Sunday, November 11, 2012

55 Tahun Bahasa Melayu diAnaktirikan di SJKC

Seperti yang dijangka, cadangan kerajaan untuk melaksanakan kurikulum Bahasa Malaysia di Sekolah Vernakular bermula tahun 2014 mendapat tentangan hebat dari majoriti kaum Cina. Tentangan ini disuarakan melalui berbagai pihak mereka melalui NGO, termasuklah Kesatuan Guru Besar Kebangsaan.

Tiada siapa dapat menafikan bahawa Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang pelik kerana ia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem persekolahan berasingan mengikut kaum. Seolah-olah itu belum cukup pelik, maka sistem persekolahan kita juga membenarkan bahasa ibunda kaum-kaum minoriti dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah mereka.

Dan seolah-olah itu juga masih belum cukup pelik, maka bagi memastikan anak-anak kaum minoriti ini dapat menyaingi anak-anak kaum penduduk asal iaitu Melayu dalam matapelajaran Bahasa Kebangsaan, tahap pembelajaran dan peperiksaan matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah vernakular juga telah direndahkan.

Selama ini, kaum Cina begitu lantang mengkritik sistem kuota sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap mereka kerana membantu anak Melayu melanjutkan pelajaran dengan mudah, tetapi di masa yang sama mereka enggan mengakui bahawa mereka juga mendapat keistimewaan apabila kerajaan merendahkan tahap matapelajaran Bahasa Melayu agar anak-anak Cina mudah mendapat keputusan yang ‘sempurna’ dalam peperiksaan.

Dan apabila kerajaan ingin menghapuskan keistimewaan ini atas dasar perpaduan dan jatidiri negara, mereka pantas membuat bantahan keras. Tindakan kaum Cina ini bolehlah ditafsirkan sebagai sengaja mencabar dan merendah-rendahkan kerajaan, perkauman serta menolak perpaduan, pentingkan diri serta angkuh, khianat serta tidak setia pada negara.

Alasan yang diberikan ialah tahap Bahasa Melayu adalah terlalu tinggi untuk anak-anak kaum Cina menguasainya dan bahawa masanya belum tiba untuk menyeragamkan kurikulum antara Sekolah Kebangsaan dengan Sekolah Vernakular.

Justeru, kita tertanya-tanya, bengap sangatkah anak-anak kaum Cina?

Atau apakah lidah mereka terlalu keras kerana masih belum dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik walaupun lahir dan membesar di Malaysia?

Namun, kita semua tahu jawapannya, iaitu yang keras bukannya lidah, tetapi hati mereka. Hati kering atau bahasa pasarnya, hati komunis, amat sukar untuk berprasangka baik apatah lagi untuk menerima dan menjadi sebahagian dari masyarakat mahupun persekitaran. Secara tuntas, masalah mereka sebenarnya ialah, mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa pemimpin negara ini bukanlah dari kaum mereka.

Tentangan sebegini adalah antara kejadian aneh yang hanya boleh berlaku di negara yang bernama Malaysia. Hanya di Malaysia di mana kaum minoriti mengawal 80% dari ekonomi negara tetapi masih melaungkan diskriminasi dan ketidakadilan terhadap mereka. Dan hanya di Malaysia, kaum minoriti ini terus menuntut lebih lagi dan lagi dan lagi dan tidak pernah berhenti sehinggakan begitu tega menolak sebarang usaha ke arah perpaduan serta begitu kurang ajar dengan enggan menobatkan Bahasa Kebangsaan.

Sedangkan, Singapura yang terkenal dengan sikap kiasu kaum Cina itu juga sejak dari awal lagi mengamalkan sistem satu sekolah dan satu bahasa pengantar.

Mengimbas kembali sejarah negara, Sekolah Vernakular pada awalnya adalah dibenarkan atas tujuan memenuhi keperluan anak-anak pendatang Cina dan India yang bekerja di negara ini. Ia dilihat sebagai keputusan ‘menang-menang’ dalam proses kemerdekaan. Pada ketika itu, rata-rata kaum Cina dan India melihat kedatangan mereka sebagai sementara, iaitu sentiasa menyimpan hasrat untuk pulang ke negara asal bila tiba masanya.

Justeru, sekolah dengan menggunakan bahasa pengantar bahasa ibunda masing-masing adalah wajar bagi memudahkan kesinambungan hidup anak-anak mereka di negara asal nanti. Dalam bahasa mudah, konsepnya, adalah lebih kurang sama dengan Sekolah Antarabangsa. Walaubagaimanapun, ternyata kaum-kaum ini tidak kembali ke negara asal.

Malah, mereka mengambil kesempatan pula atas kelembutan dan sikap toleransi penduduk asal.

Akibatnya, setelah 55 tahun berlalu, sekolah vernakular terus wujud dan semakin teguh serta berkembang. Dan selama 55 tahun jugalah Bahasa Kebangsaan telah diabaikan atau dianaktirikan oleh sekolah vernakular. Lalu semakin berkembang biaklah kaum minoriti yang tiada jatidiri sebagai warga Malaysia.

Dengan sikap kiasu semulajadi ditambah dengan kuasa ekonomi yang ada pada mereka, maka semakin tega dan degillah mereka menolak segala usaha ke arah membentuk jatidiri sebagai warga negara ini. Kita tidak perlukan seorang pakar politik, sosiologi, psikologi atau sejarah untuk memberitahu kita bahawa ini adalah satu perkembangan yang tidak sihat, malah amat merbahaya bagi sesebuah negara.

Namun, malang bagi Malaysia, selagi satu pihak enggan mengambil sikap praktikal dan matang dan satu pihak lagi pula tidak mampu mengambil keputusan tegas dan berani, maka negara ini akan terus bergerak mengikut jarum bom jangka yang dibiarkan terpasang.

Tidak boleh tidak, kita perlu memastikan bahawa seluruh kaum Cina menerima hakikat bahawa identiti Malaysia adalah secara semulajadinya berasaskan kaum Melayu.

Ia bukan satu pilihan bagi seseorang yang mengaku sebagai warga negara ini


No comments:

Post a Comment