Sunday, April 22, 2012

Hati Bengkak,Konon Generasi Prihatin


Ada sesuatu kekurangan malam ini berikutan Cikgu Adibah mengikuti mesyuarat persidangan cawangan. Sayap Puteri UMNO terutamanya. Sebagai generasi muda dalam apa jua perkara perlu bersemangat dan bersungguh menunjuk keteladanan yang baik dan murni.

Katakanlah Cikgu sebagai wakil kepada sesebuah organisasi hadir mendengar laporan,melihat notis dan berkenalan dengan ahli-ahli dalam organisasi. Dari perspektif dan harapan tentunya Cikgu Adibah ingin melihat kesungguhan jawatankuasa mengendalikan mesyuarat dan memperkenalkan ahli-ahli. Sekalipun ada ahli yang sakit namun bersemangat menghadiri mesyuarat,ianya satu yang positif.

Namun apa yang Cikgu Adibah lihat malam ini,sedemikian rupa Cikgu Adibah dilayan dan ketidaksediaan sayap Puteri berkenaan dalam mengendali sesuatu mesyuarat....amat mengecewakan kerna Cikgu Adibah tiadalah tertib sangat dan mengharapkan layanan istimewa. Sekadar cukup ada bertanya khabar dan rasa bersalah jika kelewatan dalam kendalian mesyuarat serta meminta maaf atas kesilapan mahu pun kecil atau pun besar.

Sikap inilah yang kadang-kadang bukan sahaja orang yang lebih tua kecewa dengan sikap orang muda malah Cikgu Adibah yang juga mewakili suara orang muda berganda-ganda kecewa mungkin. Sayap ini bukan sahaja kecil malah penglibatan antara ahli juga turut terhad. Jadi setiap masa yang diperuntukkan sangat berharga....nasihat Cikgu Adibah,jangan selalu melakukan fiil berulangkali. Kelak membawa padah kepada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment