan tubuh badan yang sihat sebaliknya cukup dengan akal yang cerdas sahaja.
Entah di mana fahaman tersebut dipelajarinya, walhal dalam Islam untuk seseorang itu menjadi pemimpin yang baik selain mesti berakal dan berilmu, pemimpin itu juga wajib memiliki tubuh badan yang sihat bagi melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat.
Tapi dengan tubuh badan Nik Aziz yang ibarat kereta buruk asyik semput memanjang dan kerap keluar masuk hospital agaknya macam manalah beliau mahu memberi khidmat terbaik kepada rakyat Kelantan?
Kalau dah sepanjang menjawat kedudukan MB asyik bergantung harap pada EXCO atau si baju kotak merah sahaja yang menguruskan tugasan MB, lebih baik Nik Aziz serah saja jawatan tersebut pada orang berkenaan daripada terus makan gaji buta berpuluh ribu ringgit sebulan tanpa manfaat pada rakyat.
Lagi pun apa sangatlah akal fikiran Nik Aziz yang dikatakan cerdas dan masih sihat itu, balik-balik siang malam yang beliau tahu cuma asyik memerah otak untuk merapu meraban menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri sambil menghukum orang ini tidak islamik, si polan itu tolak Islam, tak begitu?
Sebetulnya Nik Aziz agak bimbang kot kalau-kalau nasib yang menimpa bekas Presiden PAS, Allayarham Asri Muda yang pernah dihina dan dikhianatinya dulu bakal berulang pula pada dirinya bila segala jawatan eksekutif peringkat negeri dan kedudukan dalam parti tidak lagi dalam cengkamannya.
Jadinya, mahu tidak mahu Nik Aziz gagahkan juga diri untuk terus bertanding dalam pilihanraya kelak disamping berharap akan kekal menjadi MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS.
Dengan demikian akan ada lagilah para penyokong parti yang terpaksa terus memuja-muji 'ketokohannya' itu. Maka jadilah Nik Aziz serupa macam 'firaun' terus menongkat langit mengharapkan kuasa duniawi akan terus utuh ditangannya.
Dulu Tun Dr Mahathir telah digelar oleh penyokong pembangkang sebagai mahafiraun, akhirnya kini mereka terpaksa menerima hakikat gelaran tersebut sebenarnya lebih cocok dengan watak dan pembawaan pemimpin mereka sendiri, yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.
No comments:
Post a Comment