Tuesday, December 23, 2014
#Hudud: “Setuju Untuk Tidak Bersetuju” Di Peringkat Perlaksanaan
Tidak tahulah apa maksud Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, yang menyatakan hudud tidak akan memecah-belahkan Pakatan Rakyat, namun dari sudut bunyinya seolah dia cuba sedaya upaya untuk “cover line”.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu mendakwa DAP dan partinya telah mencapai kata sepakat dalam satu konsensus sebagai “bersetuju untuk tidak bersetuju” berhubung perlaksanaan hudud yang diperjuangkan PAS.
Memang benar. Secara jujurnya di atas kertas, konsensus “setuju untuk tidak bersetuju” di antara DAP dan PAS berkenaan hudud sememangnya telah disepakati.
Namun, ketika konsensus tersebut disimpulkan, ia hanya bersifat “di atas kertas” dan PAS sendiri pun belum mempunyai sebarang draf atau usaha yang lebih serius yang menjurus ke arah perlaksanaan hukum tersebut.
Berbeza pula kali ini, apabila terma “setuju untuk tidak bersetuju” itu berada di peringkat perlaksanaan, maka sudah tentu akan berlaku pergaduhan besar di antara parti yang bersetuju dan parti yang tidak bersetuju.
Serius atau tidak, sama ada berpecah atau tidak, Exco DAP di Selangor, Datuk Teng Chang Kim secara terbuka menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Itu faktanya.
Itulah yang dikatakan “tidak bersetuju” di dalam terma “bersetuju untuk tidak bersetuju” apabila tiba masa di peringkat perlaksanaan dasar.
Dihalau seperti “anjing kurap”, seolah PAS tiada harga atau nilai di mata DAP, apakah itu tidak menunjukkan tanda pepecahan di dalam Pakatan Rakyat?
Apakah Mahfuz sanggup memikul tanggungjawab membiarkan PAS dihina hingga sebegitu rupa oleh parti sekutu mereka yang tidak pandai menghormati urusan hal ehwal dan kepentingan Islam di Malaysia?
Malah, Timbalan Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz menegaskan baru-baru ini bahawa tindakan kurang ajar DAP terhadap perlaksaan hudud dan menyerang PAS tanpa henti turut menunjukkan tanda “koyak”nya “kertas” tahaluf siyasi parti tersebut di dalam Pakatan Rakyat?
Apa lagi yang cuba disembunyi atau dinafikan Mahfuz? Sudah terang lagi bersuluh? Sudah jelas dan terang kesungguhan PAS melaksanakan hudud bakal memecah-belahkan Pakatan Rakyat, masih lagi Mahfuz cuba menafikan?
PAS kini mempunyai dua pilihan sahaja pada pandangan saya.
Pertama, sekiranya parti itu sayangkan Islam, maka jemaah mereka perlu istiqamah bersama UMNO dalam usaha perlaksaan hudud dan mereka perlu meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya DAP yang terkenal dengan “chauvinis ultra kiasu” itu terus menafikan hak dan kepentingan Islam.
Kedua, sekiranya PAS sayangkan DAP dan PKR, maka parti itu boleh terus bergabung di dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya melupakan perlaksaan hudud yang menjadi tradisi perjuangan asal parti tersebut.
Terserahlah pada kebijaksaan PAS untuk memilih pendirian mereka berhubung perkara ini. Saya hanya mampu mengucapkan “selamat maju jaya”. Wallahu’alam.

Friday, December 19, 2014
38 Parlimen Tapi Lagak Mereka Seperti Zionist Di Jerman
Sebelum Adolf Hitler dikatakan memusnahkan populasi Yahudi di Eropah, terutama sekali di Jerman, kaum berkenaan tidaklah begitu ramai tetapi mereka menguasai kukuh sektor perbankan, ekonomi, kewangan mahupun perdagangan. Dan sekalipun jumlah mereka tidak sampai 10% daripada penduduk asal, mereka menjadi sangat berkuasa menerusi penguasaan ekonomi dan kewangan, menyebabkan penduduk pribumi sekadar menjadi hamba dan suruhan mereka.
Adolf Hitler kemudiannya menjalankan operasi luar biasa selepas Firaun Ramses II yang menyaksikan jutaan Yahudi dibunuh beramai-ramai dengan pelbagai kaedah. Yahudi kembali bertebaran menyelamatkan diri sepertimana ketika mereka sesat di kawasan gersang selama 40 tahun sehinggalah Amerika Syarikat dan Britain bertindak sebagai ‘penyelamat’ dengan cubaan mengeluarkan Yahudi dari negara mereka untuk dicampakkan ke negara asing.
Pada mulanya, Buenos Aires menjadi pilihan tetapi demi menguasai jajaran dan jaluran minyak di Timur Tengah, Amerika Syarikat dan British kemudian memutuskan Palestin adalah tempat yang paling sesuai untuk mengumpulkan Yahudi. Yahudi yang terkenal dengan perangai hodoh mereka dari seluruh pelusuk dunia, terutama sekali dari Eropah Timur, dikumpulkan di Palestin menerusi kaedah perampasan dan penghapusan. Manakala negara-negara Arab pula diperdayakan dengan pelbagai kaedah termasuklah menerusi berbangga-bangga dengan ‘ketamadunan Barat’ bagi memudahkan Yahudi menguasai mereka.
Peranan Yahudi itu kemudiannya diambilalih oleh Zionis, sebuah kumpulan pelampau yang menggunakan agama Yahudi sebagai topengan mereka tetapi hakikatnya mereka adalah penjarah, pembunuh dan perompak. Dunia tidak pernah aman selepas 1948 selepas Zionis mula melakukan jenayah sama ada secara nyata mahupun menerusi pendalangan dengan penajaan NGO, pertubuhan, persatuan dan sebagainya di seluruh dunia terutama sekali dalam pengembangan dan dakwah DEMOKRASI yang cukup terkenal.
Itu sejarah sebuah bangsa yang cukup terkenal terutama sekali di Timur Tengah khususnya di Palestin.
Bagaimana pula dengan Malaysia?
Jumlah Ahli-Ahli Parlimen DAP yang hampir keseluruhannya adalah berbangsa Cina kecuali beberapa orang India dan Punjabi, hanyalah 38 orang daripada 222 orang keseluruhan Ahli Parlimen. Manakala Ahli-Ahli Parlimen 5 Melayu-Islam pula berjumlah 136 orang. Manakala penduduk Malaysia dari kalangan orang Cina hanyalah 22.6% daripada keseluruhan 30 juta orang, manakala Melayu-Islam pula adalah 52%.
Namun jumlah yang kecil itu tidak menjadikan mereka minoriti. Cina DAP jauh lebih agresif berbanding Cina-Cina yang menyokong Kerajaan sedia ada. Bahkan Cina-Cina yang menyokong majoriti pula, kelihatan takut dan akhirnya terpaksa mengikut arus yang dibawa oleh Cina-Cina DAP sehingga menjadikan mereka juga sebagai mangsa kemarahan kaum majoriti.
Dengan hanya 38 orang Ahli Parlimen, DAP menjadi sangat berlagak, sangat angkuh dan sangat kurang ajar. Mereka bermain dengan isu-isu perkauman dan agama, kemudian tanpa rasa bersalah, menuding ke arah UMNO dan Barisan Nasional kononnya UMNO dan Barisan Nasional yang menjadi punca segala masalah membabitkan kaum dan agama di negara ini.
Bukti terdekat ialah bagaimana Lim Guan Eng memainkan kembali isu kalimah ALLAH yang amat sensitif dalam usahanya untuk menenggelamkan pelbagai isu yang membelenggu DAP terutama sekali yang membabitkan kegagalannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selain tentangan dari ahli-ahli DAP yang mendesaknya agar melepaskan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ternyata polemik yang dimainkan oleh Lim Guan Eng menarik perhatian. Racun dan hasutan yang dibuat oleh DAP telah menarik golongan yang kurang memikirkan kesan kepada bangsa dan agama Islam, untuk bukan sahaja melakukan demonstrasi dan menyerbu pejabat DAP, tetapi juga telah dijadikan sebagai bahan oleh DAP untuk menunjukkan yang UMNO, Barisan Nasional dan Melayu-Islam adalah punca segala ketidaktenteraman di negara ini.
Itu sebenarnya adalah taktik lumrah yang dilakukan oleh Zionis di Palestin. Mereka bebas membunuh, merompak, menjarah dan melakukan jenayah ke atas masyarakat Palestin yang terdiri daripada Arab Islam dan Kristian, tetapi apabila dibalas, Arab dan rakyat Palestin dilabelkan sebagai pengganas dan Zionis dengan menggunakan pelbagai senjata canggih telah memusnahkan bukan sahaja nyawa, bahkan infrastruktur dan pokok serta tanaman.
22.6% mereka yang mempunyai kerakyatan Malaysia sebenarnya sedang melakukan perkara yang sama. Mereka telah berjaya memecah belahkan masyarakat Bumiputera yang terdiri daripada masyarakat Islam dan Kristian, dan kini mereka memberikan fokus kepada Bumiputera Islam sebagai musuh yang perlu dihapuskan, termasuklah cubaan menjemput kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat untuk menyerang negara ini bagi mencapai matlamat mereka!
Thursday, December 18, 2014
SALAH FAHAM 1MDB – Siri 2
1- 1 MDB membeli Genting Sanyen SDN BHD dgn harga RM 2.3 bil, walaupun “Power Perchase Agreement (PPA) tamat pada Februari 2016. Kenyataan ini benar.
2- Yang salahnya adalah, apabila perjanjian (PPA) tu tamat, Syarikat Genting Sanyen jadi milik penuh kerajaan. Siapa yg ajar?
3- Yang tamat tu hanya perjanjian sahaja. Syarikat dan segala asset mereka masih milik Genting Sanyen SDN BHD.
4- 1 MDB bertindak membeli saham sebanyak 97.7% dari Genting Sanyen agar dapat memiliki sepenuhnya syarikat tersebut. Hangpa ingat perjanjian jual beli tenaga ni macam perjanjian sewa beli mesin fotostate ka? Habis tempoh sewa beli, mesin fotostate tu hangpa punya. (^_^)
5- Berikut adalah komposisi pembelian 1 MDB yg di anggarkan sebanyak RM 2.3 billion tu.
a) Genting Power (M) limited menjual saham (97.7%) kepada 1 MDB dgn nilai RM 2.11 billion.
b) Board of Director (GENT) menjual saham mereka (97.7%) kpd 1 MDB dgn nilai RM 0.18 billion.
c) Pembelian tanah dan asset2 yg di miliki oleh Genting Sanyen oleh 1 MDB dgn nilai RM 0.38 billion.
Maka a + b + c = ~ RM 2.6 billion ( ini pengiraan kasar, detail boleh rujuk laman web 1 MDB)
#Kesimpulan
Pelajaran hari ni utk anai2, jika tamat perjanjian bukan bermakna syarikat tu hangpa punya.. hangpa ni gila.
Semua nak PERCUMA.. Soros pun boleh bankrap .. jual pisang cheese ajalah yg untung.
Untuk salah faham terdahulu, baca penjelasan disini
Tuesday, December 16, 2014
Tahaluf siyasi pakatan pembangkang berakhir
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan menegaskan penolakan hukum hudud oleh DAP akan menyebabkan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang terbatal kerana jika Pas mengabaikan dasar itu, hukumnya adalah haram.
Menurut beliau, tahaluf siyasi bukanlah sebuah parti yang mempunyai satu ideologi sebaliknya kerjasama itu adalah berkait dengan tindakan politik yang dipersetujui bersama tanpa mengganggu hak dan dasar perjuangan masing-masing.
Katanya, kerjasama tersebut hanyalah dalam urusan kepentingan bersama membabitkan aspek politik untuk menolak kezaliman, penindasan, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pelbagai lagi tanpa melepasi dasar perjuangan parti.
“Jika DAP buat syarat pakatan pembangkang mestilah tanpa pelaksanaan Islam dan syariatnya, dan menegaskan bahawa Pas tidak boleh melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, maka pada saya, syarat dan penegasan yang DAP buat itu membatalkan syarat tahaluf, tiada ertinya lagi tahaluf siyasi ini.
“Jika dasar parti terhalang untuk ditunai dan dilaksana dengan kerjasama ini, maka tahaluf ini batal. Malah tidak keterlaluan kalau saya nyatakan hukumnya adalah haram,” katanya dalam wawancara yang dipetik daripada portal Malaysia Transform di sini hari ini.
Beliau yang berada di Mekah mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.
Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.
Persidangan tersebut yang dihadiri 938 perwakilan juga sebulat suara meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.
Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, Pas tidak akan sama sekali mengabaikan dasar perjuangan demi pakatan pembangkang, justeru DAP tidak sepatutnya menghalang pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.
Dalam wawancara itu, Nasruddin turut mengakui bahawa kedudukan pakatan pembangkang kini semakin sukar kerana kesemua pihak belum ‘menemui lantai untuk sama-sama bersila menyelesaikan masalah yang dihadapi’.
Meskipun begitu tegasnya, Pas akan tetap mempertahankan dasar tersebut dalam apa juga cara dan menyifatkan pihak yang menolak hukum hudud sebagai penghalang kepada perjuangan Islam.
“Pas akan tetap berjuang untuk melaksanakan Islam dan syariatnya. Hudud adalah sebahagian daripadanya. Ia adalah kewajipan agama yang ditetapkan syarak, tiada siapa yang boleh halang, kalau mereka halang bererti mereka menjadi penghalang kepada perjuangan Islam.
“Kepada mereka yang menghalang kerana dendam, benci, angkuh dan semangat menentang Islam, maka akan didepani dengan sebijaknya dan sesuai dengan penentangan yang dihadapi. Hujah dengan hujah, saraf dengan saraf, senjata dengan senjata,” tegas beliau.
Utusan
Subscribe to:
Posts (Atom)